Pages

Tuesday, December 14, 2010

Result Mini Konvensyen KIK 2010

Salam.
KAT bawah ni disertakan keputusan Mini Konvensyen KIK yang telah dijalankan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik bertempat di BMU, tingkat 11 bermule pade jam 8.15am hingge ke jam 5.00pm.
Tempat ke 6 - BPR D2 (Nama Kumpulan: Jana Kreatif)
Tempat ke 5 - Akustik & ELV (Nama Kumpulan: Akustik)
Tempat ke 4 - BPR KTK (Nama Kumpulan: Ixora)
Tempat ke 3 - UIPT (Nama Kumpulan: Energy)
Tempat ke 2 - BPKS (Nama Kumpulan: Gempur)
Johan - BPR B (Nama Kumpulan: B-Staree) dengan tajuk projek KIK dowang Kelewatan Pengiraan Manual dalam Menghasilkan Skematik Papan Agihan (DB). Yay!! (<-- macam grup aku lak yang menang.. tak malunye aku.. Ngeeee)
Tajuk-tajuk projek KIK lain seperti di bawah:
1. Penyediaan Lukisan Tender Elektrik Mengambil Masa Yang Lama - BPR D1 (D-One) (<-- grup aku nih.. Sniff! Sniff!!)
2. Menangani Masalah Kulit Fail Yang Selalu Rosak - BPR E (Kanta)
3. Mengatasi Masalah Faktor Ruang Dalam Trunking - BPR C (Hot-C)
4. Kaedah Penentuan Saiz Bilik Berdasarkan Kapasiti Genset - BPR A (Stand-G)
5. Penambahbaikan Akses Isi Kandungan Dokumen Meja Tender - BPR D2 (Jana Kreatif)
6. Meningkatkan Rekabentuk Berkualiti Bagi Projek Konvensional Dalaman - BPR KTK (Ixora)
7. Pembaziran Tenaga Elektrik Bagi Penggunaan Lampu dan Kipas di Masjid-Masjid Bertingkat - Akustik & ELV (Akustik)
8. Mengesan Rekod Pergerakan Staf Unit Perunding ICT - UPICT (I-Ten)
9. Pembaziran Tenaga Elektrik bagi Beban Lampu Pada Waktu Rehat di Blok F, IPJKR - UIPT (Energy)
10. Meningkatkan Kejayaan Pencarian Fail di BPKS - BPKS (Gempur)
11. Pergerakan Fail di UPSE Sukar Dikesan - UPSE (Senggara-CKE)
12. Penambahbaikan Pendaftaran Bahan/Barangan - USPM (Square B)
Pade sume pemenang, tahniah aku ucapkan. Bukan senang nak buat KIK ni. Contribution sume orang kene ade.. kerjasame musti padu.. Kalo ko sensorang jek yang semangat bagai nak rak, yang lain cam hampeh; alamat hancur le grup KIK korang tu..
Tambahan lak, sesebuah grup ni kan macam satu kapal? Kalo nakhoda sorang jek yang cube bawak kapal tu sedangkan anak-anak kapal die wat dek jek, buleh ke sampai destinasi yang dituju? Atau takde sape pon nak ikut cakap nakhoda tu? Atau nakhoda langsung tak leh manage anak-anak kapal die; buleh berjaye ke? Tak kan?
To the best 6 groups, congrates.. Aku memang salute kat hangpa. Berjaye menempuh onak, duri dan ranjau dalam usaha menyelesaikan projek KIK ni. Untuk grup lain pon, tahniah gak.. Sesame kite blajar kesilapan dan kekurangan grup KIK kite tu.. :)
For info, petang tadi tak dapek nak naik tingkat 11 pon. Aku tetibe bizi tahap cipan. Esok lak ade odit 5S. (Aduih... tak abeh-abeh nak odit). Cadangnye dapat le naik; nak bagi sokongan moral la kunun kat Gel tapi cadangan tinggal cadangan.
Yang pasti, makanan tengahari tadi memang maveles la. Nasi beriyani berlaukkan ayam rendang, daging masak itam dan kuah dalca. Pencuci mulutnye buah tembikai. Sampai skang rase cam kenyang jek... :)
Penjejak Mimpi - sesebuah kumpulan tu umpama seberkas lidi penyapu. Kalo sebatang lidi, memang senang nak dipatahkan tapi kalo seberkas? Ironinye kebanyakan daripade kite tak penah pikir sume tu. Tido sebantal tapi mimpi lain-lain.. Kan?

2 comments:

shima said...

kump B mmg best...:)...yahoo....wlpun sy tk mcm pun...sy skrg ni low profile....

penjejak.mimpi said...

Salam.

Ah shima tu... orang joint la barulah best.. Ni duk takat amek name jek watpe? :)