Pages

Friday, March 30, 2012

Alone

" SOME people are alone by choice. Some people just don't know how to get mingle around. Some are just simply comfortable being in their private space all the time so no one are allowed to get near.. "

Penjejak Mimpi: Dekatkan diri pada al-Khalik...

Wednesday, March 28, 2012

Biggest Hurt

" SOME people hurt by words. Some by actions and some by silence. But the biggest hurt is that someone ignoring when we value them a lot.. "

Penjejak Mimpi: Ari ni takmo jawab tipon..

Sunday, March 11, 2012

Cerita Basi - Belated Birthday

SELASA lepas ialah birthday aku yang ke 'tuuuuut'. Well, i kan macam sesetengah artis so i terpaksa rahsiakan umur i. Ekekekeke.. But still 3 series ya.. Ayak!! cam BMW la pulak, kan..

Tapi hari tu takda la nak buat sambutan ke apa ke.. pagi tu unit aku ada taklimat teknikal berkenaan RCCB, MCB dan yang seangkatan dengannya lah. Supplier sponsor makan pagi dan lunch so jimat la duit poket kami hari tu.. :)

So tengah hari tu aku tak keluar even one of the engineer ajak aku ke Kamdar. Tapi aku tolak sebab aku plan nak take a nap time rehat. Lepas main game jap aku tido. Bangun tido ade satu present tanpa nama pengirim. Sebelum tu aku dah dapat present dari member ofis aku. So aku tertanya-tanya la jugak sapa kan. Ye lah.. tetiba dapat hadiah misteri tapi sebenarnya tak lah misteri sesangat sebab aku dapat agak dari sapa. Bila aku tanya, dia mengaku. Lepas tu dia tanya aku macam mana aku tau dia yang bagi tapi jawapan aku ialah: "instinct".

Tapi nak reveal kat sini aku rase cam tak kuase la pulak so biarlah aku rahsiakan ajek sapa si misteri tu.

Lepas tu aku keluar kejap ke Jusco dengan Umai untuk cari barang ofis (konon-kononnya). Balik tu immediate bos aku keluar dari bilik dia dan tanya: "Kak PM, ari ni birthday akak ya?". Aku balas sambil gelak (aku memang suka ketawa, ok?). Lepas tu dia cakap: "So selamat hari jadi. Bla.. bla.. bla..". Ishk!! terharu lak rasanya bila immediate bos aku tu wish "happy birthday" kat aku. Ok, noktah.

Pagi esok aku beli kek Chocolate Indulgance di Secret Recipe kat bawah tu. Dah takda sapa yang belikan aku kek so terpaksalah aku beli untuk diri sendiri! Ekekekekeke... Actually aku memang nak beli kek. Saja nak makan ramai-ramai. Yalah.. big bos kan takda so kuli-kuli apa lagi.. berpesta la.. makan-makan.. minum-minum.. :)

Petang lepas solat, keluar aja dari bilik solat ada satu lagi bungkusan hadiah. Dari sapa la pulak ni? Macam biasa takda nama pengirim. Secret admirer kot? Ishk!! aku ni mane le ade secret admirer. Nak teka dan tanya takut salah so aku diamkan aja walaupun aku macam tau sapa yang kasi. Ye lah.. buatnya salah tak best la pulak.

Apapun, buat si pemberi hadiah yang misteri tu aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Terharu rasanya bila umur dah macam ni masih dapat hadiah lagi. Ekekekeke..



Mak cakap hadiah tu tak penting. Yang penting orang ingat dan doakan kita.. :)

Sebelum kek dipotong.. :)

Penjejak Mimpi: Usia bertambah tapi amalanku?