Pages

Tuesday, December 23, 2014

Ada Ubat Batuk, Dik?

LEPAS bersantap kat kantin Blok F tadi, terus aku mencari ubat batuk. Dah dekat 3 hari batuk tak berhenti-henti. Yang tu dah satu azab.. dengan tekak yang sakit.. nak menelan pun payah.

Singgah kejap kat satu kiosk. Kiosk ni aku tengok ada je ubat batuk tapi ubat batuk yang aku cari takde. Yang ada Cap Ibu dan Anak.. Woods.. ada satu lagi jenamanya tapi dah terlupa aku apa namanya. Bila ditanya pada gadis si penjual, tiada jenama yang aku nak. Hmmm... 

Pergi ke kedai kedua.. mencari-cari tanpa bertanya sebab tengok tuan kedai sibuk melayan pelanggan. Selesai urusan dan pelanggan tu pun dah keluar, terus aku tanya pada tuan kedai: "adik, ubat batuk ada tak kat sini?" Dia menjawab: "ubat batuk ya? Hmmm...." sambil mencari.

Lastly aku menjawab: "macam takde je dik? Takpelah, terima kasih" lantas aku berlalu. Sambil berlalu dengar budak tu berkata sesuatu. Aku berpaling dan bertanya: "apa dia, dik?" Dia menjawab: "untuk hilangkan batuk akak rebus kulit kayu manis.. dah tu campurkan  air rebusan kulit kayu manis tu dengan madu.". "Ok, ok, nanti saya cuba, terima kasih ya.."

Ok, nanti insya Allah aku cuba tapi apa rasanya ek? Terus terang aku ni bukan jenis yang amalkan minum madu tiap-tiap pagi *dah tau macam tu kenapa kau gatal-gatal beli madu dari Ustaz Johari hari tu? Dahla mahal harganya! Better kau habiskan madu tu Cik PM!!* Cuma aku hanya minum air lemon yang dicampur dengan madu. Tu je. Kalau minum sekadar madu sahaja... baru pagi tadi aku try! Sebab tak tahan sangat batuk tak berhenti-henti. Huhu...

Nampak gaya kena set alarm dalam HP untuk ambil madu lah pulak lepas ni. Sekarang ni aku set alarm untuk minum jus delima.. habbatus sauda dan ubat. Kena tambah satu lagi; untuk madu. Muehehehe...
Inilah ubat batuk yang aku cari. Ubat batuk cap kelapa laut Afrika.
Penjejak Mimpi: Dah ada alarm pun, tak follow jugak aku ni. Huh!! tak berdispilin punya buaya!!

Monday, December 8, 2014

Bulan Disember

ASSALAMUALAIKUM wbh..

Lama betul tak mengemaskini blog aku ni. Jangankan berhabuk.. dah bersawang pun ha.. Nak disapu.. habuk bukan main tebal. Nampak gayanya nak kena sapu dulu.. vacuum lepas tu dilap bersih-bersih.

Sejak pegang jawatan baru ni.. kerja betul-betul berlambak! Sampai tak menang tangan aku. Errmmm.. mesti korang tertanya-tanya: "ai, kata sibuk sangat.. tapi ada masa pulak nak mengupdate blog?" Kejap je beb... lepas ni nak sambung buat kerja. Nak take five kejap la weh!! Baru lepas emel kat bos calculation untuk projek baru. 

Ok, nanti sambung balik (entah bila lah tu.). Nak kena minit surat jap. 
Ta-ta..

Penjejak Mimpi: Tak masuk ofis 4 hari.. bertambah stress aku!!