Pages

Sunday, December 12, 2010

Syarat-Syarat Mendapat Hidayah Allah s.w.t

Salam.
SESUATU untuk dikongsikan bersame. Muge bermanafaat.
1. Berdoa
Pohonlah doa daripada Allah untuk memperolehi hidayahNya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Doa itu senjata orang yang beriman, tiang agama, sinar cahaya langit dan bumi" (Riwayat al-Albani daripada Ali bin Abu Talib)
2. Membuka hati dan minda untuk memperoleh hidayah Allah
3. Gigih menuntut ilmu
Sabda Rasulullah s.a.w mengenai pahala menuntut ilmu yang bermaksud: "Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, para malaikat akan menaunginya dengan sayap-sayap mereka, melaikat-malaikat di langit pula bersalawat ke atas mereka." (Riwayat al-Baihaqi daripada Anas bin Malik dalam Lisan al-Mizan)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Maka dalam menuntut ilmu niatkan semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t agar dibalas dengan pahala kebaikan di dunia dan di akhirat.
4. Mengamalkan ilmu yang dipelajari
Ibn Khattab pernah berkata: "Perkara yang paling saya takuti menimpa ke atas umat ini ialah orang munafik yang alim." Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang dimaksudkan dengan orang munafik yang alim?" katanya: "Orang yang alim lidahnya (fasih bertutur), tetapi jahil hati dan perbuatannya (tidak berpegang dan beramal dengan apa yang dikatakan nya)."
Wallahu'alam.
(Sumber: Solusi Isu 26)
Penjejak Mimpi
- Mencari mati yang sempurne....

0 comments: