Pages

Sunday, December 8, 2013

Ke Bagan Datoh - Part 2

AMBOI... sampai buat Part 2 nak bercerita pasal ke Bagan Datoh ni. Padahal 2 hari semalam je kat sini. Hehehe..

Ok, macam yang aku dah cerita sikit-sikit kat SINI, aku ke Bagan Datoh ni bukan suka-suka makan angin. Ada kerja sikit so bertolaklah aku ke Teluk Intan dengan bas tepat jam 8am dari Puduraya. Macam biasa dalam bas aku akan tidur tapi tak berapa lena lah.. Yelah.. nanti sampai sana nanti sembab lak muka ai ni.. tak best lah kan.. Ahak-ahak..

Sampai di Terminal Bus Teluk Intan terus aku mencari teksi yang kebetulan portnya kat situ juga. Lepas tanya tambang bergeraklah kami ke destinasi iaitu ke Wisma UMNO Bagan Datoh yang menempatkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan juga Kedai Kain 1 Malaysia.

Sampai ke KR1M terus aja aku melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di atas batu jemala patik ni (perghhh!! skema giler). Selepas aku memperkenalkan diri dan beritahu apa tujuan aku ke sana. Dengan bantuan Encik Izzat dan Cik Nabila (diorang staf kat situ), cepat aja aku settlekan apa yang patut aku settlekan. 

Dah settle tugasan rasmi.. ada masalah lain pulak.. mana aku nak cari hotel? Bas ada lalu ke kat situ? Atau teksi ke? Takkan aku nak menapak pula mencari hotel? Memang sepanjang laluan ke KR1M tu bersepah hotel tapi manalah aku nak ingat lokasi hotel-hotel tu?  

Tapi alhamdulillah.. staf-staf kat situ memang banyak membantu. Diorang akhirnya sudi bawak aku ke sebuah hotel berdekatan dengan menaiki kereta. 

Akhirnya menginaplah aku di Hotel Melintang yang hanya 5 minit berkereta dari KR1M. Berapa bintang hotel tu? Aku rasa tak berbintang lah. Semalam hanya RM60.50. Government staff jangan berangan nak dapat diskaun ya.. tak dapek ha.. 

Petang sikit aku menapak balik ke sana (KR1M tu lah) sebab nak clarify beberapa benda dan nak tangkap gambar kedai tu dari depan. Bukti beb.. Beli barangan mandian sikit dan lepas tu pekena laksa dan air kelapa soda dekat kedai makan depan KR1M. Harganya hanya RM3.50. Aku rasa murah giler!! Tapi air kelapa soda tu .... aku tak berapa suka.. :(

Balik ke hotel sempat lagi aku menyinggah beli rambutan yang dijual tepi jalan. Harga sekilo RM4. Murah.. murah.. Tak lupa juga KFC. Hehe...

So pagi tadi aku check-out awal. Lebih kurang jam 8.20am. Yelah.. aku tak pasti nak tunggu bas dekat mana.. nak tunggu teksi kat mana.. pukul berapa ada.. lambat-lambat kang tak balik KL aku.. Kes naya tu.. Lepas tanya kat receptionist, aku terus keluar dan tunggu bas yang muncul tak sampai 10 minit lepas tu.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke Terminal Bas Teluk Intan. Dapat tiket bas Transnasional jam 10am dan masa tu baru jam 9am so pekena roti telur dengan teh tarik kurang manis dulu. Akhirnya aku sampai kat KL lebih kurang jam 1pm lebih. Lunch kat Merrybrown dan ronda-ronda kat Kedai Buku 1 Malaysia yang ada di Tingkat 2, Puduraya. Lepas tu aku balik lah ke rumah.

Kesimpulannya.. lepas ni kalau ada tugasan yang menuntut aku travel sorang-sorang.. inshaa Allah aku tiada masalah. Confident level aku dah bertambah sikit. Hehe..

Katil single punya. Dengan remote tv dan air-cond.. :)
Beg merah kesayangan patik. Akan ku bawa kemana saja..
Pemandangan luar. Huh! tetiba aja kabel bersimpang siur depan tingkap. Tak menarik sungguh view nya.. :(
Melintang Hotel. Diambil dari nama Hutan Melintang; bandar kat situ. *bandar ke?*
Kartun Simpsons.. Dah lama tak layan kartun ni.. :)
Ntah apa-apa yang aku beli kat KR1M tu..

Penjejak Mimpi: Dah mengantuk..

0 comments: