Pages

Thursday, October 29, 2009

Motivasi di Pagi Hari..

Sesuatu untuk dikongsikan bersame. Artikel ni aku dapat dari website http://www.virtualfriends.net. Aku rase artikel ni bagus untuk bagi motivasi kat kite.. Enjoy reading.. :)

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti. Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda. Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

Wednesday, October 28, 2009

Integriti - Part 2

1st of all, bebanyak sori sebab amik mase yang lame untuk post sambungan artikel tentang integriti. Manyak bz lo... Lagipon de few part aku kene edit sket; thats why le lambat. Hee3x.. Da ready? "Sapy, go!!"

CABARAN PENGURUSAN INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
1. Ekspektasi tinggi masyarakat terhadap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti pelaksanaan kerja anggota perkhidmatan awam;

- Pengiktirafan oleh Y.A.B Perdana Menteri
- Kenaikan tangga gaji yang baik
- Sungutan masyarakat yang meningkat
- Rasuah/penyalahgunaan kuasa meningkat

PANDANGAN
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan:

"...Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar. "

2. Isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa menjejaskan segala bentuk pelaksanaan kerja dalam semua aspek:
- Kurang kesedaran agama
- Kepimpinan yang longgar
- Imej dan kredibiliti penguatkuasa lemah
- Kepentingan peribadi

3. Ketidakcekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam:
- Karenah birokrasi
- Proses kerja yang lambat
- Kekurangan pegawai dan kakitangan
- Kekurangan kemahiran ICT
- Penguatkuasaan lemah dan berpilih
- Ketiadaan koordinasi antara jabatan

4. Masalah disiplin dan etika anggota Perkhidmatan Awam

CONTOH-CONTOH MASALAH INTEGRITI PENJAWAT AWAM
- Tidak menjawab permohonan yang diterima
- Makan/minum melebihi waktu
- Ponteng selepas punch card/buat kerja sendiri
- Salahguna harta kerajaan
- Layanan yang tidak mesra
- Datang lambat/balik awal

CADANGAN MENGATASI CABARAN
- Meningkatkan integriti pegawai dan kakitangan melalui ceramah, kursus dan taklimat secara berterusan
- Mengadakan latihan aspek perundangan, siasatan, pendakwaan, penguatkuasaan dan operasi secara kerjasama dengan agensi lain seperti PDRM dan SPRM
- Kempen memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
- Kempen kesedaran kepada masyarakat
- Melaksanakan tindakan punitif yang setimpal
- Tindakan tegas dan segera
- Meningkatkan kemudahan dan peralatan seperti komputer, kenderaan, alat komunikasi bagi meningkatkan penguatkuasaan
-Meningkatkan tadbir urus terbaik
- Kod Etika dan Piagam Pelanggan
- Manual prosedur kerja dan carta aliran kerja
- Praktikkan

SIFAT ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG MEMPUNYAI INTEGRITI:
- Mementingkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi;
- Tidak salah guna kuasa;
- Menepati masa;
- Tidak suka kepada pembaziran; dan
- Tidak rasuah dan menyeleweng.

SIFAT ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG TIDAK BERINTEGRITI:
- Menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi;
- Suka menipu dan berbohong;
- Menggunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri; dan
- Kerja “melepas batuk di tangga”
- Berpura-pura sakit.

.. bersambung lagik...

Monday, October 26, 2009

Monday Blues..

Ari pertame memulekan tugas dalam minggu ni. Harap de perkembangan postitif dalam pe yang tengah aku wat skang nih. Da lame giler projek tu sangkut.. But today, aku tekadkan azam untuk cube setel sebanyak mungkin sume outstanding drawings. Kalo ikutkan mende ni bukan salah aku sorang jek... tapi aku maleh ler nak kaitkan orang len. Anggap je tu sume sebab ketidakcekapan aku dalam menjalankan tugas. Ek ele... amende le yang aku ngarutkan pepagi bute ni ha??? Hee3x.. bese la... nak cari mood... Ari Isnin besenye orang tak bape nak ade mood untuk keje. Monday blues le katekan.. Same la cam aku. Jam pon baru 7.20am. Dalam kepale otak aku ni actually banyak mende yang nak kene setel today. Esok aku tak masuk opis sehari sebab de kusus Green Card CIDB lak. Hmm... nampaknye list dalam kepale dan yang de dalam notebook aku tu memang kene setelkan by hook or by crook!! Perghh!! "skiping" London le pulak aku nih!! Takpe... slow-slow.. take things one by one. Jangan kalut.. relax.. :)

Saturday, October 24, 2009

Integriti - Part 1

Sebelum ni aku da janji nak post entry pasal Integriti kan? Hmm... actually aku da dapat inputnye ari Khamis lagi tapi memandangkan banyak mende yang nak kene wat; amend drawing dll so terpakse le tangguh. Entry ni aku divide into 2 (or maybe 3 part) sebab panjang beno isi nyer.. Pe pon, time kasih bebanyak untuk penceramah dari IIM (Institut Integriti Malaysia); Encik Mohd Yusof Bin Mohamad. Jangan lepas ni aku kene saman sebab upload isi-isi presentation die udahler.. :)
Ready to explore more about integrity? Lets go...

Mengapa Integriti Penting?
Pemerhatian umum di Malaysia menunjukkan bahawa wujud masalah integriti di kalangan warga negara ini.

Definisi Nilai
Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan criteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negative.

Nilai Teras (perlu ada dalam diri setiap penjawat awam)
benar
amanah
telus
bijaksana
bersyukur
adil

Nilai kembangan/sokongan
berdisiplin
kemesraan
bekerjasama
taat setia
komitmen
ikhlas/jujur
bertoleransi
bertanggungjawab

Definisi Etika

Individu - Nilai yang membimbing individu membezakan yang benar dan salah, baik dan buruk, yang patut dan tidak patut dilakukan.
Organisasi - Garispanduan bagi melaksanakan tugas.
Profesion - Kod yang mengariskan apa harus dan tidak harus dilakukan oleh pengamal. Contoh:- Kod Etika kedoktoran, kehakiman, Jurutera dan seumpamanya.

PENGERTIAN INTEGRITI- KAMUS

“kejujuran dan ketulusan”- Kamus Dewan Bahasa
“integriti = kejujuran”- Ens. Malaysiana
“integriti ialah kejujuran, sempurna dan utuh”- Ensiklopedia Dunia Melayu
“integrity mean wholeness, entireness, completeness, chastity and purity” - The Oxford English of Dictionary

PENGERTIAN INTEGRITI - PIN
“Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari hari”

….Integriti adalah nilai yang bermula dari dalam diri manusia. Ia tumbuh daripada kesedaran fitrah dan bermula di hati, kemudian meresap ke dalam minda dan emosi. Akhirnya integriti dipamerkan tubuh fizikal menerusi tingkah laku…. (Datuk Dr. Mohd Radzi Abdul Latif Petikan dalam Berita Harian 7 Februari 2007)

INTEGRITI INDIVIDU
“… keselarasan antara apa yang dikata dan dikota, antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, kepentingan diri dengan kepentingan umum.”

INTEGRITI ORGANISASI
“…tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya” (Pelan Integriti Nasional, m.s 18)

INTEGRITI PENJAWAT AWAM
“…tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya ” (Pelan Integriti Nasional, m.s 18)

INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
“…tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya ” (Pelan Integriti Nasional, m.s 18)


bersambung...

Anak Bapak

Skang da stat cite Anak Bapak lakonan P.Ramlee, Ibrahim Din, Mak Mah dll. Cite-cite P.Ramlee ni kelako giler. Walau da tengok beratus kali pon masih nak gelak guling-guling lagik! Tapi de mesej di sebalik citenyer.

Anak bapak... Tibe-tibe tingat kat arwah abah... :(

Wednesday, October 21, 2009

Hal Buta & Tuli

Pagi tadi mase aku baru kuar dari komuter berkejar nak ke opis, aku terbace headline paper Harian Metro sorang mamat tu yang bertajuk "Didera, di rogol dan di bunuh". Sambil jalan tu aku pon pk, ni kes ape lagi nih? Takkan kes adik Nurin Jazlin berulang lagi kot? Persoalan tu terbiar tanpa jawapan sampai lah aku sempat layan Harian Metro online. Lepas bace; 1 pasan yang bercampur baur dalam diri aku nih. Sedih, geram, sakit ati, menyampah, simpati dll. Si mangse baru umo 3 tahun (lebey kurang baye anak sedare aku - Kyra). Die dipercayai di dera oleh balak mak die. Yang aku tak paham tu cane lah mak die leh caye kat mamat tu? Gini, bile die gi keje, die suh balak die jage anak die. Ceh!!! Bile anak die koma, dia buat repot polis pastu kelepet polis lak konon bibik die punye keje (dera anak die sampai jadi gitu).

Tapi pe kene mengene lak tajuk ni dengan kes ni kan? Ye arr... aku rase mak die da bute mate sebab kecederaan anak die; ade yang lame dan ade yang baru. Takkan le tak dapat detect lebam atau luke kat body anak die tu kan? Yang mamat afrika tu lak da jadi bute ati; sebab sanggup lakukan perkare macam tu kat bebudak. Alahai.. umo 3 tahun tu pe lah yang die tau? Ramai orang kate cinte tu bute tapi sebenonye manusie yang telah dibutekan oleh cinte. Sebab cinte, anak kemane.. tanggungjawab kemane..
Da tuli ke tinge tu sampai da tak leh nak dengar tangisan dan rintihan kekanak malang tuh?

Aku tertanye-tanye mane peginye pasan kasih sayang sesame manusie? Pasan simpati pade orang lain da ilang ker? Dunie skang ni da tak selamat. Tak cukup kite ditakutkan dengan bencane alam (tsunami, gempa bumi, banjir dll) kite di takutkan pulak dengan mende-mende cegini.
Mungkin nilai kemanusiaan da semakin terhakis...

Perihal Blog..

Tengah hari tadi aku ditanye oleh sorang otai (old-timer) di opis. Die tanye nape orang nak tulis/buat blog? Aku jawab masing-masing ade tujuannyer. Ade yang gune untuk menitip perkare atau apa-apa yang dilalui sehari-hari. Macam-macam lah tujuan memasing. Tujuan aku lak kenape? Well, aku ni dari dulu lagik teringin nak ade blog sendirik. Sebelum de template blog ni lagi. Bayangkan da bape lame "angan-angan mat (ke minah?) jenin" aku nih. Sebenonye aku penah try upload blog aku sebelum ni tapi ntah mane silapnyer sampai ke sudah tak menjadik. Lagipon aku suke menulis. So aku rase dengan menulis di blog ini dapat menjadi medan untuk menajamkan skil menulis dan dapat menjadi wadah terbaik untuk aku meluahkan pendapat peribadi aku.

Tapi takut juge kalo-kalo memule je aku rajin menulis pastu sket-sket da jadi maleh dan terus tak ber'update' blognyer. Bak kate orang "angat-angat taik ayam". Insya allah selagi di izinkan olehNya aku akan terus menulis dan menulis... dan lagi.. dan lagi.. dan lagi... dan lagi.........

Pengertian Integriti

Jam 12.45pm baru abih taklimat. Disampaikan oleh pegawai dari Institut Integriti Malaysia (IIM). Penyampaiannyer tu kire ok la.. Sesambil die bercakap diselang selikan dengan klip-video. Bese la.. time2 orang bercakap tu musti ngantuk giler tapi bile de klip video tu langsung ilang ngantuknyer... :)

Aku tak dapat salin sume point2 penting cume di bawah ni ialah pengertian integriti dari PIN (Pelan Integriti Nasional). Kalo aku dapat slide presentationnyer, insya allah aku akan attach/salin balik dalam titipan yang seterusnyer. Aku terlupe nak bawak pendrive kalo tak kan senang? Buleh minte terus dari penceRAMAH tu (bukan penceMARAH yer..)

Ni pengertiannyer: "Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan & padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari".

Satu lagi point nyer ialah "integriti adalah nilai yang bermula dari dalam diri manusie..."

Lantas aku menjadi musykil... 'berintegriti ke aku nih?????

Memulakan Kerja..

" Ya- Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya, Amin "

Semuge ari ini menjadi permulaan yang baik untuk pekerjaan & kehidupanku, insya Allah..

Tuesday, October 20, 2009

Siput Sedut..

Malam ni seperti biasa aku melayari internet (untuk menghilangkan rase bosan; nak tengok tv tapi takde cite kegemaran) tapi malangnyer broadband aku ni lembab sesangat! Signal "very good" tapi lembab macam siput sedut! Bosan aku! Jap2 disconnect! Jap2 disconnect! Hilang mood aku nak menulis.. Lagipun macam nak ujan jek. Malam ni musti best tdo. Jangan sampai x sedar esok pagi dah le. Nanti lambat lak nak g keje. Esok insya allah de taklimat tentang Integriti dan Penyalahgunaan Kuase. Pergh!! power tui tajuknyer.. :)

Titipan Sulungku...

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera.

Dengan rase rendah dirinye aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab akhirnye dapat juge aku mewujudkan blog aku sendiri walaupun tak bape nak bagus macam blog orang lain. Well, da lame berangan nak buat tapi almaklumlah bz sesangat... Dulu alasan takde internet connection... pastu bile da gune broadband tak buat juge blog nyer... At last bile member aku (dak opis sebelah) tunjuk kat aku blog die, barulah aku teringin dan terus create blog sendirik... Shima, tq a lot.. :)

Untuk coretan pertame ni, tiada pengisian yang menarik untuk aku kongsikan. Nantilah.. bebile idea yang kaw2 menjelma, insya allah ade titipan seterusnye...