Pages

Friday, August 31, 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!

KEPADA semua rakyat Malaysia aku ucapkan; "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 55 Tahun" dengan slogan JANJI DITEPATI.

Tapi... merdeka kah kita? Ditepati kah semua janji? Ehemm ehemm...

Penjejak Mimpi: Aku sambut hari merdeka kat rumah aja bertemankan drawing-drawing yang nak kena ammend..

Monday, August 27, 2012

Dush!! Padan Muka Aku

PETANG tadi.. sembang punya sembang... dush!!! terkena batang hidung aku.. Huhuhuhu...

Bercerita punya bercerita... dush!! terkena lagi batang hidung aku.. Huhuhuhu lagi..

Bercakap punya bercakap... dush!! terkena lagi dan lagi batang hidung aku. Huhuhuhu lagi dan lagi..

Hmmm.. kadang-kadang kena 'dush' 'sepam' dua dulu baru kita ni tersedar dari 'lena' yang panjang..

Kadang-kadang kita kena 'dush' dulu 'sepam' dua baru tahu apa salah dan silap kita..

Kadang-kadang kena 'dush' dulu 'sepam' dua baru: "owh.... ya ke??"

Penjejak Mimpi: Tak cedera pun bila kena 'dush!!' tapi makan dalam seyhhh!! Apa pun terima kasih kepada insan yang sudi meng'dush' aku hari ni. Jasamu dikenang.. Ngeeee

Sunday, August 26, 2012

Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang, Ipoh

SEMALAM aku ambil peluang untuk mengimbas kenangan lalu dengan singgah sekejap ke area sekolah rendah aku dulu. Nama sekolah rendahku itu ialah Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang. Terletak di Jalan Fair Park, Ipoh. Nasib baik kakak aku sporting dengan bersetuju menemani aku seterusnya menjadi tukang tangkap gambar. Hahahaha.. Aku di sana tak lama; dalam 15 minit aja tapi cukup membuatkan otak aku ni seolah-olah berputar ke zaman sekolah rendah dulu.

Nama-nama seperti Cikgu Rafeah (cikgu kelas darjah 1), Cikgu Yap Choon Peng.. Cikgu Halimatun Saadiah (cikgu Math.. suka soal sifir. Tak dapat jawab sah-sah kena cubit kat perut! Aduih!!).. Cikgu Norliha (guru sandaran. Pernah kena buli dengan murid kelas sebelah. Nakal giler dowang tuh!). Cikgu Alex.. Cikgu Badariah.. Cikgu Bakri (guru sandaran juga).. Cikgu Mariam.. Cikgu Pauline Cheng.. Guru besar time tu ialah.. alamak.. aku dah lupa nama dia. Yang aku ingat dia guna kereta Ford colour biru. Ada Cikgu Wan Zainal Wan Nawang (guru sukan dan dia yang start membuatkan minat aku pada sukan seperti rounders.. bola tampar.. bola jaring). Ada lagi.. Cikgu Shaharuddin. Ingat lagi cikgu ni akan balas kad raya yang aku bagi pada dia. Lepas tu ada lagi sorang. Cikgu Razman; guru muzik. Garang giler cikgu ni. Huhuhuhu..

Hmmm... entah mana diorang agaknya. Dah pencen la tu. Takpun ada yang jadi guru 'besau'..  Tapi walau dimana pun diorang sekarang ni, muga jasa diorang mendidik anak bangsa diberi balasan yang sebaik-baiknya dan muga diorang sentiasa dalam kesihatan yang sempurna. Tak ternilai jasa diorang sebenarnya. Kan orang bijak pandai selalu berkata: "guru ni umpama lilin; yang sanggup membakar diri demi orang lain" (<-- betul ke ungkapan ni?)
Yang belakang tu kira cam bangunan baru lah. Zaman aku dulu takde. Yang depan tu kantin (aku rasa la..) Tapi bukan kantin kat belah belakang ker? Err.. zaman aku dulu la.. Ngeee
Bangunan asal. Ada 2 tingkat aje..

Sebelum ni ada pokok besar kat sini. Tempat kami lepak-lepak time rehat..

Area hujung bangunan asal. Bawah tu pejabat dan atas tu bilik guru besar. Sebelah bilik guru besar ialah bilik guru. Ni aku cite zaman aku dulu ye tuan-puan.. :)

Cik PM amek kesempatan berposing sebelah nama sekolah. Sekolah yang telah membentuk Cik PM menjadi 'orang'.
Penjejak Mimpi: Arwah abah nak aku jadi cikgu. Kalau aku jadi cikgu musti aku jadi guru yang dibenci oleh student sebab aku kan garang? Hehehehe

Aku Terbaca..

AKU terbaca: "Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya tetapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa"..

Aku terbaca: "Hidup ini umpama aiskrim jadi nikmatilah ia sebelum cair"..

Jadi kengkawan semua... nikmatilah hidup ini dengan penuh gembira. Carilah kebahagiaan dalam hidup ini sementara masih diberi peluang oleh Al-Khalik yang maha kuasa... :)

Penjejak Mimpi: Aku gembira dan bahagia dengan cara aku.. Yeah!!

Saturday, August 25, 2012

Dah Pun Hari Sabtu..

PEJAM celik pejam celik... dah pun hari Sabtu. Esok dah nak balik ke KL pulak. Lusa dah masuk kerja balik. Rasa macam baru aja semalam aku kelam kabut packing beg nak balik ke Ipoh. Tup-tup dah nak kena packing beg balik ke KL pulak. Hmmm... 

Petang ni ingat nak merayap kejap ke UO Ipoh. Dah berzaman tak kesana. Ok, aku tipu! Tak lah sampai berzaman. Rasanya mungkin dah berbulan aku tak ke sana. Sebab setiap kali balik kampung, aku akan shopping samada kat Giant (shopping kah?) atau ke Jusco. Ke Giant tu biasanya nak mencari barang-barang dapur rumah mak aja. Jusco lak kalau tiba-tiba rasa nak tengok wayang ataupun nak cari barang aku. Tak pun aku tak ke mana-mana. Hanya memerap kat rumah melayan tv dan bersembang bagai nak rak dengan mak.

Harap-harap esok perjalanan balik ke KL tidaklah jem. Walaupun aku biasanya akan 'melena'kan diri sejurus bas bergerak menuju ke destinasi. 

Lusa dah start kerja balik. Adusss!!

Penjejak Mimpi: Malasnya aku nak kemas beg. Huhuhuhu..

Friday, August 24, 2012

Perempuan Neraka

SEMALAM aku layan drama kat TV3 yang bertajuk Perempuan Neraka. Actually aku 'tertengok' sebab asalnya aku tengok cerita lain kat channel apa ntah. Bila dah habis cerita tu, terus aku tukar channel. Tukar punya tukar melekat lak dengan cerita ni. Sebelum ni dah ditayangkan tapi entah kenapa ditayang sekali lagi. Mungkin atas permintaan ramai agaknya.. :)

Aku tak rajin nak tulis sinopsis drama ni. Korang nak tau sila google sendiri. Cuma aku harap kisah ni menjadi tauladan buat semua isteri-isteri di luar sana dan yang bakal menjadi isteri macam aku ni (entah bila lah tu..). Sebenarnya bila sedang layan cerita tu.. aku terfikir betapa beruntungnya aku sebab ada kerjaya sendiri. Yelah.. at least aku tidak bergantung pada orang lain untuk hidup. Kalau dah kahwin nanti (amin.. amin.. amin..), aku tidak lah bergantung sepenuhnya pada wang gaji suami. Kan? Kan? Kan? Kalau jadi apa-apa sekurang-kurangnya aku ada pendapatan sendiri. Tu yang pertama...

Yang kedua.. aku terfikir.. tak kesian ke sang isteri tu kepada suami sampai tergamak perlakukan suami dia sampai macam tu? Ishk!! Ishk!! Ishk!!! Nauzubillah.. Tak patut betul tindakan isteri tu.. Aku tengok pun jadi geram dengan isteri yang macam tu. Rasa nak lempang pun ada...

Note: Picture as usual taken from Google Image.

Penjejak Mimpi: Syurga isteri di bawah tapak kaki suami, kan?

Sunday, August 19, 2012

Kisah Duit Raya


SATU  Syawal dah menjelma. Hari raya disambut dengan meriah terutamanya oleh anak-anak buah aku yang sibuk mengumpul duit raya dari mak-mak saudara diorang. Aku adalah mak saudara diorang yang terakhir bagi duit raya. Anak adik aku; si Iman asyik cakap: "huh! Andak jek yang belum kasi duit raya!" sambil tunjuk muka tak puas hati. Hahahahaha... Aku sekadar menjawab: "ala.. relaxlah..".

Akhirnya semua anak saudara aku yang berjumlah 15 orang dah dapat duit raya masing-masing. Tak kisahlah dah kerja atau masih bersekolah  atau masih kecik semuanya dapat duit raya. Tapi berbezalah amaunnya. Takkan dah kerja pun dapat amaun yang sama dengan yang kecik? Lagipun budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak? Hehehehe..

Teringat masa budak-budak dulu... Mana pernah dapat duit kertas sebagai duit raya? Budak-budak sekarang pun paling 'cikai' dapat RM1. Zaman aku dulu? Huh!! 5 sen pun pernah dapat tau! Ingat lagi.. pergi beraya dengan adik aku. Biasalah budak-budak.. bukan nak makan kuih sangat. Kalau makan pun.. sikit aja. Buat syarat. Tu pun kalau kuih sedap habislah mulut ni mengunyah telan ke dalam perut. Kalau tak sedap... alamat buang kuih tu bawah meja. Tapi sebelum tu usya keliling.. pastikan tuan rumah tak nampak. Hahahaha.. tak senonoh giler perangai. Ops!! bukan kami ya.. Entah anak siapa entah.. Hehehehe..

Tapi cakap pasal duit raya 5 sen tu.. tahun depan sah-sah kami tak beraya rumah dia lagi. Boikot! Kedekut kudik!! Hehehehe..

Dulu nak dapat RM1 pun bukan main payah. Jenuh turun blok naik blok (aku duduk kat berek polis, okay?) tapi anak-anak saudara aku.. kalau setakat RM10 boleh dapat senang-senang dari mak saudara diorang atau sepupu masing-masing. Tu dari seorang ya.. Ce kira.. kalau sorang kasi RM10.. kalau ramai dah berapa? Untung budak-budak sekarang..

Hmmm.. sebab taraf hidup sekarang dah tinggi atau nilai duit tu yang semakin mengecil? Apa pun.. berjimat cermat selagi boleh. Jangan nak membazir tak tentu hala. Benda-benda yang tak perlu tak payah beli. Benda-benda yang tak penting tak payah beli. Ingat tu Cik PM..

* Gambor kat ateh nun macam bese teman songlap dari Google Image.

Penjejak Mimpi: Err... maknanya aku tak boleh beli lah Samsung Tablet tu? Uwaaaa!!! Uwaaaa!!!! Nak jugak!! Nak jugak!!!

Wednesday, August 15, 2012

Sempat Ke Nak Raya Ni?

PETANG tadi lepas time break aku sibuk menyusun drawings yang telah diplot untuk disemak oleh my IB (IB = immediate boss) dalam bilik fail. Aku start cuti lusa; Jumaat so nak standby apa-apa yang patut sebelum bercuti. Sedang sibuk menyusun dan membuat double checking kat 'hasil seni' sendiri tu, tiba-tiba one of the engineer masuk. Nama dirahsiakan atas faktor keselamatan. Ekekekeke...

Soalan dia ialah: "sempat ke nak raya nanti?". Mungkin sebab dia tengok aku sibuk menyusun drawings so terpacul lah soalan cepumas tu. Sambil tangan menyusun drawings mulut aku ni menjawab: "sempat.. yang major punya lukisan saya dah setelkan. Tinggal yang minor-minor punya je. Yang tu, lepas raya insya Allah saya setelkan".

Dia menyambung: "Ye lah.. yang penting major drawings tu siap dulu". Aku hanya mengiyakan sambil berlalu keluar sebab kebetulan dah beres urusan menyusun drawings tu.

Sambil kaki melangkah keluar tu otak aku ligat berfikir sesuatu........... <-- ayat tergantung.... :)

Penjejak Mimpi: Hanya jasadku saja yang masih di hutan batu ini...

Wednesday, August 8, 2012

Lirik Lagu: Two Less Lonely People in The World - Air Supply

I was down my dreams were wearing thin
When you're lost where do you begin
My heart always seemed to drift from day to day
Looking for the love that never came my way

Then you smiled and I reached out to you
I could tell you were lonely too
One look then it all began for you and me
The moment that we touched I knew that there would be

[Chorus:]
Two less lonely people in the world
And it's gonna be fine

Out of all the people in the world
I just can't believe you're mine
In my life where everything was wrong
Something finally went right
Now there's two less lonely people
In the world tonight

Just to think what I might have missed
Looking back how did I exist
I dreamed, still I never thought I'd come this far
But miracles come true, I know 'cause here we are


[Chorus]
Tonight I fell in love with you
And all the things I never knew
Seemed to come to me somehow
Baby, love is here and now there's

[Chorus]

Penjejak Mimpi: Bila buat kerja mesti kena dengar lagu. Baru ada feel... :)

Tuesday, August 7, 2012

Sama Lah Kita..

RENTETAN dari entri ini, sebenarnya aku pun alami 'masalah' yang sama dengan blogger ini iaitu stress. Hehehehe.. aku? Aku stress? Diulang lagi... aku stress?

Jumaat lepas time break aku dan dia telah ke satu farmasi kat bawah Mid Valley ni untuk ambil tekanan darah. Free aja.. Apa ke nama farmasi tu aku pun dah tak ingat.

Lepas dia.. turn aku lak... Jeng jeng jeng... mak ai!! "Bacaan u banyak tinggi woo.." kata amoi si pharmacist tu.. Aku terus aja jawab dengan penuh confident: "memang la.. i stress". 

Betul la kata kawan aku tu.. stress ialah ibu segala penyakit. Masalahnya apa yang aku stress sesangat ni? Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

Penjejak Mimpi: Ada tempat paling keras untukku hantukkan kepalaku ini? 

Sunday, August 5, 2012

Lee Chong Wei vs Lin Dan

SEKARANG kat tv1 siaran langsung perlawanan akhir bandminton perseorangan antara Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan. Mata terkini Chong Wei - 14 dan Lin Dan - 11.

Mintak-mintak la Lee Chong Wei menang dan menjadi juara Olimpik 2012.

Terkini (yang tidak menjadi terkini dah..): Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan. Rubber set... Takpelah.. at least dia dah berusaha yang terbaik. Apa-pun tahniah pada Super Dan.

Penjejak Mimpi: Nak sambung amend drawing yang dah direview dengan big boss hari tu..

Thursday, August 2, 2012

Bersara Selepas Disingkirkan

NAK kata sedih.. sedih juga bila baca kisah pemain badminton beregu wanita dari negara Tembok Besar; China ini yang mengumumkan persaraannya selepas disingkirkan dari skuad Olimpik China.

Pemain ini; Yu Yang dan tujuh lagi pemain badminton wanita (dari Korea Selatan dan Indonesia) dituduh mengatur perlawanan di dalam perlawanan badminton di temasya Olimpik yang sedang berlangsung di London.

Sedih tu sebab lepas ni tak dapat lagi tengok aksi dia yang hebat beraksi di gelanggang. Hmm.. tu la.. masa buat tu tak fikir baik dan buruknya..

Apa nak kata lagi.. dah hilang semangat kesukanan la tu...

Nak tau lebih detail sila skodeng di sini.

Penjejak Mimpi: Dah lama tak main badminton. Kasut sukan aku tu pun dah berhabuk.. Uhuk uhuk..

1st Review..

ALHAMDULILLAH hari ni selesai part pertama sesi review drawings untuk satu projek kami di KL nih. Ala, projek yang buat hidup aku sungguh chaos dan haru biru sebelum ni. Kisah betapa chaosnya life aku untuk menyudahkan drawing berkenaan ada aku ceritakan kat sini dan sini.

Review tersebut adalah dengan big bos dan 'team' yang terlibat. Boleh kata semua drawings aku telahpun 'selamat' disemak oleh big bos. Memang ada pembetulan di sana dan di sini. Biasalah.. aku ni kan tak terror? So kesilapan di sana sini tidak dapat tidak pasti ada. Walau pada hakikatnya aku perlu akui kesilapan yang terjadi tak sepatutnya aku lakukan. Ala.. bukan silap apa pun.. silap jenis kabel aje. Tu pun yang dekat lif punya. Patutnya kabel untuk lif kena guna jenis 'fire rated'. Pastu ada typo pulak.. Silly mistakes  la kiranya. Terkhilaf kata orang.. <-- statement melindungi salah sendiri. Huh!! tak mau mengaku salah sendiri. Cik PM berperangai buruk!!

Tapi pada masa yang sama juga aku perlu akui yang projek ini betul-betul telah mengajar aku pelbagai perkara terutamanya dalam soal teknikal. Dan projek ini juga telah menjadikan aku menjadi 'orang lain'. Err.. maksud aku ialah.. sebelum ni aku tak pernah nak tanya direct pada mana-mana bos especially second boss apa-apa saja perkara teknikal yang aku musykilkan. Tapi sejak buat projek ni.. apa saja yang menjadi kemusykilan aku.. aku akan direct tanya pada second bos. Kena gelak sebab tanya stupid question? Dah biasa.. Kena perli sebab tanya soalan kurang cerdik? Dah lali.. Bila kena gelak.. bila kena perli aku biasanya akan menjawab: "encik, you nak gelak kat i guling-guling pun.. you gelak lah.. i rela. Janji i dapat ilmu. I tak kira". Bernas tak jawapan aku? Hehehe

Apa lagi 'kerja gila' yang aku buat sejak kena design projek ni ya? Hmm.. ha... sms second bos dan immediate bos pagi-pagi buta untuk set time for discussion hari berkenaan. Balik lewat.. 'mengadap' immediate bos dan second bos berjam-jam untuk discuss.. turun naik ofis kawan-kawan untuk bertanya sebarang kemusykilan.. sibuk mencari katalog lampu lepas tu kena discuss pulak lagi untuk decide jenis mana nak guna.. sms ataupun emel pada immediate bos ataupun second bos untuk sebarang idea dan kemusykilan.. (<-- itulah gunanya teknologi, kan?). Bak kata banyaklah perkara-perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni tapi disebabkan untuk 'menjayakan' projek ni aku buat. Yang paling kelakar tu.. kadang-kadang dalam komuter.. sambil jalan nak balik rumah tu.. kalau tiba-tiba ada persoalan yang mengganggu; aku akan sms immediate bos untuk bertanya. Huh!! tak menyempat betul aku nak tunggu sampai esok! Pasal kerja kena cepat!

Dan hari ini.. aku perlu akui 'burden' yang aku tanggung selama ni dah kurang 3/4. Tinggal lagi 1/4 'burden' yang perlu aku tanggung sampai projek ni ditender. So for the time being.. hidup aku akan kembali normal.. tidur aku akan kembali nyenyak.. emosi aku akan kembali stabil.. Huh!! macam teruk sangat buat projek ni, kan? Hehehe

Esok insya Allah akan sambung review tapi part aku tinggal lightning/sistem perlindungan kilat aje. Yang selebihnya part 'tag-team' aku iaitu 'rakan'. Esok juga mungkin aku ada discuss sikit lagi dengan immediate bos pasal few drawing yang kami 'tertinggal' untuk dihasilkan. Oleh sebab part aku takde yang pending so secara automatiknya tugas menghasilkan drawing tersebut terletak kat 'batu jemala' aku. Tak pasti berapa keping.

Apapun, aku boleh menarik nafas lega sebab sekurang-kurangnya title aku sebagai 'orang lama' tidak terjejas bila aku mampu 'menyediakan' drawing on-time. Riak la tu... <-- syirik kecil. (Sila jangan ikut sikap ini!)

Nota: Aku suka apa-apa aja yang berkaitan design dan drawing. So what?

Penjejak Mimpi: I love my job very much...

Wednesday, August 1, 2012

Berjauh Hati..

AKU cuba untuk buang perasaan yang tak best ini tapi sehingga ke saat ini.. aku masih gagal.. :(

Penjejak Mimpi: Entah apa-apa entah..