Pages

Saturday, June 29, 2013

Siapa Yang Buta Kayu Ni??

"....BLA.. bla.. bla.. koc merah jambu adalah untuk penumpang wanita. Kepada penumpang wanita sila maklumkan kepada penumpang lelaki yang memasuki koc merah jambu.. bla.. bla.. bla..". Macam tu lah lebih kurang pengumuman oleh pemandu komuter time aku balik petang tadi.

Tiba-tiba terdengar satu 'suara sumbang' yang berkata: "I don't speak malay. Habis kalau suami isteri tu takkan nak  berpisah pulak? Buta kayu!!". Aku yang berdiri kat sebelah rasa macam nak cakap: "bang, siapa yang buta kayu?? Bukan awak ke yang buta dan bukan awak ke yang kayu?" tapi malas nak cakap apa-apa.. Dah terpampang stiker merah jambu siap terlukis gambar perempuan berskirt lagi tapi masih tergamak cakap orang lain buta kayu? Dah terang-terang diri sendiri salah masih tergamak kata orang lain buta kayu?

Penjejak Mimpi: Kesian pada orang-orang yang sebegini...

Tuesday, June 25, 2013

Rindunya...

HMMMMM.... rindunya nak tulis blog.. rindunya nak bercerita macam-macam dalam blog..rindunya nak baca entri bloggers yang lain... rindu.. rindu...

Penjejak Mimpi: Ubat stress ialah makan sedap-sedap. Setuju tak? Haha..

Thursday, June 20, 2013

Grrr... Cubaan... Dugaan..

CADANG nak sambung buat drawing...

Pada masa yang sama nak caj power bank..

Cucuk je usb power bank ke laptop...

Papppp! Gelap terus laptop aku!

Terus tak boleh on!

Grrrr!!!

Aku mula serabut dan kalut...

Selasa depan nak review drawings dengan big bos..

Grrrr!!!

Sempat ke nak siap ni????

Penjejak Mimpi: Rasa nak lempar ke luar tingkap laptop aku ni!!

Sunday, June 16, 2013

Bukan Rezeki Aku Nampaknya..

PETANG tadi kakak aku sms bertanya biasa aku charge berapa ringgit untuk sekeping drawing elektrik? Aku jawab: "dalam RM200 - RM300. Lepas tu dia bagitau ada client dia nak minta buat drawing elektrik untuk kedai 3 tingkat termasuk tingkat mezzanine. Aku balas: "nak bagi job ke? Tak dapat la. Skang ngah bz".

Frust juga. Yelah, kalau ada job luar memang aku grab punya tapi memandangkan sekarang aku sedang bergelut dengan projek pangsapuri di Penang tu so terpaksalah aku tolak job luar tu. Kena pentingkan kerja hakiki dulu... In shaa Allah lepas ni pasti ada rezeki lain...

Penjejak Mimpi: Take 5 kejap..

Saturday, June 15, 2013

Kursus Pengurusan Fail Rahsia Rasmi

PADA tarikh 11hb hingga 12hb Jun lalu aku telah menghadiri kursus Pengurusan Fail Rahsia Rasmi. Pergh!! Tajuk macam bagus aja kan? Yang hadir semuanya dari CKE HQ. Kursus diadakan di Hotel Citrus, Jalan Raja Laut, KL. Kursus ini diberi oleh orang yang bertugas di Pejabat Keselamatan Malaysia iaitu Encik Anuar pada hari pertama dan Puan Mary pada hari kedua.

Sebenarnya kursus ini macam takda kena mengena dengan kami orang teknikal ni. Yelah, kami bukan jaga fail pun.. dari pagi ke petang asyik bercerita pasal apa itu sistem fail.. fail terperingkat.. rahsia besar.. rahsia.. sulit.. terhad.. buku AM 10.. buku AM 492.. AM 492A.. AM 492B.. Bla.. bla.. bla...

Huarggghhhh!!! mengantuk siot!! Seriously beb.. aku memang mengantuk tahap tapir pada hari pertama kursus. Malam tu aku tidur jam 3am mengadap drawing. Pagi pula nak kena fikir apa bendalah yang Encik Anuar tu sembang. Memang aku lost interest pada kursus hari tu. Menguap jangan kiralah.. gula-gula mentos yang dibekalkan oleh pihak hotel tu pun tak mampu nak hilangkan rasa mengantuk aku.

Hari kedua ok sikit. Mungkin sebab malam tu aku tidur awal dan tak mengadap drawing langsung! Atau mungkin topik dia ringan sikit. Haha.. lagipun penyampaian Puan Mary tu tak bosan sangat la. Aku ada juga kemusykilan dan bila diajukan pertanyaan, alhamdulillah aku dapat jawapannya.

Sebetulnya bersyukur juga dapat hadir kursus macam ni. Walaupun aku tidak mengendalikan fail-fail sulit bagai tu, sedikit sebanyak ianya membantu aku mengendalikan fail pengurusan unit. Kan aku banyak pegang jawatan di unit BPR D1? *gila kuasa/gila jawatan*. And in terms of knowledge, aku dapat satu lagi ilmu baru. Kau ada? Haha..

Antara ilmu yang aku dapat pada hari tu ialah apa yang dimaksudkan dengan "rahsia besar".. "rahsia".. "sulit".. "terhad".. "fail terbuka" dan lain-lain. Satu lagi penggunaan 4 buah buku AM tu; 10, 492, 492A dan 492B. Ada juga disentuh pasal isu-isi keselamatan ICT. Sebenarnya tak rugi pun attend kursus tu. Hehe.. *mula-mula merungut tak hengat kau kan, cik PM?*

Dua minggu berturut-turut aku attend kursus; kursus Revit MEP dan kursus ni. Dua-dua kursus big bos yang bagi nama pada pihak Unit Kompetensi. Nak harapkan aku bagi nama? Huh!! Dengan projek yang nak tender tu? Memang tak lah. Actually ada 2 kursus yang aku minat nak attend iaitu Kursus Lightning Protection System dan Kursus Genset tapi apakan daya.. Huhu...

Penjejak Mimpi: Layan The Apprentice Asia (ulangan). Tak sukanya bila Team Mavericks menang lagi! :(

Friday, June 14, 2013

Program "Tanyalah Doktor"

HARI ini Cawangan Kejuruteraan Elektrik melalui biro AKSI telah menjalankan satu program yang diberi nama 'Tanyalah Doktor' dimana doktor (dan teamnya) dari Klinik Kg Pandan telah diundang khas untuk memberi sedikit taklimat berkenaan kesihatan dan sesi pemeriksaan kesihatan percuma. Pihak AKSI juga menjemput seorang pakar pemakanan untuk memberi penerangan berkenaan diet pemakanan yang sihat.

Selain staf di cawangan kami, ada juga staf dari Cawangan Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan dan juga Cawangan Kesihatan.

Diantara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ialah ujian PAP Smear, pemeriksaan payudara, check glukosa, blood pressure dan lain-lain. Selain itu ada juga diedarkan brosur-brosur berkenaan info kesihatan seperti kanser serviks, hipertensi, penyakit jantung, diabetis dan lain-lain.

Bagus juga apabila ada program sebegini diadakan. Yelah.. orang yang sibuk bekerja mana lah sempat nak buat pemeriksaan macam ni. Kalau nak buat pun, kena ambil time-off so masa dah terbuang macam tu aja sedangkan kerja di pejabat berlambak-lambak. Uhuk uhuk.. So bila dah diadakan di cawangan, kan senang? Hehe..

p/s Masa doktor sibuk bercakap kat depan, aku pun sibuk juga.. sibuk mengira BMI. Haha.. Sambil main 'Pou'. Ishkk!! tak bagus kan aku ni? Sori, tiada gambar yang boleh menceritakan suasana program ini. *dasar pemalas*.

Penjejak Mimpi: Aku mengantuk.. aku nak tidur...

Friday, June 7, 2013

Senyum Sikit :)

Situasi di sebuah kedai runcit kampung. Ada seorang budak mahu beli gula..

Budak : Auntie!! ada gula kah?

Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..

Budak : Tiada pun.. garam sama belacan saja ni...

Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..) ..

Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...

Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tidak nampak..!


Penjejak Mimpi: LOL

Thursday, June 6, 2013

Tuan 'Pou' Pun Demam..

POU dan tuannya.. sama-sama tak sihat... Huhuhuhu..


Penjejak Mimpi: Dah.. dah.. berenti main tu. Jom buat drawing sampai lebam!!

2 In 1

SEKARANG ada taklimat teknikal pasal Dry Cast Resin Transformer di Bilik Mesyuarat Pengarah. Hmmm.. gaya macam pay attention sangat pada setiap biji butir oleh supplier tersebut tapi hakikatnya otak ligat dan laju berfikir pasal drawing-drawing yang nak kena submit hujung Jun ni. Mula rasa 24 jam tu tak cukup.. mula rasa nak lari tak cukup tanah. Huhuhu..

Penjejak Mimpi: Stress dah.... :(

Ada Cadangan?

SOALAN dalam borang maklumbalas kursus petang tadi..
"Cadangan anda untuk sebarang penambahbaikan kursus ini?"
Aku tulis..
1. Kalau perlu sediakan 1-2 orang untuk membantu instructor
2. Pastikan semua PC lengkap dengan software-software berkenaan kursus untuk mengelakkan masa terbuang begitu sahaja disebabkan perlu install software yang diperlukan.

Hmmm.. aku ni bukanlah suka sangat nak komplen itu dan ini tapi kalau disebabkan kecuaian pihak lain dalam melaksanakan tanggungjawab hingga menyusahkan aku manalah aku tak angin satu badan?

Macam hari ini masa attend kursus REVIT, nak kena guna software autoCad.. dalam PC aku takda software tu so aku terpaksa install dulu... dah buang masa kat situ.. grrr..

Most of the PC kat dalam Bilik Dahlia tu guna software REVIT 2013 cuma ada beberapa PC yang masih guna  REVIT 2012 termasuk PC yang aku guna. Mula-mula no problem even aku dah tanya pada instructor tu pasal REVIT 2012 ni. Dia kata takpa.. tak banyak beza dengan REVIT 2013. Ok, fine.

Tup-tup hari ni bila nak start load Autocad drawing ke dalam REVIT ni masalah bermula.. itu tak ada.. ini tak ada.. program tu tak ada.. program ini tak ada.. Bila copy few items tak boleh nak capture pula gara-gara software REVIT aku punya tahun 2012. Grrrrr lagi..

Seriously aku rasa fed-up! Aku tak marah pada instructor tu sebab bukan salah dia tapi aku marah pada pihak *tut*. Kenapa tak install semua PC dengan the latest version of REVIT ni? Kata nak memperkasa dan membentuk warga kerja yang updated dan mampu berdaya saing dengan teknologi terkini?

Aku harap ada perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan lepas Unit Kompetensi di PJD baca cadangan aku. Demi warga kerja JKR juga. In sha Allah. Jangan jadi macam 'seolah-olah mencurah air ke daun keladi sudah la.." <-- ada kaitan tak?

Penjejak Mimpi: Nanti ada kursus lagi. Bila drawing aku nak siap ha?

Monday, June 3, 2013

Lambatnya Nak Balik.. :(

KENAPA lah kursus kali ni macam tak best aja? Member sebelah aku ni pun cakap macam tu.. Sebab cikgu yang mengajar ni ke? Ataupun aku yang tak mampu nak catch-up segala yang diajar? Huhuhu..

Sekarang ni sedang tunggu cikgu masuk. Mungkin start jam 2.30pm agaknya.

Apapun, aku kena fikir positif aja.. demi ilmu.. cewah.. macam bagus je aku ni kan?

Penjejak Mimpi: Cikgu dah datang.. cikgu dah datang...

Sunday, June 2, 2013

Trip ke Langkawi: Pelamin Anganku Musnah!

Nak merawat hati sendiri la tu... (songlap dari Google)
TAJUK bukan main kau ye.. berpelamin bagai..

Sebenarnya aku dan adik aku dan familynya dah plan untuk ke Langkawi sempena musim cuti sekolah ni. Plannya kalau tak silap dari bulan Mac lagi. Baik punya plan.. Konon nak ke sana awal bulan Jun ni la. Dah booking hotel bagai.. Berangan tu jangan cakap la.. Macam Mat Jenin.. :)

Tapi bila sampai masanya.. punah segala angan-anganku. Aku ada kursus REVIT Map Electrical Advance pula start 3hb sampai 5hb Jun. So secara automatiknya semua angan-angan.. semua impianku musnah.. :(

Hmmm.. benarlah kata orang.. kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukannya. Penat kita merancang tapi perancangan Allah ternyata lebih baik.

p/s Bukan tak pernah ke Langkawi.. tapi pergi ramai-ramai kan lagi best? Kena pulak ada si kerinting kesayangan Andak tu.. :)

Penjejak Mimpi: Lepas projek pangsapuri di Butterworth tu tender aku nak makan angin.. release tension!!!! Tak kira!!