Pages

Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

WWF

WWF; World Wide Fund for Nature. Dulu dikenali sebagai World Wildlife Fund. Tiba-tiba sebut pasal WWF pulak aku ni. Ceritanya macam ni..

Di stesen Bandar Tasik Selatan tadi ada beberapa orang dari WWF minta bantuan orang yang lalu lalang untuk turunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada organisasi ini dalam menjalankan tugas mereka demi alam semulajadi. Sekaligus meminta sokongan dalam bentuk kewangan untuk menjayakan misi mereka demi kehidupan alam semulajadi yang lebih baik. Argghh!! korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni? Harap-harap faham.. :)

Kalau tak faham atau kurang faham, apa kata korang terjah kat SINI.

So tadi aku berjaya menjadi salah seorang yang menurunkan tandatangan sebagai menyatakan sokongan kepada usaha murni mereka. Sembang punya sembang dengan petugas WWF tu (Cik Nurul Fatin) terus saja aku bersetuju untuk memberi sokongan secara berterusan kepada WWF ni dalam bentuk kewangan. Donation tu akan ditolak dari kad kredit secara bulanan. Ok jugak pada aku; daripada aku membazir duit tak tentu hala lebih baik aku salurkan ke organisasi demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Ewah!! Seperti apa yang tertulis kat borang Senarai Semakan Penderma yang diberi siang tadi; "Terima kasih di atas bantuan anda untuk menghijaukan bumi demi masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak dan kita bersama".

WWF juga terlibat dalam program Earth Hour. Sila terjah kat SINI dan SINI untuk tahu lebih lanjut pasal Earth Hour. Ayat merayu: "sayangilah planet kita"..

p/s Tiba-tiba teringat kenyataan sensasi ni; "haiwan pun ada masalah.. anjing ada masalah.. kucing ada masalah... ikan jerung pun ada masalah.. bla.. bla.. bla..". So betullah kenyataan tu.. harimau sekarang ada masalah kepupusan.. penyu pun ada masalah yang sama juga.. Haha..

Penjejak Mimpi: Berilah sokongan pada WWF demi kita semua.. :)

Tuesday, December 13, 2011

Program Wakaf Al-Quran

SESAPE yang menggunekan perkhidmatan tren komuter dan berhenti kat KL Sentral musti akan terpandang sorang lelaki/pompuan beserta deretan Al-Quran atas mejanye berdekatan escalator. Dowang ade di kedua-dua eskalator laluan Seremban/Rawang dan Pelabuhan Klang/Bantu Caves.

Memule aku buat dek juge sebab aku ingat die menjual kitab Allah tu. Nak beli aku da ade satu kat umah. Tapi satu ari tu aku tergerak untuk bertanye. Kebetulan yang menjage tu sorang kakak so senang sket nak tanye kan? Bukanle sebab gender barrier ke ape ke cume rase selesa la sket (ngengada jek..)

Rupenye dowang dari satu pertubuhan yang dikenali dengan name Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Prihatin Selangor (Masyar). Semua kitab Allah tu akan diwakafkan kepada kolej maahad tahfiz seluruh Selangor. Di mukesurat depan kitab tu ade disediakan enam kotak/lot yang tertulis nama penderma. Sesape yang nak mewakafkan Al-Quran tu buleh tulis nama dan sedekah RM5 untuk satu lot. Kalo enam lot maksudnye RM30.

Korang buleh pilih samada nak satu, dua atau bape lot skalipon. Terserah pade korang. Muge ianya diterima oleh Allah swt, amin.. :)

Nota: Sesape yang ade duit lebih tu.. ehem ehem.. pe salahnye join skali program ni. Bukan mahal pon..

Penjejak Mimpi: Tetibe tingat pojek aku; bangunan Maahad Tahfiz kat Kuala Kubu Baru yang k.i.v tu.. Huhuhuhu

Friday, February 11, 2011

Kempen: Saya Sayang Saudara Seislam Saya...

"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA, SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"
Pade sume kengkawan blogger yang lain, jom kite jayekan kempen ni yang dianjurkan oleh blogger Al Hakim
p/s Kempen yang lebih kureng same buleh tengok kat sini.
Penjejak Mimpi:
Sambut Maulidur Rasul lebih baik daaaa...

Kempen: Kami Tak Sambut Hari Valentine

AKU suke nak join kempen 'Kami Tak Sambut Hari Valentine' nie. Memule cam bese blogwalking ke blog kengkawan lenlain. Skodeng punye skodeng blog AK, terjumpe lak satu kempen nih.. So jom kite join reramai... Erk! lupe lak nak gitau, kempen ni dimulekan oleh blogger sunahsukasakura ni.
Kenape kite (umat Islam) diharamkan menyambutnye? Korang tentunye da tau sejarah dan cite di sebaliknye so aku malas nak cite panjang lebar.
Cumenye pade pendapat aku, kite tak perlu pade ari-ari tertentu untuk menunjukkan kasih sayang kite pade orang sekeliling. Ari-ari buleh tunjuk le... Tak yah tunggu 14hb Feb..
Satu lagi aku nak korang tau; Hadis Rasulullah s.a.w: “ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu” dan firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi'.
So aku nak tanye kat korang... korang nak ke jadi orang yang merugi tu? Korang nak ke termasuk dalam golongan orang-orang yang menyekutukan Allah? Korang nak masuk neraka?
Aku rase korang musti penah bace firman Allah yang nie --> Katakanlah: “Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (Surah Al-Kafirun: 1-6)
So ape lagi yang korang nak duste kan? Ape lagi yang korang nak nafikan? Tepuk dade tanye iman. Ilmu buleh didapati dari banyak sumber. Cume antare nak dengan tak nak jek..
Nak info lebih? Terjah kat
sini.
Penjejak Mimpi:
aku yakin ujung-ujung tahun nanti kes buang bayi akan berleluase hasil dari 'ekspresi kasih sayang yang salah' dari mereka-mereka yang 'bute ati'..