Pages

Showing posts with label Pameran. Show all posts
Showing posts with label Pameran. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Aktiviti Hari Ahad: Ke Pusat Sains Negara (PSN)

JAM 11am lebih aku dah sampai kat depan The Mall, berhadapan dengan bangunan PWTC. Dah janji dengan Lulu sefamily untuk berjumpa di situ. Lepas diorang sampai, kena tunggu Ekin lak. Dekat-dekat jam 12pm lebih baru dia sampai. 

Kami terus ke Pusat Sains Negara memandangkan kami takda idea bernas yang lain. Itupun cadangan dari Iman; anak sulung Lulu. Rupanya kebetulan kat situ ada pameran 1001 Inventions Kegemilangan Tamadun Muslim juga. Ok juga.. Aku pun tak pernah sampai ke sana. Kesian kan? Huhuhu...

Tiket kami semuanya bernilai RM100 iaitu Lulu sefamily RM60 (2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Rara tak payah bayar. Kecik kenot lagi kan?). Aku dan Ekin setiap seorang RM20. 

Lama juga la kami kat PSN tu. Mencuba aktiviti yang disediakan.. diselangselikan dengan aktiviti mengejar si Rara.. membuli Rara sampai dia menangis.. haha.. 

Lepas tu baru masuk ke tempat pameran 1001 Inventions Kegemilangan Tamadun Islam. Banyak nama-nama tokoh agak jarang aku dengar. Macam Al-Jazari.. Al-Haytham.. Ibn Firnas.. Merriam Al-Astrulabi dan lain-lain. Sebab aku kurang membaca kot? Haha..Banyak juga ilmu baru yang boleh kita dapat dalam pameran ni. Untuk pengetahuan am..

Dah lapar kan? So terus bergerak mencari pot terbaik untuk makan. Jalan punya jalan.. jalan punya jalan sampai ke Amcorp Mall, PJ. Last-last makan Kenny Rogers. Lepas tu singgah kedai bapa saudara aku kat situ yang menjual pelbagai jenis pakaian dan telekung. Malangnya dia tiada. Yang ada staff dia aje. Adik aku yang banyak menyembang dengan staff dia. Aku just diam aja. Kan aku ni pendiam? *uwekk!!!*

Lepas tu adik ipar aku; Nizam dropkan kami kat KL Sentral. Kat situ ada pameran kemerdekaan pulak. Tapi kami singgah kejap je. Lepas tu terus kami ke destinasi masing-masing.

Cerita aku dah habis so korang layan je lah gambar kat bawah tu. Enjoice..

Harp dimainkan guna kuasa angin..
Otak... otak.. Nak otak? Rara punyalah geli kat otak plastik ni. Sampai menangis aku sakat dia. Aku cuma tunjuk je tapi dia beriya menangis bagai nak rak! Ekin gelar Rara 'drama queen'. Hehe..
Tolong jangan ganggu kosentrasi aku. Cik PM, sila fokus!
Rangka berkayuh
Hello... siapa sana cakap..
Aktiviti kanak-kanak
Sorang-sorang pun jadi dia main...
Budak kerinting kesayangan Andak
Asyik duk berkepit dengan kakak Ekin dia aja! Andak dia langsung tak diherannya! Sikit-sikit kakak Ekin.. sikit-sikit kakak Ekin. Andak jeles tau!!
Muhammad Irfan Iman.. Nur Qaisara Balqis.. Nur Iris Qalesya..
Err... makcik berbaju biru tu pelakon tambahan aja ya.. Haha..
Kan aku cakap Rara asyik dengan kakak Ekin dia? Grr.. grrr..
Kawal bola guna angin
Entah apa yang ditengok oleh Iman tu..
Eksperimen Eddy Current (nak kena surf internet nih..)
Kyra dan Rara
Kami berempat gemuk, pendek dan katik
Gemuk kan kami 2 beradik?
Lepas amalkan pemakanan sihat dan bersenam serta diet yang seimbang, kami berjaya menguruskan badan. Lihatlah kami yang slim dan langsing ini.. Haha...
Do re mi fa so la ti do...
Mereka sefamily
3 stooges mengejar ayah mereka..
Percubaan terawal orang Islam untuk terbang. Lebih awal dari Wright bersaudara
Gambaran orang dulu-dulu buat pembedahan
Alatan pembedahan abad ke 10
Info je ni..
Bergambar dengan replika Jam Gajah ciptaan Al-Jazari. Kalau baca dan tengok macam mana operasi Jam Gajah ni aku pasti korang mesti kagum. Sebab aku pun kagum dengan rekaan Al-Jazari ni. Tak percaya? Sila ke Pusat Sains Negara sekarang juga.

Poster pameran
Mak saudara dan anak buah
Kat pintu luar PSN
Penjejak Mimpi: Sokong dan suka tengok ibu-bapa yang bawak anak-anak melawat tempat-tempat macam ni.. :)

Sunday, November 11, 2012

Pameran Raja Kita

PADA Sabtu (3hb Nov) lepas aku dan anak buah (Ekin) berpeluang ke Istana Negara (lama) di Jalan Istana untuk memenuhi hasrat dan cita-cita untuk ke Pameran Raja Kita. Pameran tersebut yang bermula pada 15hb April dan berakhir pada 31hb Disember ini diadakan sempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pengenalan kepada Pameran Raja Kita:

Ianya diadakan sebagai pendekatan untuk memperkenalkan dan merapatkan lagi hubungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah dengan rakyat jelata. Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan yang mempunyai kuasa, fungsi dan ciri-ciri istimewa yang tersendiri turut dipaparkan dalam pameran ini, Semoga pameran ini dapat memberikan manfaat dan menyedarkan semua pihak agar konsep ini terus terpelihara hingga ke generasi akan datang sebagai lambang kedaulatan negara yang memayungi setiap rakyat negara ini.

Objektif Pameran:

1. Menjelaskan peranan dan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan dalam sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.

2. Memperkenalkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kepada rakyat jelata sempena perlantikan baginda pada 13 Disember 2011.

3. Memperkukuh semangat cinta akan negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. Memaparkan kepentingan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan sebagai tonggak kepada kedaulatan, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian dan pembangunan negara.

5. Mempertahan kegemilangan dan kedaulatan Institusi Yang di-Pertuan Agong yang diamalkan di negara ini.

(Sumber: Dari flyer pameran ini).

Ok, cukup kita berskema setakat ini. Sekarang time aku berkisahkan hal kami anak beranak pulak.

Kami bertolak ke sana macam biasa naik cab aja dari KL Sentral. Sebelum tu 'berjinggut' tunggu anak buah aku tu sampai dari Nilai. Dia naik ERL dari KLIA lepas parking kereta kat situ. Sementara menuggu dia sampai, aku shopping buku dulu di KL Sentral yang ada ekspo buku.

Sampai aja Ekin, kami makan dulu di RasaMas. Ekin belanja. Kali ni aku pulak 'pow' dia. Hahaha.. Asyik mak sedara aja yang kena 'pow' so sesekali biarkan anak buah pulak kena 'pow'. Barulah adil dan saksama.. itulah dinamakan 'demokrasi terpimpin'. Kan?

Perut dah kenyang so kami terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Istana Negara. Sampai di sana sekejap aja. Aku rasa tak sampai 15 minit sampai. Masuk adalah percuma tapi untuk kamera dan video dikenakan caj RM2 ke RM10.

So kat bawah ni gambar yang kami anak beranak sempat snap selama 2 jam kami kat sana. Ada gambar yang diambil guna kamera aku dan ada yang diambil guna handset aku. So enjoice..

Singgahsana pertabalan YDP Agong yang first. Simple giler!!
Tulisan "Allah Jua Berkuasa" pada salah satu darjah kebesaran
Salah satu keris kebesaran yang dipamerkan
Nobat
Cik PM bergambar kat depan singgahsana. Setakat bergambar je lah. Tak boleh ngengada nak duduk lak situ!
Kalung di-Raja
Rakyat dan raja berpisah tiada..
Antara koleksi kamera YDP Agong
Ekin bergambar di samping persalinan RP Agong
Pasport RP Agong; antara barangan yang ada dipamerkan. Orang Perak asal baginda. Ehem.. ehem..
Pemandangan di belakang laluan ke tandas. Dah la hujung lokasi tandas tu lepas tu nak kena turun tangga lak. Seram tu tak la sebab Ekin ada. Kalau tak aku tak pergi kot. Seram makcik!! (Chicken ke aku ni ha?)
Ekin bergambar di depan pintu masuk ruang pameran. Pameran ni diadakan di ruang balairong seri. Sebelum tu kena bukak kasut ye.. Tempat kasut ada disediakan di depan pintu masuk.
Chandeliar yang ada di dalam ruang pameran. Cantik kan?
Bekas watikah
Hukum Kanun Melaka. Apa mendanya? Sila google sendiri.
Hukum Kanun Laut Melaka. Detail? Macam biasa google sendiri. Kalau semua nak disuap bila nak maju?
Model Istana Negara Baru Jalan Duta. Istana baru ni aku pernah masuk sekali. Masa tu tengah construction. Aku pergi sebab ada site visit ke situ
Ehem ehem.. ni lah sultan teman; Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan RP Bainun
Ekin bergaya berlatar belakangkan gambar Sultan Trengganu. Adakah??
Aksi duduk selepas penat berdiri. Err.. sebenarnya aku sendiri tak tahu apakah speselnya meja dan kerusi ini sebab tiada sebarang info berkenaannya. Jangan marah ha.. :)
Aku duduk dia pun nak duduk. Peniru betul anak buah aku ni. Errr.. sebenarnye dia yang duduk dulu bergambar lepas tu aku. Kiranya aku la peniru aksi dia kan? Kan? Kan?
Cik PM disamping persalinan di-Raja
Pending di-Raja. Ala.. pakai kat pinggang tuh..
Singgahsana dari jauh
Keris kebesaran di-Raja
Warkah Ikrar pertabalan YDP Agong untuk kali kedua
Lafaz Ikrar pertabalan yang pertama
Tengkolok
Ar-Rohim.. Ar-Rohman..
Deretan nama-nama Allah. Perasan tak?
Al-Jabbar.. Al-Qahar.. Ar-Rozaq..
Anak beranak. Guna timer kat kamera. Setting betul-betul.. set time 10 seconds.. lepas tu berlari berdua kat depan kamera.. Lawak giler sebab kena try test berkali-kali baru menjadi. Takde orang lain nak diminta tolong..
Pakaian istiadat pertabalan. Digelar sebagai Muskat
Aku keseorangan... uhuk.. uhuk...
Inilah yang dipanggil Cop Mohor Besar Raja-Raja ye tuan-puan.. Ingatkan kecik jek rupanya besar..
Koleksi jam YDP Agong. Kalau setakat jenama jam Swatch tu tak masuk list der.. :(
Sebelum keluar tu kalau rajin daftar lah nama di dalam buku daftar pelawat. Aku tengok ramai gak pelancong asing yang datang melawat. Hmmm... korang yang bukan bergelar pelancong asing tu bila lagi? Ehem ehem...
Istana dari luar. Time ni macam mendung aje kan? Biasalah.. cuaca tak menentu sekarang. Yang jemur kain kat luar tu dah angkat ker kain? Nanti tak sempat kutip dah hujan.. (<-- nak ingatkan aje..)


Dah dah.. moh balik. Ate kome nak tido kat dalam tu ker? Ishk!! teman idok le berani weh!!
Pada sesiapa yang belum pergi tu.. aku cadangkan pergi la melawat ke sana. Bawak sekali anak-anak. Bagi pendedahan kepada dowang betapa istimewanya sistem pemerintahan negara kita ni. Betapa uniknya Malaysia. Bukan selalu pameran semacam ini diadakan.. 

Penjejak Mimpi: Suka tengok pameran.. :)