Pages

Monday, April 23, 2012

Q & A

Q: KEPALA otak aku ni dah 'ting tong' sejak dua minggu lepas. Macam mana nak settle ya?
A: Ala.. relax lah. Nak 'ting tong' kan kenapa? Pasal kerja? Apa, dalam dunia ni kau seorang aje ada kerja? Orang lain goyang kaki ya? Siapa suruh kau tak pandai manage kerja? Work smart la geng.. Apa pun, take things one by one, ok? Cheer up.. :)

Q: Kalau aku dah tak mau fikir apa-apa.. pasal apa-apa.. boleh tak?
A: Ok aje. Dah otak kau.. fikiran kau.. lantak kau lah nak fikir ke tak. Ada aku kisah?

Q: Kalau aku buat 'dek' aje untuk semua perkara yang terletak atas 'batu jemala' aku ni, ok tak?
A: Hei! Mana boleh. Ooo.. kau nak lari dari tanggungjawab ya? Tak bagus la sikap macam tu. Amanah tu.. Tak baik tau. :(

Q: Kalau aku nak 'pejam mata' pada sesuatu perkara yang aku rasa tak betul, boleh tak?
A: Yang tu tak boleh. Itu tanggungjawab kau untuk membetulkan mana-mana yang kau rasa tak betul. Tak kisah siapa pun yang buat salah. Kau kena tegur. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Q: Argghh!! Payah la nak cakap dengan orang pandai-pandai ni. Macam mana nak cakap? Kalau aku cakap, mereka nak dengar ke?
A: Ala, kau cakap aje. Samada mereka nak dengar atau tidak, tanggungjawab kau dah habis. Tapi cakap dengan berhemah lah. Kena ada fakta. Jangan main cakap tapi kosong.

Q: Kalau aku nak jerit kuat-kuat, boleh tak?
A: Boleh. Kau jerit aje kuat-kuat tapi tutup mulut kau dengan bantal. Orang lain tak dengar. Nanti jiran sebelah ingat kau 'tak sihat'. Ngeeee

Q: Kalau aku telan aje semua hal yang orang lain cakap pasal aku, boleh tak?
A: Hmm.. telan aje selagi kau boleh telan. Kalau rasa nak vomit, cepat-cepat masuk toilet.

Q: Kalau aku nak sembur balik pada orang yang cakap pasal aku, ok tak? 
A: Kau pun dah jadi macam dia. Kenapa nak samakan diri kau dengan dia? Biar aje. Dah penat nanti dia berhenti lah tu.

Penjejak Mimpi: Aku tak lurus tapi aku jugak tak bengkok..

Thursday, April 19, 2012

Apa-Apa Lah..

" EACH person we let ourselves care about... is just one more loss, somewhere down the line... "

Penjejak Mimpi: Takmo pikir dah, buleh tak?

Tuesday, April 17, 2012

Pasal Sahabat


AKU pernah terbaca kata-kata ini: " Sahabat yang baik ialah sahabat yang tak berubah meskipun zaman berubah-ubah " so tolong doakan yang aku tidak akan berubah walau apa pun yang berlaku. No matter what..

Mungkin aku bukan sahabat yang baik untuk orang lain. Atau aku tak cukup baik untuk menjadi sahabat kepada orang lain?


Penjejak Mimpi:
Kenapa aku sensitif sesangat kalau cakap pasal friendship ni ha??

Monday, April 16, 2012

Kerjaku Kerjaku Jua..

JADUAL minggu ini:

Isnin: Settelkan drawing dan kerja-kerja hakiki termasuk yang bukan hakiki


Selasa: Settelkan drawing dan laluan kabel.. manhole.. kerja-kerja hakiki.. odit aset dalaman..


Rabu: Attend taklimat pengurusan aset. Sampai jam 5pm, ok?


Khamis: Attend sesi testing busduct kat Teluk Panglima Garang (kalau tak silap aku). Tu pun sah-sah makan masa sehari tu..


Jumaat: Settelkan drawing.. dan kerja-kerja hakiki yang tertunggak.


So kenapa ada orang luar yang masih 'tega' mengatakan yang orang gomen ni makan gaji buta ha?


Penjejak Mimpi:
Tak le lurus sangat...

Friday, April 13, 2012

You Choose..

BLA.. bla.. bla.. serabut.. bla.. bla.. stress.. bla.. bla.. bla.. tension.. bla.. bla.. bla..

Kita yang pilih jalan apa yang kita nak..

Kita yang pilih samada nak serabut.. nak stress.. atau nak tension..

Kita yang kawal diri kita.. bukan orang lain..

Bla.. bla.. bla...

Kalau agak-agak rasa nak serabut.. silakan..

Kalau suka dengan perasaan stress tu.. silakan..

Kalau tension tu sebenarnya membahagiakan (ada ke?).. silakan..

The choice is yours..

Pilihan di tangan anda..

Nota: Ini entri dari orang yang serabut.. yang stress dan yang tension!

Penjejak Mimpi: Amenda la yang aku repekkan memalam ni ha??

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday # 3

Nota: Gambar ni PM ambil masa gi opis supplier lampu LED kat Jalan Ipoh, semalam.

Penjejak Mimpi: Duk asik tangkap gambar guna henfon sampai bateri sudah kong...

Monday, April 9, 2012

Lebih Baik Diam?

ADA orang kata lebih baik diam dari bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati orang lain..

Ada orang kata demi kebenaran kena cakap juga walau ianya menyakitkan dan memedihkan..

Aku lak kata.. aku akan cakap jugak demi kebaikan bersama. Orang nak terima.. terimalah.. tak nak terima.. ada aku kisah?

Apa lak kata korang?

Penjejak Mimpi: Aucchh!! Cubit paha kiri paha kanan terasa..

Monday, April 2, 2012

Seronoknya.. <-- Ya ke?

" SALAM. Difowardkan lukisan Site Plan yang terkini untuk tindakan segera pihak tuan/puan. Cik PM.. boleh mulakan lukisan compound lighting untuk submission to PJC Putrajaya. Sekian ".

Itu emel yang aku dapat dari second bos Jumaat lepas. Tetibe jek pagi tu aku dapat arahan (verbal) untuk buat drawing compound lighting untuk satu projek di Putrajaya. Disusuli dengan emel petang tu.

Nak kena submit tak tau bila. Maybe minggu ni. Terus terang aku memang tak tau design concept untuk projek ni. Sebabnya memula aku tak involve langsung. Aku ada projek lain sebelum ni. Tapi disebabkan aku ni staf yang berkaliber dan 'berkaki lebar'.. kerja aku tu da siap dan aku terpaksa cover untuk projek orang lain. Bagus kan?

Sebelum ni, aku dah kena cover untuk dua projek lain.. Memang la aku just cover untuk buat lightning untuk dua-dua projek tu tapi aku ni jenis yang tak suka dapat arahan yang tiba-tiba. Ye la.. aku ni jenis ada planning. Lepas buat benda A.. aku da ada list nak buat benda B.. pastu benda C tapi kalo tetiba jek dapat arahan abeh la berterabur plan aku tu. Huhuhuhu.. kesian aku kan? Ishkk!! Plan aku tu semua pasal kerja dan urusan rasmi. Bukan yang personal.

Hari ni nak kena start buat dah compound lighting tu.. So fokus.. fokus..

Penjejak Mimpi: Saya yang menurut perintah...