Pages

Thursday, June 11, 2015

Asyik Berseminar

HARI ini adalah hari kedua aku attend seminar teknikal. Semalam ada seminar berkenaan lampu dan hari ini seminar berkenaan CCTV dari company BOSCH. Dah involve dalam elektrik kan.. so seminar mestilah berkenaan elektrik juga.. hehe..

Jam 2pm karang seminar akan bersambung. Best jugak seminar hari ini. Memang company ni akan promote produk mereka untuk digunakan oleh JKR kalau ada yang bersesuaian tapi yang lebih penting ialah pertukaran dan perkongsian ilmu-ilmu dan teknologi baru dan terkini.

Aku sekarang kalau ada seminar macam ni memang aku takkan lepaskan. Sebab diadakan di dalam bangunan yang sama so apa-apa hal boleh lari sekejap. Lagipun setakat setengah hari atau sehari seminar.. takkan bos nak marah... Err... bos tak marah kan? Hehe... (IB aku tu takda.. outstation ke JB)

Apapun, moga ilmu baru yang aku dapat hari ini dapat membantu aku dalam menjalani tugas dan tanggungjawabku dengan lebih effisien.. Inshaa Allah.

Penjejak Mimpi: Attend seminar ni yang bestnya dapat souvenir. Kalau setakat mug.. pen.. pendrive.. notebook.. dah berlambak dapat. Semalam dapat t-shirt. Ok jugak lah tu... kan? :)


Wednesday, June 10, 2015

"I Rindulah Kat You.."

SEMALAM aku ke Pasar Tani yang selalu ada pada setiap hari Selasa dan Khamis. Sewaktu berjalan-jalan mencuci mata untuk membeli barang, berselisih dengan seorang otai yang mesra dipanggil Cece. Cece ni maksudnya kakak dalam bahasa cina. (Dah dia memang cina, so sesuailah kan dengan nama tu.. Hehe..)

So berbuallah kami sebentar..

Aku: Hi Cece.. how are you?

Cece: Hi. Ok lah... U sihat ke?

Aku: Baru baik dari demam. Tapi batuk tak hilang lagi. Uhuk-uhuk! (Tiba-tiba batuk 'ayam' menyerang!)

Cece: Sudah lamalah tak jumpa dengan u. Rindu tau. 

Aku: Ye ke Cece? (Sambil ketawa.. malu la konon!)

Cece: Ye lah.. sudah lama tak jumpa. Dulu sama level ok lah.. sekarang nak jumpa pun susah la.. bla.. bla.. bla..

Aku: Bla.. bla.. bla..

Hehe.. memang betul tu. Aku pun rasa rindu jugak nak berbual dengan Cece. Dulu masa ofis di Mid Valley dan kebetulan kami di level yang sama so setiap hari akan bertembung. Kalau aku sampai awal, aku akan ke tempat dia untuk berbual sementara menanti 'geng bas sekolah' tiba untuk breakfast bersama.

Cece tu.. kalau tak nampak aku dalam beberapa hari... lepas tu mesti tanya: "u pergi mana ha? Cece sudah lama tak nampak u. U demam ke? (aku kan selalu diserang demam.. sampai Cece ni pun tahu). Tengok dekat board tak tulis apa-apa pon.."

Tapi sejak dah berpindah ke bangunan baru ni.. kami dah tak sama level. Aku di level 12 dan Cece di level 14. Kalau nak naik semata-mata nak berbual tu.. tak dapek rasanya.. Sementelah sekarang ni aku terlalu-lalu-lalu-lalu bz. (Bz ker kau PM? Sempat lagi kan kau berblogging? Grrr.... grrr.. <-- imagine ini adalah ayat dari big boss aku!)

Seronok sebenarnya berkawan dengan orang lama-lama ni. Banyak ilmu dan pengalaman diorang yang boleh kita ambil sebagai panduan hidup. Pengalaman kita tak sama dengan orang lain. Apa yang kita lalui juga tak sama dengan orang lain dan bagaimana kita cuba untuk 'survive' dalam meniti kehidupan ni pun tak sama dengan orang lain. So berkawan dan ambillah apa-apa pengajaran yang baik untuk digunakan sepanjang kehidupan kita.

Oklah.. nak balik dah. Dah dekat 4.30pm so aku stop dulu kat sini. Nanti senang-senang aku merapu lagi, ok?

Penjejak Mimpi: Drawing tak settle lagi weh!!!!

Friday, June 5, 2015

Quote of The Day #12

"When life makes you have to put up with mean and hateful people, think of them as sandpaper. They may scratch you, rub you the wrong way, but eventually you end up smooth and polished.. and the sandpaper.. it's just gonna be worn out and ugly".

Penjejak Mimpi: This is life..