Pages

Thursday, June 24, 2010

Takde Tajuk..

Salam.
Aku ni sebenonye rase marah sesangat skang. Agaknye ape yang dowang ni nak ek? Agaknye nak suh aku tunggu depan dowang minte sign sume borang-borang aset tu ker? Dowang ni lupe agaknye... tanpa dowang sedar dowang dah pon dibagi paha walaupon pade hakikatnye dowang hanye layak mendapat betis ajek!! Borang yang patutnye dowang isi sendirik tapi aku da tolong isikan... suruh check dan sign je pon amik mase berhari-hari. Agaknye kalo kene isi sendiri sah-sah lagi lame. Tu tak campur dengan hari aku terpakse buat 'kelas' untuk bagitau mane satu meja pedastal... mane satu meja pegawai... bla.. bla.. bla... silap-silap makan mase seminggu! Ni mende dah sedia... minte tolong check pastu sign ajek pon lambat! Aku memang tak paham la... betui-betui tak paham dengan sikap dowang. Tapi tak sume le macam tu. Ade yang bagi kerjasama dan cepat buat ape yang aku nak. Pade yang macam tu, time kaseh aku ucapkan.
Aku minte orang bantu aku pon satu masalah gak. Wat keje ntah ape-ape. Prinsip aku senang ajek; kalo ko takmo tolong, cakap takmo tolong. Tak yah kasi aku hasil yang macam ntah ape-ape. Pasal tu aku lebih suke wat keje sensorang. Bagus ke... tak bagus ke hasilnye aku puas ati. Kalo cantik, bagus... tak cantik, kasi cantik, kasi bagus. Ni kalo nak suruh orang wat skali lagi, memang takkan buatnye ikut kehendak kite. Tu yang payah.
Ari ni aku akui memang angin aku tak baik. Asalnye ari ni aku malas nak keje; ingat nak mc ajek sebab rase cam badan aku panas; nak demam. Tapi bile ngenangkan hal aset yang tak abeh-abeh tu, langsung kensel. Naseb bek tak jadi mc. Kalo tak ntah ape jadinye kad-kad kew PA aku tuh.
To tell the truth, aku memang malas nak minte tolong orang bantu aku. Sebab aku tau diri aku sendiri yang fussy giler. Nak hasil yang sentiase bagus dan tip top. Salah ke kalo aku nak hasil yang macam tu?
Orang lain syok giler sebab takde keje. Relax memanjang. Leh wat ape yang dowang nak tapi aku? Tak sudah-sudah dengan keje aku yang berlambak-lambak. Aku bukan nak mengungkit tapi dowang patut paham situasi aku. Aku pon tak jeles dengan dowang tu tapi bagi le kerjasama.
Memang bosan bile ngenangkan sume ni tapi itulah namenye idop bersame dengan orang lain di dunie ni; bekerja dengan orang lain di dalam opis yang same. Macam-macam ragam. That is life all about.. Cume skang ni aku kene sabar banyak. Aku kene anggap sume tu dugaan.
Yes... memang aku kene kuat dengan ujian dan dugaan yang kecik cinonit ni. Takkan sebab tu pon aku nak mengalah, kan? Lagipon aku bukan wat keje jahat... bukan aku wat keje haram. Aku kene setelkan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknye. Aku takut tak dapat jawab soalan kat akhirat nape tak tunaikan amanah mase kat dunie dulu dengan baik. Ha, mase tu sape nak tolong?
So lepas ni aku kene buangkan rase marah tu... kene cool down. Buat ajek keje tu dengan penuh rase tanggungjawab. Insya Allah.

Tuesday, June 22, 2010

Mural Penjara Pudu..

UNTUK tatapan mate insan-insan yang hiba (macam aku). Ade banyak sebab nape aku sedih bile tembok Penjara Pudu ni dirobohkan. Pertamenye sebab nilai sejarahnye da takde.. Keduenye nilai seni da ilang dan ketigenye sebab aku tak sempat nak tangkap gambar mural ni gune kamera aku sendiri. Sume gambar yang aku uploadkan ni sume aku songlap dari website ataupun blog orang lain. Dalam due gambar ni, aku rase memang sesuai dan bertepatan ayat yang tertera iaitu dari gambor pertame "radius si rakus" dan dari gambor kedua "wreck in pieces".. Pe pendapat korang? Sesuei tak dengan 'naseb' tembok ni dengan kedue-due ayat tersebut? Memang kene kan? Ngam ngam ho kan?
Lepas ni bersiap sedialah kite dengan pe yang bakal berlaku. Satu demi satu warisan dan harta negare diragut dan dimusnahkan oleh tangan-tangan ganas dan rakus. Ternyate dan jelas warisan sejarah negare ini tiade nilainye di mate mereka; pihak yang berkuase. Sebagai insan bese; secare peribadinye memang rase sedih dan kecewa sesangat dengan pe yang berlaku ni. Tapi apekan daye naseb kite: ibarat anjing menyalak bukit; bukit tak runtuh tapi anjing yang sakit tekak. Kene la pulok telan strepsils atau Fisherman's Friend.. Hehehe... Iklan la pulok..

Lagi Kisah Penjara Pudu..

Amaran!! Berlaku di Penjara Pudu KL di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang tertentu sahaja.
SEBELUM Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik di panggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Ia dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana mnyesali kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu kerana di katakan tak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah di ketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yg dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yg mati di tali gantung tersebut tak tenteram kerana mati mereka di tali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu..
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar-samar itu sambil meninjau-ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangn lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa.. tapi Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa..”
Bingo!!! Keh900x

Monday, June 21, 2010

Hayat Sedekah.. Sebagai Renungan

Salam.
Sumthing really worth to read.. :)
RASULULLAH saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)
Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111
Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi:
Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.
Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu.
Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
• Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya.
• Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain.
• Doa anak yang salih (Riwayat Muslim)
Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakkan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.
Jangan anggap pemberian itu hak kita, sebenarnya di dalam harta kita ada hak mereka.

Nilai Sejarah Yang Hilang.. :(

Salam & selamat tengah hari.
BARU-baru ni dalam paper Kosmo ade aku bace mengenai operasi perobohan tembok Penjara Pudu yang akan dilakukan pade 20-23hb Jun nanti. Tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan untuk keje-keje pembinaan projek persimpangan bertingkat Jalan Pudu-Jalan Imbi-Jalan Hang Tuah. Pihak berwajib ade alasan mereka tersendiri kenape dowang musti merobohkan tembok ni.

To tell the truth, aku kureng stuju dengan tindakan tu. Sebabnye kalo korang perasan satu demi satu nilai sejarah di'hilangkan' sedikit demi sedikit. Pade aku, nape tak biarkan ajek tembok tu? Korang musti pasan punye mural yang dilukis kat tembok tu. Mural tu sume hasil seni banduan-banduan yang pernah menghuni penjare tersebut. Nape la musti wat macam tu? Da takde alternatif lain kot sampai terpakse wat macam tu.

Mengikut fakta yang aku dapat dari paper Kosmo tu, mural tersebut pernah diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai mural terpanjang di dunie so kalo da dirobohkan, make secare otomatiknye rekod tersebut terhapus dengan sendirinye.

Aku ni sebenomye bukan kisah sangat pasal rekod tu.. cume nilai sejarah die jek yang aku concern kan.

Agak-agak lepas ni apa lak yang akan diragut nilai sejarahnye ek?

p/s Kecewa sebab tak sempat amik gambar mural tu.... :( For info, pic mural kat atas tu aku songlap dari web site lain. Lepas aku meng'gugel' diri aku nih... :)

Friday, June 18, 2010

Bulan Rejab

Salam & selamat petang.
START Isnin baru ni maknenye kite da masuk bulan Rejab dalam kalendar Islam. Meh kite tengok ape yang ade di sebalik bulan Rejab ini..
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1431/Isra Mi'raj (Sabtu, 10 Julai 2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (14,15,16 Jun 2010) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt
* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga
* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
" Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini.
" Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."
Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."
So komen aku; marilah kite beramai-ramai cube untuk berpose sunat dalam bulan Rejab ni. Dapat sehari pon ok lah... untuk permulaan. Lepas-lepas ni buleh le try untuk pose sunat Isnin dan Khamis... (nak ajak pose cam Nabi Daud yang berpose selang sehari tu; aku pon tak mampu. Ngeee.....) Nanti kan kite da nak start pose bulan Ramadhan? Slow-slow la...

Monday, June 14, 2010

Selamat Pagi Kuala Lumpur..

Salam..
JAM dah pon pukul 1.43am. Aku lom lagi tido. Tengah pening hal aset ni. Sebenonye aku da update separuh tadi. Stat jam 11pm. Tak tengok pon cite fevret aku; American Chopper... :(
Esok kene abehkan lagi separuh update kewPA-7 tu. Pening aku kalo pikir pasal aset ni.
Skang ni sambil aku update blog ni, aku layan lagu-lagu love song oldies nyanyian grup The Carpenters. Ala, grup ni femes zaman 70 - 80an. Time tu aku sekolah rendah lagik. Pe yang pasti, aku memang suke lagu-lagu die. Suare penyanyi die (Karen Carpenter) memang lemak merdu disukai ramai (erk! cam iklan susu F&N le pulek). Memang sedap le kirenye.. Lagu-lagu dowang 'easy listening' la.. Ade few songs yang memang jadi kegilaan aku cam 'Yesterday Once More', 'For All We Know' (paling suke), 'Superstar', 'Top Of The World', 'Only Yesterday', 'There's A Kind Of Hush', 'I Wont Last A Day Without You' dan 'Sandy'. Tapi lagu lain pon best gak. Susunan muzik memang mengasyikkan dan mendamaikan.
Jam da dekat kui 2am. Aku kene tido gak walaupon tak ngantuk. Takut karang aku 'terbabas' sampai terbangun lewat lak. Dalam kepale aku ni da tersusun list mende-mende yang kene aku setelkan ari ni jugak kat opis. Kene setelkan by hook or by crook....
So selamat pagi/good morning/konnichiwa/guten morgen pade sume warga KL. Pade sesape yang baru nak tido (cam aku) aku ucapkan 'guten slafen bis morgen' (sleep good till morning).
Muge pagi ni menjadi permulaan yang lebih baik untuk setiap yang kite lakukan. Rahmat sentiase melimpah ruah untuk kite, kejayaan dan kebahagiaan sentiase menjadi milik kite, keikhlasan dan tawadduk sentiase di hati kite, dan yang paling penting muge hari ni menjadi permulaan untuk kite sentiase bermuhasabah diri... Insya Allah...

Wednesday, June 9, 2010

Enjoy Your Work..

Salam n selamat pagi..
AKU sampai awal ari ni. Malas nak menghadapi situasi cam semalam; tunggu tren bukan main lame. Tren delay untuk sume laluan sebab de tren barang tergelincir kat laluan antara KTM KL-Bank Negara. Kesimpulannye pagi ni aku naik keb dan punch card jam 6.44am.
On the way ke opis, takde perbualan yang bes berlaku antara aku dan keb driver tu. Mungkin die syok layan lagu-lagu rock kapak. Sampai depan South Court, meter rm11.20 tapi die suh aku bayar rm11 ajek. Dan sebelum tutup pintu, die cakap "enjoy your work.." dan aku hanye tersenyum.
Sambil jalan tu aku bermonolog "enjoy your work? enjoy ke aku ni?".. "enjoy ke aku dengan keje aku slame ni?" dan soklan pade diri sendiri tu aku biarkan tanpa jawapan...................
Sebenonye, ungkapan mamat tu secare tak langsung buleh mencetuskan semangat (pade sape yang pikir positif) dan sebaliknye. Kalo orang tu pikir secare positif; ungkapan 'enjoy your work' tu sendiri memainkan peranan dan menjadi lonjakan kepade perbuatan untuk meneruskan keje dengan lebih baik, bersungguh-sungguh dan tekun lagi sebab die memang enjoy dengan keje die. Tapi kalo pade orang yang tak enjoy dengan keje die, tertekan dan stress dengan keje; ungkapan 'enjoy your work' tu seolah-olah ungkapan sinikal dan bertujuan menyindir.
So skang ni bertanyelah korang pade diri sendirik adakah korang enjoy dengan keje korang skang? Tepuk dada tanye iman.. :)

Monday, June 7, 2010

Bicara Kosong - Part 5

Salam & selamat petang..
ARI ni aku tak gi break pon. Malas. Lagipon rase cam kenyang lagik. Pagi tadi aku bawak sandwic tuna. Kek pandan yang aku bawak tu pon lom bermakan.
Pagi ni aku memang bz giler. Lepas breakfast terus minitkan surat-surat yang berlambak dalam tray aku tu. Stok seminggu beb. Pe taknyer... last week aku kosentret aset. Tu pon tak abeh-abeh lagik. Lepas minitkan surat, jawab lak surat-surat dari Unit Kompetensi dan dari Unit BPKS. Baru nak stat wat aset, bos lak ajak diskas pasal isi perut Lampiran A borang-borang kompetensi SPK. Kene la aku mencari memo dari UPK yang dimaksudkan. Naseb baik jumpe memo tu. Kalo tak, pe aku nak jawab? Da jumpe aku tunjuk kat bos dan die kate nak diskas tapi aku kate lepas break la... naseb bek die kate OK (ade ke anak buah yang cakap camtu? Patutnye bos la.. Tak pon ikot je la cakap bos tu... Appa la punye staf aku ni, kan? Very bad staf!)
Esok, tomotachi gi umrah dengan husband die (En Nazri). Stat esok; 8hb (Selase) sampai 19hb (Sabtu). Sebenonye aku plan nak jumpe die sebelum die berangkat tapi tak kesampaian. Plan last week memang tak leh sebab die bizi menyiapkan preparation untuk SOC yang akan diadakan di Ipoh this week (amende ntah SOC ni..). Plan awal aku nak jumpe minggu ni sebab memule die akan berangkat pade 9hb so aku ingat leh la jumpe on Monday (ari ni la..) tapi at last dicepatkan ke esok; 8hb. So today die cuti le. Takkan aku nak cuti lak nak jumpe die? Tak de logika aku rase sebab Jumaat lepas aku da EL takkan ari ni nak EL lagik? Lagipon die musti bizi giler packing barang. Nak jumpe semalam tapi die de hal. Manyak program. Takkan aku nak bertandang umah die pepagi subuh lak? Lagi takde logika... So aku plan petang ni atau pagi esok aku akan kol.
Lepas breakfast pagi tadi tengok de lak 3 miskol. Check tengok-tengok dari tomotachi aku tu. Aku kol jap pastu die kol balik. Kami sembang dalam 19-20 minit lebih. Die gitau flight die jam 2pm lebih so maybe around 9am lebih die bertolak ke KLIA. Die gi berdue jek dengan husband die. Aku rase hepi sebab die sudi nak kol aku. Da lame dah aku tau die nak gi umrah. Kami nyembang macam-macam hal; pasal preparation die.. pasal anak-anak die... Aku tumpang gembire sebab die bakal menjejakkan kaki ke bumi anbi'a.. Bile ntah turn aku?
Aku rase sedikit sebak bile die minte maaf dengan aku.. Kami saling meminte maaf.. Sedih... :(( Minte aku doakan die dan husband selamat pegi dan selamat kembali ke sini. Insya Allah aku jawab.
Insya Allah lepas tomotachi balik dari umrah, kami akan jumpe. Tapi bile tu tak dapat dirancang... Ye lah... die pegawai besau... sentiase bizi... aku yang pegawai kecik cinonit ni pon rase cam 24 jam tu tak cukup untuk sehari. Bizi memanjang. Tak abeh-abeh... Celik mate kerja... kerja... kerja... Huhuhuhuhu...
Sesambil sembang tadi, dengar gak sore anak die yang kecik sekali; Hafiz. Hmm... rase rindu lak dengan dak kecik tu. Tu lah, ingat kalo gi umah die dapat le jumpe dengan Hafiz tapi harapan tinggal harapan.......
Dira dan Balqis pon lame tak jumpe. Last aku jumpe anak-anak pompuan die raye tahun lepas (eh, aku jumpe Dira jek. Balqis tdo time tu) dengan anak-anak lelaki yang lain; Haziq dan Hakim. Terbaru Hafiz aku jumpe kat Hospital Tawakkal bulan Februari lepas. Nak berdukung dengan aku... Kire cam tak takut la dengan aku nih... :)
Ape pon, muge tomotachi dan Encik Nazri selamat sampai ke sane.. dapat menunaikan ibadah dengan sempurne dan tenteram dan kembali ke Malaysia dengan selamatnye, Insya Allah.
Eh, da dekat jam 2pm pon.. Nak solat zuhur lepas ni... Jom solat...
P/s Bahagie rasenye bile de kawan baik yang ingat pade kite.. yang mampu mendamaikan jiwa yang kacau, buleh melegakan fikiran yang kalut dan dapat mententeramkan perasaan kite yang serabut. Thanks for the frenship, sis. Hope our frenship remains forever, insya Allah. Thanks a million, again..