Pages

Sunday, December 30, 2012

The Answers...

SOMETIMES, the answers we're looking for have been hiding just below the surface. Other times, we find answers when we didn't even realize we were asking the question. Sometimes, the answers can catch us completely by surprise. And sometimes even when we find the answer we've been looking  for.. we're still left with a whole hell of a lot of questions..

Penjejak Mimpi: Not all the question needs an answer...

Friday, December 28, 2012

Hmmmm...

DAH la masuk coach merah jambu... pastu siap duduk silang kaki lagi... Grrrr...

Penjejak Mimpi: So annoying... :(

Thursday, December 27, 2012

Human Life

THE human life is made up of choices...

Yes or no..

In or out..

Up or down..

And then there are the choices that matter..

To love or hate..

To be a hero or to be a coward..

To fight or to give in..

To live or die..

-

-

-

-

-

-

Live or die........

That's the important choice..

And it's not always in our hands..

Penjejak Mimpi: Live as a human.. that's more important..

Tuesday, December 25, 2012

Trip to Legoland..

SEBENARNYA kisah aku ke Legoland ni dah basi. Aku pergi pada 15hb Disember tu lagi tapi disebabkan aku sibuk dengan kerja-kerja hakiki dan bukan hakiki di ofis tu so terpaksa lah ditangguhkan kisah ni. Opss!! Jangan ada yang ingat aku update blog kat ofis ya. Bukan.. bila di ofis kerja terlalu berlambak akan menyebabkan aku terlalu 'exhausted' dan akan menyebabkan aku tidur awal. So takde masa nak update-update blog ni, haih!! Membuta lagi best. Haha.. Ok, aku start la nak bercerita.

Aku ke sana dengan family adik aku dan anak buah yang sulung; Ekin. Malam Sabtu tu dekat-dekat jam 12am dowang datang fetch aku kat rumah lepas tu bertolak pulak ke Nilai, rumah Ekin. Sampai di rumah Ekin kami lepak-lepak kejap.. mandi dulu.. sempat lagi makan nasi goreng yang disediakan oleh Ekin berlaukkan nugget tempura dan popcorn chicken yang aku bawa dari rumah. Jam 3.30am bertolak lah kami ke destinasi iaitu nak ke Legoland, Nusajaya Johor. Jam 6am lebih singgah jap di RnR Machap, Johor untuk solat Subuh dan brekfast sekali. Lepas tu terus kesana.

Harga tiket untuk dewasa RM140 dan kanak-kanak RM105 (kalau tak silap). Sebetulnya adik aku dapat 2 tiket free untuk kanak-kanak so untuk anak dia yang 2 orang tu; Iman dan Kyra lepas dah. Si Rara tak payah tiket la. Kan dia kecil lagi? :)

Untuk orang dewasa, kena beli lagi 2 tiket sebab 2 tiket dah beli online. Time dowang beratur beli tiket ni mulalah aktiviti mengeluarkan peluh untuk aku. Apa taknya.. si Rara tu berlari ke sana.. ke mari.. suruh duduk dalam stroller tak mau. Bila dilepaskan.. hah.. jadi macam anak kambing terlepas keluar dari kandang lah jadinya. Asyik berlari aja kerjanya.. Letih makcik nak mengejar. "Rara.. stop it, ok? Andak amat penat mengejar kamu.." Tapi ada dia kisah? Tak diherannya.. Lagi berlari sambil tersengih macam kerang busuk. Oh anak buah aku yang sorang nih..

Tepat 9.45am barulah boleh masuk dan memulakan ekspedisi ke Legoland tu. Makhluk Allah jangan cakap lah. Cuti sekolah la katakan. Takda ruang yang takda orang. Semua ada. Game semua free. Kiranya dengan harga RM140 tu bbas lah nak main permainan apa.. cuma larat dengan tak larat aja nak beratur. Yelah.. Kiranya macam free la jugak kan so kalau boleh semua permainan kita nak try, kan? Tapi kau larat ke nak beratur berjam-jam tapi happynya tak sampai 10 minit? Tapi sebab dah sampai.. lagipun RM140 tu aku rasa mahal la jugak untuk orang dewasa so tak boleh ketinggalan.

Ada pelbagai game kat situ. Tapi kami tak try semua permainan pun. Lenguh kaki nak beratur tau tak? Kami try dalam 4-5 game aja.

Ding dong sini.. ding dong sana.. jam 2pm lebih kami keluar dari sana. Cuaca pun tidak begitu menyebelahi pengunjung Legoland pada hari tu. Hujan renyai-renyai tapi tak berterusan. Hujan kejap-kejap di satu dua tempat.. Haha.. macam orang bagi laporan kaji cuaca la pulak.

Tapi tu lah.. memang hujan tapi sekejap-sekejap.. berhenti.. lepas tu hujan balik. Sungguh tak baik untuk kesihatan.. So kami pun ambil keputusan untuk balik aja. Lagipun rasa lapar giler.. kaki ni dah lenguh.. penat beb.. Sebelum keluar tu kami sempat bershopping sikit. Tak banyak sebab barang-barang kat situ agak mahal. Ye lah.. branded kan.. Tapi adalah aku beli untuk kenangan aku sendiri dan sedikit ole-ole untuk geng ladies ku..

Lepas makan, kami terus balik ke hotel dan rehat. Malam tu lepas makan terus kami melenakan diri dan bersiap untuk aktiviti esok. 

Esoknya (Ahad) plan nak berjalan-jalan tapi Johor Bharu hujan dengan lebat. So semua aktiviti dan rancangan asal telah dibatalkan dan kami bergerak pulang ke KL dengan hampa.(<-- berdrama kejap).  Err... sempat singgah makan ikan bakar lagi kat Melaka malam tu. Memang sedap la. Harga? Pada aku berbaloi la harga tu dengan menu yang diorder. Lain kali boleh datang lagi.

Perut dah kenyang kan? So bertolaklah kami balik ke KL. Singgah Nilai dulu untuk drop Ekin lepas tu baru dowang drop aku kat rumah pulak. Aku sampai lebih kurang jam 1am. Nasib baik Isnin tu aku memang dah apply cuti. Nak rehatkan badan kata orang. Hehe..

Cerita panjang dah.. korang usya je lah gambar kat bawah tu. Enjoice..

Antara Miniland yang ada disitu; Masjid Jamek, KL.
Tak ingat ni building apa. Sori.. :)
Ni pun sama; dah lupa building apa..
Kapal di dermaga. Semuanya dari lego.
Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor
Lagi miniland yang ada kat situ..
Dataran Bandaraya
Jom kita berkonsert beramai-ramai. Yeah!!

Taj Mahal
Ekin bergambar depan miniland Taj Mahal
Cik PM bergambar depan miniland The Forbidden City, China

Replika naga dari lego

Hoi An, Vietnam
Miniland Angkor Wat
Belakang Cik PM tu pemandangan lautan. Ada lanun dan siap sound effect lagi. Tekan button kat bawah tangan kanan Cik PM tu ada lah letusan meriam. Pergh!! kagum
Proses bina kapal
Tak ingat building apa
KLIA Tower
KLIA
Lagi miniland KLIA
Belakangku ialah Masjid Sultan Omar Sharifuddin, Brunei
Land of Adventure

Muka happy Iman dan Kyra naik Beetle Bounce
Rara dengan kakak Ekinnya
Dah kena baham dengan singa masih sempat senyum lagi ka?
1 Malaysia
Lagi mangsa sang Raja Rimba
Ummi dan Rara
Driver ambulan termuda dalam sejarah. Haha..
Pemandangan dari atas

Dalam kapsul Observation Tower
Lagi pemandangan dari atas
Masa ni nak turun dah..
Pemandangan dari luar kota The Dragon. Permainan roller coster sebenarnya. Time ni orang punyalah ramai. Beratur lah kami selama sejam baru dapat naik dragon/roller coster tu. Sejam seyh.. Lenguh kaki ni tau..
Antara patung yang ada dalam kota The Dragon tu
Ce cari mana Cik PM?
Budak kecik 2 orang tu masih lagi kehilangan sedikit semangat gara-gara naik roller coster sebelum tu. Kecian anak-anak sedara andak..
Miniland landmark kat Singapura
Masjid Jamek.. KLCC.. KL Tower dan Cik PM
Siap ada bas, motor dan kereta lagi. Kellas ko Maria!!
Tak tahu nak tulis apa lagi dah!!!
Lagi miniland yang ada kat situ. The actual one ada kat Singapura
Kat kedai makan. Yang atas meja tu kami tak order ya.. Haha
Andak dan Kyra
Menu yang diorder; pari bakar. sotong goreng tepung, udang bakar dan kerang bakar plus nasi putih
Ambuih Rara.. berselera hang no.. siap ketap-ketap bibir lagi..
Tak cukup kerusi dia nak duduk atas meja. Hai.. anak sedara sapa lah ni ya?
Licin..
Dari jauh kedai makan yang kami singgah. Kang snap dekat-dekat kang orang ingat apa lak kan? Tapi singgah la ke sini. Nama kedai tu ialah Persona Ikan Bakar. Kedai nombor 4. Harga pada aku oklah untuk menu yang aku gitau kat atas tu campur dengan otak-otak 10 pieces, 8 bekas jelly kelapa dan air yang pelbagai kami dicaj dengan harga RM120
Kenangan di pintu masuk ke Legoland
Kesimpulannya Tuan/Puan.. kalau nak rasa berbaloi dengan harga tiket RM140 tu aku cadangkan pergilah time hari biasa. Bukan cuti sekolah. Sebab kalau time cuti sekolah orang memang ramai. Meremut macam semut. 

Penjejak Mimpi: Tempat-tempat macam ni bebudak aja yang suka... :)