Pages

Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Buku Baru: Who Moved My Cheese?



BELI di MPH AEON Seremban 2, Sabtu lepas. Cari juga sebelum-sebelum ni tapi tak terjumpa. *Err.. macam alasan je?*. Bila usya-usya buku kat MPH dan ternampak buku ni, terus aja sambar. Edisi Bahasa Inggeris aku tak jumpa so aku fikir takpa lah ambil saja yang edisi Bahasa Melayu ini. :)

Tak habis lagi baca.. mana nak habis.. aku baca semasa dalam lrt dan sambil menunggu kedatangan komuter. Apapun aku nekad nak habiskan juga dalam minggu ni, inshaa Allah. 

Sedikit berkenaan buku ini; 

Buku ini hasil tulisan asal oleh Dr. Spencer Johnson. "Buku 'Who Moved My Cheese?' adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan ataupun ketenangan fikiran. Manakala kawasan yang berliku yang  dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahukan, samada organisasi tempat kerja, keluarga ataupun komuniti tempat tinggal. Buku ini menerangkan kepada kita bagaimana:

- menjangkakan perubahan

- beradaptasi dengan perubahan secepatnya

- menikmati perubahan

- bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti"

Buku ini diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Hasnah M Daud dan diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd dengan harga RM29.90.

Penjejak Mimpi: Pantang masuk kedai buku... tak sah kalau tak beli buku... :)

Tuesday, October 1, 2013

Buku Baru: Agenda Politik Syiah

BELI time rehat siang tadi. Aku pada mulanya tak nak beli sebarang buku lagi memandangkan ada beberapa buah buku yang masih menanti untuk dibaca. Tapi akhirnya aku 'terbeli' juga buku yang agak menarik tajuknya iaitu 'Agenda Politik Syiah'. *Terbeli? Boleh ke guna term tu? Hehe..* 

Kan sekarang ni hangat pasal fahaman Syiah? Media massa sejak kebelakangan ini pun boleh dikatakan asyik membicarakan pasal Syiah. So aku berminat nak tahu dengan lebih mendalam perkara-perkara di sebalik fahaman ini selain ritual yang menyakitkan tubuh badan.. kaitannya dengan 10 Muharram.. kematian Hussain di Karbala.. kaitan fahaman ini dengan Saidina Ali r.a.. Imam 12.. kebencian melampau mereka kepada sahabat Nabi dan isteri baginda.. azan dan solat mereka yang berbeza.. penggunaan batu Karbala ketika sujud.. celaan dan doa mereka terhadap sahabat dan isteri baginda dan banyak lagi perkara yang terpesong dari fahaman kita iaitu ASWAJA (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Itu tak termasuk soal solat.. kahwin mutaah dan lain-lain.

Buku ni adalah hasil karya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni iaitu Pensyarah Kanan di Jabatan Teologi dan Agama-Agama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd dengan harga RM20.00.

Nota: Seorang kawan mengulang kata ustaz masa dengar ceramah di surau. Kata ustaz tu: "selain fahaman Syiah ni ada lagi satu perkara yang menakutkan iaitu orang Islam yang berfikiran sekular".

p/s Aku dah tengok sikit-sikit isi buku ni. Isinya memang agak 'heavy'. Weekend ni baru nak start baca :).

Penjejak Mimpi: Moga-moga kita semua terjaga iman dan akidah hingga kita ke akhir hayat, Amiin.

Friday, February 1, 2013

Art of Deception


DIBACA bila stress. Haha.. Orang lain bila stress baca buku topik ringan-ringan, kan? Aku pula baca buku topik berat-berat untuk hilangkan stress. Hmmm... ada ka?

Hasil tulisan Jerry D. Gray seorang mualaf yang kini menetap di Indonesia. Bekas askar udara US. Buku ni membongkar propaganda US dalam hal Black September atau lebih dikenali sebagai 9/11. Siapa dalang dan mastermind dalam 9/11 tu.. terselit kisah Dajjal, member 0f 300.. freemason dan ahlinya.. dan lain-lain.

Aku tak habis baca lagi buku ni sebenarnya. Mana nak habis cepat; time stress dan time nak tidur aja baru baca so sudah pasti akan mengambil masa yang lama. Tak gitu? Haha..

Penjejak Mimpi: Tahun ni tak mahu beli buku lagi. Nak habiskan stok sedia ada.

Monday, November 5, 2012

Ekspo Buku Islam di KL Sentral

HUJUNG minggu baru-baru ini di KL Sentral ada diadakan Ekspo Buku-Buku Islam. Startnya aku tak pasti tapi berakhir pada 4hb November yang lalu. 

Pada Sabtu tu aku dah berjanji dengan anak buah aku; si Ekin untuk ke Istana Negara (lama) untuk ke Pameran Raja Kita. Kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral aja so sementara menunggu Ekin tiba dari Nilai, aku pun ambil kesempatan untuk meronda-ronda sambil meng'usya' mana buku yang best.

Mula-mula aku tengok-tengok dulu tajuk buku yang best lepas tu baru pilih. Ada diskaun 10% dan ada juga diskaun sebanyak 20%. Usya punya usya.. pilih punya pilih.. akhirnya aku telah memborong 5 buah buku termasuk 1 buku resepi (<-- sila jangan gelak ye..). Semua buku yang aku beli ada diskaun 10%.

Kalau ikutkan ada lagi buku yang aku rasa nak beli tapi memandangkan lepas tu kami nak ke tempat lain pulak so terus aja aku kenselkan niat tu. Berat woo semua buku tu. Nak 'rebeh' dah bahu aku ni ha tapi sebab ilmu takpelah.. :)

So buku-buku yang aku beli ialah:
1.  Menjejaki Jalan Takwa oleh Mohd Rizal Azman Rifin. Terbitan Mustread. Harga RM18.00
2. Chicken Soup for The Soul (Edisi Bahasa Melayu) oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen & Amy Newmark. Terbitan PTS. Harga RM27.00
3. Makanan Laut oleh Chef Sarji. Terbitan PTS. Harga RM5.50
4. Memilih untuk Bahagia oleh Nor Hayati Sapii. Terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Harga RM19.00
5. Yakjuj & Makjuj oleh Muhammad Alexander. Terbitan PTS. Harga RM31.50

Sebabkan ada diskaun sebanyak 10% so total semua ialah RM90.90. Hmmm... berbaloi kan? 

Balik dari tengok pameran tu, kami ke KL Sentral balik sebab itulah transit kami anak beranak. Hahahaha... Lepas tu turn Ekin lak memborong buku. Sementara dia memborong, aku duduk kat area orang beli tiket ETS sambil membaca buku yang baru dibeli. Semangat buku baru la katakan...

Ekin lak beli 3 buah buku yang bertajuk "Fatwa Jin & Sihir", novel jiwang karat "Yang Indah hanya Mimpi" karya Sharifah Abu Salem dan novel jiwang karat juga iaitu "Bisik-Bisik Cinta" hasil nukilan Fauziah Ashari. 

Selain tu ada juga acara lain yang diadakan masa ekspo tu macam demo masakan dan ada artis jemputan macam Irma Hasmie, Diana Amir, Sami Yusof dan Hafiz Hamidun. Ada jugak jemputan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Kami cuma sempat tengok demo masakan oleh Chef Haneliza aja. 

Lepas makan untuk kali kedua pada hari tu, kami pun berpisah dan balik ke 'sarang' masing-masing sambil memasang niat untuk menghabiskan pembacaan untuk buku-buku yang dibeli.

Nota: Baru je pinjam buku dari Puan Azira yang bertajuk "Menangani Individu Sukar" tapi nampak gaya kena hold dulu. Nak habiskan buku Chicken Soup of The Soul dulu. Ok tak?

Penjejak Mimpi: Suka membaca .. :)

Monday, September 24, 2012

Membongkar Misteri Dajjal.. Memang Berbaloi!

Image as usual taken from Google Image
AKHIRNYA petang tadi tamat sudah aku membaca buku yang baru dibeli Jumaat lepas; "Membongkar Misteri Dajjal" hasil tulisan Muhammad Nurani Maarif terbitan Hijjaz Records Publishing.. Dan di ofis tadi sempat la jugak kami bertukar-tukar pendapat dan pandangan pasal Dajjal nih.

Ok, siapakah Dajjal tu? Nabi Muhammad s.a.w di dalam hadisnya ada menyebut: "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam yang melebihi dari fitnah Dajjal. Dan bahawasanya tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah yang tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti datang di kalangan kamu.." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Sedikit tentang Dajjal: Dia tu manusia ya tuan puan. Manusia yang telah dilahirkan sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi. Dan sehingga sekarang Dajjal masih hidup; sedang 'hibernate' di alam jin. Dia akan keluar apabila kiamat hampir tiba. Allah kurniakan kelebihan pada Dajjal dengan punyai usia yang panjang dan kemampuan untuk belajar pelbagai ilmu termasuklah ilmu berkenaan teknologi. Akhirnya Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Nak tahu lebih lanjut sila dapatkan buku di mana-mana kedai buku berdekatan anda. Ngeee...

Tugas kita sekarang ialah bagaimana mahu menghindarkan diri dari fitnah-fitnah Dajjal durjana ni. Kalau korang baca buku ni.. satu perasaan takut akan menyelubungi diri. Percayalah cakap aku betapa liciknya perancangan Dajjal ni. Fitnah tersebut termasuklah wujudnya falsafah dan fahaman ideologi humanisme, kapitalisme, liberalisme dan yang paling menakutkan ialah apabila ada yang dengan bangganya mengisytiharkan fahaman dan jalan fikir yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah itu kolot dan ketinggalan zaman!

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi silalah dapatkan buku ni di pasaran. Err.. aku takda syer pun dalam kompeni ni tapi buku ni amat berbaloi untuk korang kenal siapa Dajjal tu sebenarnya dan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Nak share sikit doa mohon perlindungan dari fitnah Dajjal nih; "Wahai Allah, sesungguhnya aku mohon perlindunganMu daripada azab Jahannam, perlindungan daripada seksaan kubur, perlindungan daripada fitnah hidup (kemelaratan) dan mati (seksaan) dan daripada kejahatan fitnah Al-Masiih Ad-Dajjal." Dibaca selepas selesai bertasyahhud (di tahiyat akhir solat)

Hadis tentang Surah Al-Kahfi: Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang ingat (serta membaca) sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi adalah dia dipeliharakan dari fitnah Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim).

p/s 1: Banyak membaca lebih banyak ilmu kita dapat..

p/s 2: Credit to the author; Muhammad Nurani Maarif.

Penjejak Mimpi: Sedih kalau ada yang berfikir bahawa kisah Dajjal itu sekadar mitos agama semata-mata..

Thursday, December 8, 2011

Tuesdays With Morrie

BUKU terbaru aku beli. Last Friday aku gi MPH kat Mid Valley; time break. Actually aku pernah tengok cite ni kat tv. Kalo tak silap disiarkan kat 8tv. Lepas tu bile singgah MPH, ternampak buku ni tapi tak beli pon. Ntah kali keberape aku ke MPH tu baru terbukak ati nak beli. Harga RM29.90.

Buku berdasarkan kisah benar penulis dan profesornye; Morrie Schwartz yang menderita penyakit ALS (amyotrophic lateral sclerosis); penyakit berkaitan saraf. Buku ni boleh dianggap sebagai buku yang memberi inspirasi pade orang lain. Bagaimana Morrie memandang hidup secara positif dalam masa yang sama menderita penyakit ni.

Aku da hampir habis bace (err.. actually aku da baca setakat muka surat 154 daripada 192 muka surat). Memang tak sabar nak abehkan...

Penjejak Mimpi: Buku ni memang bagi inspirasi.. :)

Wednesday, March 2, 2011

Tiga Kali Seminggu

NI tajuk buku yang menghimpunkan 15 cerpen hasil karya Dr Faisal Tehrani (Dr FT). To tell the truth, this is my first time read a book written by him. Bese bace skali lalu ajek cerpen die dalam paper. Dulu aku memang tak minat dan tak pernah amik tau pon pasal hasil karya die. Tak tau kenape.. Tiga Kali Seminggu jugak salah satu tajuk cerpen dalam buku ni. Err.. aku baru jek khatam buku ni kelmarin.

Pendapat aku tentang buku ni: Isinye banyak yang mengajak kite berfikir di luar kotak. Mencabar minda. Bermaklumat dan berfakta. Tu yang bagusnye. Bukan sekadar isi kosong tanpa maksud dan makne. Bukan sekadar mengajak pembace terawang-awang dengan fantasi kosong yang melalaikan. Banyak menggunekan perkataan yang agak bombastik (pade aku la; orang teknikal). Ade unsur-unsur islamik. Cukup dengan hadis dan surah sebagai penguat jalan cite.

Aku rase kalo bace skali mungkin tak bape nak 'tangkap' ape maksud yang cube disampaikan. Maknenye kene bace berkali-kali baru le paham.

Dalam 15 cerpen ni, aku suke beberape tajuk yang menarik pade aku. Sebagai contoh; Dangai, Pau dan Muruku (<-- data-blogger-escaped-adam.="adam." data-blogger-escaped-bersemangat="bersemangat" data-blogger-escaped-biasa="biasa" data-blogger-escaped-bulan="bulan" data-blogger-escaped-citenye="citenye" data-blogger-escaped-dan="dan" data-blogger-escaped-dengan="dengan" data-blogger-escaped-di="di" data-blogger-escaped-diciptakan="diciptakan" data-blogger-escaped-ini="ini" data-blogger-escaped-jalan="jalan" data-blogger-escaped-lepas="lepas" data-blogger-escaped-luar="luar" data-blogger-escaped-membacenye="membacenye" data-blogger-escaped-muthupalaniappan="muthupalaniappan" data-blogger-escaped-penuh="penuh" data-blogger-escaped-rindu="rindu" data-blogger-escaped-saigon="saigon" data-blogger-escaped-sedih="sedih" data-blogger-escaped-seolah-olah="seolah-olah" data-blogger-escaped-setelah="setelah" data-blogger-escaped-span="span" data-blogger-escaped-terase="terase" data-blogger-escaped-terbawe-bawe="terbawe-bawe" data-blogger-escaped-watak="watak">

Kesimpulannye memang best la buku ni. Seperti ape yang tertulis kat kulit belakang buku ni; mengundang rasa syahdu, lucu, pilu, membawa sindiran, peringatan, kekuatan semangat dan tanda tanya. Kirenye macam cukup sume bumbu dan rencahnye untuk santapan minda.

p/s Korang buleh gak terjah blog Dr FT kat sini. Tu pon untuk sesape yang suke bace entri yang 'berat-berat'... :)

(Picture taken from Google)

Penjejak Mimpi: Tertarik dengan kate-kate ni "Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat." (Saidina Umar Al-Khattab r.a)