Pages

Monday, November 27, 2017

Blogku Yang Penuh Dengan Sarang Lelabah :(


Assalamualaikum wbh.

Singgah sebentar di blog sendiri. Ingat nak mula menaip entri.. tapi bila tengok jam di tangan.. hampir jam 2pm. Means masa rehat dah hampir habis.

Aku sebetulnya cuba mencari mood dan feeling untuk menulis blog. Dah berbulan-bulan blog aku ini terbiar tanpa ada sebarang nukilan.  Rindu nak menulis.. Cerita ada.. idea ada.. cuma masa.. mood dan feeling yang hilang entah kemana. 

Ok. Jam dah 2pm lebih. Terpaksa mengundur diri dulu. Nanti Inshaa Allah ada entri terbaru.

Penjejak Mimpi: Bila nak ada mood ni?

Tuesday, July 4, 2017

Mencari Jiwa Yang Hilang

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Image: As usual taken from Google
Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua pembaca blog aku yang budiman. Moga hari raya ini korang sambut dengan penuh kesederhanaan dan riang ria. Amiin.

Semalam aku dah mula kerja lepas cuti start hari Khamis 22hb tu. So macam biasa.. bila dah lama bercuti.. nak start balik 'enjin' tu.. memang lambat la sikit... huhu...

Nak kena recall balik semua perkara-perkara pasal projek 'Y' aku tu.. bila member tanya soalan-soalan teknikal sikit.. arghh.. kena ambil masa untuk fikir balik... kena selak 'kitab' aku.. huhuhu.. teruk kan?

Lepas discuss kejap dengan IB sebelum rehat semalam... ternyata aku kena ammend few things kat drawing lighting aku tu.. Hmmm... again.. and again.. and again... Serius.. aku rasa dah nak muntah hijau mengadap benda yang sama berbulan-bulan.. Dengan nak kena rujuk drawing ELV.. drawing mekanikal.. mechanical requirements.. arghh!! pening lah... :( 

So hari ini.. dengan azam yang baru.. nak kena tengok balik semua benda-benda dalam drawing aku tu.. nak buat planning.. jangan ada yang tertinggal atau kena komen lagi.. Inshaa Allah.

Okey, nak sambung buat kerja. Tata

Penjejak Mimpi: Jangan planning tinggal planning sudahler...

Thursday, March 23, 2017

Dia Yang Gembira


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.

Cerita sebentar tadi. Panas-panas. Segar dari ladang lagi.

Masa nak menyeberang jalan ke pejabat tadi, aku disapa dengan ucapan 'selamat pagi' oleh seseorang di atas motor. Dia mengucapkan sambil tersenyum.

Reaksi aku? Sedikit terkejut. Aku membalas dengan cara mengangguk sambil tersenyum memandang si pemberi ucapan yang terus berlalu. Serius, aku tak kenal dia. Hehe..

Secara automatik ucapan dari dia telah menyebabkan hati aku sedikit cool. Haha.. lihat.. betapa magisnya ucapan beserta senyuman kepada emosi kita. Dari rasa marah.. dah jadi tak marah. Dari rasa tak best.. terus jadi best.

Penjejak Mimpi: Muga rasa best tu selama-lamanya jadi best. At least sampai projek 'Y' tu tender. Inshaa Allah.

Wednesday, February 8, 2017

Faktor Usia Lah Tu..

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Berbual sambil makan tengahari dengan seorang otai. Pelbagai cerita yang dikongsi bersama. Hinggalah ke sesi meluahkan perasaan tension dan stress dengan lambakan kerja sedia ada. Termasuk dengan orang sekeliling.

Last-last dia kata: "itu sebab faktor usia. Bila dah berusia ni, cepat je kita rasa terasa hati.. tersinggung.." Gulp! Aku belum tua lagi rasanya. Cuma kurang muda ja.. Hahaha.. *gelak orang jahat*

Aku perasan sejak kebelakangan ini aku cepat terasa dengan cakap-cakap orang. Dan aku terfikir: "aku ni jenis yang dah tak boleh ditegur ke?".. atau "aku ni dah rasa serba tahu ke? rasa pandai sangat ke?" atau "ego aku yang semakin bertambah?" 

Allahu.. minta dijauhkan sikap-sikap tak elok tu. Itu semua sikap yang tak bagus samada untuk kehidupan sosial ataupun dalam proses menjalankan tugasan. Ada sebabnya orang lain menegur kita.. sebab dia sayangkan kita.. dia tak mahu kita berterusan melakukan salah dan silap.. untuk kebaikan kita juga..

Tak payah fikir panjang-panjang peningkan kepala.. serabutkan otak yang memang dah bersimpul ni. Senang cakap.. pikir positif aja. Ada kerja.. buat. Try to achieve KPI. 

Nota: Sedang berhempas pulas untuk projek 'Y'. Big boss balik umrah nak semak.. 

Penjejak Mimpi: Mencari momentum yang masih bersisa.. :(


Friday, February 3, 2017

Rasa Hati

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat petang.
Rasa berdesing telinga aku bila mendengar respon dia lepas aku menjawab soalannya. Tapi aku hanya mendiamkan diri dan tertunduk sebab rasa malu. Almaklum.. ada orang lain yang mendengar perbualan kami.
Rasa marah tu ada (in fact sampai sekarang masih berbekas rasa tu) tapi entah.. malas nak panjang cerita dan mengeruhkan keadaan. 
Aku anggap aje lah yang dia tak tahu skop kerja aku. Kadang-kadang kita ni terlepas cakap.. tak fikir panjang sebelum mengeluarkan kata-kata. Aku pun selalu buat macam tu.. bila dah terlepas cakap.. menyesal.. nak minta maaf macam malu.. haha..
Penjejak Mimpi: Malam ni inshaa Allah akan bertemu Si Kerinting kesayangan aku..

Tuesday, January 24, 2017

Bersyukur

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Aku ke Klinik Kesihatan Cheras pagi ni. Untuk kali kedua. Ambil darah. Temujanji jam 7.30am tapi aku sampai jam 7.40am dengan menaiki teksi.

Sampai sana orang dah ramai berbaris. Ada dua barisan. Musykil jugak aku. Kenapa ada dua barisan? Ahh! Redah aje lah.. Bila kaunter dibuka barisan aku bergerak pantas. Ishk!! Semacam aja ni.. fikirku.. Terus aku ke barisan sebelah sebab kaunter tu tertulis temujanji, pesakit luar dll. Ni mesti line aku ni... aku fikir lagi.

Tiba-tiba seorang nyonya bersuara: "amoi, ambil nombor sana lah amoi.." sambil menunjuk ke barisan yang bergerak pantas di sebelah. "Ok auntie, tq" aku membalas sambil bergerak ke barisan yang dimaksudkan. Bergerak ke makmal Patologi untuk urusan seterusnya.

Selesai semua dalam jam 9am. Dan ketika aku menaip entri ini.. aku sedang menanti teksi untuk ke pejabat.. (mana teksi ni??)

Point utama aku ialah: Aku rasa bersyukur ada auntie tu yang beritahu. Kalau tidak aku dah membuang masa beratur. Mungkin ada yang fikir: "ala.. standard la tu. Biasalah orang yang tau bagitau pada yang tak tau". Tapi pada aku tidak. Kalau Allah tak gerakkan hati auntie tu, sah-sah masa terbuang macam tu aja. Benda tu mungkin kecil aja tapi kita kadang-kadang terlepas pandang. Kita rasa takda apa-apa.. Betul tak?

Penjejak Mimpi: Bersyukur untuk setiap bantuan yang diberi. Itu semua dengan kehendak dan izin Allah.

Sunday, January 15, 2017

Berselisih

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Khamis tengahari semasa dalam perjalanan nak ke Pasar Tani, aku berselisih dengan seorang kawan lama. Pernah menjadi boss aku sebelum dia berpindah ke Putrajaya.

Dari jauh dia tersenyum memandang kami (aku & kak Chaq). Kami berdua bersalaman dan berlaga pipi. Mesra. Tidak sempat berbual lama kerana dia mahu ke Cyberjaya menghadiri mesyuarat.

Berselisih.. ya.. kami berselisih tengah hari itu. Kami juga pernah berselisih semasa ofis aku di Mid Valley satu ketika dulu. Tapi dalam emosi yang berbeza. Tidak mesra. Gara-gara berselisih faham satu ketika dulu. Alhamdulillah ianya tidak mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti sedia kala.

Dua watak yang sama dengan dua tempat berbeza, dua keadaan berbeza dan dua emosi yang berbeza.  Sebabnya? B.E.R.S.E.L.I.S.I.H. 

Pada aku, berkawan baik kena ada tolak ansur. Kena faham sesama sendiri. Kita tak perlu sentiasa bersama dengan kawan baik sepanjang masa.. tak perlu bermesej sentiasa.. tak perlu kerap berbual di telefon. Kita hanya perlu mendoakan yang baik-baik untuk dia.

Ada ungkapan yang menyebut "Good friends are like stars. You don't always see them, but you know they're always there ".

P/s Untuk dia, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuknya. Aamiin.

Penjejak Mimpi: Dekat tapi jauh..

Thursday, January 12, 2017

Sepagi di Dalam LRT

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Dalam lrt menuju ke office. Dapat duduk bila lrt berhenti menurunkan penumpang di Stesen Hang Tuah. Kemudian datang ibu dan anak duduk berhadapan aku. Anak mungkin baru masuk darjah 1.

Si anak ramah bercakap manakala si ibu hanya mengangguk dan sesekali memberi respon. Aku yang busy body ni cuba curi-curi dengar perbualan mereka..

"Adam sayang mummy.."
"Mummy.. Adam tak nak guna pas Adam. Adam nak guna pas mummy boleh tak?"
"Nanti Adam nak makan laksa. Boleh tak mummy?"
"Adam sayang mummy.." bla.. bla.. bla..

2-3 kali si anak bernama Adam mengucapkan betapa sayangnya dia pada si ibu sambil memeluk lengan ibu. Bila sesekali pandangan kami bertemu, aku tersenyum memandang muka polos si anak...

Aku terfikir.. anak kecil tanpa segan silu menunjukkan rasa di khalayak.. tapi kita yang dewasa ni.. nak mengucapkan rasa sayang pada mak kita.. rasa malu.. rasa pelik.. jauh sekali nak memeluk sambil mengucap kata-kata "saya sayang mak".. rasa macam janggal..

Penjejak Mimpi: Tak biasa..

Monday, January 9, 2017

Setelah Bercuti Lama

ASSALAMUALAIKUM wbh..

Esok hari pertama aku masuk ofis untuk tahun 2017 lepas bercuti selama seminggu. Lama kan? Bercuti macamlah nak hantar anak masuk Darjah 1. Haha.. Cuti nak release tension la konon..

Masa cuti.. aku tetap juga check emel official.. tetap juga baca whatsapp official.. tetap juga dapat panggilan dari ofis. Hmm... Sesetengah orang.. bila bercuti dia akan menikmati cutinya dengan sebenar-benar cuti. No emails from office.. no calls from office.. Masing-masing punya cara lah..

Sebenarnya.. bila dah lama bercuti.. rasa macam sedikit m***s nak pergi kerja. Aku dah terbayang-bayang surat-surat yang membukit menunggu untuk difailkan di dalam tray.. helaian-helaian stick notes tertulis arahan untuk aku settlekan itu.. sudahkan ini.. surat-surat untuk dihantar keluar.. tak campur lagi dengan borang-borang cuti yang menunggu untuk diproses.. (hmmm... dah macam kerani pun ada skop kerja aku ni).

Tu tak campur dengan kerja hakiki aku yang tertangguh gara-gara bercuti. Esok mesti IB aku tu expect dan suspect aku dah siapkan at least 10% untuk projek terbaru kami tu. Jangan nak berharaplah IB oi.. memang tak sempat aku nak menengokkan apa-apa.. Memang aku ada bawak laptop ke kampung.. memang aku ada ON kan laptop aku ni.. tapi untuk mengumpankan si kerinting junior tu supaya diam. Aku umpankan dengan cerita seram. Dah dia yang beriya-iya.. "atik nak ngok te antu" --> "adik nak tengok cerita hantu" (setelah diterjemahkan ke bahasa orang dewasa dan tidak pelat.. haha). Penyudahnya hantu kemana.. dia kemana.. dia duk sibuk mengulitkan si Cici beruang kepam dia tuh..

Esok aku berharap mampu mencari momentum memulakan usaha untuk projek terbaru ni. Aku dah mula pun.. dengan lux calculation tapi baru mulaaaa.... Dahla projek ni besar... banyak blok.. mesti agak complicated.. Huhuhu..

Apa pun.. muga tahun baru ini lebih membawa semangat dan momentum yang vaassst!!. Aku dah tak nak buat projek yang sama berbulan-bulan.. fed-up.. bosan.. jemu.. cemuih.. Balik-balik projek yang sama.. duk buat auto-cad untuk  projek yang sama... rasa nak muntah hijau oii!! Harap untuk projek 'Y' ni segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Inshaa Allah.

Penjejak Mimpi: Cabaran menanti di awal tahun baru :(

Saturday, January 7, 2017

Kawan Yang Mana Pilihan Hati?

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat petang.

Ada kawan.. dia bercakap apa yang kita nak dengar. I mean something yang menggembirakan kita.

Ada kawan lain pulak.. dia bercakap apa yang kita perlu dan patut dengar. Dan benda tu mungkin buat kita rasa marah pada dia.. sentap kejap kat dia!

So kawan yang mana menjadi pilihan? Tepuk dada tanya hati..:)

#dalametsEG9307
#otwtokl
#sayatakekstrem

Penjejak Mimpi: Benda betul memang bikin sentap, der..

Tuesday, January 3, 2017

Selamat Tahun Baru 2017


ASSALAMUALAIKUM wbh..

Entri pertama untuk tahun 2017. Moga di tahun ini aku dapat kembali aktif berblogging dan rajin menziarahi rakan blogger yang lain. Ehem! Ehem! Perancangannya macam tu lah.. tapi di masa hadapan kita tak tahu. Apapun, Allah sebaik-baik perancang.

Bila tahun baru ni mesti nak cerita pasal azam. Haha.. duk beriya-iya set azam konon.. asal tahun baru set azam itu dan ini.. tapi tak tercapai pun.. azam tinggal azam.. Aku kata pada diri aku sendiri.. bukan pada orang lain.

Tapi aku nak set azam jugak untuk tahun ini. Azam yang agak istimewa.. tahun ni azam aku untuk mencari seseorang. Kami dah terpisah hampir 20 tahun! Buat masa ini aku baru saja mengorak langkah pertama dalam menjejaki dia. Please wish me luck, guys.

Tahun 2016 baru saja 3 hari berlalu. Banyak perkara dan kenangan yang berlaku sepanjang tahun lepas.. samada manis.. pahit.. kelat.. tawar.. sedih.. gembira.. samada di alam pekerjaan ataupun dalam kehidupan sosial aku.

Antaranya; kematangan dan pengalaman aku diuji semasa dalam proses merekabentuk projek 'X'.. dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ke-2 untuk 10 tahun perkhidmatan aku..  ketegangan dan tension untuk menyelesaikan tuntutan tugas hakiki.. joint lawatan ke Trengganu dan Langkawi sebagai penghargaan untuk Anugerah Pengurusan Aset dan Anugerah Pejabat Terbaik.. itu antara perkara yang berlaku di alam pekerjaan yang aku rasa agak penting.. :)

Kalau dalam kehidupan sosial aku pulak.. berlakunya perpisahan yang sedikit sebanyak menguji hati dan perasaan aku.. persahabatan aku dan Tomodachi yang semakin baik dan usaha untuk memiliki rumah sendiri hampir tercapai. Tu antara perkara-perkara besar yang berlaku pada diri aku di tahun 2016.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang berlaku cuma satu aja aku nak simpulkan; tahun 2016 benar-benar mengajar dan memberi pengalaman terbaik untuk aku. Lebih banyak perkara positif yang berlaku kalau nak dibandingkan dengan perkara negatif.

Menipulah kalau kata aku tak terpukul dengan perkara-perkara yang menyedihkan tapi aku tak nak perkara-perkara tu menjadi penghalang untuk aku lebih sukses di masa hadapan. Apa yang berlaku anggap sahaja sebagai pengajaran dan guru terbaik untuk aku terus melangkah.

Moga di tahun 2017 akan terus melakar kejayaan dan kebahagiaan untuk aku, kau dan kita semua. Inshaa Allah. Amin ya rabbal alamin.

Penjejak Mimpi: Mohon pergi aura-aura negatif.. Syoh! Syoh!