Pages

Sunday, April 28, 2013

MTV: Kehilangan - Firman


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku


Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada


Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita


Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila


Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Sumber lirik dari SINI

Penjejak Mimpi: Layan jer... :)

Intro Dulu..

SEDANG layan Grey's Anatomy Season 8 di NTV7 walaupun aku dah 'khatam' sebenarnya siri tu. Tak sabar nak tengok season baru tapi entah bila lah baru dvd season 9 akan di release di Malaysia ni.

Sebelum ni broadband aku buat hal. Mula-mula tak boleh online kat tab. Dah cuba banyak kali tapi tak boleh jugak. Mula rasa naik angin. Bila online kat laptop pun macam tu juga. Tak lama lepas tu baru ok. Sebab apa aku tak pasti. Janji dah boleh online. Alhamdulillah..

Seminggu tak update blog banyak benda nak ditulis tapi macam biasalah... (korang tahu kenapa). So aku hanya baca blog orang lain dan drop komen mana-mana yang patut. Lepas ni nak blogwalking aja....

Penjejak Mimpi: Bila lah nak rajin ni?

Monday, April 22, 2013

Bila Melakukan Dosa

KATA Abdullah Bin Mas'ud:
Soalan: Apakah perasaan seorang Muslim apabila melakukan dosa?
Jawapan: Seolah-olah batu dari bukit tertimpa di atas kepala.

Soalan: Apakah perasaan seorang yang mengaku Islam (di bibir sahaja tetapi tidak di hati) melakukan dosa?
Jawapan: Seolah-olah seekor lalat yang hinggap di hidung sahaja. 

Nota: Kongsi ilmu yang aku dapat masa tazkirah Jumaat lepas.

Penjejak Mimpi: Tersepak batu kecil pun menjerit bagai nak rak..

Sunday, April 21, 2013

Segmen Seminggu Blog HazwanHairy

TARIKH tamat segmen: 25hb April 2013. Silalah join beramai-ramai.. :)

Penjejak Mimpi: Esok dah hari Isnin. Hmmmm...

Politik oh Politik!

Sumber gambar: Google
GULP!

Aku tau politik ialah isu yang paling hangat di Malaysia sekarang ini.

Actually kat 8TV baru aja habis satu cerita bersiri Korea yang bertajuk Dong Yi. Cerita yang berkisarkan kehidupan di istana dulu-dulu.

Err.. sebelum lupa nak bagitau hero dia ialah Ji Jin Hee. Siapakah dia? Sila skodeng sendiri. Haha..

Apa kaitan cerita ini dengan politik?

Dalam cerita ini pun ada jugak kisah orang berpolitik. Politik istana kata orang..

Politik jatuh menjatuhkan orang..

Politik dengki mendengki..

Politik tikam menikam dari belakang..

Politik kotor..

Hmmm.. dunia.. dunia.. 

Nota: "Kemasyhuran boleh dicari tapi untuk mencari kepercayaan bukan senang.. <-- skrip dalam cerita Dong Yi.. 

Penjejak Mimpi: Politik Malaysia semakin jijik dan memualkan!!

Sejak Ada WeChat..

Background WeChat: Gambar aku berposing depan miniland Great Wall of China (di Legoland).
NI gara-gara terpengaruh dengan iklan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani lah ni..
Ni gara-gara terpengaruh dengan kawan-kawan lah ni..
Aku dah pun install WeChat dalam handset aku..
So sejak ada WeChat ni.. anytime kalau rasa rindu nak dengar suara Rara.. boleh dengar balik suara dia..
Nak dengar dan ulang banyak kali pun takpa.. Best kan?
Opss.. Ini bukan Rara..
Inilah si kerinting kesayangan aku; Nur Iris Qalesya atau nama manjanya Rara


Bagus juga ada WeChat ni.. boleh cakap dan boleh ulang dengar apa yang dicakapkan.. boleh video.. boleh video call.. boleh live chat.. dan lain-lain. So nak apa lagi?

 Penjejak Mimpi: Apa guna teknologi kalau tak digunakan?

Saturday, April 20, 2013

Senyumlah Sikit, Bro..

PETANG semalam lepas balik kerja aku ke Plaza Rakyat untuk beli tiket. Aku ke kaunter tiket Transnasional. Yang ada kat kaunter ialah seorang lelaki yang bermuka serius; langsung tak senyum.

Then aku terus ajalah booking untuk balik hari Sabtu; sehari sebelum tarikh mengundi bulan depan. Memandangkan aku tak pernah balik hari Sabtu pagi, so aku tanyalah pada mamat tu tentang masa bas bertolak dari Plaza Rakyat. Mamat tu pun menjawab: "bla.. bla.. bla.."

Aku tak berapa dengar so aku tanya sekali lagi. Dia menjawab macam acuh tak acuh aja: "7.30am.. 8.30am.. bla.. bla..". Dah la tak senyum dari awal lepas tu jawab pun macam apa aja..

Aku nak aja cakap: "adik, awak ni tak boleh nak senyum ke? Cuba layan customer elok-elok. Tak boleh ke?" tapi aku tak cakap pun. Malas. Aku rasa dia baru kena marah dengan bos dia kot.. takpun gaduh dengan awek dia ke.. Lantak kau lah dik oi. Ada aku kisah?

Nota: Aku pernah sound tepet sorang minah kaunter tiket yang layan dan jawab soalan aku acuh tak acuh sebelum ini. Dah kena sound pun masih nak menjawab lagi tu.. Ek ele...

Penjejak Mimpi: Memang hangin satu badan pada orang yang kurang ajar ni.. Grrrr....

Thursday, April 18, 2013

Perihal Si Bodoh

IMAM Syafie pernah berkata: "berdebat dengan 10 orang yang bijak mungkin kamu akan menang tetapi berdebat dengan seorang yang bodoh memang pasti kamu tidak akan menang". Ini bermaksud berbahas dengan orang yang bodoh hanya membuang masa kerana kebodohan si bodoh itu..

Penjejak Mimpi: Aku pun tak rajin nak melayannya... :)

Wednesday, April 17, 2013

Quote of The Day # 3

Picture as usual taken from Google Image
AKU terbaca mutiara kata oleh Aristotle ni kat SINI. Aku suka baca entri  dari blog kakak ni sebab banyak ilmu dalam blognya. Tak percaya? Sila ziarah ke blog beliau dengan tekan kat SINI.  

Penjejak Mimpi: Aku setuju betul kata Aristotle tu.. :)

Tuesday, April 16, 2013

MTV: Tika (OST Filem Rock Ooo)



Lirik Lagu: Tika - Rimba Bara
 

Cahaya didalam cermin
Memukau hingga memaksa
Ku cari kedasar diri
Cintaku yang hilang

 

Rupanya ku salah sangka
Kasihmu tak pernah sepi
Kerana terlalu hampir
Ku leka hadirmu

 

Chorus:
Sentiasa disisi ku
Merestui ambisi ku
Lantas ku takkan berubah
Berganjak di jalan ini

 

Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang
Wohoo..

 

[Ulang Chorus] x2
 

Wohoo..
Wohoo..
Wohoo..

 

Disisiku
Merestui ambisiku
Hohohohoho..

 

Takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Jalan ku
Jalan.. ku..


p/s Lirik aku ambil dari SINI

Penjejak Mimpi: Layan blues malam-malam buta.. Hehe.. 

Yang Sebenarnya..

YANG sebenarnya.. ek ele.. tajuk macam lagu Yuna aja tapi sebenarnya sama tapi tak serupa..

Yang sebenarnya aku dah mula rasa gian nak update blog tapi aku ada drawing yang nak kena submit.. :(

Yang sebenarnya drawing tu hanya alasan aja... Ngeeee....

Yang sebenarnya aku ada banyak benda nak tulis dalam blog ni tapi masa amat mencemburuiku.. ewahh!!

Yang sebenarnya penyakit MALAS tu yang lebih! Kan Cik PM kan? Kan?

Yang sebenarnya manusia itu memang suka mencari dan mencipta alasan. Betul tak?

Nota: Hangpa mesti selalu dengar ayat ini: "tak tahu menari dikatakan lantai tinggi rendah". So fikir-fikirkan lah.. (aku pun kena fikir juga..).

Penjejak Mimpi: Plan aku berterabur dah.. kena buat contingency plan ni. Mintak nyawa! Mintak nyawa!! ;(

Sunday, April 7, 2013

Segmen Follow April hingga Disember 2013


NAK join, sila klik banner.. :)

Penjejak Mimpi: Esok dah hari Isnin...

Kebahagiaan Dunia

DIKONGSIKAN sedikit ilmu yang aku dapat masa attend majlis tazkirah di cawangan kami Jumaat lepas. Tazkirah seperti biasa diberi oleh Tuan Pengarah Kanan; Ir. Hj Mohd Fazli Bin Osman.

Terdapat 7 jenis kebahagiaan dunia seperti pendapat dari Ibnu Abbas iaitu:

1. Hati yang selalu bersyukur: Memiliki jiwa syukur, qanaah, tiada niat berlebihan, sentiasa ingat pada Allah s.w.t. Bila susah, ingatlah ada orang yang lagi susah. Bila senang, syukur pada Allah; tambahkan amal untuk tunjuk rasa syukur.

2. Pasangan hidup yang soleh: Beruntung pada sesiapa yang punya pasangan yang soleh sebab dari situ dapat mencipta keluarga yang soleh dan taat pada Allah swt.

3. Anak yang soleh: Jadilah anak yang soleh pada kedua ibu-bapa. Walau macam mana baik pun kita terhadap ibu bapa, takkan termampu untuk kita membalas jasa mereka. Walau macam mana jahat pun mereka, jangan sia-siakna mereka.. jangan memperlekehkan mereka.

4. Lingkungan yang soleh: Bergaul dengan mereka yang baik dan soleh. Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu. 

5. Harta yang halal: Harta tak perlu banyak tapi yang penting halal.

6. Semangat untuk memahami agama: Sangat mengambil berat soal-soal agama dan cuba untuk memahaminya.

7. Umur yang baraqah: Semakin berusia, semakin soleh. Bila semakin berusia, semakin rindu untuk bertemu Allah s.w.t. Seronok untuk beribadah dan berbuat baik. 

Pesan Tuan Pengarah Kanan: Kita beramal di dunia untuk mendapat rahmat Allah. Macam mana nak dapatkan rahmat Allah? Dengan berbuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Penjejak Mimpi: Muga membawa kebaikan, insya Allah.

Wednesday, April 3, 2013

Tiga Hari Berkursus

HARI ini hari terakhir aku attend kursus REVIT Map Elektrikal di Menara PJD. Aku dan dua orang member dari unit BPR D1. Ada juga member dari unit-unit Rekabentuk yang lain. Kursus berlangsung selama 3 hari dan dikendalikan oleh konsultan luar iaitu Parametric Solutions Sdn. Bhd dan dianjurkan oleh Unit Latihan & Penyelidikan JKR.

Hmm.. apa itu kursus REVIT Map ek? Ok, selama ini untuk kami yang buat lukisan elektrikal biasanya kami menggunakan perisian AutoCad dan hasilnya hanya dalam bentuk 2D sahaja. Tapi dengan menggunakan perisian REVIT ini, lukisan yang dihasilkan boleh dalam bentuk 3D. Kiranya macam canggih la gitu.. Lebih kurang la nak kasi korang faham.. Haha..

Tapi untuk permulaan, memang lah agak payah untuk belajar dan try sebab kursus ini lebih kepada praktikal (so definisi mengantuk tu langsung tidak wujud dalam diri aku!). Biasalah.. benda baru so nak catch-up tu ambil masa juga. Nak pergi toilet pun 'takda hati' sebab kalau tertinggal sikit aja pun, menggelabah jadinya. Ala.. tak payah kata nak pergi toilet.. tunduk kejap untuk sign borang kehadiran pun dah payah nak faham.  Haa.. tu dia betapa 'payahnya' nak belajar pasal REVIT ni.. Huhu.. Nanti lepas-lepas ni lukisan untuk projek JKR kena buat menggunakan perisian REVIT ni so bersiap sedialah hendaknya.. Huhu lagi..  Takpa lah.. pelan-pelan kayuh.. <-- nak menyedapkan diri sendirilah tu..
Nota yang diambil sendiri. Time ni masih boleh catch up lagi apa yang diajar...
Yang ada ruang kosong tu.. faham-faham aja lah.. Lost dah aku time ni.. :(
Hari kedua kursus time bersarapan; berbicara kejap dengan ex-IB aku En Fatihi. Dia ada kursus IES sebelah aja dengan kelas kami. Tak lama pun borak dengan dia. Tapi rasa terharu juga sebab dia masih lagi nak menegur dan berbicara dengan aku; ex-staf dia ni. Hehe..

Dan time lunch tadi, cuba contact best-friend aku; Yan tapi dia tak angkat telefon. Mungkin bz agaknya. Yan ofis dia di tingkat 2 bangunan PJD tu juga tapi biasalah.. orang pangkat besar-besar ni. Nak jumpa payah.. nak cakap dalam telefon pun payah. Semalam pun dapat lah ber'wasap' kejap dengan dia. Itupun aku dah on the way nak balik. Kalau dia ada meeting di CKE, barulah kami dapat berjumpa kalau dia singgah ke ofis aku. Itupun nak ajak makan sekali pun susah. Dapat sembang 5-10 minit aja lepas tu dia bergegas balik ke ofisnya. Tapi kurang-kurang dia tetap sudi nak singgah untuk berjumpa aku walau sekejap. Itu dah cukup menggembirakan aku.. :)

Dan esok.. hmmm... masuk ofis balik... Dalam kepala ni macam biasa dah ada 'what to do list'.. Arggghhh!! kenapa esok dan Jumaat tak cuti ek? Patutnya kami yang pening kepala sebab kursus REVIT ni diberi kelonggaran bercuti tanpa rekod untuk releasekan tension. Haha.. macam lah JKR tu abah aku punya kan? 

Penjejak Mimpi: Malam ni nak layan blog aja..

Monday, April 1, 2013

Kita Tengok Siapa Yang Kena!!

SELASA lepas aku ada buat macam satu contest di ofis. Saja nak seronok-seronok melepaskan tension. Tension kah cik PM oi? Haha.. Contestnya mudah iaitu dengan meneka jumlah syiling dan duit kertas di dalam botol (sila tengok gambar di atas).
Hadiah kepada sesiapa yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat. Sorry ya, jangan ingat ada hadiah Proton Preve ke atau sebidang tanah untuk peneka yang bertuah.. :)
Ini adalah senarai peneka-peneka yang mencuba nasib. Actually aku tak tanya pada semua member ofis, aku hanya tanya pada sesiapa yang ada time tu aja. Jangan tak percaya.. big boss unit kami pun termasuk juga tau. Haha.. actually ada orang cabar aku untuk tanya pada big bos untuk meneka jumlah duit tu. Hadiahnya ialah RM10. So aku dengan berani ketuk pintu bilik big bos dan minta dia teka. Alasan aku ialah untuk dia release tension kejap dengan meneka jumlah duit aku tu. Hehe.. Oleh sebab itu juga hadiah untuk peneka yang tepat aku naikkan dari RM10 kepada RM20. Sebenarnya aku pun macam tak percaya yang aku boleh dengan selamba masuk bilik big bos semata-mata untuk bertanya hal tu. Kalau korang berani tak? Haha..
Deretan syiling dan duit kertas yang telah disusun untuk dikira. Aku kira pada hari Jumaat time member ofis yang lelaki ke masjid untuk solat Jumaat (aiya, itupun nak cerita ka?). Takkan nak kira time orang ramai kot? Bising woi bunyi syiling tu.. Malu pun ada sebenarnya kalau time sibuk mengira tiba-tiba orang masuk. Lagi haru kalau time mengira ada pulak orang tanya macam-macam. Kena kira balik semula. Letih makcik oi!!
Ini ialah jumlah kesemua duit kertas dan syiling yang ada di dalam botol aku tu. So tidak ada sesiapa yang layak diisytiharkan sebagai pemenang. Oleh itu wang hadiah tersebut akan digandakan pada contest yang akan datang. Haha.. acah aja tu.. Apa, korang ingat ini macam pertandingan Teka Bunyi di Era tu ke? Podahcit!!

Penjejak Mimpi: Asyik 'main' aja di ofis cik PM ni so no wonderlah kalau ada yang fikir aku takda kerja di ofis. Dah la takda kerja.. tak mahu tolong pulak, kan? Haha.. Jawapan aku untuk orang yang fikir macam tu ialah: "Aku report kerja aku pada bos bukan pada orang yang sama jawatan dengan aku so tolong fikir banyak kali sebelum cakap. Aku tak kacau orang so aku minta orang jangan kacau aku. Boleh? Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama anda."