Pages

Sunday, January 5, 2020

Selamat Tahun Baru 2020


ASSALAMUALAIKUM wbt.

Selamat tahun baru 2020 kepada semua pembaca blog ini. Semoga di tahun ini memberi kita lebih banyak peluang dan ruang untuk kita bermuhasabah diri mengenang kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan di tahun 2019.. memperbaiki diri dalam semua perkara dan berusaha dengan lebih tekun untuk menjayakan setiap apa yang dicita-citakan. Inshaa Allah.

Azam aku di tahun ini? Ada la 3-4 kot azam aku tapi aku hanya nak kongsikan dua aja dengan korang. Satu azam aku di tahun ini aku akan cuba mencari masa untuk update blog aku ni. Tahu.. tahun lepas pun ini juga azamku.. Haha..

Azam kedua aku ialah di bidang pekerjaan. Start tahun ni aku nak belajar sebanyak mungkin ilmu teknikal. Nak cuba grab ilmu dari otai-otai di kelilingku.. nak lebih rajin bertanya.. bukan sekadar angguk dan menerima bulat-bulat ilmu yang diberi, Setiap tugasan yang diberi perlu dicatat.. ada hitam putihnya.. kalau ada calculation, sediakan calculation sheetsnya.. apa-apa yang perlu di buat, sentiasa catitkan di dalam buku catitan.. supaya tidak terlupa.. buat time frame sendiri.. senang cakap aku nak kerja aku lebih tersusun la.. more organise kata orang putih... hehe..

Inshaa Allah.. moga azam aku.. azam kau dan azam kita semua tercapai. Inshaa Allah.

Sampai ketemu lagi di lain siaran. Chau chin chauuu...

Penjejak Mimpi: More challenge to come for this year.. am i ready to face it? 

1 comments:

MAIRAH said...

www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...