Pages

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Bila..

BILA gembira, usah tinggalkan Allah
Bila sedih, ingati Allah
Bila kecewa, tetap harapkan Allah
Bila lapang, fikirkan Allah
Bila sunyi, dekatilah Allah
Bila sihat, syukuri nikmat Allah
Bila sakit, dampingi Allah
Bila sesat, carilah petunjuk Allah

Penjejak Mimpi: Ingat Allah sepanjang masa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, December 30, 2013

Rindu

DIA: Rindu itu tarbiah...

Aku: Benar.. bergantung kepada siapa rindu itu ditujukan..

Dia: Cuma perlu kawal agar Allah tak cemburu..

Aku: Saya suka dengan statement itu.. :-)
Saya perlu akui.. di luar kesedaran kadang-kadang rindu pada manusia lebih dari rasa rindu kita pada Sang Pencipta..

Dia: Mengingatkan diri sendiri sebenarnya..

Aku: Tahniah sebab secara tak langsung you mengingatkan pada orang lain juga especiallynya saya.. :-)

Nota: Tarbiah = pendidikan atau pengasuhan. Diambil dari bahasa Arab.

Penjejak Mimpi: Amat terkesima..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, December 24, 2013

Janji..

"ALLAH tak pernah menjanjikan hidup ini mudah. Tapi DIA berjanji akan selalu disisi kita.."

Penjejak Mimpi: Dengan syarat tidak melupakan DIA...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 15, 2013

Ambillah Waktu...

AMBILLAH waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber kesegaran.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa diberikan Allah.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Penjejak Mimpi: Mencari ruang untuk bersendirian..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, November 18, 2013

Lima Belas Penyakit Hati Terhadap Allah

SATU perkongsian. Moga bermanafaat, inshaa Allah.

1. Tidak kusyuk beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3. Tidak yakin dengan Allah
4. Tidak ikhlas dengan Allah
5. Tidak takut pada ancaman Allah
6. Tidak harap pada rahmat Allah
7. Tidak redha akan takdir Allah
8. Tidak puas dengan pemberian Allah
9. Tidak sabar atas ujian Allah
10. Tidak syukur atas nikmat Allah
11. Tidak terasa hebatnya Allah
12. Tidak rindu dan cinta pada Allah
13. Tidak tawakkal pada Allah
14, Tidak rindu pada syurga
15. Tidak takut pada neraka

Nota: Dari wechat member

Penjejak Mimpi: Mohon dijauhkan, ya Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, August 2, 2013

Apa Itu Tanggungjawab?

SEKADAR perkongsian:

'Tanggung' bermaksud tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita dan terpaksa kita tanggung. Manakala 'jawab' pula bukan sekadar menjawab kepada ketua di dunia ini, namun lebih utama adalah 'jawab' kita di mahkamah Allah nanti.

Sumber: "Memilih untuk Bahagia" oleh Nor Hayati Sapii. Terbitan Galeri Ilmu SB.

Penjejak Mimpi: Dalam proses menghabiskan pembacaan untuk buku ini.

Monday, April 22, 2013

Bila Melakukan Dosa

KATA Abdullah Bin Mas'ud:
Soalan: Apakah perasaan seorang Muslim apabila melakukan dosa?
Jawapan: Seolah-olah batu dari bukit tertimpa di atas kepala.

Soalan: Apakah perasaan seorang yang mengaku Islam (di bibir sahaja tetapi tidak di hati) melakukan dosa?
Jawapan: Seolah-olah seekor lalat yang hinggap di hidung sahaja. 

Nota: Kongsi ilmu yang aku dapat masa tazkirah Jumaat lepas.

Penjejak Mimpi: Tersepak batu kecil pun menjerit bagai nak rak..

Sunday, April 7, 2013

Kebahagiaan Dunia

DIKONGSIKAN sedikit ilmu yang aku dapat masa attend majlis tazkirah di cawangan kami Jumaat lepas. Tazkirah seperti biasa diberi oleh Tuan Pengarah Kanan; Ir. Hj Mohd Fazli Bin Osman.

Terdapat 7 jenis kebahagiaan dunia seperti pendapat dari Ibnu Abbas iaitu:

1. Hati yang selalu bersyukur: Memiliki jiwa syukur, qanaah, tiada niat berlebihan, sentiasa ingat pada Allah s.w.t. Bila susah, ingatlah ada orang yang lagi susah. Bila senang, syukur pada Allah; tambahkan amal untuk tunjuk rasa syukur.

2. Pasangan hidup yang soleh: Beruntung pada sesiapa yang punya pasangan yang soleh sebab dari situ dapat mencipta keluarga yang soleh dan taat pada Allah swt.

3. Anak yang soleh: Jadilah anak yang soleh pada kedua ibu-bapa. Walau macam mana baik pun kita terhadap ibu bapa, takkan termampu untuk kita membalas jasa mereka. Walau macam mana jahat pun mereka, jangan sia-siakna mereka.. jangan memperlekehkan mereka.

4. Lingkungan yang soleh: Bergaul dengan mereka yang baik dan soleh. Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu. 

5. Harta yang halal: Harta tak perlu banyak tapi yang penting halal.

6. Semangat untuk memahami agama: Sangat mengambil berat soal-soal agama dan cuba untuk memahaminya.

7. Umur yang baraqah: Semakin berusia, semakin soleh. Bila semakin berusia, semakin rindu untuk bertemu Allah s.w.t. Seronok untuk beribadah dan berbuat baik. 

Pesan Tuan Pengarah Kanan: Kita beramal di dunia untuk mendapat rahmat Allah. Macam mana nak dapatkan rahmat Allah? Dengan berbuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Penjejak Mimpi: Muga membawa kebaikan, insya Allah.

Tuesday, April 19, 2011

Elak Iman Luntur

BAGI mengelak lunturnya iman, beberapa cadangan boleh diikuti:

1. Tingkatkan kualiti ibadah - Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun baginda telah dijamin syurga, baginda tetap beribadah dengan baik. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Allah berfirman: "Tidaklah seorang hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardhukan kepadanya. Dan hambaKu itu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadat sunat sehinga Aku mencintainya". (Riwayat Al-Bukhari)

2. Hati sentiasa kusyuk ketika berhadapan dengan Allah - Kusyuk hanya diperolehi dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya kusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu. Di sini Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya sujud lama-lama dalam solat.

3. Selalu menghadiri majlis ilmu - Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya jika semakin jauh dari majlis ilmu. Kalau Rasulullah cintakan ilmu, maka kita juga perlu cintakan ilmu sekaligus menggambarkan kecintaan kepada Rasulullah.

Langkah-langkah yang dinyatakan di sini adalah asas bagi seseorang untuk mencapai kemanisan iman. Jadi, umat Islam tidak harus mengabaikannya.

(Sumber asal teks: Majalah Solusi Isu 30)

Penjejak Mimpi: Mencari cinta Allah..

Wednesday, March 30, 2011

Akibat Berajakan Nafsu - Part 2

INI pula kisah seorang lelaki yang sangat rindukan kekasih hatinya. Kerana cinta yang mendalam dan rasa cintanya yang mendalam dan rasa kasihnya yang tidak berbelah bahagi, dia jatuh sakit.

Dia berada dalam dunia yang asing kerana sakitnya. Kemudian seseorang menawarkan untuk menemukan dia dengan kekasih hatinya. Sejurus mendengar perkhabaran tersebut, beliau berasa sungguh gembira, malah penyakit yang dideritainya sembuh.

Dengan sabar dia menunggu, namun oleh kerana sesuatu hal, kekasihnya tidak dapat meneruskan perjalanan dan kembali ke kampung halaman dengan perasaan kebencian yang meluap-luap.

Lelaki tadi berangan-angan bahawa kekasihnya akan datang dan menemuinya untuk melepaskan rasa rindu dendam yang tidak tertahan. Dia begitu yakin akan bersama kekasih hatinya itu dan memulakan kehidupan bersama.

Mendengar perkhabaran kekasih hatinya yang tidak mahu bertemu, maka sakitnya datang kembali malah kian parah. Dia mula berputus asa untuk meneruskan kehidupan tanpa kekasih yang dirindui. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia. Saat kematian beliau berkata: "Wahai kedamaian, wahai kenikmatan, wahai pengubat lara, datanglah kamu untuk mengubat hatiku berkat rahmat Yang Maha Mencipta dan Maha Agung!"

Kemudian dikatakan kepadanya: "Wahai sipolan, katakan tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t, maka takutlah kamu kepada Allah s.w.t." Sehingga dia menemui ajal, dia tidak mengucapkan kalimah syahadah.

Ketika tetangganya melalui rumahnya, kedengaran jeritan yang sangat menyakitkan. Akhirnya dia meninggal dunia dengan pengakhiran yang sangat buruk (su'al khatimah).

p/s Part 1 sile tekan kat sini.

(Sumber teks dari Majalah Solusi Isu 28)

Penjejak Mimpi: Mencari mati yang sempurne...

Monday, March 28, 2011

Akibat Berajakan Nafsu - Part 1

JADIKAN kisah sepertimana yang diceritakan oleh Sufyan al-Thawri sebagai iktibar:
Suatu ketika di Mesir terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada Allah s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke menara untuk mengumandangkan azan.

Di bawah menara tersebut terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama Kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja lelaki tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lalu turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.

Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya: "Apa yang kau mahukan hingga datang ke rumahku?"

Jawab lelaki itu: "Aku inginkan kamu." "Kenapa kau suka kepadaku?" "Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh cinta kepadamu." "Aku tidak boleh bersama denganmu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin itu akan berlaku," balas gadis itu.

"Tidak, aku tidak peduli. Aku ingin menikah denganmu". "Tetapi aku seorang Kristian dan kau seorang Islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkanku untuk menikah denganmu." "Jika demikian, aku rela memeluk agamamu." "Baiklah, jika itu kemahuanmu aku bersedia untuk menikah denganmu."
Akhirnya lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malang, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya. Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan pilihannya. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi. (Sumber teks dari Majalah Solusi Isu 28. Sumber imej dari Google)
Penjejak Mimpi:
Ke syurgakah atau dihumban ke neraka kite nanti???

Tuesday, March 22, 2011

Air Wuduk untuk Ayah

DIRIWAYATKAN daripada al-Ma'mun, dia berkata: "Aku belum pernah melihat orang yang lebih berbakti kepada ayahnya selain Fadhl bin Yahya al-Barmaki. Dia begitu berbakti untuk ayahnya sehinggakan ayahnya tidak pernah berwuduk kecuali dengan air suam."
Ketika mereka berdua dimasukkan ke dalam penjara, petugas penjara melarang mereka memasukkan kayu bakar walaupun malam hawa tersangat dingin. Maka Fadhl pun mengambil botol yang ada di dalam penjara. Setelah ayahnya tidur, diisi botol itu dengan air dan didekatkan ke lampu supaya air di dalam botol menjadi suam. Dia terus memegang botol hingga pagi.
(Sumber teks asal: Majalah Solusi Isu 29)
Penjejak Mimpi: Tetibe rase rindu kat abah.. :(

Tuesday, March 8, 2011

Sekadar Ingatan

"DAN apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikitpun tidak akan dianaiya." (Surah al-Baqarah, ayat 272)
Emm... entahla.. aku pon tak tau nape tetibe aku rase nak wat entri dan letak firman Allah ni. Sebenonye keratan ayat ni memang aku tampalkan kat sebelah skrin PC aku ni. Saje. Sekadar ingatan untuk diri sendiri.
Aku tak minat nak komen pepanjang cume rasenye kalo kite de duit lebih... rejeki lebih.. kongsilah dengan orang lain dengan care bersedekah ke.. Dalam gaji kite tu sebenonye ade hak orang lain. Selagi tak masuk dalam mulut kite, belum tentu ianye menjadi rejeki kite. Kalo tak takkan le ade orang yang nak suap makanan tapi masih terjatuh ke lantai padehal da nak sampai ke mulut pon... Kan? Kan?
Pikir-pikirkan la ye..
Penjejak Mimpi:
Selagi buleh bersedekah tu... sedekah la.. 10 sen pon kalo ikhlas tetap dipandang Allah...

Sunday, February 20, 2011

Bersyukur

BAGAIMANA cara untuk bersyukur?
- Syukur bukanlah bermakna dengan hanya melafazkan kalimah "syukur". Ada beberapa cara untuk melahirkan syukur. Satu hadis syarif yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi: "Menyebut nama Allah itu merupakan kesyukuran dan meninggalkan menyebutnya merupakan kekufuran. Sesiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit tidak akan mensyukuri yang banyak dan sesiapa yang tidak mensyukuri manusia tidak akan mensyukuri Allah Taala." (Riwayat al-Baihaqi no. 4419)
Syukur adalah tugas seorang hamba kepada tuhannya. Orang yang tidak bersyukur digambarkan sebagai mereka yang ketandusan budi. Cuba kita renungi, jika seseorang memberi hadiah kepada kita, kepada siapakah perasaan sayang sepatutnya diberikan? Kepada barang yang diberi ataupun kepada diri yang memberi? Sudah tentu perasaan sayang lebih kepada pemberi.
Akibat tidak mahu bersyukur
- Telah banyak kisah-kisah kaum terdahulu yang ego dan takabbur dengan kemewahan dan kekayaan yang diperolehi lalu akhirnya dimusnahkan oleh Allah s.w.t. Antaranya Qarun dengan kakayaan hartanya, Firaun dengan kekuasaannya dan Namrud dengan keangkuhannya. Tidak terkecuali umat Islam kini, sudah ada yang tiada lagi perasaan berterima kasih di atas nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhingga. Buktinya, masih ramai lagi yang telah mengabaikan Islam dalam kehidupan; Islam hanya pada ibadah tertentu, bukan pada cara hidup.
Kalimah "Alhamdulillah"
- Setiap kali kita solat, surah al-Fatihah wajib dibaca sebagai rukun dalam solat. Jika ditafsirkan surah tersebut dengan kalimah demi kalimah, kita akan dapati kalimah "alhamdulillah" melambangkan kesyukuran mutlak, makna yang mendalam, tinggi dan meliputi seluruh aspek.
Begitu juga dalam bacaan wirid selepas solat turut disunatkan menyebutkan subhaballah, alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap satu agar semangat bersyukur kepada Allah menjadi darah daging kita.
(Sumber teks dari majalah Solusi Isu 20 dan sumber imej macam bese dari cik abang Gugel)
Penjejak Mimpi:
Bersyukur untuk setiap rezeki yang dilimpahkan.. :)

Monday, February 14, 2011

Mesti Baca: Sejambak Bunga Cinta

SEMENTARA melipat kain pagi tadi, aku layan tv9. Alhamdulillah ade lak rancangan ulangan Halaqah yang bertajuk "Sejambak Bunga Cinta". Dipengerusikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin dan panel jemputan ialah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang.

Actually rancangan Halaqah ni disiarkan setiap Selase jam 10pm dan tadi tu siaran ulangan ari Isnin jam 10am. Ok, stop promo Cik PM.. :)

Topik ni sebenonye berkait rapat dengan sambutan Valentine's Day. So kat bawah ni aku titipkan sedikit ilmu yang aku dapat selepas aku menonton tadi.

1. Terdapat 2 versi asal-usul hari Sambutan Valentine's Day ni dan 2 versi itu ialah: i) St Valentino adalah sorang paderi di zaman Rom. Time berperang, didapati askar yang da kawen agak lemah manakala askar yang bujang kuat dan gagah. So raje time tu; Cladius telah menghalang askar daripade berkawen tapi St Valentino ni punye pendapat yang berlainan; katenye cinte ni tak buleh dihalang so die tetap kawenkan mane-mane askar yang nak kawen tu.
ii) zaman dulu, St Velentino ni kirenye cam orang ke-2 la powernye lepas Pope. Mase tu Rom dalam pemerintahan Ratu Isabella. Nak dijadikan cite paderi ni buleh lak falling in love dengan sorang pompuan yang bermazhab Protestan sedangkan dowang ni mazhab Katholik. So lepas tu paderi ni kene hukum le kot.. Ha.. itulah asal-usul hari Valentine ni.

2. Tapi kan, yang menarik perhatian aku pade mulenye mase pembuke bicare tu ialah bile ustaz Badli Shah tu gitau iaitu sebelum 14hb Februari; hari memperingati kekasih, ropenye ade lagi sambutan hari-hari tertentu sebelum 14hb ni. Antarenye ialah 'Kiss Day', 'Hug Day', 'Propose Day', 'No Panties Day' (erk!!) dan beberape lagi sambutan ari-ari istimewa yang tak sempat aku salin.. :) Ler.. memacam le dowang ni kan? Kreatif tak kene tempat..

3. Pade tahun 2005, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang mengatekan sambutan Valentine's Day ini adalah haram untuk umat Islam. So takkan korang nak sambut jugak kan?

4. Besenye sambutan Valentine's Day ni akan menjuruskan ke lembah maksiat. Ni adalah berdasarkan teknik penyamaran yang telah dilakukan sebelum ni di sebuah hotel. Di malam sambutan tu, diwajibkan membawe kapel memasing. Pastu ade la nyanyian dan bentuk-bentuk hiburan yang lain. Lepas tu ade lak lucky draw atau dalam bahase melayunye nye ialah cabutan bertuah. Nak tau ape adiahnye? Bermalam secare percume kat hotel tu. Ce korang pikir sket.. kalo da duk berdue dalam 1 bilik bese orang buat ape? Takkan aku tengok ko, ko tengok aku saje kan? Kite slalu dengar orang kate kalo kite duk berdue, yang ketige ialah setan so?

5. Sambutan ni sebenonye amat merugikan. Sebab ape rugi? Ye la, kene beli bunge.. coklat.. baju pink.. kene sewa hotel.. Ishk!! tak mahal ke? Rugi woo.. Dan besenye yang terlebih rugi ialah orang pompuan. Nape aku cakap macam tu? Yelah, bese yang jadi mangse ialah pompuan. Lelaki? Hanye pandai amik kesempatan ajek. Da dapat ape yang dicari, blah la. Terus angkat kaki dan tak muncul-muncul lagi dan tinggallah pompuan tu terkontang-kanting membawak perut yang berisi.

6. Dan yang terlebih-lebih rugi lagi ialah mereka-mereka yang meninggalkan syariat dan ajaran Islam tidak akan merase minuman yang didapati dari air kolam Al-Kautsar di syurga; sesape minum air ni takkan dahage sampai bebile. Ishk!! Korang tak nak merase ke air cegini, weh?

7. Disentuh juge pengalaman ustaz Badli Shah mase di Mesir dulu. Katenye dulu ade 2 kedai yang jual bunge (kat tempat die tu la..) tapi bile tibenye 14hb, dowang akan tutup kedai. Sebab? Dowang takmo bersubahat dalam meraikan sambutan Valentine's Day ini.

8. Kite diingatkan jangan suke mengikut ape-ape saje tanpa ade ilmu tentang sesuatu perkare. Orang kite ni suke beno mengikut. Padehal tak tau pon mende tu betui ke tak. Main bedal jek. Orang sambut Halloween, kite pon sambut. Orang sambut Valentine's Day, kite pon ikut. Konon tu adalah hari istimewa untuk meng'ekspresi'kan kasih sayang pade yang tersayang. Podacit!! (<-- data-blogger-escaped-aku="aku" data-blogger-escaped-bukan="bukan" data-blogger-escaped-cakap.="cakap." data-blogger-escaped-ni="ni" data-blogger-escaped-span="span" data-blogger-escaped-tu="tu" data-blogger-escaped-ustaz="ustaz" data-blogger-escaped-ye..="ye..">

9. Nabi kan da pesan; jangan suke mengikut-ngikut. Orang buat baik.. ko pon buat baik. Orang buat zalim.. ko pon buat zalim. Padehal kite digalakkan agar sentiase berbuat baik walau ape jue keadaan pon.

10. Ni yang paling penting.. korang tolong ingat sampai mati iaitu "orang Yahudi dan Nasrani ni takkan redha sampaile kite (umat Islam) ni ngikut ape saje keyakinan dan ajaran dowang". So korang ade ati lagi ke nak ngikut dowang? Masih berani nak masuk ke nerake seperti dowang?

11. Sambutan Valentine's Day ni langsung takde kene mengena dengan umat Islam tapi nape kite ni terlalu ghairah dengan sambutan ni? Cinta adalah suci so jangan dinodai dengan perbuatan kite yang jahat..

Aku harap dengan sedikit perkongsian ni dapat le kite menambahkan ilmu di dada tu. Maafkan aku kalo ade yang terkurang sane sini. Ye lah, dengar sambil melipat kain.. what you expect ha?

p/s Dalam tazkirah ni ditekan kan 2 ayat dari surah Al-Baqarah iaitu
ayat 120 dan ayat 195. So sile terjah url tersebut ye.. :). Satu lagi nak promot esok; ari Selase ade Halaqah kat tv9 jam 10pm dengan tajuk 'Wasiat Terakhir' dengan panel jemputan ialah Dato' Nooh Gadot; mantan Mufti Johor. Jangan ketinggalan menonton rancangan yang dapat membuatkan kite bermuhasabah, insya Allah.

(Picture as usual taken from Mr Google)

Penjejak Mimpi: masih dalam opis Tomodachi... kat luar tu macam mendung nak ujan jek.. :(

Friday, February 11, 2011

Aktiviti Pagi --> Tazkirah + Bacaan Yaasin

SAMPAI opis tadi terus log-in emel opis (official emel) tapi takleh masuk. Kua error "Your mailbox is unavailable. Please contact your system administrator". Ishkk!! ape mende ni? Stat semalam takleh log-in. Bosan.. :(
Nasib baik lepas tu de member tanye samade nak gi tazkirah atau tak. Aku pon tak sure ade ke tak tazkirah; sebab tu aku nak bukak emel.. (<-- ups!! it's just a stupid reason ya.. sebenonye nak cek kalo-kalo Tomotachi de reply emel aku ke tak.. Ngeee)
So jam 8 suku aku naik ke Tingkat 11 dan stat lebih kurang jam 8 setengah. Alhamdulillah kedatangan ari ni amat memberansangkan walaupon hanye aku dan sorang JE yang jadi wakil unit aku. Sedih? Kecewa? Memang aku sedih dan kecewa dengan jumlah kedatangan orang-orang yang dengar tazkirah ni especially dari unit aku. Entah ape yang dowang sibukkan.. Entah ape yang dowang bizikan.. Mungkin hal dunie lebih penting pade dowang.. Sapelah aku nak memakse dowang? Rasenye sume dapat emel dari pihak yang berkenaan. Dan aku pon penah 'sound' dalam emel. Tapi dah dowang takmo datang.. takmo dengar so ape lagi yang mampu aku buat? Mungkin dowang da lebih pandai dan tahu hal-hal agame ni. So biarkan lah.. Aku yang kurang ilmu ni kene la pegi... Ye tak?
Tazkirah pagi ni bertajuk 'Memperbaiki Hubungan Orang Yang Bersengketa dan Larangan Boikot Memboikot'. Pembace hadis Fitri Al-Ibni dari unit BPR 'B' dan yang meng'interprete' hadis ialah Tuan Pengarah Kanan cawangan kami; Ir Hj Mohd Fazli Bin Osman.
Antare kandungan tazkirah pagi tadi ialah:
1. Sesiape yang tidak berbicare dengan orang lain melebihi 3 ari maka die tidak akan masuk syurga.
2. Nisfu Sya'aban Allah akan ampunkan setiap dose umatnye kecuali mereka-mereka yang tidak bertegur sape dengan orang lain.
3. Ade 5 macam orang yang tidak diterime solatnye iaitu (1) isteri yang dimurkai suaminye sepanjang malam (2) hamba sahaya yang melarikan diri dari majikannye (3) orang yang bersengketa sesame sendiri dan tidak bertegur sape lebih dari 3 ari (4) orang yang selalu meminum khamar/arak dan (5) imam yang tidak disukai oleh makmum.
Pastu mende lain pon ade gak disebut macam 'sapekah orang yang beriman?' Jawapannye ade 5 jenis orang yang beriman iaitu (1) apabila dibace kalimah Allah, hatinye akan gementar
(2) akan bertambah iman mereka (3) sentiase bertawakkal kepade Allah (4) sentiase menjage solat dan (5) menafkahkan harte ke jalan Allah.
Ape yang pasti, tuan Pengarah Kanan tadi amat menekankan soal solat. Katenye solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Solat juge memberi kekuatan untuk mengelak dari melakukan maksiat. Sebenonye manyak lagi ilmu yang aku dapat tadi cumenye aku tak dapat nak salin bebanyak.. :)
Lastly pesan beliau; kalo tak mampu buat baik, jangan larang orang lain buat baik. Hmm... mendalam betui maksudnye...
Penjejak Mimpi:
Tuan PK kate "beriltizam untuk terus bersolat.."

Monday, February 7, 2011

Rezeki Terbaik

"Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik."
(Surah Saba' 34:39)
Sumber: Majalah Solusi Isu 5
Penjejak Mimpi:
amalkan ayat 1000 dinar.. :)

Monday, January 24, 2011

Mengharap vs Putus Asa

SOMETHING really worth to share.. Muge memberi kebaikan; insya Allah.
MENGHARAP
Mengharap atau dalam istilah tasawufnya ialah raja' iaitu sebuah jawapan atas rasa takut atau khauf. Kedua-dua sifat ini saling berkait antara satu sama lain.
Firman Allh s.w.t yang bermaksud: "Dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan takut." (Surah al-Anbiya' 21:90)
Khauf dan raja' adalah dua ubat untuk penyakit hati yang apabila salah satu daripada kedua-duanya hilang akan menjadikan seseorang tidak tenteram.
Jadi, seorang Mukmin seharusnya menyeimbangkan di antara khauf (rasa takut) dan raja' (mengharap) agar memperoleh kesepaduan dalam hidup.
Sikap raja' adalah penting dalam diri seseorang untuk menolak penghayatan al-khauf yang berlebihan yang dikhuatiri menyelinap masuk ke dalam hati seseorang Mukmin.
Seorang Mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa.
Hadis Qudsi ada menyebut, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Aku terlalu dekat dengan prasangka hambaKu. Maka hendaklah dia berprasangka terhadapKu atas apa yang diinginkan." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
PUTUS ASA
Putus asa dalam bahasa Arab ialah yaeisa. Sifat ini terjadi apabila tiada sifat khauf dalam hati seseorang. Keadaan ini menyebabkan dia meremehkan persiapan apabila menghadapi kematian. Apabila keadaan ini berlebihan akan timbul lah rasa putus asa.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tidak ada yang putus asa daripada rahmat Allah melainkan orang yang kafir." (Surah Yusuf 12:87)
Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah al-Zumar 39:53)
Tip-tip mengelakkan daripada berputus asa:
* Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
* Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua. Namun kite tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.
* Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.
* Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.
(Sumber teks dari Majalah Solusi Isu 22)
Penjejak Mimpi
- kekadang terkeluar gak dari 'orbit'... :(

Friday, January 21, 2011

Tentang Azan

LATELY kite disogokkan dengan berita pasal azan yang kononnye mangganggu privasi orang lain. Dan endingnye lawyer berkenaan telah meminte maaf pade sume orang Islam di Malaysia (walau pade hakikatnye ati yang terluke tidak mudah dirawat hanye dengan pengucapan maaf!!). So kat sini de sedikit ilmu untuk dikongsi bersame tentang azan. Muge bermanfaat, insya Allah.
Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'?
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin Yarobbal a'lamin..
(Sumber teks dari emel)
Penjejak Mimpi
- muge bermanfaat :)

Siapakah Kita?

SILA tanye soklan ni kat diri memasing. Agak-agak kite dalam kriteria yang mane satu?
S1: Siapakah orang yang sibuk?
J1: Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

S2: Siapakah orang yang manis senyumanya?
J2: Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMu ini, sambil mengukir senyuman.

S3: Siapakah orang yang kaya?
J3: Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

S4: Siapakah orang yang miskin?
J4: Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

S5: Siapakah orang yang rugi?
J5: Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

S6: Siapakah orang yang paling cantik?
J6: Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

S7: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
J7: Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

S8: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
J8: Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya..

S9: Siapakah orang yang mempunyai akal?
J9: Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

S10: Siapakah org yg KEDEKUT ?
J10: Orang yg kedekut ialah org yg membace entri ini tetapi tidak menyampaikan pula pada org lain.
Komen aku: pe salahnye kongsi-kongsi ilmu ni.. kan dapat pahala? :)
(Sumber teks dari emel dan gambar aku cilok dari Enche Gugle)
Penjejak Mimpi
- tengah sibuk nak kasik clear emel ofis nih...