Pages

Showing posts with label Rancangan TV. Show all posts
Showing posts with label Rancangan TV. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Beauty's Rival In The Palace -Ulang Tayang

ENTAH bila cerita ini mula ditayangkan balik kat TV2 jam 6pm. Aku memang tak tahu dan tak perasan pun. Tau-tau dah ada tayangan ulangannya. Memandangkan aku dah pernah tengok cerita bersiri ini sebelum ini dan pernah juga buat entri pasal ini kat SINI so rasa teruja tu tak lah macam masa tengok first time tu.

Hehe... Lagipun aku sampai rumah pun dah dekat-dekat jam 6pm; berkejar nak mandi dan nak solat pulak. So daripada berkejar nak melayan cerita tu lebih baik aku berkejar buat apa yang patut.. *poyonya statement!*

Pada sesiapa yang tak pernah layan cerita tu, silalah layan. Kalau ada ongkos lebih, better beli dvd pada sesiapa yang tidak berkesempatan nak layan lepas balik kerja. Yelah.. balik nak rehat.. nak masak (pada sesiapa yang masak) pastu nak siap-siap solat maghrib pulak kan? Tau-tau dah pun azan..

Apapun, cerita ni memang best bangat! 

Penjejak Mimpi: Nanti nak cari dvd cerita ni.. :)

Wednesday, July 31, 2013

The Apprentice Asia - Finale... Tonite!

SEKARANG.. di channel 701 AXN Astro sedang berlangsung rancangan The Apprentice Asia finale. Tinggal 2 calon aja sekarang ni iaitu Jonathan Yabut dari Filipina dan Andrea Loh dari Singapura. Siapa agaknya yang berjaya menjadi perantis Mr. Tony Fernandes?

Penjejak Mimpi: Aku teka Jonathan tu... haha..

Monday, January 7, 2013

Bila Masuk Tahun Baru

BILA masuk tahun baru kat tv pun banyak lah siri baru.. season baru. Start malam ni ada siri Suits season baru.. siri Downton Abbey season baru..

Suits cerita berkisar kehidupan dan kerjaya sebagai peguam. Watak utama ialah Harvey Specter peguam kanan dan Mike Ross yang genius tapi tiada kelulusan dan berjaya menjadi 'associate lawyer' di salah sebuah firma guaman yang terkenal di bandaraya New York. Malam ni dah start episod pertama tapi aku ketinggalan di awal cerita sebab solat dulu beb.. Dah solat baru sedap layan hal-hal dunia nih. Haha... Nak tau lebih lanjut kisah ni sila skodeng kat sini.

Manakala Downton Abbey berkisar kehidupan aristokrat di Downton Abbey pada tahun 1940an. Heavy drama. Ahh.. korang klik je lah kat sini kalau nak tau lebih detail. Sebenarnya aku malas nak taip. Haha..

Dah-dah.. nak layan Downton Abbey nih..

Penjejak Mimpi: Adik aku tak suka layan cerita ni. Kata dia jalan ceritanya tersangatlah slow..

Friday, September 14, 2012

Beyond the Blackboard

Poster filem ni..
Nanti nak carilah novel ni di MPH.. :)
MALAM tadi aku layan saluran 702 Astro (Diva) cerita Dontown Abbey S2 Finale. Lepas habis cerita tu, ada pulak DIVA Movie yang bertajuk Beyond the Blackboard. So terus ajalah aku layan cerita tu. Filem ini berdasarkan kisah benar. Aku sebenarnya prefer kisah benar compared dengan yang fiksyen. Apapun.. layan ajalah... :)

Kisah seorang guru lepasan Universiti Utah (Stacey Bess) yang benar-benar bersemangat untuk memulakan tugas mengajar. Namun apa yang dibayangkan tidak seperti yang diharapkan. Sekolah yang dia ditugaskan hanya tak lebih seperti sebuah gudang dengan kelengkapan pembelajaran yang terlalu kurang dan daif. Dia ditugaskan untuk mengajar anak-anak gelandangan (homeless people). Kiranya tempat tu macam transit hub la. Lepas dioarang dapat tempat tinggal lain, diorang akan berpindah dari situ.

Cerita ni memang sangat memberi inspirasi pada sesiapa yang menontonnya. Cerita ini sebenarnya diadaptasi dari kisah benar (berapa kali nak ulang?) dan telah dinovelkan dengan tajuk "Nobody Don't Love Nobody".

Lepas ni pasti akan diulang tayang filem ni so kepada sesiapa yang terlepas menontonnya, jangan ketinggalan menyaksikannya.

Penjejak Mimpi: Teringat satu ketika dulu.. aku pun pernah mengajar..

Friday, August 24, 2012

Perempuan Neraka

SEMALAM aku layan drama kat TV3 yang bertajuk Perempuan Neraka. Actually aku 'tertengok' sebab asalnya aku tengok cerita lain kat channel apa ntah. Bila dah habis cerita tu, terus aku tukar channel. Tukar punya tukar melekat lak dengan cerita ni. Sebelum ni dah ditayangkan tapi entah kenapa ditayang sekali lagi. Mungkin atas permintaan ramai agaknya.. :)

Aku tak rajin nak tulis sinopsis drama ni. Korang nak tau sila google sendiri. Cuma aku harap kisah ni menjadi tauladan buat semua isteri-isteri di luar sana dan yang bakal menjadi isteri macam aku ni (entah bila lah tu..). Sebenarnya bila sedang layan cerita tu.. aku terfikir betapa beruntungnya aku sebab ada kerjaya sendiri. Yelah.. at least aku tidak bergantung pada orang lain untuk hidup. Kalau dah kahwin nanti (amin.. amin.. amin..), aku tidak lah bergantung sepenuhnya pada wang gaji suami. Kan? Kan? Kan? Kalau jadi apa-apa sekurang-kurangnya aku ada pendapatan sendiri. Tu yang pertama...

Yang kedua.. aku terfikir.. tak kesian ke sang isteri tu kepada suami sampai tergamak perlakukan suami dia sampai macam tu? Ishk!! Ishk!! Ishk!!! Nauzubillah.. Tak patut betul tindakan isteri tu.. Aku tengok pun jadi geram dengan isteri yang macam tu. Rasa nak lempang pun ada...

Note: Picture as usual taken from Google Image.

Penjejak Mimpi: Syurga isteri di bawah tapak kaki suami, kan?

Friday, July 27, 2012

Downton Abbey


LATELY aku rajin juga melayan siri Downton Abbey ni. Dah masuk season kedua pun. First season aku tak follow sangat sebab time tu aku tak subscribe Astro lagi. Hehehehehe..

Cerita ni mungkin pada sesetengah orang tak suka nak follow sebab jalan ceritanya yang agak lembab dan genre heavy drama. Aku suka cerita-cerita macam ni. Tak tau kenapa.. :)

Note: Picture is taken from here.

Penjejak Mimpi: Sedang layan la ni...

Tuesday, November 15, 2011

Beyond the Realm of Conscience

MULAI 2hb November yang lalu 8tv telah menayangkan satu lagi cite cine bersiri yang bertajuk Beyond The Realm of Conscience. Cite ni start jam 7pm, menggantikan cite The Burning Flame.

Sebagai peminat cite cina (Hong Kong) yang tegar (<-- tegar la sangat ko ni cik PM?) aku tak melepaskan peluang untuk menonton cite yang berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Dinasti Tang. Memang aku suke sesangat layan cite cegini. Tengok pakaian dowang zaman dulu.. seni dan makanan dowang. Dowang ni kan kalo sentuh pasal makanan memang kreatif giler. Plus eksotik. Hehehehehe..

Kisah cite ni macam bese la; politik istana. Dibintangi oleh beberape orang pelakon terhebat macam Moses Chan, Kevin Cheng, Charmaine Sheh dan lenlain.

So pade sesape peminat cite cine cam aku, jangan ketinggalan. Yeah!!

Penjejak Mimpi: Mane yang baik, jadikan tauladan...

Thursday, July 7, 2011

Final Showdown 2011

MALAM tadi berlangsung final Showdown 2011 yang disiarkan di 8tv jam 9.30pm. 4 grup yang masuk final adalah HMC Phlow, Elecoldxhot, Bounce Stepperz dan Rokusteps.

Keputusan sepenuhnye di tangan penonton dengan mengundi menggunekan sms. Pergh!! Bape la gamaknye keuntungan syarikat telco gara-gara Showdown malam tadi, ek? Sape yang minat giler pade krew tertentu tu pasti tak lepaskan peluang untuk undi. Aku? Tak undi pon walaupon aku rase suke dengan krew HMC Phlow dan Elecoldxhot tu.


Memule Rokusteps tersingkir sebab dapat undian paling rendah. Pastu 3 grup tu perform dan Bounce Stepperz lak tersingkir. Tinggal HMC Phlow dan Elecoldxhot yang kene battle. At last, krew yang diisytiharkan juara ialah Elecoldxhot dan HMC Phlow tempat ke-2.

Tahniah pade sume krew sebab anda memang terbaek! :)

Penjejak Mimpi: Suke jugak pade Bounce Stepperz..





Monday, May 30, 2011

Juara Mentor 5

JUST a short update. Line brodben kat umah mak aku ni really cam hampeh! Kejap-kejap ok.. kejap-kejap tak ok.

Aku cume nak ucapkan tahniah pade Salma sebab berjaye menjadi juare untuk rancangan Mentor 5 yang telah diadekan malam tadi. Walaupon aku tak tengok time dowang menyanyi tu tapi kebetulan mase nak umumkan keputusan tu, aku kat kedai makan so dapatle layan tv.

Aku ade gak la layan Mentor ni skali skala dan aku memang suke dengan suare Salma. Memang best la.

Apepon, tahniah skali lagi pade Salma; protege si Erra Fazira. Pade protege Kak Pah; Shiha dan protege Edry; Iqa, anda berdue pon ade suare yang sedap gak tapi nasib baik lebih menyebelahi Salma. Yeah!!!

Penjejak Mimpi: Malam tadi layan Karak. :)

Thursday, May 5, 2011

Showdown 2011

MALAM tadi bermulalah persaingan untuk 12 grup dalam merebut takhta juara Showdown 2011. Setelah audition, battle dan meltdown; hanye 12 grup ini yang terbaik dan akan meneruskan perjuangan dalam menjadi juara kedua selepas Wakaka Crews menjuarainye pade tahun lepas.

12 grup tersebut ialah Panic, Force 136, Rokusteps, HMC Phlow, Soulution, Dejavu Breakerz, EGS Monsters, Elecoldxot, Stepholic, Blazin Squad, Bounce Stepperz dan Borneo Crewz.


Di akhir rancangan, 4 kumpulan yang mendapat undian/sms terendah akan battle sesame sendiri dan crew yang terlibat ialah EGS Monsters battle dengan Bounce Stepperz dan Force 136 kene battle dengan Borneo Crews.


Time dowang battle ni aku da terawang-awang dah.. Hehehehe.. sebenonye da terlena pon depan tv. Tau-tau crew yang tersingkir ialah Force 136. Lupe lak nak gitau juri untuk rancangan ni macam tahun lepas; Joe Flizzow dan Maple Loo.
Lepas ni tinggal 11 grup lagi meneruskan perjuangan mereka.

Aku ngaku yang aku memang suke tengok rancangan ni. Siyes. Memang suke. Compared dengan rancangan nyanyi-nyanyi tu aku prefer layan rancangan cegini. Aku rase bebudak tu menari sebab nak release tension. Err.. daripade dowang duk merempit, isap dadah, isap ganja dan mende-mende negatif tu, baik dowang menari. Tak kaco orang lain.. :)


Penjejak Mimpi:
Suke grup HMC Phlow dan Soulution..

Monday, April 4, 2011

Tujuh Sifat Buruk Watak Kartun Sponge Bob

Dalam kartun Sponge Bob, setiap watak kartunnya memiliki beberapa karakter yang berbeza. Dan setiap karakter itu terdapat beberapa sifat yang dianggap sebagai sifat buruk untuk kanak-kanak. Ini adalah beberapa karakter dari semua watak kartun Sponge Bob tersebut.

1. Sloth/Kemalasan (Patrick): Kemalasan adalah suatu sifat yang dianggap tidak baik, termasuk malas untuk bertindak. Sifat ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang waktu dan tidak pernah melakukan apa-apa. Malah dalam episod "Big Pink Loser", dia mendapat penghargaan kerana tidak melakukan apa-apa dalam jangka masa paling lama.


2. Wrath/Amarah (Squidward): Sifat amarah melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk marah-marah.


3. Greed/tamak (Mr. Krab): Jelas Mr. Krab adalah tokoh yang sangat tamak terhadap wang. Bagaimana mungkin tidak? Dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya. 4. Envy/Iri hati (Plankton): Plankton iri hati kepada Mr. Krab kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan The Chum Bucket adalah sebuah kegagalan. Sifat iri hati membuatnya ingin cuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.


5. Gluttony/Kerakusan (Gary): Cuba anda perhatikan Sponge Bob dimana dia selalu mengatakan, "jangan lupa untuk memberi makan, Gary" atau mengatakan, "Saya harus pergi makan Gary". Gary sanggup lari jika Sponge Bob lupa untuk memberinya makan. Sifat rakusnya biasanya adalah berlebihan untuk makan.


6. Pride/Kebanggan (Sandy): Sandy mempunyai sifat bangga diri melampau. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan dari mana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan senang kalau semua orang tahu tentang itu. Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episod "Pressure", dimana dia cuba untuk membuktikan bahawa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.

7. Lust/Nafsu (Sponge Bob): Sifat kasih sayang berlebihan terhadap orang lain jelas ada pada Sponge Bob. Dia menunjukkan cintanya yang berlebihan kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang serta berlebihan terhadap pekerjaannya.


Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam beberapa dosa , tapi di balik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua.


(Sumber asal aku cilok dengan izin dari Tulahan. Imej lak dari Mr Google)


Penjejak Mimpi: Suke gak layan katun nie... :)

Friday, March 11, 2011

Episod Akhir Tian Ya Zhi Nu

EPISOD sebelum? Terjah sini.
Akhirnye besfren dowang; Qian Qian/Niang Niang mati lepas kene hempap dengan loceng logam yang dilepaskan oleh Jia Yi. Sebenonye minah ni nak bunuh asben Qian Qian (Tengku Mongolia) tapi die tolak asben ke tepi. So yang jadi mangsenye die.

Sume pemberontak (Mu Fei and the gang) dapat melarikan diri dengan keadaan Mu Fei yang cedera. Lepas da sembuh, mereka merancang strategi baru.

Lepas tu berlaku beberape lagi pemberontakan yang mengakibatkan kesusahan dan penderitaan yang berpanjangan pade rakyat. Selepas dinasihat oleh Qiao Er, Mu Fei dan Jia Yi amik keputusan untuk tidak mahu lagi berperang menentang kerajaan Mongolia. Dan mereka telah pegi dari kampung tersebut untuk bina idup baru.

Lepas 3 tahun berlalu, kehidupan mereka semakin bertambah baik. Xiao Mei da kembali dengan asben die; Bao Er. Qiao Er lak meneruskan bakat die dengan mengajar anak-anak kecik di situ menenun kain. Sifu Rong dan Sifu Feng pon da jumpe teknik lain menenun kain di tempat baru. Kirenye kehidupan dowang happily efer after la..

Sekian, terime kasih. Selesai suda.. :)

p/s Aku masih rase cite cine
sebelum ni lagi membuatkan aku tertarik.. Lepas ni aku takmo ikut lagi cite cine. Letih aku nak nunggu ending die.. (<-- betui ke?)
Penjejak Mimpi:
Nak gi break da nih...

Tuesday, March 8, 2011

Episod 32 - 35 Tian Ya Zhi Nu

LATELY aku tak dapat folo sangat cite ni. Banyak beno mende yang menghalang untuk aku terus mengikuti cite ni. Macam minggu lepas, ari Khamis dan Jumaat sah-sah tak buleh tengok sebab gi site. Pastu ade la hal-hal lain. So aku hanye apdet scene-scene yang aku tingat ajek.
Akhirnye sifu Feng berjaye jumpe dowang (Sifu Rong dengan Qiao Er) lepas berpisah beberape ketike. Dan sifu Rong da buat keputusan untuk folo sifu Feng untuk ke tempat lain. Dan tinggal lah Qiao Er. Qiao Er lak balik ke tempat asal die mase bebudak dulu; tempat die belajar menenun kain dan berjumpe dengan abang ipar die; Bao. Lepas tu dowang berusahe membuat perusahaan menenun kain.

Tak lame kemudian, pertemuan due sahabat pon berlaku dimane Xiao Mei singgah di kampung tu dan die punyai kehidupan yang agak mewah bersame dengan sorang peniaga; Ma Musa. Tak lame lepas tu dowang berjumpe lak dengan Qian Qian; kawan dowang yang kene pakse kawen dengan orang Mongolia. Skang Qian Qian tinggal di kampung tu sebab hasben die pegang kampung tersebut. So dowang bertige slalu le berjumpe kat istana Qian Qian. Kirenye frenship dowang tak putus la..

Kebetulan hasben Qian Qian orang yang baik (walaupon die orang Mongolia) so bile ajek setiap usahe Qiao Er atau pon penduduk kampung kene ganggu dengan askar Mongolia, hasben die akan tolong.
Qiao Er lak bukak satu pusat tenunan kain untuk sementare dimane sume kengkawan die mase kat Rumah Kain tu Jin Xiu tolong lepas diselamatkan oleh Panglima Mu Fei dari dibunuh.

Dan skang die da dapat balik rumah kain tu dan mule menenun kain kapas untuk kegunaan rakyat bese. Qiao Er juge amik tempahan untuk mencari duit.
Panglima Mu Fei (buah ati Qiao Er dulu) pulak duk asik cube nak membunuh hasben Qian Qian dan menghalau sume askar Mongolia. Die bersame dengan Jia Yi (puteri dinasti terdahulu) bergabung tenage dalam merancang dan mengatur serangan demi serangan.

Dan semalam, serangan juge telah dibuat pade rombongan askar Mongolia tu. Qian Qian, hasben dan lenlain nak gi tokong dan mase tu serangan dibuat. Qian Qian akhirnye mati demi nak mengelakkan hasben die mati. Xiao Mei pengsan lepas tertolak dek askar dan Qiao Er dibawak pegi oleh Jia Yi and the gang..

p/s Skang ni aku rase cite ni baru nak ade klimaknyer. Kalo tidak memule jalan cite die lembab giler.. :)
Episod sebelum ni? Skodeng kat sini. Gambar macam bese songlap dari Gugel.

Penjejak Mimpi:
Tak sabar nak tunggu ending die..

Tuesday, March 1, 2011

Episod 25 - 31 Tian Ya Zhi Nu

PERGGHHH!! Lame siot aku tak apdet cite ni. Penat beb sejak 2 menjak ni. Pastu bodi aku pon tak bape best. Nak online memalam pon da malas. Tu yang duk asik bertangguh ajek. Last-last ha.. ambik ko! 7 episod skali aku apdet! Errr.. kalo ade yang tertinggal mane-mane scene tu, abaikan aje la ek. Aku hanye manusie bese; ingatan yang bese-bese ajek.. :)
Ok. Aku cube nak ingat balik pe yang berlaku lepas umah mak mertua Qiao Er terbakar.
Dalam kebakaran tu, yang pasti idopnye ialah Qiao Er dan hubby die yang lumpuh. Pastu dengan Sifu Rong. Sebenonye aku terlepas episod yang ni. So bile aku tengok itu ajek watak yang tinggal termasuk sorang lelaki yang bername Feng Jiu Jin (Damien Lau). Dowang menumpang kat satu biara. Hubby Qiao Er da tak minum arak dan layan wife die dengan baik.
Oh ye, Feng Jiu Jin ni sorang yang kreatif. Memule hubungan Feng dan Sifu Rong agak dingin sebab sikap Feng yang semacam ajek tapi lelame ok. Da jatuh cinte le pulok 2 orang ni.. Dan Feng ni pon dipanggil 'sifu' oleh Qiao Er sebab ajar die bertukang; buat mesin tenun untuk Sifu Rong.
Dinasti Song da runtuh. So orang Mongolia yang conquer China time tu. Pegawai istana yang jahat; yang cube nak merogol Qiao Er pon da jadi pegawai Mongolia. Termasuk Shi Tao (pakwe kakak ipar Qiao Er).
Rupenye watak baru muncul; Feng Jiu Jin adalah buruan Mongolia so pencarian dijalankan hingge ke biara tersebut. Die diburu sebab da bunuh orang istana Mongolia. Nak dipendekkan cite, dowang akhirnye dilepaskan oleh Shi Tou lepas pegawai yang jahat tu (Zhang Zhe) jatuh gaung dengan Fang Nin; hubby Qiao Er. Fang Nin mati dengan orang jahat tu.
Amik mase gak la heroin ni nak trime kematian husband die tapi lelame ok la die. So dowang amik keputusan nak larikan diri nak mengelakkan dari ditangkap oleh askar Mongolia. Naik kapal, time tu la ombak besar mengganas. Akhirnye tenggelam sume.
Tau-tau Qiao Er dan Sifu Rong tinggal bersame puak Ya Zhou (ala-ala orang 'asal' la kalo kat Malaysia ni). Dowang yang selamatkan pompuan 2 orang ni dari mati lemas. So dowang ni ajar le puak-puak ni menenun kain sebagai membalas jase.
Sampai mase dowang nak pergi dari situ sebab nak cari Feng. Lepas minah 2 orang tu bertolak dengan kapal, Feng ni baru sampai kat kampung tu tercangak-cangak cari Qiao Er dan buah atinye tu. Tapi da terlepas.. Tak sempat jumpe.. Kesian...
So adekah Feng dapat bertemu Sifu Rong? Adekah cinte dowang bertaut semule? Tungguuu..
Nak refresh memory? Sile skodeng kat
sini.
Janine Chang - pemegang watak Qiao Er

Justin Yuan Hong; pemegang watak Panglima Lin Mu Fei. Bulu kening die tu yang mahal tu.. :)
Penjejak Mimpi: Next week baru abeh cite ni..

Saturday, February 19, 2011

Episod 21 - 24 Tian Ya Zhi Nu

BAO Er (pangkat abang ipar heroin; Qiao Er) akhirnye kawen dengan besfren die; Xiao Mei. Macam bese memule mak mertue & kakak ipar die tak suke. Tapi lame kelamaan ok la hubungan dowang.

Tak lame lepas tu kilang celup kain keluarga Fang dapat tempahan dari istane sempena pertabalan maharaje baru. Pastu muncul lak watak antagonis; Shi Tao. Mamat ni pekerja mak mertue Qiao Er tapi die nak balas dendam sebab penah dihine sebelum tu. Rupenye mamat ni ade ati dengan kakak ipar Qiao Er tapi cinte die ditolak oleh mak si pompuan sebab tak setaraf.
So die buat macam-macam untuk menggagalkan usahe dowang. Tapi dengan adenye Qiao Er, sume masalah tu selesai. Shi Tao ni curi pewarne merah dari stor kilang kain tu la.. die gune bahan peluntur untuk merosakkan kain celupan warne merah la.. Kire memang jahat giler la tapi akhirnye kejahatan die dapat diketahui oleh kakak ipar Qiao Er (name die aku lupe) dan die pon kembali ke pangkuan kuage die (sebelum tu die da kene halau dengan mak mertue heroin). Mase kecoh-kecoh nak tangkap di Shi Tao tu, die dah tolak Xiao Mei dan telah sebabkan Xiao Mei keguguran.
Sementare tu Puteri Jia Yi sibuk mencari Panglima Mufei. Mencari merate-rate daerah hingge akhirnye ketemu juge. Mufei tengah sibuk mencari jalan nak menghalang kemaraan askar Mongolia dari terus menjajah kawasan berdekatan.
Dinasti Song da menyerah kalah di tangan pihak Mongolia dan akhirnye Mufei berjaye ditangkap oleh askar Mongolia. Tapi dapat diselamatkan oleh Jia Yi dan Qiao Er lepas menggunekan muslihat.
Sementare tu kehidupan Qiao Er tidaklah bahagie. Suami die; Nin Er yang lumpuh dan cacat terus tertekan dengan kehidupan die. Bile mabuk, akan pukul Qiao Er dan akhirnye telah menceraikan Qiao Er. Tapi mak minah ni punye le sabar. Kene blasah pon sabor ajek. Kalo aku?
Tapi walaupon kene cerai, die masih stay umah tu lagik.
Bile Mongolia da conquer kawasan tersebut, sume harta bende penduduk akan jatuh ke tangan Mongolia. Mak mertua Qiao Er buat keputusan untuk bakar kilang celup kain tu. Rela kilang tu musnah terbakar dari jatuh ke tangan penjajah...
Episod sebelum sile terjah kat
sini.
(Picture as usual taken from Mr Google la. Mane lagi?)
Penjejak Mimpi:
Apdet sambil layan cd Celine Dion terbaru.. :)

Tuesday, February 15, 2011

Episod 16 - 20 Tian Ya Zhi Nu

PERGHH!! lame giler aku tak apdet kisah cite cine ni. Lately manyak mende nak kene pikir. Dengan kesihatan yang tak bape best.. jiwe kacau lagik.. tu yang duk asik tertangguh ajek nak apdet. Takpe. Kali ni aku nak rangkumkan 6 episod skali gus. Kes lupe-lupe ayam.. Da tak bape nak ingat jalan cite dah.. So mungkin ringkas giler. :)

Refresh episod lepas? Sile terjah kat sini.
Sifu Rong akhirnye dapat diselamatkan dan bawak diri entah kemane. Tinggal Qiao Er dan Xiao Mei lepas kene halau dari istane. Dowang sambung legasi Sifu Rong dengan buat jahitan dan sulaman demi meneruskan survival dowang.

Sementare mamat yang jatuh ati kat Qiao Er; Nin Er cedera parah lepas kene blasah dengan pegawai istane mase nak slamatkan dowang berdue. Kaki teruk kene pukul dan mamat ni jadi lumpuh. Demi nak balas budi, Qiao Er stuju nak kawen dengan Nin Er walau pon Panglima Mufei datang pujuk. Memule minah ni ingat Panglima Mufei da mati dalam peperangan tapi akhirnye die muncul mase ari kawen Qiao Er. Tak dapat pujuk Qiao Er so Mufei bawak diri entah kemane.

Memule idop heroin ni memang azab giler kat umah Nin Er. Ye la, menantu yang tak disukai tapi lame-lame barule mak mertue die dapat terime lepas tengok keikhlasan Qiao Er melayan suami die; si Nin Er ni.

Manakala abang Nin Er; Bao Er jatuh ati kat Xiao Mei tapi mak minah ni jual mahal. Mungkin fobia lepas kene tolak cinte oleh maharaje kot. Tapi akhirnye mereka tetap berkahwin lepas Xiao Mei mengandung hasil perbuatan suke same suke dengan Bao Er.

Itu ajek yang aku ingat setakat ni. Scene yang penting-penting aje la. Yang lain siyes aku tak ingat. Sebenonye dari 6 episod tu, aku cume dapat tonton 4 episod ajek. Episod 19 dan 20 tak tengok. Ade hal lain. Yang lebih-lebih penting so kene dahulukan mende tu dulu.. :)

(Picture as usual taken from Mr Google)

Penjejak Mimpi: Esok kene keje.. Nak sambung cuti lagi buleh tak?

Monday, February 7, 2011

Episod 12 - 15 Tian Ya Zhi Nu

DA lame giler aku tak apdet cite ni ek? Aku pon ingat-ingat lupe pe yang berlaku dalam episod minggu lepas. Takpe.. slow-slow kayuh.. :). Last week episod 12-14 tapi yang episod 14 tu aku tak tengok sebab on the way balik kampung. Eh! aku gitau kat korang watpe, kan? Korang peduli ape.. Betui tak? Ngeeee... Nak bace episod sebelum? Terjah kat sini ye.. :)

Panglima Mufei da wat keputusan nak gi perang. Sang puteri lak masih mengharap cinte si panglima malangnye cinte jejake hanye untuk si dara; Qiao Er. So frenship puteri dan Qiao Er putus. Tak kawan dah. Huh! jantan punye pasai hangpa lak yang bergaduh pasai apa?
Sifu Guan (pompuan jahat) da jadi orang kepercayaan Gundik Han. Gundik Er da takde kuase atas Bilik Tenun di Raja. So Sifu Guan mula menjalankan aktiviti jahat die untuk kenakan Sifu Rong.
Xiao Mei lak (kawan si Qiao Er) da stat pasang umpan nak amik ati Maharaja dan die berjaye. Tapi tak kemane pon kejayaan tu sebab Gundik Han da tau so die cube nak bunuh Xiao Mei dengan membakar dak pompuan tu. Tapi dapat diselamatkan.
Akhirnye Panglima Mufei pegi gak berperang walaupon mak die berat ati. Taat pade negare le katekan..
Dan tadi; episod 15.. Sifu Guan berjaye fitnah Sifu Rong kononnye Sifu Rong salahgune duit kerajaan. Resit asal belian kain jauh lebih rendah dari yang ditunjukkan oleh Sifu Guan pade Gundik Han. Akhirnye Sifu Rong mengaku bersalah walau pade hakikatnye dowang tak bersalah. Demi nak selamatkan Qiao Er dan kawan die tu.
Tapi Sifu Rong dapat diselamatkan oleh Qiao Er dengan bantuan sorang mamat yang da lame suke pade Qiao Er. Walau pade mulenye die hampir menjadi korban nafsu 'buas' sorang pegawai yang da lame jatuh chenta dengan Qiao Er ni. Pegawai tu buleh bantu lepaskan Sifu Rong dengan syarat Qiao Er jadi isteri die. Ptuih!! da jahat lagik nak wat syarat macam tu! Aku sendirik nyampah.. :(
Tu ajek yang aku ingat skang ni. Lately aku cepat lupe la.. Korang de petue cane takmo jadi pelupe?
Bersambung lagik..
(Picture credit to Google)
Penjejak Mimpi: Dunia ni macam tu lah.. Kalo kite jujur.. baik.. ikhlas.. memang akan slalu dibuli dan menjadi mangse. So hanye bersabar jadi senjate. Pasti kemenangan menjadi milik kite, insya Allah. Tapi da name pon manusie.. kekadang tak sabar.. Bengang gak kalo asik kite jek yang kene.. asik kite jek yang jadi mangse, kan?

Sunday, January 30, 2011

Episod 10 & 11 Tian Ya Zhi Nu

HMMMM... da dekat 2 ari aku peram ulasan cite ni dalam kepale. Nak update terus dalam blog, ade lak kekangan lain so pagi ni insya Allah aku cube recall balik sumenye.. Nak recall episod 9? Sile skodeng kat sini.
Ok, akhirnye puteri berjaye smagel masuk ke dalam kete kuda tu. Menyembangla bagai nak rak dowang bertige ni sampai satu ketike Sida Ke sedar kehadiran puteri dan nak anto puteri ni balik ke istana. Tapi puteri nak takmo dan ugut sida ni. Takde pilihan lain, terus aje sida membenarkan tuan puteri ikut dowang keluar istane mencari sutera.
Di luar istana, puteri memang suke giler sampaikan sume makanan nak dirase. Ye lah, orang tak penah kua istana so macam jakun sket la. Dengan ditemani dengan boipren Qiao Er dan adiknye, mereka ber5 merayap sampai ke utan untuk tengok rama-rama.
Tetibe de sekor anjing putih yang menarik perhatian puteri. Kejar punye kejar dowang terpisah dimane puteri dengan boipren Qiao Er, Xiao Mei dengan adik si boipren dan Qiao Er sensorang. Die ni la yang beriye nak kejar anjing tu.
Di istane, da heboh kehilangan puteri so panglima ensem ditugaskan untuk mencari. Dipendekkan cite, mereka sume dapat ditemui kecuali Qiao Er. Bese la hero kan, so die nak cari heroin ni sensorang. Jumpe dah tapi mase nak selamatkan Qiao Er, 2-2 terjatuh gaung dan terpakse bermalam kat situ. Mase tu cinte mulai berputik.. :)
Lepas kejadian tu, memasing macam da angau termasuk si puteri. Bile puteri duk asik cite pasan die terhadap panglima, Qiao Er diam ajek. Terpakse pendam tapi dalam pade tu duk jahitkan baju panglima tu la.. beg panah panglima tu la...
Hmm, pasan cinte tu sungguh indah kan?
Demi nak beli jiwa si panglima tu, puteri pon ade jahitkan tali untuk beg panah die. Tapi sebelum tu Qiao Er da kasik da tali tu kat Panglima Mufei. Tapi de salah eja kat ejaan name Mufei. Then bile puteri tu pulak yang kasi tali beg panah kat die, memule panglima ni tak nak. Ye lah, da tak suke kan takkan nak amik lak. Tapi memandangkan itu puteri dan Mufei pasan yang ejaan name die pon salah kat tali beg yang puteri tu nak kasik kat die so die pon amik la. Amik sebab die tau yang tu Qiao Er yang jahit.. :)
Sementare tu besfren Qiao Er; si Xiao Mei da mule berangan nak jadi orang kaye. Mule berangan dapat jadi gundik dan kesayangan raje so die mule membuat pelbagai trick untuk dapat bertemu dengan raje. Memacam la die buat sampaikan mase raje ni nak gurau-gurau dengan Gundik Han, die sesaje jek kasik gulungan benang terjatuh dan masuk sampai ke bilik raje. Bile terpandangkan Xiao Mei, raje pon da stat jatuh ati dan lepas ni aku rase niat dan plan Xiao Mei berjaye.
Puteri yang sedang angau da gitau kat maharaje yang die nak kawen dengan Mufei tapi Mufei da buat tindakan berani dengan menolak perkahwinan tu. Puteri rase bengang dan tanye kenape? Panglime tu jawab die nak gi berperang dan takmo susahkan sesape. Maklumle, mane tau kot mati ke dalam perang tu kan?
Mase duk bercakap tu, Puteri Jia Yi terperasankan tali beg panah yang dijahit oleh Qiao Er. Tahulah die yang dowang ni de skendel. Sebab marahkan Qiao Er, minah ni da tempeleng heroin dan putus sahabat.
Sifu die; Puan Rong da nasihat kat Qiao Er tapi panahan cinte tu kan lebih kuat dari ape pon? Ropenye kes Puan Rong dengan mak Qiao Er same dengan kes die skang. Cinte tige segi.. Walau bapak Qiao Er da pilih mak die, tapi sampai mati pon mak die rase bersalah tahap cipan kat Puan Rong padehal dowang besfren satu ketike dulu. Yang Puan Rong ni pulak, berdendam dan rase marah tahap cipan kat mak Qiao Er. Hah, memasing tak bahagie.. derite makan dalam. Kan da kate dendam ni tak baik? Buat letih ajek kendong rase dendam ni... Kan? Betul tak aku cakap?
Pergh!! Panjang gile aku tulis pagi ni? Lapo la pulak... nak selongkar dalam peti es tu ape yang ade.. :)
(Picture credit to Mr Google)
Penjejak Mimpi:
Bersambung lagik. Lambatnye nak tau ending cite ni.. :)

Thursday, January 27, 2011

Episod 9 Tian Ya Zhi Nu

EPISOD kali ni takde yang menarik cumenye Panglima Lin Mufei tu da cukur jambang. Abeh sume jambang, janggut dan misai die da buang. Pergh, ensem ko.. kalo gini punye ensem aku pon terpikat.. (<-- sile abaikan stetmen gedik ini). Rupenye bapak die da meninggal 2-3 tahun yang lepas. So mamat ni berkabung kematian bapak die dengan tidak mencukur jambang, janggut dan misai die tu. Lepas muke die licin dan ensem, puteri pon da macam jatuh ati dengan panglima ni.
Si Qiao Er pon same gak.. Udah.. lepas ni ade lak cinte bersegi-segi agaknye gare-gare berebutkan sorang lelaki.. (<-- ni assumption aku. Tolong jangan percaye). Ok, stop kisah mamat ensem ni. :)
Panglima Mufei ade cube minte bantuan Gundik Er untuk serahkan satu surat rahsie kat maharaje tapi gundik ni takmo. Sebab die da frust tahap meroyan sebab maharaje wat dek kat die (<-- maharaje da dapat pucuk mude beb so yang tua tu dipinggirkan la. Bese.. adat manusie) so gundik ni takmo tolong. Puas panglima ni pujuk sampaikan akhirnye gundik tu terus koyakkan surat tersebut. Bengang giler mamat ni tapi pe nak buat? Takkan nak marah? Ilang kepale ko nanti..
Surat tu adalah laporan atau status terkini keadaan askar negare Song di sempadan. Dowang ni tengah berperang dengan negare Altantuya. Ups!! owh crap... nape aku suke sebut name Altantuya ni? Maybe sebab aku kesian dengan nasib die yang kene bom. Kejam pembunuhnyer.. Err.. Cik PM, stop talking about her. Teruskan cite anda. Orait.
Di Bilik Ni Chang (bilik jahitan/tenunan diraje), Gundik Er memerintahkan dowang buat selimut dan cadar sebagai hadiah kepade sume wife-wife menteri. So gebang punye gebang, last-last gundik ni menitahkan Puan Guan (crook tue yang jahat tu) untuk keluar istane mencari bahan untuk buat selimut dan cadar iaitu sutera.
Tapi memandangkan puteri beriye-iye nak kuar untuk merase kehidupan diluar istane, make die telah buat trick. Malam tu die blanje grup Puan Guan ni makan kuih. Esoknye, dowang sume sakit perut; cirit birit. Nak dipendekkan cite, Qiao Er dan kawan die Xiao Mei yang pegi untuk cari sutera tu. Mase tu puteri da 'smagel' masuk ke dalam kete kuda....
Bersambung ke episod seterusnye. Episod 8 punye da bace? Kalo lom sile skodeng kat sini.
Penjejak Mimpi:
mate da ngantuk ni padehal malam masih mude... :(

Wednesday, January 26, 2011

Episod 8 Tian Ya Zhi Nu

DA bace episod 7? Kalo belum sile skodeng kat sini.
Ok, aku sambung. Qiao Er dan kawannye masih dalam penjare. So sementare tu ade gak sifu dowang; Puan Rong (Amy Chan) cari jalan untuk selamatkan anak murid die tu.
Lepas diskas dengan panglima yang ensem tu, die diberi peluang untuk jumpe anak murid die yang 2 orang tu. Mase jumpe tu, rupenye panglima Mufei telah mencuri dengar perbualan mereka dan die macam ade akal jek untuk selesaikan masalah tu. Sebab kalo tengok dari riak muke die tu, macam die pon tak caye bebudak tu nak bunuh Gundik Er. Kalo ikut lojik akal, pe jadahnye dowang nak bunuh gundik tu kan? Malam tu, sifu yang baik ni tak lena tidur. Die ditegur si Nian Ning; bekas anak murid die yang
berpaling tadah. Ermm.. ntah ape lak akal jahat si Nian Ning ni kan? Muke lembut; macam baik tapi dalam sape yang tau? Ello cik PM, don't judge book by it's cover ya.. Ok.. :)
So esoknye Puan Rong menyerah diri dan mengaku kononnye die yang nak bunuh Gundik Er. So die kene masuk penjare dan due murid die dibebaskan. So pelbagai usahe dibuat untuk melepaskan sifu dowang ni.
Satu malam sekor kucing sida istana (in English they are called
eunuch) telah mati dan dipercayai telah diracun dengan racun yang same kat pakaian Gundik Er. So Panglima Mufei telah menyiasat dan akhirnye didapati kediaman Gundik Han terlibat. (<-- Dowang ni sesame gundik berebut sorang lelaki. Ceh!).
Siasat punye siasat terbukti Gundik Han terlibat (rupenye Puan Guan balacinye) tapi yang menjadi kamben itam ialah sorang dayang. Dayang tu ditangkap dan dianggap bersalah. Akhirnye dayang tu mati dengan menggantung diri. (<-- ni mati sah-sah bumi tak terime!)
So Gundik Er yang kecewa sebab maharaja tak nak dengar explaination die memerintahkan Puan Rong dibebaskan.
Bersambung lagik esok.. :)
(Picture as usual taken from Mr Google)
Penjejak Mimpi
- agak-agak buleh tulis novel tak aku? Ngeh ngeh ngeh