Pages

Friday, November 29, 2013

Mencari Kacang Putih


DAH dua kali aku kemari mencari muruku. Tapi dua kali gagal. "Dah habis... takde stok.. bla.. bla... stok baru tak tahu bila sampai.."

Penjejak Mimpi: Macam orang mengidam aja aku ni.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, November 28, 2013

Jangan Berhenti Berlari

ITU tajuk buku yang aku nampak di MPH tadi. Er.. time rehat so aku decide nak cuci mata di MPH; sekadar nak membuang masa. Buku 'Jangan Berhenti Berlari' adalah hasil karya Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Tajuk macam best tapi tak beli pun. Haha.. aku beli buku lain 'Untuk Kita Pendosa' hasil tulisan Hilal Asyraf. Harga RM18.

Dah habis baca nanti, inshaa Allah aku cerita, ok?

Penjejak Mimpi: Macam mana nak berlari kalau diri sendiri pun tak mampu untuk mengejar?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, November 26, 2013

Quote of The Day #5

THERE will be haters,

There will be doubters,

There will be non-believers,

And then....

There will be you, proving them wrong...

Penjejak Mimpi: Just to make them shut their 'dirty' mouth!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, November 25, 2013

Plan Baik Punya

"NANTI adik nak cubit nyaie.." Itulah ungkapan Rara time kami makan kfc sebelum bergerak ke Serendah rumah mak saudara malam Sabtu lalu.

"Jangan nak cubit mak ummi ya.." adik aku bersuara memberi amaran.

"Nak jugak!"...

Dan hasilnya memang bila ada peluang si kenit ni akan cubit nyaienya. Ishk.. ishk.. ishk..

Nota 1: nyaie = nenek perempuan dalam bahasa Jawa.

Nota 2: Gambar atas rambut baru Rara. Kurang kerinting tapi serabai? Maintain..

Penjejak Mimpi: Nakal.. tapi Andak tetap sayang Rara.. mmmuuahh!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, November 24, 2013

Dah Lama Tak Layan

LAYAN volleyball sambil makan malam. Teringat zaman muda-muda dulu.. time sekolah.. time poli.. time jadi minah kilang.. aku memang main sport ni..

Penjejak Mimpi: Tapi ramai orang lagi suka main netball. Aku? Tak minat..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kisah Berpindah ke Bangunan Baru

Sumber: Google
TAHUN depan semua cawangan yang berada di Mid Valley akan berpindah ke bangunan baru JKR di Jalan Sultan Salahuddin berdekatan Bank Negara. Tapi exact date nya masih belum dapat dipastikan.

Aku ni bila cakap pasal pindah ofis... aku dah start penat. Tu belum betul-betul pindah lagi. Kalau dah pindah? Aku rasa penat pindah dari ofis lama ke Mid Valley 5 tahun lepas tu pun belum hilang lagi tau! *Cis!! Biar betul PM ni?*

Minggu lepas ada mesyuarat Pengurusan Aset. Dan antara agendanya berkenaan pindah ni lah. So kami ni terpaksalah update itu.. kemaskini ini.. untuk memudahkan urusan dan proses perpindahan aset-aset ke ofis baru nanti. Tu tak cerita pasal nak buat pelupusan aset lagi.. bla.. bla.. bla..

Ada 2 dateline yang diberikan kepada kami. 28hb Nov untuk penyerahan senarai aset yang ditambah untuk pelupusan dan 15hb Dis pula penyerahan senarai semua borang-borang aset. Tang ni yang buat aku lemah dan malas...

Sesiapa yang involve dalam aset ni dia mesti tahu senang atau susahnya. Orang yang tak involve mestilah tak tahu kan? Bila nak update, kena buat berterusan sampai siap. Sebab semua borangnya berkaitan antara satu sama lain. Kalau ini buat sikit.. yang tu buat sikit.. lepas tu berhenti buat kerja lain.. alamatnya... :(

Penjejak Mimpi: Aku pun tak tahu bila nak start proses update mengupdate ni.....


Saturday, November 23, 2013

Awak Tak Percaya Ke?

TENGAH hari semalam lepas makan aku ke Jusco. Cari hadiah-hadiah untuk sepupu aku yang kahwin hari ni. Lepas bayar terus ke wrapping counter. Sementara menunggu, aku ke kaunter bayaran untuk minta 2 helai plastik besar sebab plastik asal tu dah koyak. Maka terjadilah perbualan yang sedikit 'membengangkan' terjadi antara aku dengan staf kat situ.

Aku: Adik, boleh tak saya nak 2 helai plastik besar?
Staf: Kejap ya kak..
Aku: .........
Staf: Er, akak nak apa tadi?
Aku: Saya nak plastik besar 2 helai.
Staf: Akak nak buat apa ek?
Aku: Tadi saya ada beli barang elektrik tapi plastiknya dah koyak.
Staf: Kat mana ek barang tu?
Time ni aku dah start 'panas' dah..
Aku: Ada kat wrapping counter (sambil tunjuk counter yang aku maksudkan). Kenapa, awak tak percaya ke?
Staf: Em.. bukan.. kami sebenarnya..... (ayat tergantung..)
Sambil ambil plastik...
Staf: Nah kak.. saya percaya kat akak (sambil senyum)
Aku: Terima kasih..
Sebelum tu time makan pun jadi gak kejadian yang buat aku naik darah. Hmm.. sabor je lah, teman... :-P

Penjejak Mimpi: Mungkin aku patut bercuti... Heh heh heh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, November 21, 2013

Salah Siapa?


APA kata anda?

Penjejak Mimpi: Memang payah nak cari tandas awam yang bersih..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, November 18, 2013

Lima Belas Penyakit Hati Terhadap Allah

SATU perkongsian. Moga bermanafaat, inshaa Allah.

1. Tidak kusyuk beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3. Tidak yakin dengan Allah
4. Tidak ikhlas dengan Allah
5. Tidak takut pada ancaman Allah
6. Tidak harap pada rahmat Allah
7. Tidak redha akan takdir Allah
8. Tidak puas dengan pemberian Allah
9. Tidak sabar atas ujian Allah
10. Tidak syukur atas nikmat Allah
11. Tidak terasa hebatnya Allah
12. Tidak rindu dan cinta pada Allah
13. Tidak tawakkal pada Allah
14, Tidak rindu pada syurga
15. Tidak takut pada neraka

Nota: Dari wechat member

Penjejak Mimpi: Mohon dijauhkan, ya Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, November 13, 2013

Boxes

" EVERY king was once a crying baby, every great building was once a map. It's not important where you are today; the most important thing is where you will reach tomorrow. Never be proud of what position you hold, because after a game of chess, even the king and the soldiers go into the same box. " - Anonymous

Penjejak Mimpi: Sharing is caring.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, November 12, 2013

Kita Tunggu dan Lihat Saja...

PETANG semalam member dari JKR Kedah call. So kami bersembang la.. bla.. bla.. bla.. Kemudian tiba-tiba dia tanya:

Dia: Wei, pasai skim baru tu kan.. betui ka?
Aku: Hah, nape pulak? Bukan ke ko yang asyik tanya kat aku sebelum ni? Camne, pueh tak?
Dia: Ya lah.. tapi kan.. orghang selagi tak dak depan mata orghang tak caya. Cuba hang pikiaq yang SBPA dulu pun depa senang-senang ja kensel...
Aku: Hmm.. betul.. aku pun cam ko jugak. Selagi takde ape-ape aku pun malas nak over.
Dia: Tulah pasai. Aku pun pikiaq takmo sign sebab seniority kita ilang, hang tau dak? Rugi la kita.. Tapi budak-budak opis aku suma pakat nak sign... so aku pun sama la kot.. sign la..
Aku: Hmmmm...

Penjejak Mimpi: Tunggu je la....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Hidup

" HIDUP bukan sebuah perjalanan lurus dan mudah untuk kita lalui tanpa rintangan. Ia adalah sebuah perjalanan di laluan bersimpang-siur, yang perlu kita cari arah sendiri. Kita sesat, kita keliru. Dan sering kali kita menemui jalan buntu. Namun selalu, seandainya kita percaya, pintu akan terbuka untuk kita lalui. Mungkin itu bukan pintu yang kita fikirkan, tetapi itulah pintu yang terbaik buat kita. " - A.J Cronin

Penjejak Mimpi: Life is like a jigsaw puzzle...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, November 10, 2013

Video: Pengemis Yang Menipu :)

video

Penjejak Mimpi: Hidup jangan suka menipu..

Saturday, November 9, 2013

Kisah Penambahbaikan Skim dan Kita

Pekeliling penambahbaikan skim untuk 81 jawatan penjawat awam telahpun keluar. Maka kita pun sibuklah bercakap pasal pekeliling.. pasal kenaikan gaji.. kenaikan pangkat.. kemungkinan akan dipindahkan.. menghitung bayaran back-dated gaji.. itu.. ini.. tapi tak terluah langsung ayat-ayat seperti: "oh.. lepas ini semangat kita pun kena naik juga".. atau "lepas ini kita kena lebih komited pada tugas kita".. bla.. bla.. bla..

Plan kita lepas apa yang tertulis dalam pekeliling itu benar-benar menjadi realiti nanti macam mana? Adakah kita dah bersedia untuk menerima 'beban' yang bakal bertambah sejajar dengan pangkat yang baru? Atau kita tak rasa apa-apa? Kita hanya rasa seronok saja? Siapa yang tak seronok bila pangkat naik.. gaji naik.. semua orang seronok tapi di sebalik keseronokan itu sebenarnya terselit tanggungjawab yang lebih daripada apa yang kita tanggung sekarang.

Bukan tak boleh seronok.. seronok lah semahu mungkin.. tapi pada masa yang sama bersedialah untuk menerima tanggungjawab yang lebih sejajar dengan kenaikan pangkat dan gaji. Janganlah nama saja gaji dah naik.. tapi tanggungjawab? Hampehhhhhhh...

Jika perkara penambahbaikan skim ini menjadi realiti; maka inilah masa yang terbaik untuk kita mengubah sikap, pandangan dan perspektif kita terhadap kerja. Menjadi turning point untuk kita membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.

Kepada semua yang terlibat dalam proses penambahbaikan skim, lepas ini kita kena buktikan yang kita memang layak dengan cara:

i. berubah menjadi pekerja yang benar-benar komited dan dedikasi kepada kerja

ii. menjadi pekerja yang produktif

iii. menjadi aset kepada organisasi dan bukannya liabiliti

iv. keberadaan kita kepada organisasi adalah amat diperlukan kerana skil dan kemampuan kita

v. kita 'berguna' kepada organisasi dan bukan sekadar menjadi watak tempelan atau watak tambahan kepada organisasi.

Penjejak Mimpi: Ingatan untuk diri sendiri juga.. :)

Friday, November 8, 2013

Adakah Aku Kena Cari 'Keju' Lain?

AKHIRNYA tamat juga aku habiskan membaca buku "Who Moved My Cheese" tu. Aku habiskan pagi tadi.. dalam lrt STAR. Hehe..

Sedikit petikan dalam buku tersebut:

"Empat watak rekaan dalam cerita ini adalah dua ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry dan dua orang manusia kerdil yang bernama Hem dan Haw. Watak-watak ini adalah simbol bagi bahagian-bahagian mudah dan kompleks dalam diri kita; tidak mengira usia, jantina, bangsa ataupun warganegara.

Kadang-kadang kita bertindak seperti:
i. Sniff - yang dapat menghidu perubahan awal. Ataupun
ii. Scurry - yang pantas bertindak. Ataupun
iii. Hem - yang menafikan dan menolak perubahan kerana takut perubahan menjadikan keadaan lebih buruk. Ataupun
iv. Haw - yang belajar menyesuaikan diri apabila melihat perubahan dapat menjadikan keadaan lebih baik."

Hmmm... lepas baca buku tu.. aku terfikir sesuatu.. adakah aku ini punyai watak seperti Sniff? Atau Scurry? Atau Hem? Atau mungkin Haw?

Sejujurnya.. aku ni macam Hem; yang menafikan dan menolak perubahan kerana takut perubahan menjadikan keadaan lebih buruk. Adakah aku terlalu selesa dengan 'keju' aku selama ini? Mengambil kata-kata dari bos aku sebelum ini: "kalau terlalu selesa pun tak bagus juga". Betulkah aku terlalu selesa dengan 'keju' yang aku ada sekarang? Perlu atau tidak aku cuba untuk mencari 'keju' lain?

Kalau nak kata aku takut pada perubahan.. tindakan aku menolak untuk berada di unit *tut* dah cukup membuktikan yang aku mahu pada perubahan.. dan mahu keluar dari zon selesa aku. (Macam mana tahap selesa tu.. hanya aku aja yang tahu). Ke tak cukup lagi?

Mungkin dah sampai masanya untuk aku mencari 'keju' lain tapi dah bersediakah aku?

Penjejak Mimpi: Suka makan keju tabur atas pizza.. :)

Wednesday, November 6, 2013

Buku Baru: Who Moved My Cheese?



BELI di MPH AEON Seremban 2, Sabtu lepas. Cari juga sebelum-sebelum ni tapi tak terjumpa. *Err.. macam alasan je?*. Bila usya-usya buku kat MPH dan ternampak buku ni, terus aja sambar. Edisi Bahasa Inggeris aku tak jumpa so aku fikir takpa lah ambil saja yang edisi Bahasa Melayu ini. :)

Tak habis lagi baca.. mana nak habis.. aku baca semasa dalam lrt dan sambil menunggu kedatangan komuter. Apapun aku nekad nak habiskan juga dalam minggu ni, inshaa Allah. 

Sedikit berkenaan buku ini; 

Buku ini hasil tulisan asal oleh Dr. Spencer Johnson. "Buku 'Who Moved My Cheese?' adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan ataupun ketenangan fikiran. Manakala kawasan yang berliku yang  dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahukan, samada organisasi tempat kerja, keluarga ataupun komuniti tempat tinggal. Buku ini menerangkan kepada kita bagaimana:

- menjangkakan perubahan

- beradaptasi dengan perubahan secepatnya

- menikmati perubahan

- bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti"

Buku ini diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Hasnah M Daud dan diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd dengan harga RM29.90.

Penjejak Mimpi: Pantang masuk kedai buku... tak sah kalau tak beli buku... :)

Saturday, November 2, 2013

Hanya Keranamu Dara..

SITUASI dalam koc merah jambu..

Sepasang merpati sejoli masuk ke koc merah jambu laluan Sg Gadut. Si teruna mahu bergerak ke koc sebelah (bukan koc wanita) tapi si dara memanggil sambil berkata: "takpe" sambil tersenyum. Lantas si teruna terus saja duduk di sebelah si dara.

Hmm.. sedangkan lautan api sanggup ku renangi.. apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan renungan dan jelingan tajam penumpang wanita lain.. apatah lagi dengan stiker: "koc untuk wanita sahaja". Demi kasih ku turutkan juga.. hanya keranamu Dara..

Penjejak Mimpi: Geleng kepala saja..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Keluarga Busy Body


GAMBAR aku dan anak-anak buah; Ekin, Iman, Kyra dan Rara. Masa ni kami sedang tengok 1 video dalam handphone Ekin lepas makan pizza sempena birthday Kyra.

p/s macam busy body betul gaya masing-masing... kan?

Penjejak Mimpi: Rindu giler kat budak pakai baju pink tu.. Huhu

KPI Dah Keluar

Lihatlah dinding yang berserabut tu...
HMMMM.. dah pun start bulan November. Khamis lepas KPI untuk projek baru dah keluar. Dah tengok.. dah belek.. dah teliti KPI tu. Ermm.. dalam kepala ni dah mula fikir pasal projek tu. Kalau ikut KPI, aku kena buat plus minus 20 keping drawing. Mungkin lebih 20 keping.. mungkin kurang 20 keping.. Tapi rasanya akan 'lebih'. Haha.. Projek sekolah agama.. :)

Hmm.. tiba-tiba teringat projek Maahad Tahfiz kat Kuala Kubu Baru. Projek tu aku buat 'lone ranger' aja. Dah siap semua.. dah plot tracing.. dah dapat tandatangan semua pihak terbabit. Tup-tup projek tu KIV. Huh!! haru betul! Kecewa juga aku bila tiba-tiba projek tu KIV. Apa taknya.. kami (design team) terpaksa berpanas di tengah-tengah hari buta kat site.. mengukur jarak bagai.. jumpa client dan lain-lain.. kena marah untuk benda yang bukan salah aku.. tunggang terbalik semuanya disebabkan nak menyudahkan drawing projek tu. Well.. memang kecewa tapi itulah yang selalu berlaku. Kalau setakat design changes, memang selalu lah.. (macam yang sekarang aku tengah settlekan) tapi layankan aja lah. Alhamdulillah lah ada kerja nak buat. Kalau datang ofis tapi takda kerja nak buat lagi haru kan? Kurang-kurang berbaloilah gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan tu. Dalam erti kata yang lebih mudah: aku taklah makan gaji buta aja kan? Hehe..

Bagus ada KPI sebenarnya. Ye lah.. bila ada KPI kita tau bila tarikhnya kena submit draf 1.. draf  2.. bila tarikh review dengan big bos.. bila tarikh tender.. bila kita agak-agak 'out of track'.. boleh adjust mana-mana yang patut as long as masih dalam tarikh yang ditetapkan.

So berbalik kisah KPI aku tu.. lepas dah tengok.. lepas dah belek.. lepas dah teliti.. aku tampal kat dinding tapi aku terbalikkan kertas tu. Maksudnya aku hanya akan nampak halaman belakang yang kosong saja. Alasan? Belum sampai masanya untuk aku serabut pasal projek tu.......

Penjejak Mimpi: Aku ialah orang yang tak ikut sangat KPI. Yang penting aku tahu mana drawing yang prioriti.. bila review dengan big bos.. review dengan comittee dan bila tender.

Friday, November 1, 2013

Kalau Dah Hantu Durian..

SABTU lepas aku ada beli durian crepe kat KL Sentral. 4 ketul RM12. Agak gebu rupanya. Nyum.. nyum.. tak sabar nak makan. Nak naik lrt PUTRA aku simpan dalam beg. Buatnya kena sound dengan orang RAPID pasal bau durian tu nanti tak pasal-pasal aja. Jatuhlah imej aku sebagai 'wanita ayu'. Ahakz! *sila vomit siapa yang nak vomit*. Sampai kat rumah kan.. huhu.. pecah crepe aku tu. Yelah.. dah masuk dalam beg.. beg sandang (bag pack) pulak.. tau-tau ajalah.. Sedih betul aku.. Disebabkan sedih; dalam masa 2 hari habis 4 ketul aku balun! Heh heh heh...

Dan kelmarin, masa aku melalui 'jambatan bodoh' kat stesen lrt STAR Bandaraya tu, ada orang jual durian crepe. Mula-mula aku terus jalan.. lepas tu patah balik bila tengok rupa-rupanya budak perempuan tu jual durian crepe kegemaran aku. Hehe... beli lagi. Kali ni 6 ketul RM10. Dah rasa.. sedap woooo... lagi sedap dari yang dibeli kat KL Sentral tu. Kena pula makan yang baru dikeluarkan dari peti ais.. perghh!! menancap sedapnya.. hingga menjilat jari.. Kih kih kih..
Durian crepe yang aku beli kat lrt STAR Bandaraya. Gebu tak? Gebu kan? Kan?
Yang ni durian crepe yang aku beli kat KL Sentral. Gambar ni anak buah aku wasap. Kebetulan dia pun beli juga. Yang aku punya kan dah pecah? Tak senonoh untuk dipaparkan di khalayak..  Haha.. *ayat poyo*
Penjejak Mimpi: Kalau dulu time arwah abah ada.. musim durian.. kebetulan aku balik kampung.. dia mesti ajak aku beli durian. Ayat abah: "cari durian, kita?". Arwah abah memang tahu aku hantu durian..