Pages

Monday, July 30, 2012

Tukar Duit Raya

DEKAT-dekat jam 2 petang tadi adik aku sms ingatkan supaya bagitau dia 'deno' duit raya paling lambat esok pagi. Aku just jawab: "k". Hehehehe.. reply paling ringkas. Apa taknya.. time dia sms tu aku sedang mengadap.. apa ke lagi.. mengadap drawing la. Tak boleh diganggu kosentrasi aku time mengadap drawing. Eceh!!

Rasanya dah terlalu lama aku tak beratur di bank untuk tukar duit raya. Senang hidup ni bila ada adik yang bekerja di bank. Adik aku bertugas di CIMB Bank di Mont Kiara so setiap kali menjelang raya, pastinya dia tak melupakan aku untuk bertanya pasal duit raya. Sampul raya pun berlambak-lambak dapat. Ehem ehem.. Jangan jelous ya pada korang yang kena beratur panjang untuk tukar duit raya nanti.. Ekekekekeke

Hmmm... aku masih berkira-kira nak standby berapa ratus agaknya untuk tahun ni.. jap ek.. nak kira.. emm.. untuk mak.. untuk angah.. untuk mak-mak sedara.. untuk anak-anak buah.. untuk anak-anak buah 'angkat'.. untuk anak orang tu.. untuk anak orang ni.. mak aii!! ramainya.. tak cukup jari tangan aku ni nak membilangnya.. jari kaki pun tak cukup gak nih! Macam mana nih?

Biasanya aku standby lebih dari list yang aku buat. Just in case la kan.. Kalau ada lebih tu simpan balik ke dalam bank. Jangan membazir.. Uhuk uhuk uhuk.. <-- Tetiba tekakku gatal..

Oklah.. aku nak kena buat list dulu untuk penerima duit raya tahun ni. Ada sesiapa nak duit raya dari Cik PM? Yang kanak-kanak aja boleh, ok? 

Penjejak Mimpi: Happy bila tengok anak-anak buah melompat dapat duit raya.. 

Sunday, July 29, 2012

Menghargai Diri

Ok tak? Ehem ehem..
LEPAS projek di KL tu tender.. aku cadang nak sambar Samsung Galaxy Tab 2 7.0 la. Ermm.. ada kena mengena ke tender projek tu dengan angan-angan Mat Jenin aku ni? Takde kena mengena langsung samada dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hehehehe...

Cuma rasanya itulah 'terapi' dan hadiah terbaik untuk menghargai diri aku sendiri yang 'berpenat lelah' menyiapkan projek tu yang amat 'mencabar'. <-- Cik PM sungguh poyo!

Tadi dah usya website Samsung dan dah buat comparison dengan Samsung Tab yang pernah keluar sebelum ni. Aku cuma pentingkan berat, saiz, processor (yang ni penting), OS (penting juga), memori dan Mobile Officenya. Camera tak penting ke Cik PM? Pada aku tak berapa sangat. Kalau keadaan memaksa, aku boleh guna handset aku sekarang; Sony Ericsson Xperia Arc aku tu. 8MP tu beb. Kalau tak.. dah ada kamera Sony aku tu so takde masalah rasanya.. <-- kes 'matlamat menghalalkan cara' lah ni..

Tapi tu angan-angan aku aje. Beli atau tak belum pasti (tapi nampak macam akan beli ajek? Uhuk uhuk uhuk..)

Aku buat comparison tu kat sini.

Penjejak Mimpi: Ada gak cadang nak bercuti lepas semuanya settle. Nak release tension konon-kononnya.. :)

Friday, July 27, 2012

Downton Abbey


LATELY aku rajin juga melayan siri Downton Abbey ni. Dah masuk season kedua pun. First season aku tak follow sangat sebab time tu aku tak subscribe Astro lagi. Hehehehehe..

Cerita ni mungkin pada sesetengah orang tak suka nak follow sebab jalan ceritanya yang agak lembab dan genre heavy drama. Aku suka cerita-cerita macam ni. Tak tau kenapa.. :)

Note: Picture is taken from here.

Penjejak Mimpi: Sedang layan la ni...

Rasaku..

KALAU kita nak orang hormatkan kita.. terlebih dahulu kita mesti hormatkan orang lain. Penghormatan dari orang lain tu bukan perlu dicari. Ianya akan datang sendiri tanpa diundang. Tak kisah lah siapa pun kita tapi rasa hormat pada orang lain tu perlu...

Penjejak Mimpi: Hormat kena pada tempatnya... :)

Tuesday, July 24, 2012

Juadah Orang Bujang

TIME break aku dah janji nak pergi JJ dengan sorang member. Elok juga. Keluar sekejap dari ofis tu. Otak aku dah tepu sesangat bila asyik mengadap drawing.

So di JJ aku tak lah borong apa pun. Just beli barang-barang basah untuk masak petang karang. What? Cik PM masak? Biar betul nih? Betul. Cik PM masak untuk berbuka puasa hari ini. Janganlah buat-buat terkejut pulak ye tuan-tuan dan puan-puan..

Ehem.. ehem.. apa agaknya yang aku masak ek? Gara-gara disebabkan entri ini so aku telah mengambil keputusan untuk sediakan masakan ayam masak merah aja. Kawankan dengan tempe goreng. Senang dan ringkas. Lagipun aku bukan nak jamu orang. Untuk tekak sendiri aja. Airnya pulak aku sediakan air teh apple. Ala.. yang brand Lipton tu..

Err... sedap ke? Entahla.. sendiri masak.. sendiri makan.. So apa yang nak dikisahkan sedap tak sedap.. Betul tak?

Macam nak jamu orang aje...
Nota 1: Juadah di tepi meja sebab meja penuh dengan laptop dan kertas-kertas hal kerja. Ekekekekeke

Nota 2: Ada la pulak tempe hangus. Gara-gara leka sidai baju.. Multitasking lah konon-kononnya... :P

Penjejak Mimpi: Perasaanku sungguh rasa tak best di ofis tadi.. :(

Monday, July 23, 2012

Catatan Anak Rantau..

HMMM... da nak berbuka puasa pun. Macam biasa aku akan berbuka sensorang. Takda masalah sebab aku dah biasa. First day puasa aku sambut kat kampung; bersama mak dan kebetulan kakak nombor 4 pun balik sekali dengan anak-anak dia. Meriah la jugak walaupun rasa sunyi tanpa ada kelibat arwah abah.. :(

Aku time-time puasa amatlah terganggu perasaan aku ni. Yelah.. kalau sebelum ni.. time arwah abah ada.. abah akan buat kerabu kerang untuk juadah berbuka puasa. Special request dari aku. Biasanya kalau aku balik.. abah akan tanya: "abah ada beli ayam.. nak makan apa?". Aku biasanya akan jawab: "sukati abahla.. tak kisah.." dan lepas tu abah akan jawab: "ayam masak merah ok?". Dan aku "ok ajek..". Tak pun abah akan buat serunding ikan untuk aku bawak balik ke KL. Sekali sekala rendang daging. Time study kat Kedah dulu balik dari cuti raya aku biasanya akan bawak balik rendang daging untuk classmate yang berasal dari Sabah atau Sarawak. Dowang kan tak balik cuti raya so bila ada rendang daging tu terubatlah sikit duka dowang yang tak dapat balik beraya ke kampung halaman. Tapi itu dulu.. satu ketika dulu...

Mak pulak akan buat bubur pulut hitam kalau aku balik. Sambal kerang mesti ada. Boleh dikira berapa kali aku makan sambal kerang yang dibeli. Rasanya mungkin kurang dari lima kali. Aku rasa masakan mak memang tak boleh ditandingi oleh sesiapa. Takpun untuk sarapan mak akan buat roti canai. Time bukan bulan puasa la... Cicah dengan kuah kari ataupun kuah dal pun sungguh menyelerakan. Tapi itu dulu.. satu ketika dulu.. time mak masih sihat lagi.. :(

Dan sekarang.. entah kenapa hati aku terasa pilu bila mengenangkan semua tu.. :(

Penjejak Mimpi: Kosong................

Monday, July 16, 2012

Insomnia kah Aku?

JAM dah hampir ke pukul 1:37am tapi aku masih tercongok depan laptop ni. Ups! Aku bukan mengadap autoCad untuk buat drawing ya..Dah lama aku close autoCad lepas save kerja-kerja aku tadi.

Lepas save semua dalam flash drive 'Panda' aku tu terus surf entah siapa punya blog. Mata tak mengantuk lagi nih.

Di ofis karang sah-sah tersengguk depan PC. Huhuhu... macam mana ni?

Penjejak Mimpi: Target minggu depan boleh submit skematik final circuit untuk semakan immediate bos. Caiyok! Caiyok!!

Sunday, July 15, 2012

Kenapa Malas Sangat Ni?

CUTI di hujung minggu memang amat dinantikan. Tapi bila mengenangkan projek yang dengarnya bakal ditender sebulan dua ni menyebabkan hari Sabtu dan Ahad tiada makna bagi aku. Sama jugak. Tapi aku bukan gila kerja. Tidak sama sekali. Cuma entahlah..

Tapi aku harus akui sesuatu.. Semalam terus berlalu tanpa sebarang progres untuk kerja aku. Cuma malam aku tengok sikit drawing lightning yang telah disemak oleh immediate bos. Tengok kejap.. fikir sikit.. terus layan tv.

Dan hari ini.. menyambung aktiviti seperti semalam.. layan tv.. mengadap laptop.. tengok drawing lightning.. fikir.. amend sikit-sikit drawing tu atas kertas.. (kira sketch la tu..).. update blog sambil layan CSI. And that's it!!

Aduhai cik PM.. kenapa la kau ni malas sangat ha? Kau tau tak kerja kau berlambak lagi nak kena settle?

1. Drawing layout lighting dari aras besmen sampai ke aras tangki air... dah habis amend ke? Da calculate habis ke? Status: Baru sikit amend. Jumaat lepas discuss dengan immediate bos pun tak settle lagi few things. Still 'pending'.. :(

2. Skematik lighting untuk final circuit dah start buat? Tak silap ada 12 skematik aku kena buat. Status: Belum mula pun lagi!

3. Lightning Protection System? Status: Yang tu immediate bos dah semak dan dah lulus. Cuma kena amend sikit. Tu pun aku baru conteng-conteng atas kertas, belum buat guna autoCad.

4. SSB distribution? Status: Yang ni jek completely siap. Insya Allah boleh dijadikan frame untuk blok diagram kabel dan earthing. Dah emel pun pada team-mate untuk rujukan dowang.

Hmmm... kenapa la aku jadi macam ni ha? Kemana perginya semangat aku yang berkobar-kobar sebelum ni? Adakah semangatku telah hilang?

Nota: Khamis ni ada lawatan teknikal High Voltage Test Laboratory kat Nilai. Immediate bos dah bagi green light. Cuma tunggu approval dari big bos. Tapi nak pergi ke tak? Kerja berlambak tu wehh!!!

Penjejak Mimpi: Tik.. tok.. tik.. tok..

Thursday, July 12, 2012

Mana Perikemanusiaan Anda?

PAGI ni aku baca The Star Online dan pandanganku terus ke tajuk ini: "Heartless Passers-by".  Hmm.. korang bacalah sendiri kat sini. Dah hilangkah rasa kemanusiaan dalam diri kita?

Penjejak Mimpi: Tak patut betul.. :(

Monday, July 9, 2012

Nasi Vanggey..

PETANG semalam aku dan kakak yang sulung keluar untuk fetch anak dia yang nombor empat dari Lumut. Aiman Hakeem ada praktikal di sana. Budak tu memang praktikal di sana tapi kami fetch dia di Jalan Greentown. Ntah.. bas kolej dia dropkan dowang di sana agaknya... So lepas fetch tu, kami ambil keputusan untuk singgah makan. Dan pilihan menu ialah nasi vanggey. Kedainya berdekatan aja dengan tempat yang kami fetch Aiman tu.

So bila sampai saja di restoran tu.. perkara pertama yang menarik perhatian aku ialah berkenaan kipas siling yang dipasang di siling restoran tersebut. Tengok!! betapa semangatnya aku nih.. orang lain sibuk nak fikir pasal makan, aku pulak sibuk menelek kipas siling tu. "Eh, ok aje kipas siling ni berpusing. Siling takde pun bergegar. Rod kipasnya cukup panjang. Mungkin sebab tu siling tak bergegar kot. Kipas tu pun ok aje.." hati kecilku berkata.. <-- ewah!! Apa taknya.. gara-gara kipas siling lah drawing layout aku 'pending' sampai sekarang. Big bos insist nak kipas dinding.. second bos nak kipas siling.. immediate bos lak pening.. tak tau nak guna kipas apa sebab dua-dua bos ada alasan.. yang pusing nya aku! Huhuhuhu...

Ok, lepas tu aku terus pilih lauk untuk dimakan. Ada beberapa pilihan tapi aku pilih ayam masak kicap dan telur masin separuh. Kuahnya mamak tu main bubuh aja dalam pinggan aku.

Jeng jeng jeng... tak sabar betul aku nak merasa nasi vanggey ni. Tapi sebelum tu snap gambar dulu sekeping dua.. Bismillah... ermmm.. suapan pertama terus aja mengingatkan aku dengan arwah abah. Sambil makan tu terus kami dua beradik mengimbas kenangan lalu..

Dulu.. sebagai polis (FRU) arwah abah selalu kena out-station/'toreng'. Jangan tanya apa maksud 'toreng' tu sebab aku pun tak tahu. 'Touring' kot.. So sebelum dowang bergerak ke destinasi, dowang akan dibekalkan dengan nasi bungkus sebagai alas perut. Tapi biasanya arwah abah tak makan dan suruh aku ikut dia untuk ambil nasi tu. Bila bawak balik rumah.. berebut-rebut kami adik beradik makan. Memang rasa sedap sangat lah time tu kan... Budak-budak.. Nasi yang kami rebutkan di zaman kanak-kanak tu lah nasi vanggey atau ada yang panggil nasi ganja.

Nasi vanggey yang aku makan ni memang rasa yang sama macam nasi time kami budak-budak tu cumanya ada sejenis kuah yang telah potong 'stim' dalam aku menikmati nasi sambil mengimbas kenangan lalu tu. Dah la pedas giler.. huh!! memang potong stim betul!! (jangan lupa.. aku punyai lidah yang manja. Tak tahan pedas ya..). Air segelas habis.. order ais kosong segelas lagi sebab tak tahan kepedasan.. :(

Apa pun.. aku rasa happy sangat sebab akhirnya aku dapat merasa nasi vanggey ni. Dah terlalu lama aku mengidam nak makan nasi vanggey ni wooo... Aiman cakap ada lagi beberapa kedai di Ipoh jual nasi vanggey. "Emm.. Aman, lain kali kamu kena bawak Andak try kat tempat lain pulak, ok?"

Nasi vanggey sepinggan... :)

Ipoh's famous nasi kandar..


Sejak 1955.. sebelum merdeka tu wehh!!
Penjejak Mimpi: Lain kali kalau makan kat situ lagi kena cakap: "tak mahu kuah pedas.."

Thursday, July 5, 2012

Mata vs Hati

AGAK-agak mana yang lebih pasti dan meyakinkan.. melihat dengan mata atau melihat dengan hati? Fikir-fikirkan...

Penjejak Mimpi: Ikut hati; mati. Ikut rasa; binasa..

Sunday, July 1, 2012

Hari Minggu Yang Mendamaikan..

YA.. memang sungguh mendamaikan bila aku tak perlu mengadap lukisan dan design file di hari minggu. Argghhh!!! dah lama aku tak merasai perasaan itu.... :)

Penjejak Mimpi: Asyik mengadap tv...