Pages

Thursday, March 28, 2019

"Kalau jalan tengok bawah ye.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.
"Kalau jalan tengok bawah ye.."
Peringatan dari seorang ofismet atau lebih tepat lagi dari salah seorang bos ketika kami berbicara di dalam aplikasi whatsapp baru-baru ini.
Hehe.. Peringatan yang baik gara-gara aku yang terlalu cuai/clumsy/cemerkap ketika melangkah. 
Tahun ni aja dah 2 kali aku hampir terjatuh
Tahun lepas terjatuh.. 
Tu dia... Sampai mc. Huhu.. 
Sebab? 
Kerana melangkah/jalan tak pandang ke bawah.
Kalau diingat kejadian-kejadian itu, sedikit lucu. 
Tapi aku suka kaitkan apa yang berlaku itu dengan kehidupan kita.
Orang tua-tua ada berpesan "bila melangkah, jangan asyik pandang ke atas. Sekali sekala kena pandang ke bawah juga".
Maksud tersirat yang aku maksudkan ialah kita hidup di dunia ini yang selalu diperumpamakan seperti roda.
Dalam kita melayari hidup, nasib setiap daripada kita tidak sama. 
Ada ketikanya kita di atas.. Ada ketikanya kita di bawah. 
Jika hari ini kita senang, mewah, berkuasa.. jangan lupa orang yang serba kekurangan dalam semua segi. 
Jika kita berkuasa, jangan sesekali menganiaya orang yang lemah. 
Kita hidup ini bukan menongkat langit. 
Kita tidak akan selamanya di atas. 
Bila sampai masanya kita akan ke bawah juga. 
Samada dengan cara terhormat atau cara yang paling hina. 
Pilihan di tangan kita.
Tak salah kalau kita sekali sekala 'menunduk' memandang ke bawah.
Penjejak Mimpi: Bersyukur bila sentiasa dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Alhamdulillah..

Saturday, March 23, 2019

Cicipan Ringkas di Dalam ETS

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Sementara menanti ETS ke Ipoh tiba, sempat bervideo call dengan anak2 IB; kakak n abang. Cadangnya nak bervideo call dengan si comel tapi mummynya bagitahu dia tidur balik. Sedikit kecewa tapi inshaa Allah peluang tu tetap ada cuma tak tahu bila.. Kih kih kih..

Malu mereka dengan aku. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut mereka. Sekadar tersenyum malu. Manis senyuman anak-anak kecil ini. Tidak membalas setiap kata-kata aku tidak mengapa..cukup tersenyum sudah membuat hati aku gembira. Alhamdulillah.

Benarlah kata orang; dengan memandang muka anak-anak kecil bisa menghilangkan rasa resah gelisah kepada sesiapa yang memandang mereka. Ya.. Aku tidak menafikannya.. :)

Hmm.. Entah bila boleh berjumpa secara live si comel tu ya.. Geram selalu dengan pipinya yang gebu gebas tu "Itulah IB.. Selalu sangat share gambar comel.. Bikin hati saya cair selalu.. Kikiki.."

#otwtoipoh
#ets9024
#950-1230

Penjejak Mimpi: Mataku dah layu. Mana checker ni? Bila nak check tiket i?

Friday, March 8, 2019

Permudahkan Urusan Orang Lain

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Sejak tahun lepas aku sibuk dengan lukisan perubahan rekabentuk untuk projek 'Y' di Negeri Sembilan. Disamping kerja-kerja hakiki dan bukan hakiki yang lain. Alhamdulillah akhirnya proses penyediaan lukisan perubahan rekabentuk yang pertama sudahpun di peringkat akhir. Hanya menunggu tandatangan dua boss lagi sebelum boleh dibuat edaran.

Proses penyediaan lukisan tersebut mengambil masa agak lama dengan mengambil kira kesibukan aku dengan kerja-kerja lain. Terluah juga rasa jemunya aku di hadapan IB dengan proses yang agak lama tapi jawapannya: "takpe.. kita susah sikit.. kita mudahkan urusan orang lain.. inshaa Allah tuhan akan permudahkan urusan kita nanti". Ya.. dan itu yang aku pegang. Sekadar memotivasikan diri sendiri juga.

Proses ini juga menyebabkan aku selalu berhubung melalui telefon atau whatsapp dengan rakan sejawatan yang menjaga tapak projek 'Y' ini. Apabila selalu berbual dan bertanya hal-hal berkaitan projek, sedikit sebanyak aku dapat juga menyelami perasaan mereka yang bertugas di tapak. Memang tak dinafikan agak sulit juga kalau bertugas di tapak. Mental kena kuat. Kalau aku? Mungkin mentalku dah lama koyak.

Kadang-kadang orang yang membuat design.. tak ambil kira masalah yang mungkin akan timbul di tapak. Dalam erti kata yang lain design 'syok sendiri'. Bila dah selalu berjumpa dan berbicara.. baru tahu betapa susahnya tugas mereka. Kena fikir bagaimana kalau kita berada di tempat mereka?

Cerita pokoknya di sini ialah; apabila orang lain perlukan pertolongan kita, seboleh mungkin cuba bantu mana yang termampu. Inshaa Allah jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Mungkin bukan dia yang bantu balik.. Mungkin orang lain. 

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba teringat ungkapan ini "jika tak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi lalat".