Pages

Friday, February 1, 2013

Saya Nak Duduk Sini

AKU dah kat kampung hari ini. Semalam bertolak balik dari KL. Balik rumah dulu dan bersiap lepas tu bergerak ke Pudu Sentral.

Di Pudu Sentral, jam dah ke pukul 7pm lebih. Tiket aku macam biasa 7.30pm. Dekat-dekat 7.20pm baru aku turun ke platform 10 dan rupa-rupanya bas dah menunggu dan penumpang semua dah naik. Pheww!! Nasib baik tak kena tinggal dengan bas. Huhu.. Naik aja bas, semua mata tertumpu kat aku. Biasalah kan.. orang yang lambat naik bas ni kan selalu jadi perhatian orang lain? Haha lagi.. Ala korang ni, kasi lah aku jadi 'rock star' kejap. Hehe.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini......

Seat aku nombor 6C. Single seat. Tapi tengok-tengok ada orang lain yang duduk situ. Bila aku berdiri depan dia, boleh pulak dia buat-buat bodoh pandang aku dengan muka tak bersalah. So bermulalah adegan yang sedikit membencikan terjadi:

Aku: "Ini tempat saya. 6C" sambil tunjuk tiket dan check nombor tempat duduk tu.

Minah Yang Duduk Tempat Aku: ....... "Amma.. bla.. bla.. bla.. tiket.. bla.. bla.. bla.." (bla.. bla.. bla.. sebab dia speaking bahasa ibundanya iaitu Tamil so aku tak berkemampuan nak translatekan untuk korang. Sorry..). 

Ohh... mak dia yang kat depan tu iaitu yang duduk kat seat 5C. Tak lama lepas tu mak dia hulurkan tiket kat dia dan dia pun tunjuk kat aku tiket bas dia.

Tapi sebelum tu aku sempat tanya kat amoi sebelah aku berdiri tentang bas tersebut. Ye lah.. buatnya aku beria-ia nak duduk situ tapi tengok-tengok tersalah bas ke.. tersalah destinasi ke... tersalah time ke... tak ke malu makcik? Nasib baik betul destinasi dan masa betul iaitu ke Ipoh jam 7.30pm.

Ek ele... seat dia 9C dan 9E rupanya. So aku pun cakap la..

Aku: "Tempat you 9C and 9E kat belakang tu".

Minah Yang Duduk Tempat Aku: Dia tak bersuara tapi tunjuk kat aku seat belakang. Nak suruh aku duduk belakang pulak. 

Aku: "Saya nak duduk sini!" Aku bersuara dengan muka yang sedikit bengang.

Hello.. awak yang patut duduk belakang apasal aku pulak yang nak kena duduk situ? Tiket aku 6C single. Kalau awak nak seat single, kenapa tak beli single seat punya? Tapi yang ini aku cakap dalam hati aje lah.

Hmm.. lama jugak la aku berdiri kat situ menantikan hak aku tu. Minah tu entah apa yang dispeakingkan dengan mak dia dan lepas tu baru anak beranak tu bergerak ke belakang. Aku sempat cakap "thank you" lagi kat minah tu tau. Sebelum tu aku perasan mak dia macam usya semacam kat aku tapi aku tak kisah pun. Siapa suruh duduk tempat orang kan? Dah terang-terang itu bukan tempat awak tapi nak jugak duduk. Bila tuan empunya tiket claim tempat dia, awak nak marah pulak? Tak patut... tak patut..

Tak lama lepas bas bergerak.. anak dia pindah ke seat 5C iaitu seat depan aku. Respon aku? Lantak kau lah. Jangan nanti sampai Hentian Duta tuan empunya tiket 5C pulak kena macam aku. Bila sampai Hentian Duta, tuan seat 5C pun naik dan keadaan yang sama macam aku: iaitu musykil kenapa ada orang lain duduk tempat dia? Aku dengar jugak chinese lady tu bersuara: "this is my place". Minah tu pun duduk balik kat belakang. Kali ni aku bermonolog tapi dengan suara yang agak kuat sikit dan mungkin orang sebelah dengar. Aku cakap: "Amenda la ko ni. Duduk je lah tempat sendiri. Gatal nak duduk tempat orang lain buat apa?".

Mungkin pada orang lain itu cuma pasal seat.. tempat duduk dalam bas. Bukan besar punya hal tapi pada aku ianya sesuatu. Tentang hak. Kenapa dalam bas ada yang single seat dan double seat? Sebab manusia ini pun punyai pelbagai kehendak. Macam aku; setiap kali naik bas memang aku akan minta single seat sebab aku tak nak share dengan orang lain. Kalau single seat kita bebas sikit nak bergerak. Aku beli tiket single seat so hak aku untuk seat tersebut. Aku tak kacau orang.. aku tak ambil hak orang lain tapi kenapa orang lain kacau aku? Ambil hak aku? Itu baru kisah seat bus ekspres.. belum lagi kisah lain.

Moral of the story: Jangan gatal duduk tempat orang lain dalam bas ekspres. Haha..

Penjejak Mimpi: Kalau nak berkisahkan pasal hak.. mati hidup balik pun tak habis-habis..

6 comments:

lianalovekhairi said...

Dah lama xnaik bus....tak tahu pulak blh pilih tiket single or double seat.......huhu

Kakzakie said...

Lamanya kakak tak naik bas Sue. Kakak sejak anak dara lagi tak naik bas dan tak tahu ada yg single seat.

Memanglah betul kalau kakak pun kakak nak tempat kakak juga. Dia nak marah pun tak boleh sebab dah itu bukan seat dia. tak malu betul itu amma punya orang kan (kakak cakap sama geleng tau Sue hihi)...

Penjejak Mimpi said...

LLK: Cik PM kan pengguna bas ekspres tegar.. haha..

Penjejak Mimpi said...

Kakzakie: Saya pun selalu naik Transnasional je kak.. bas lain tak pasti ada atau tidak single seat ni.

Tu lah pasal. Butul-butul tak malu itu worang sama dengan itu amma nya.. hehe

TiranaAduka said...

salam
Salam kenal dari tirana aduka

Penjejak Mimpi said...

TiranaAduka: Salam perkenalan juga untuk anda dan terima kasih sudi berkunjung ke blog ini :)