Pages

Friday, December 16, 2016

Berita Sedih Seorang Tomodachi

ASSALAMUALAIKUM wbh.

Rabu. Petang.
Sibuk settlekan persediaan jual tender esok.
Pesanan whatsapp masuk.
Dari Tomodachi.
Maklumkan pemergian bonda kesayangan untuk selama-lamanya. 
Terkejut. Terdiam. Tak sangka.

Reply.
Susun ayat penyejuk hati.. penenang jiwa.
Sedih. Simpati.
Moga Tomodachi tabah terima kehilangan ini.
Jiwanya pedih. Terluka.

Aku faham. Aku sedar. Aku tahu.
Dia perlu ruang. 
Dan masa.
Untuk bertenang.
Terima hakikat.
Yang mendukakan.
Yang menyedihkan.

Untuk Tomodachi: Sy doakan agar roh mak ditempatkan dikalangan org beriman serta beramal soleh, dilapangkan kuburnya, di ampunkan semua dosa-dosanya. Inshaa allah..

Penjejak Mimpi: Tidak ada yang kekal di dunia ini.

Tuesday, November 22, 2016

Yang Sudah Tu.. Sudahlah..

ASSALAMUALAIKUM wbh..

Kenapa ada diantara kita suka masuk campur dan cuba mengatur kehidupan orang lain sedangkan kita tak tahu senario dan perkara sebenarnya? Dan paling tak faham.. perkara tu langsung tak berkait dan takda kena mengena langsung dengan kita tapi kita nak sibuk juga?

Kadang-kadang kita ni suka menuntut dan bercakap sesuatu perkara tapi kita sendiri tak tahu apa yang kita tuntutkan dan apa yang kita cakapkan. Yang kita tahu... cakap jer.. Aduyai...

Tolonglah.. jangan buat lagi perkara-perkara macam ini. Yang sudah tu.. sudahlah.. 

Penjejak Mimpi: Mohon dijauhkan sikap-sikap buruk..

Tuesday, November 15, 2016

Good Luck IB

ASSALAMUALAIKUM wbh.

Pagi esok jam 9.30am ada design review dengan committee untuk projek 'X' ni. Tapi aku sedikit kecewa sebab tak dapat nak joint sama. Aku kena attend meeting satu lagi projek kami tu. Hmmm... :( 

Kenapa mesti kecewa? Sebab masa ni lah kita boleh tahu secara 'live' apa kesilapan teknikal yang kita buat masa design sesuatu projek. Kita kan manusia biasa.. kadang-kadang ada yang terlepas pandang... terkhilaf.. (alasan klise). Bila dah kena tegur depan-depan muka baru ingat sampai mati dan takkan ulang lagi kesilapan yang sama. Inshaa Allah.. 

Lagipun masa ni lah kita boleh menuntut dan belajar ilmu-ilmu baru dengan para panel. Mereka semua pakar dalam bidang  masing-masing so tak boleh lepaskan peluang. Takpelah.. lepas ni inshaa Allah ada peluang lagi untuk joint IB dalam design review.

Hmm... esok pagi IB sorang-sorang 'berjuang' untuk projek kami tu. Good luck IB.. :)

Penjejak Mimpi: Tender aja projek ni.. nak layan Haagen Dazs. Jom IB? Everything on me.. haha

Monday, October 24, 2016

Hujan Dipagi Hari

ASSALAMUALAIKUM wbh.

Sedang bersiap-siap nak ke ofis.
Seolah-olah hujan mulai turun.
Buka pintu untuk mengesahkan.
Betul.
Hujan mulai menitis membasahi bumi.
Duduk. 
On laptop.
Mulai buat fund transfer untuk komitmen sedia ada.
Send whatsapp.
Maklum colleague lewat ke ofis.
Minta belikan breakfast.

Hari mulai cerah.

Aku masih di sini..
Di teratakku.. 

Penjejak Mimpi: Semangat baru..

Tuesday, October 11, 2016

Kun Faya Kun



ASSALAMUALAIKUM wbh..
Masih berkisar kisah ketika mak ditahan di dalam wad. Tapi bukan kisah mak. Kisah orang lain.

KISAH 1:

Hari pertama mak ditahan di wad 8B. Sebelah mak pesakit perempuan India. Berbual dengan penjaganya. Dia bercerita: anak buah dia tiba-tiba tak boleh berjalan. Kaki dan tangan lemah segala. Hanya mampu bersuara. Kasihan. Masih muda. Pelajar UMP, Pahang.

Hari kedua mak di hospital. Pesakit muda itu mulai bernafas menggunakan oksigen. Kata mak pesakit itu tiba-tiba serius. Dia tidak lagi bersuara. Hanya terbaring dan membisu.

Tengah hari.. pesakit itu dibawa entah kemana. ICU mungkin. Segala peralatan peribadi dan perubatan diangkut pergi. Aku tak nampak dia lepas itu dan tidak bertanya apa-apa pada nurse. Sibuk. Menguruskan mak. Lupa juga.

KISAH 2:

Petang hari yang sama. Tempat pesakit muda itu diganti dengan seorang pesakit wanita berketurunan Eropah yang berusia. Dijaga oleh sang suami berketurunan Cina yang setia menanti di sebelah. Dengan penuh rasa cinta. Penuh rasa kasih membelai dan mengulit si isteri yang terbujur kaku tidak berdaya. Kasihan.

Hampir malam. Muncul seorang anak muda. Anak lelaki tunggal pasangan ini. Bertanya di dalam bahasa Melayu dimana ayahnya tanpa pelat. Bertukar tugas menjaga si ibu dengan ayahnya.

Ada waktu-waktunya si ibu memberi tindakbalas. Mungkin dah semakin baik fikirku. 

Pagi esoknya. Sempat berbual dengan si anak. Berpesan agar terus berdoa dan berharap. Muga ibunya cepat sembuh. Si anak membalas tapi dengan wajah yang sedikit muram. Simpati.

Tengah hari. Menunggu kedatangan ETS untuk balik ke KL. Dapat tahu si ibu telah pergi. Jam 9pagi. Gagal diselamatkan. Sedih. Terkejut. Tak sangka.

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
(Al Mu'min:68) 


Takziah Simon Leong. Saya tahu awak seorang anak yang baik. Moga awak tabah hadapi kehilangan ini.

Penjejak Mimpi: Kehilangan yang amat pedih.

Monday, October 10, 2016

Maaf.. Anda Ada Ilmu Tapi Tiada Adab

ASSALAMUALAIKUM wbh..

Kejadian malam Jumaat di wad Separa Kritikal unit Kecemasan & Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Hampir tengah malam. Mak dimasukkan ke situ sebab diserang hypo di rumah. 

Tiada kerusi untuk waris/penjaga duduk menemani pesakit. Aku keluar ambil angin. Merayau-rayau cari tempat untuk berehat dan lepaskan lelah. Setengah jam kemudian masuk. Ada 2 orang doktor membaca laporan perubatan mak. Salah seorang (doktor Melayu) bertanya soalan-soalan biasa pada aku; "macam mana boleh masuk wad ni? Umur mak berapa? Ambil ubat apa? Ada makan ubat tak?" sampailah ke soalan "mak ada ambil ubat tahan kencing?" Aku pandang mak dan mak jawab "ada".  Aku terus cakap pada doktor: "doc.. yang itu saya tak berani nak jawab sebab saya tak tahu. Saya tak pasti". 

Kemudian dia terus cakap dengan kawan dia (doktor berbangsa India) dalam bahasa Inggeris lebih kurang maksudnya: "Inilah anak yang macam tak ambil berat hal ibu-bapa. Tak tahu ibu-bapa ambil ubat apa.. bla..bla.. bla...". Aku dengar. Aku faham. Darah aku menyirap. 

Aku cakap pada doktor tu: "doc.. pasal ubat tu.. saya bukan tak ambil tahu. Saya tak duduk dengan mak saya. Saya tak tahu. Jangan kata saya tak ambil tahu".

Dia terdiam. Malu mungkin. Tak sangka! Perempuan selekeh dan 'selebet' ini faham apa yang diperkatakan rupanya. Terus dia cuba membetulkan kesilapan yang telah dibuat. Tapi..

"Maaf tuan doktor. Saya sudah tidak respek anda. Anda ada ilmu tapi tiada adab. Saya tahu nama anda dan saya boleh komplen pasal anda tapi saya maafkan anda. Harap anda belajar sesuatu malam itu.."

Betul.. aku selekeh malam tu. Hanya sarung track bottom dan t-shirt lengan pendek. Cover dengan sweater BUM yang dah faded. Capai dan sarung apa yang ada. Tak sempat nak gosok baju dan seluar.. tak sempat nak memilih tudung yang bling-bling untuk ke hospital. *sarcasm*

Respect is earned, not given.

Penjejak Mimpi: Biar muka hodoh tapi perangai jangan hodoh..

Thursday, May 19, 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Sijil dan pas sebagai Penerima APC tahun 2015. Tema majlis tahun ini ialah Kecemerlangan Melangkaui Ekspektasi.
ASSALAMUALAIKUM wbh..

Hari ini aku ke Dewan Konvensyen CIDB untuk menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2015. Memandangkan dewan tu sebelah rumah aku jadi aku hanya menapak ke sana. Bergerak ke dewan tu dalam jam 6.35am dan bila dah sampai sana terus mendaftar di Saluran 10. 

Seingat aku.. majlis APC tak pernah diadakan selain di Dewan Tan Sri Mahfuz, Ibu Pejabat JKR tapi kali ni buat di Dewan Konvensyen CIDB pulak. Hmm.. takpelah.. ok jugak tu.. dekat jer dengan rumah aku..

Petang semalam ada rehearsal. Time tu jumpa lah dengan ex-housemate aku; Ida a.k.a Wendy, ex-boss aku Ir. Azlan, dan kawan-kawan satu batch dulu dan beberapa kawan yang dah pencen ataupun yang bertukar tempat bertugas. Hmm.. time ni lah boleh jumpa kawan-kawan lama.. haha..

Seramai 824 orang warga Kerja Raya dari kementerian dan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Majlis bermula jam 8.30am dengan kehadiran Menteri Kerja Raya iaitu YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya; Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan timbalan-timbalannya serta dif-dif kehormat yang lain. Lepas tu kumpulan koir mula lah menyanyikan lagu Negaraku, lagu KKR dan lagu Perkhidmatan Awam. Aku pun sama menyanyi sebab suka dengan lagu-lagu tu. Haha.. 

Lepas tu Menteri Kerja Raya berucap dan selesai beliau berucap bermulalah sessi penyerahan sijil kepada semua penerima. Penyampai sijil bermula dari menteri.. timbalan menteri.. lepas tu ketua-ketua agensi dan pihak pengurusan tertinggi kementerian. Kebetulan sijil aku disampaikan oleh mantan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik iaitu Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli Bin Osman yang sekarang memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Pergh.. seronok sangat-sangat bila time beratur nak ambil sijil tu.. tengok-tengok Dato' Fazli yang akan sampaikan sijil.. hehe.. ater.. dah bekas pengarah kanan cawangan aku kot.. mau tak happy?

Majlis berakhir jam 12.30pm dan lepas makan tengah hari.. aku terus balik rumah. Rehat-rehatkan badan ni.. hehehe..

Ini kali kedua aku terima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pertama kali dapat tahun 2009. Kat SINI ceritanya. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya segala penat lelah aku selama ni dihargai juga. Beriye kau kan cik PM? Penat lelah bagai.. padahal kau duduk diam-diam kat ofis tu.. siap air-cond lagi. Hehe.. tapi aku akui dalam 3-4 tahun lepas.. aku ada lah jugak out-station kesana-kemari. Paling jauh nun ke Sarawak tu sorang-sorang. Ke JB pun sorang-sorang. Apa nak buat.. SYMP lah katakan.. huhu.. Tapi aku ambil dari sudut positif semua tu.. aku jadi berani kemana-mana sorang-sorang.. berani bercakap dan berurusan dengan orang lain.. improve communication skill la konon.. Poyo kan bunyinye? Hehe..

Apapun, moga pengiktirafan ni menjadi pemangkin semangat untuk aku supaya lebih komited pada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, insyaa Allah.

Lagi gambar masa majlis tadi..

Antara penerima-penerima APC tahun 2015
Time ni belum start lagi. So kami diperdengarkan dengan kata-kata PM berkenaan apa ntah. Sorry.. aku tak pay attention. Sedap sembang dengan kawan sebelah
Menteri tengah berucap. Kecil je Dato' menteri. Lupa nak zoom :)
Teringat dah nak zoom so nampaklah susuk tubuh timbalan menteri sampaikan sijil. Yang tengah-tengah gambar tu ialah tripod cameraman. Haha.. tetiba jer kan?
Lagi antara penerima-penerima APC :)
Pic ni diambil oleh kawan dari level 1. Tu lah Dato' TKPKR Sektor Pakar; Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli Bin Osman
Bergambar sebelum balik. Saja ambil sebagai kenangan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak naik pentas :)

Nota: Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof dalam ucapannya menyeru agar semua warga KKR untuk memberi perkhidmatan sebaik mungkin dan jadikan setiap pelanggan adalah tetamu VIP yang sangat penting tanpa mengira siapa mereka.
 
Persepsi yang baik atau buruk adalah bermula dari kaedah ataupun cara menyampaikan perkhidmatan. Biasanya, pelanggan yang datang telah mempunyai ekspektasi tersendiri terhadap perkhidmatan yang bakal diterima dan pengalaman yang signifikan akan terus diingati dan diwar-warkan. Justeru, semua warga perlu melaksanakan tugas melebihi dari ekspektasi awal pelanggan selaras dengan tema majlis iaitu ‘Kecemerlangan Melangkaui Ekspektasi’. 

Penjejak Mimpi: Dato' Menteri menggelar penerima APC sebagai 'modal insan berkualiti dan berprestasi tinggi' . Beratnya gelaran tu.. :(

Thursday, March 17, 2016

"Encik laju-laju nak kemana?"

ASSALAMUALAIKUM wbh..

Pagi ni seperti biasa aku menapak ke ofis setelah turun dari LRT. Ada lah dalam 10 ke 15 minit masa berjalan ke ofis dengan terpaksa memanjat 'jambatan pandai' tu lagi. Jadi sambil berjalan tu aku bersembang lah dengan rakan 'seperjalanan' aku; Miss K..

Tiba-tiba aku perasan ada seorang lelaki berjalan di sebelah aku tapi dengan memanjat tebing tepi laluan kami tu! Omaigod!! Dia sanggup panjat tebing tu semata-mata nak mendahului kami!

Kami berpandangan sesama sendiri dan aku sambil menepuk dahi berkata: "What the .... Sanggup dia panjat tebing tu untuk potong kita?" Biasalah kalau berjalan berdua tu.. mestilah kita nak bersaing berdua sambil bercerita dan bergelak ketawa.. normal lah tu.. dan biasanya kalau ada orang di belakang kami yang berhajat untuk mendahului kami akan pura-pura batuk ataupun berdehem. Kami faham dan akan beri laluan pada mereka. Takpun ada yang cakap: "excuse me" ataupun "tumpang lalu". Ya.. silakan.. :)

Yang aku tak dapat terima bolehlah pulak orang tu bertindak macam tu sekali. Kot ye pon awak dah lewat masuk ofis takkan lah sampai macam tu perilakunye? Sekali sekala lewat tak pelah.. bukannya sampai dapat surat tunjuk sebab ataupun kena tindakan disiplin.. *sigh*

Rasa macam tak faham pun ada.. rasa nak gelak pun ada dengan orang-orang yang bersikap macam budak-budak. Macam-macam.. :)

Penjejak Mimpi: Cubaan untuk menyapu habuk dan sawang dalam blog aku ni.. :)