Pages

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, October 13, 2019

"Susah nak jawab nanti.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Perbualan diantara seorang Jejaka Kacak (JK) dan Gadis Manis (GM) di salah sebuah pejabat di ibu kota.

GM: " Bla.. bla.. bla.."

JK: "Bla.. bla.. bla.." 

GM: "Eh, bukan ko ada ada apply nak sambung degree ke?"

JK: "Ya tapi ....... (tak berapa jelas jawapan dia..)

GM: "Wah.. nanti ada degree bolehla ko jadi engineer.."

JK: "Eh, saya tak nak jadi engineer. Cukup dengan jawatan sekarang.." 

GM: "Ler.. rugilah ko. Penat je ambil degree.."

JK: "Tak nak saya. Susah nak berjawab nanti.. Lagipun tak semestinya ada degree kena jadi engineer. Bla..bla.. bla.."

Pang!! Tiba-tiba pipiku yang gebu dan montok ni terasa seolah-olah ditampar. Tertanya-tanya adakah aku mampu untuk berjawab di dunia yang satu lagi tu? Cukup lengkapkah aku tunaikan setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas selama ini? Adakah aku betul-betul menjalankan kerja aku sebaik mungkin atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja?

Benar.. bila mengingtkan semua tu terasa gerun juga aku. Takut tak terjawab bila sampai masanya. Kita ni walau apapun jawatan kita.. walau apapun pangkat kita.. tetap akan disoal bagaimanakah kita melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita? Sebagai ketua akan ditanya adakah kita bertindak adil pada anak-anak buah kita.. pada staf kita.. sebagai staf adakah kita cukup melunaskan hak ketua kita? Sebagai ketua adakah kita cukup melunaskan hak staf dan anak buah kita? Bila diingat-ingat semua tu.. memang menakutkan.

Penjejak Mimpi: Teringat bicara aku dengan ex-big bos aku satu ketika dulu. Katanya "kita buat kerja ni kena ikhlas. Kalo ko tak dapat ganjaran sekarang, ko akan dapat ganjaran di dunia satu lagi..".

Friday, March 8, 2019

Permudahkan Urusan Orang Lain

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Sejak tahun lepas aku sibuk dengan lukisan perubahan rekabentuk untuk projek 'Y' di Negeri Sembilan. Disamping kerja-kerja hakiki dan bukan hakiki yang lain. Alhamdulillah akhirnya proses penyediaan lukisan perubahan rekabentuk yang pertama sudahpun di peringkat akhir. Hanya menunggu tandatangan dua boss lagi sebelum boleh dibuat edaran.

Proses penyediaan lukisan tersebut mengambil masa agak lama dengan mengambil kira kesibukan aku dengan kerja-kerja lain. Terluah juga rasa jemunya aku di hadapan IB dengan proses yang agak lama tapi jawapannya: "takpe.. kita susah sikit.. kita mudahkan urusan orang lain.. inshaa Allah tuhan akan permudahkan urusan kita nanti". Ya.. dan itu yang aku pegang. Sekadar memotivasikan diri sendiri juga.

Proses ini juga menyebabkan aku selalu berhubung melalui telefon atau whatsapp dengan rakan sejawatan yang menjaga tapak projek 'Y' ini. Apabila selalu berbual dan bertanya hal-hal berkaitan projek, sedikit sebanyak aku dapat juga menyelami perasaan mereka yang bertugas di tapak. Memang tak dinafikan agak sulit juga kalau bertugas di tapak. Mental kena kuat. Kalau aku? Mungkin mentalku dah lama koyak.

Kadang-kadang orang yang membuat design.. tak ambil kira masalah yang mungkin akan timbul di tapak. Dalam erti kata yang lain design 'syok sendiri'. Bila dah selalu berjumpa dan berbicara.. baru tahu betapa susahnya tugas mereka. Kena fikir bagaimana kalau kita berada di tempat mereka?

Cerita pokoknya di sini ialah; apabila orang lain perlukan pertolongan kita, seboleh mungkin cuba bantu mana yang termampu. Inshaa Allah jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Mungkin bukan dia yang bantu balik.. Mungkin orang lain. 

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba teringat ungkapan ini "jika tak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi lalat".

Sunday, July 13, 2014

Motivasikan Diri Anda..

ADAKALANYA kita perlu menangis
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa...
Adakalanya kita perlu ketawa
Agar kita tahu mahalnya nilai air mata...

Bersyukur pada orang yang menyakitimu
Kerana dia yang menabahkanmu...

Bersyukur pada orang yang tidak mengendahkanmu
Kerana dia yang memupukmu berdiri...

Bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu
Kerana dia yang memperhebatkan kemampuanmu...

Bersyukur pada orang yang menyeksamu
Kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahanmu...

Penjejak Mimpi: Sungguh bermakna..

Wednesday, October 16, 2013

If You Want Happiness..

SOMETHING really worth to share..

If you want happiness for an hour...... take a nap

If you want happiness for a day ...... go for a picnic

If you want happiness for a week ...... go on a vacation

If you want happiness for a month ...... get married

If you want happiness for a year ...... inherit wealth

If you want happiness for a lifetime ...... LEARN TO LOVE WHAT YOU DO..

Penjejak Mimpi: That's what i'm trying to do... :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 21, 2013

Diuji

" KAMU sedang diuji. Diuji akan membuatkan kamu kuat.. "

Penjejak Mimpi: Cakap pada diri sendiri.. :(

Monday, December 24, 2012

Mission Accomplished! Alhamdulillah :)

ALHAMDULILLAH syukur pada Allah sebab akhirnya pada Khamis lepas dua impian kecil aku telah dimakbulkan. Haha.. Impian kecil la sangat.. Impian kecil yang aku maksudkan ialah.. akhirnya dapat juga aku merasa durian crepe/durian pancake di Sweet Chat, Mid Valley. Lawak je aku rasa sebab sebelum ni aku pernah makan di sana dan pernah juga aku tanya pasal durian crepe ni tapi waiter (waiter kah?) kat sana kata takde. Tapi bila aku lalu kat situ, ada jek orang order menda alah tu. Pelik bin ajaib. Ke mamat tu tak paham apa yang aku cakap? Aku cakap slang German kot? Haha..

Then pada Khamis lepas aku makan dengan Liza dan Umai. Sekali lagi kat Sweet Chat. First thing yang aku tanya ialah: "adik, durian pancake ni ada tak?" (sambil tunjuk gambar durian pancake dalam menu). Bila mamat tu kata ada terus aku jawab: "Yes!!".

So orderlah aku termasuk mereka berdua tuh. Bila saja potongan tersebut masuk ke dalam mulut.. ahh!! terasa puasnya. (<-- IB kata aku macam orang mengidam. Ceh!!). Tak kisahlah tu.. janji dapat makan walaupun aku tahu orang lain dah jemu dengan makanan ni.

Ni lah rupanya durian pancake yang aku idam-idamkan tu. 3 ketul RM8.90. Berbaloi-baloi seyh..
Dah kenyang kami bergerak pulak ke The Garden untuk merealisasikan impian kecil aku yang kedua. Dah puas survey.. Dah puas riki.. Dah puas surf internet.. Dah puas belek kat Samsung Centre.. Akhirnya.. tada!!! Aku sambar Samsung Galaxy Tab2 pulak. Memang lah plan asal aku nak sambar lepas projek Ilaj Home tu tender tapi projek tu tender tahun depan pulak. Aku tahan lagi.. Takpe.. sabar... sabar... 

Last-last aku decide macam ni aja.. Lepas aja aku settle design stage untuk projek sekolah Ar-Rahah dan Kastam Kelana Jaya tu.. aku akan sambar tab tu. Lantaklah apa nak jadi.. jadilah..

At last aku sambarlah juga tab tersebut walaupun untuk projek Kastam Kelana Jaya tu tendernya entah bila-bila. Second bos kata lambat lagi tapi takpelah. Aku tak peduli itu semua. At least untuk Kastam Kelana Jaya tu aku anggap yang aku dah design juga walaupun untuk submit kat Cawangan Structure aja. Untuk projek ni hanya tuhan yang tau macam mana aku setelkan dan bereskan. So aku berhak untuk beli apa yang aku suka. Itu cara aku menghargai diri yang bersusah payah menyudahkan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

So tercapailah impian kecil aku dengan izin dariNya. Muga dengan tercapai impian ini, aku akan terus bekerja dengan penuh komited.. menjaga amanah sebaik mungkin dan terus mengingati al-Khalik hingga akhir hayatku, Insya Allah.

Ni bukan tab aku tapi sebijik macam tab aku tu. Kaler pun sama. Putih. Image as usual songlap from Google Image.
Penjejak Mimpi: Takut tak termampu nak menjawab di dunia yang sana pasal tanggungjawab. Takutttt... :(

Wednesday, December 28, 2011

Keseronokan Bekerja

SAPE orang gomen sah-sah tau ape itu Tonggak 12. Aku cume nak sentuh 1 item jek dari 12 tu iaitu 'Keseronokan Bekerja'.

KESERONOKAN BEKERJA - Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan membosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja dan semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44). Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepada usaha‑usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai‑nilai yang perlu dititik beratkan dalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah: (i) Kerja adalah ibadah (i i) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah (iii) Komitmen terhadap kerja (iv)Sedia bekerjasama.

Isi dicilok dari sini.

Penjejak Mimpi: Tetibe jek skema ni apehal?

Thursday, July 7, 2011

Sahabat

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seseorang insan akan terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

p/s Kite perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana sahabat itu menjadi inspirasi perangai kite..

Penjejak Mimpi: Rindu pade kengkawan lame...

Monday, February 28, 2011

Hari Baru.. Semangat Baru!

ARI ni ari Isnin bertarikh 28hb Februari 2011. Esok da masuk bulan baru; bulan Mac. Bulan Mac takde ape yang spesel. Cume ade besday aku.
Tapi bukan itu yang aku nak cite. Pagi ni aku cume nak mengumpul semangat untuk bekerja lebih tekun dan beretika. Ups! Adekah slame ini aku tidak beretika? Tidak juga. Seboleh mungkin aku cube menjadi seseorang yang beretika especially soal kerja.
So, ayuh semua! Tekadkan semangat! Bulatkan azam! Tanamkan dalam diri anda sume mulai saat ini anda mahu lebih berdedikasi, berwibawa dan lebih beretika!!!
Penjejak Mimpi: Muge mulai saat ini rezeki yang dicari lebih berkat dan halal, insya Allah :)

Sunday, February 20, 2011

Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri?

MUGE ianye membawa kebaikan dan manfaat bersame, insya Allah. :)
1. Baiki kelemahan diri.
2. Jangan buang masa.
3. Dapatkan kemahiran melalui pembacaan, pengkajian, menghadiri seminar, kursus dan sebagainya.
4. Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu.
5. Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri kita akan menang.
6. Sentiasa buat yang terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
7. Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan.
8. Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri.
9. Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang.
10. Jangan berhenti selagi belum berjaya.
Sumber: Majalah Solusi Isu 20
Penjejak Mimpi:
Lawan sebenar ialah diri sendiri...

Wednesday, February 9, 2011

Tip Disiplinkan Diri

SOMETHING really worth to share. Harap bermanfaat.. :)
1. Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan. Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama itu.
2. Lekatkan poster, cogankata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang mudah dilihat. Jangan malu, isytiharkan kepada dunia tentang apa yang anda akan capai. Yang penting, "pengisytiharan" itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.
3. Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari. Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usah biarkan hari-hari berlalu "sepi" tanpa sesuatu pencapaian-pencapaian kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
4. Setiap perkara penting yang hendak anda laksanakan hendaklah ditulis tarikh akhirnya (deadline). Ini akan memberikan semacam satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh akhir itu berjaya ditepati. Anda akan merasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat hari ke hari.
5. Bagi satu tugasan yang sukar atau membosankan (tetapi sangat penting), elok memulakan secara berdikit-dikit. Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana ini akan menjerumuskan anda kepada satu keadaan "tidak berbuat apa-apa". Ingatlah, rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukannya langsung!
6. Gunakan masa yang paling optimum dalam hidup seharian anda untuk melakukan tugas-tugas yang paling penting. Dan ingat, jangan terus bergelumang ke bahagian-bahagian yang tersukar, sebaliknya mulakan pada bahagian-bahagian yang lebih mudah dahulu, Ini akan memberikan anda semacam satu "momentum" untuk menakluki bahagian-bahagian tersukar dalam tugasan yang paling mencabar.
7. Amalkan dialog diri yang positif. Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata, "Aku boleh. Aku boleh berjaya kerana aku adalah orang yang berdisiplin." Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif samada yang datang dari dalam diri anda sendiri atau daripada orang luar yang tidak membina!
8. Janjikan satu masa untuk meraikan kejayaan anda sekiranya anda berjaya melaksanakan tugas-tugas sukar dalam hidup. Misalnya, menikmati makanan istimewa di tempat-tempat yang
anda sukai selepas melaksanakan tugas-tugas besar. Katakan kepada diri, "Sekiranya aku berjaya menyelesaikan tugas ini, aku akan belanja diriku makan "the best nasi Beriyani in the town!"
(Picture as usual songlap from Mr Google and sumber taken from Majalan Solusi Isu 5)
Penjejak Mimpi: Ingat dulu-dulu mase jadi pengawas sekolah... :)

Tuesday, December 21, 2010

Bagaimana Nak Gembira?

Salam.
KITA sememangnye tidak dapat lari daripada perasaan sedih dan kecewa dalam idup. Semakin tue usie kite, semakin sensitif pulak perasaan kite.. sehinggekan perkare yang kecik pon buleh mengguris perasaan.
Usah gusar, Tuhan telah berfirman bahawe semua penyakit ade ubatnye kecuali mati. Make marilah kite bersame membuke minda dan mengenali tips berikut untuk dijadikan amalan dalam hidup kite. .. samade tua atau mude atau siape pon kite. Amalkan lah petue-petue di bawah ini.
Selamat menemui kebahagiaan.. :)
1. Cari penyelesaian
Apabile berlaku sesuatu masalah terus cari jalan penyelesaian, bukannye menyalahkan orang lain atau diri sendiri. ORANG YANG BETUL-BETUL GEMBIRE IALAH ORANG YANG BERJAYE MENGAWAL MOOD TANPA DIPENGARUHI OLEH KEADAAN SEKELILING. Dan saye berani mengatekan kenyataan ini memang benar!
2. Sentiase bersyukur
Ucapkan syukur seikhlas-ikhlas hati kerane anda masih mampu melihat, mempunyai 5 deria yang lengkap dan kawan rapat yang memahami. Ucapan syukur setiap hari membantu meresap jauh ke dalam hati anda.
3. Ubah fikiran
Situasi sedih dan kecewa tidak akan mengubah segalenye. Sebaliknye cubelah fikir perkare yang baik-baik. Cari nilai-nilai positif. Ia mungkin memberi anda keuntungan dalam jangkamasa panjang. Katekan kepade diri sendiri bahawe anda BERHAK GEMBIRE DAN BAHAGIE!
4. Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dan perasaan negatif dan emosi takut, sedih dan kecewa, cemburu dan dendam. Belajar menjadi pemaaf akan memberikan ketenangan pade diri anda.
5. Kesihatan
Kekalkan kesihatan dalam mencapai kehembiraan sehari-hari. Bersenam. beriadah dan melakukan aktiviti sihat mampu membuatkan anda merase gembire. TAK PERCAYE KAN? KITE MEMANG MALAS BERSENAM.. Mulekan sedikit-sedikit dahulu.. 15 minit.. bulan depan 30 minit.. seterusnye rutin harian selame 45 minit. CUBELAH! PASTI ANDA BERASE LEBIH SIHAT, CERIA DAN AWET MUDE!
6. Rancang
Rancanglah sesuatu yangmembuat anda gembire. Mungkin mood anda akan jadi lebih baik kerane anda berase yakin dengan diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan.
7. Lupekan kenangan pahit
Senang cakap tetapi agak susah untuk dipraktikkan. Cube, okay? Kalo tak buleh jugak, tak mengape untuk ingatkan saje sampai termuntah dan ijau muke kite untuk mengingatkan peristiwa berkenaan. Kerane sampai satu ketike, kite akan sedar betape membuang masenye kite berbuat demikian. Bulatkan azam untuk fokus kepade mase depan kite., cite-cite, keluarge, kerjaye dan kawan-kawan. Memang proses ini mengambil mase tetapi ia buleh dicepatkan dengan cube alihkan perhatian kite kapede perkara lain.
8. Pergaulan
Sentiaselah berkawan dan bergaul dengan orang yang ceria dan gembire. Sekurang-kurangnye anda berfikiran positif dan emosi mereka akan mempengaruhi anda untuk bergembire!
9. Hadiah istimewa
Berikan hadiah kepade diri anda sendiri setiap ari. Contohnye makan tengahari dengan makanan kegemaran anda. Beli pakaian yang anda suke, rehatkan diri di spa dan sebagainye. Care ini dapat mengekalkan kegembiraan dan menjadikan mood anda lebih baik.
10. Hati mesti keras
Dengan kekerasan ati, ia memberi kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerime hakikat dengan hati terbuke. Anggap musibah yang berlaku kepade anda adalah balasan kecil atas perbuatan anda di masa lalu. Sebelum tidur, tanamkan dalam minda anda untuk menjadi seorang yang ceria pade keesokkan arinye. Apabila bangun tidur, katekan ari ini adalah ari baru untuk anda. Tekadkan diri untuk jadikan ARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM!
Credit to: Kak Noor, UPK
Sumber: Majalah VIR, CKE IPJKR
Penjejak Mimpi - nampak di luar memang gembire tapi luke di dalam sape yang tahu. :(