Pages

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

SAYA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Bicara Seorang Aku *bajet popular lah tu..*. Moga gembira bersama keluarga :)

Penjejak Mimpi: Yang gembira sakan ialah kanak-kanak...

Monday, September 17, 2012

Jamuan Raya di Officeku :)

SEPERTI yang telah dihebohkan ke seluruh pelusuk kampung dan bandar (<-- nampok nau menipunyer!!) pada tarikh 7hb September adalah turn unit aku untuk mengadakan jamuan 'ofis terbuka'. Apa? Baru sekarang nak buat entri pasal nih? Hmm.. apa nak buat... Cik PM memang takde masa nak update blog sekarang ni. Celik mata aja buat keja.. celik mata aja buat keja.. buat keja jek celik mata.. (err.. cane nak buat keja kalo pejam mata kan?) Huhuhuhu.. Abeh camno?

Aku sampai awal hari tu sebab nak prepare sandwic. Awal tu tak lah awal sangat. Dalam jam 6.30am. Takut tak sempat nak prepare sandwic. Aku cuma ditugaskan untuk membuat sandwic so aku sediakan sandwic telur dan sardin. Kali ni unit aku buat konsep 'pot luck' which is setiap dari kami akan sponsor/bawak/out-source makanan masing-masing. Selain sandwic, aku jugak sponsor roti jala. Aku buat? Hehehehehe.. takde makna nyer... Out-source la der...

Yang lenlain ada yang sponsor laksa.. rojak singapore.. ketupat nasi.. ketupat palas.. satay.. rendang ayam.. kuih-muih.. buah-buahan.. air.. dan lenlainlah..

So sedang aku dan IB syok-syok prepare sandwic tetiba datang big bos kami. Dia minta aku attend meeting pasal aset. Meeting tu sempena kehadiran Panel Penilai Anugerah Pengurusan Aset. What? Ala.. malasnya aku.. "Ala Puan, kalau tak attend takpa ke?". Big bosku menjawab: "Eh, mana boleh. Nanti unit kita takde wakil. Bla.. bla.. bla..". Aku membalas: "Ok". Actually meeting tu asalnya dia yang nak attend tapi tetiba dia ada meeting lain pulak so sebagai penolong pegawai aset yang berkaliber dan 'berkaki lebar' siapa lagi yang dia nak suruh ganti kan? Sah-sah la aku.. Huhuhuhu.. So tepat jam 8.30am dengan hati dan perasaan yang rela dalam paksa aku terus aja naik ke tingkat 11 untuk attend meeting tersebut. Tapi kan.. jeng jeng jeng... jam 9.45am aku dah cabut. Aku rasa bersalah pulak meninggalkan kengkawan ofis ku yang sibuk 'berpencak silat' menyediakan juadah untuk jamuan raya tapi aku bersenang lenang duduk di kerusi empuk (empuk kah?) mendengar urusetia bercakap dan bercerita pasal itu dan ini berkenaan aset. Yang paling buatkan hati aku tak dapat nak terima tu ialah... hanya wakil dari unit aku (BPR D1), BPR D2 dan Unit Aset BPKS aja penolong pegawai asetnya yang hadir, big bos unit BPR D2 dan Unit Kecekapan Tenaga. Unit lain langsung tak nampak muka. Huhuhuhuhu..

Dah siap prepare semua majlis kami pun bermula. Acara bermula dengan sesi bergambar satu unit. Biasalah bila lagi nak bergambar ramai-ramai kan? Ekekekekeke..

Lupa aku nak bagitau.. pada tarikh yang sama juga semua unit di Level 9 (level aku lah tu) turut mengadakan jamuan open office. Punyalah meriah mengalahkan jamuan raya cawangan. Oleh sebab semua unit buat jamuan raya; kami sampai buat shift untuk beraya. First shift kami beraya so aku, my IB, Umai dan Ema beraya dulu dan tinggallah kak Ila dan Puan Azira yang melayan tetamu. Lepas tu tukar shift pulak. Hahahaha.. barulah fair and square kan? Inilah dinamakan 'demokrasi terpimpin". (<-- ada kena mengenakah?) So hari tu puas lah kami mengenyangkan perut masing-masing di unit-unit BPR A, BPR B dan BPR Projek Khas. Yelah.. sambil merasa makanan di unit lain sambil merapatkan silaturrahim sesama kami. Tak gitu kengkawan?

Orang memang ramai yang datang ke unit kami sampai tak terlayan kami. Ye lah.. sekali datang 'menderu-deru' (<-- nak tunjukkan ramai la tuh..). Tapi bila dah menjelang petang.. orang pun dah beransur-ansur kurang dan kami boleh menarik nafas lega dan kami pun mengambil kesempatan untuk makan juadah apa yang ada untuk kali yang kedua.. ketiga dan seterusnya... Hahahahahaha....

So kat bawah ni ada le gambar-gambar time BPR D1 buat jamuan raya. Enjoice..

Penjejak Mimpi: Sempat tapau makanan fevretku iaitu roti jala... yummy! yummy!!

Sehari sebelum jamuan: bertungkus lumus jejaka-jejaka unitku..

Semangat patriotik yang membuak-buak.. :)

Tengah adjust lampu 'lip-lap'..

Buat kerja sambil berposing...

Hari jamuan: Mereka berposing sebelum bekerja keras. Aku? Jangan dicari kerana time ni aku sedang attend meeting.. :(

BPR D1 yang dihias cantik.. Model: Puan Azira

Lagi sudut jamuan tapi belum ada apa-apa juadah.

Aksi popular sepanjang zaman.. Peace!!

Antara juadah kami.... sedap kan?

Lagi juadah kami dari angle yang berbeza.. Ngeee...

Sorry.. nampak part belakang aja.. Hahahaha.. Saja nak gitau partition yang ada bendera Wilayah tu ialah workstation aku..

Anak Mak-mak dara yang ceria dan gumbira sokmo..

Aku dan Puan Azira. Time ni tetamu belum mari lagi..

Peace!! Kan dah kata itu aksi popular sepanjang zaman?

Model kuih raya. Hahahaha.. jangan marah ha boss.. nanti kena jual!

BPR D1 - bergambar beramai-ramai

Lagi BPR D1

Antara tetamu terawal:  Big bos BPR B

Jejaka-jejaka perasan idaman Malaya BPR D1.. Uhuk uhuk..


Berposing sambil membuat gaya 'peace'

Dara + mak-mak dara. Ehem ehem..

Antara tetamu yang hadir..

Di pintu masuk..

Barisan penyambut tetamu..

Tak habis-habis bergambar.. :P

Nama yang gah.. terkenal seantero dunia.. Kih kih kih..

Tetamu lagi..

Tetamu yang hadir disamping big bos kami..

Tetamu terpaksa bersila kerana takda tempat untuk menjamu selera...

Tetamu yang hadir..

Aku dan Encik Faizal. Dulu engineer BPR D1. Satu ketika dulu la...

Lagi antara tetamu yang hadir..

3 bunga dan tetiba muncul lak sang kumbang..

Bergambar beramai-ramai.. Kali ni semua wanita belaka.. :)

Sharif, John, Aku, Ema dan Puan Isda

Me & my ex IB (Encik Zafar)

Me & my IB (Puan Isda)

3 stooges.. Hahahahaha

Letih berposing woi...

Ambuih!! berselera ex-IB aku tu memilih makanan.. Ngeh ngeh ngeh..

Semasa tetamu baru muncul...

Muka-muka yang gembira

Big-big bos..

Lagi big bos sedang memilih makanan dengan ditemani oleh big bos BPR D1

Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Raya a.k.a Makan Free - Part 2

Sedapnyer... (Pic ni aku songlap dari Google Image)
SEPERTI dalam entri aku yang ini, hari ini turn unit Akustik dan BPR D2 pulak yang mengadakan 'open office' atau 'ofis terbuka". Ikut kad jemputan, majlis start jam 12pm so macam biasa jam 12.10pm aku and the geng termasuk our big bos turun ke tingkat 8. 

Mula-mula kami serbu unit Akustik sebab BPR D2 ramai orang. Ada dua tempat disediakan makanan yang heavy iaitu menempatkan soto dan satu lagi mi kari. Aku just makan soto dan kuih-muih yang diambil oleh Gel (baca: Girl). Ada la jugak aku bedal popia basah dan seri muka. Gel kata ada jugak dadih, satay dan lain-lain tapi mungkin sebab aku pun tak berapa sihat dan tekak aku pun buat hal so takde lah aku beriya sangat mencari semua tu. Ada sejenis kuih yang dipanggil 'durian bom'. Durian yang dah dibuang biji  dan digoreng (agaknya la..). Aku suka durian tapi macam yang aku cakap tadi; tekak aku tak best so keinginan dan kegemaran aku sengaja aku biarkan berlalu begitu saja. Ewah!!

Lepas tu menyinggah ke BPR D2 pula. Kat situ aku hanya makan laksa dan merasa puding apa ntah nama dia. Truffle ke apa ntah nama dia. Ex-office mate beriya promot suruh aku rasa. Katanya dia yang buat so demi tak mahu mengecilkan hati dia so aku pun ambil dan rasa. Boleh kata sedap la untuk kategori lelaki yang buat, kan? "Err.. Pak Lah.. aku dah puji kau ni.. siap publish dalam blog aku lagi tau..". Ekekekekeke

Selain laksa, BPR D2 ada juga sediakan nasi tomato dan ayam masak merah (kot?) tapi kan dah kata tekak aku sakit so 'panggilan' dan 'lambaian' ayam masak merah aku biarkan saja. Walaupun aku suka ayam tapi... Time nak ambil minuman IB siap pesan: "jangan ambil air ais ye.." dan aku terus menjawab: "tak.. nak minum teh panas aja.." Huhuhuhuhu

Dah kenyang? Hah! Apa lagi? Angkat punggung dan terus nak balik. Hehehehe.. Aku tipu! Kami singgah kat Akustik dulu dan tapau popia basah. Kebetulan ada satay so aku dan Umai tapau satay pulak. Haip!! tak banyak ye aku tapau satay tu.. 5 cucuk aja tau.. Lepas tu naik ke ofis kami dan lepas tu turun balik sebab Ema nak withdraw duit dan aku nak ke klinik.

Speaking about klinik. Aku ke klinik juga akhirnya selepas tak sanggup nak berjawab dengan soalan IB yang duk asyik tanya: "dah jumpa doktor?". Aku bukan tak mahu pergi cuma sebab kesibukan yang melanda. Penyudahnya ubat apa yang aku dapat? Ubat demam... anti-biotik.. dan ubat kumur. "Itu aja ubatnya? Takda lozenge ke doktor?  Mana ubat batuknya? Takkan ubat kumur aja?" Ishk.. ishk.. ishk...

p/s Gambar takde ye tuan-puan..

Penjejak Mimpi: Check BP tadi.. doktor kata it's normal.. :)

Tuesday, September 4, 2012

Jamuan Raya a.k.a Makan Free - Part 1

HARI ini ada jamuan raya oleh BPKS. BPKS tu apa? Ah, senang cakap dan nak kasi korang faham; BPKS = admin. Dah faham? Good..

Jamuan start jam 12.30pm so jam 12.35pm aku dan geng ofis; my IB, kak Ila, Umai dan Ema (student praktikal) menuju ke Tingkat 11. Kami di sambut dengan mesra oleh staf BPKS dan terus menuju ke meja-meja yang ada makanan. Err.. of course lah nak mencari makanan kan? Habis, kau naik tu nak buat apa? Beramah mesra dengan dowang dan terus balik kah? Huhuhuhu

Ada nasi minyak.. soto.. mi kari.. bubur kacang.. dadih.. kuih-kuih raya.. buah-buahan dan lenlain. Nak kata aku try semua makanan tu macam suatu pembohongan aja kan.. Yelah.. 'tangki' aku ni kan berapa cc aja.. (uhuk.. uhuk..) tapi kalau nak kata aku tak try semua tu.. pembohongan lah jugak sebab aku just TAK try mi kari aja. Yang aku cakap ni main course ya.. Lalalalalala...

Bubur kacang tu pun aku makan sebab aku telah berjaya dihasut oleh Gel (baca 'Girl) dan kak Intan; geng Akustik. Dowang kata sedap. So aku yang malu-malu kucing (skemanya ayat) ni dengan tangkas dan gagahnya (kata tadi malu?) pergilah menyenduk bubur kacang yang dimaksudkan. Ermmm... bolehlah.. not bad.. tak berapa manis..

Tak lama 'kami' di sana. Pencerahan: 'Kami' untuk ayat di sebelah bermaksud aku, Gel, kak Intan, Aishah, kak Fizah, Zul dan Jun dimana mereka-mereka ini adalah dari unit Akustik. Err.. mana geng aku tadi? Hmmm... dowang dah turun dulu. Mungkin dowang ada kerja urgent nak disettlekan.

Jadual makan free minggu ini:
Esok: Unit Akustik dan BPR D2
Khamis: BPR C (unit noname)
Jumaat: BPR A, BPR B, BPR D1 (unit aku) dan BPR Projek Khas.

Alhamdulillah... murah rezeki kami semua di Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IPJKR ni kan? kan? kan?

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba teringat ayat ini: "gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut suka hati..".. Ngeh ngeh ngeh..

Sunday, August 19, 2012

Kisah Duit Raya


SATU  Syawal dah menjelma. Hari raya disambut dengan meriah terutamanya oleh anak-anak buah aku yang sibuk mengumpul duit raya dari mak-mak saudara diorang. Aku adalah mak saudara diorang yang terakhir bagi duit raya. Anak adik aku; si Iman asyik cakap: "huh! Andak jek yang belum kasi duit raya!" sambil tunjuk muka tak puas hati. Hahahahaha... Aku sekadar menjawab: "ala.. relaxlah..".

Akhirnya semua anak saudara aku yang berjumlah 15 orang dah dapat duit raya masing-masing. Tak kisahlah dah kerja atau masih bersekolah  atau masih kecik semuanya dapat duit raya. Tapi berbezalah amaunnya. Takkan dah kerja pun dapat amaun yang sama dengan yang kecik? Lagipun budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak? Hehehehe..

Teringat masa budak-budak dulu... Mana pernah dapat duit kertas sebagai duit raya? Budak-budak sekarang pun paling 'cikai' dapat RM1. Zaman aku dulu? Huh!! 5 sen pun pernah dapat tau! Ingat lagi.. pergi beraya dengan adik aku. Biasalah budak-budak.. bukan nak makan kuih sangat. Kalau makan pun.. sikit aja. Buat syarat. Tu pun kalau kuih sedap habislah mulut ni mengunyah telan ke dalam perut. Kalau tak sedap... alamat buang kuih tu bawah meja. Tapi sebelum tu usya keliling.. pastikan tuan rumah tak nampak. Hahahaha.. tak senonoh giler perangai. Ops!! bukan kami ya.. Entah anak siapa entah.. Hehehehe..

Tapi cakap pasal duit raya 5 sen tu.. tahun depan sah-sah kami tak beraya rumah dia lagi. Boikot! Kedekut kudik!! Hehehehe..

Dulu nak dapat RM1 pun bukan main payah. Jenuh turun blok naik blok (aku duduk kat berek polis, okay?) tapi anak-anak saudara aku.. kalau setakat RM10 boleh dapat senang-senang dari mak saudara diorang atau sepupu masing-masing. Tu dari seorang ya.. Ce kira.. kalau sorang kasi RM10.. kalau ramai dah berapa? Untung budak-budak sekarang..

Hmmm.. sebab taraf hidup sekarang dah tinggi atau nilai duit tu yang semakin mengecil? Apa pun.. berjimat cermat selagi boleh. Jangan nak membazir tak tentu hala. Benda-benda yang tak perlu tak payah beli. Benda-benda yang tak penting tak payah beli. Ingat tu Cik PM..

* Gambor kat ateh nun macam bese teman songlap dari Google Image.

Penjejak Mimpi: Err... maknanya aku tak boleh beli lah Samsung Tablet tu? Uwaaaa!!! Uwaaaa!!!! Nak jugak!! Nak jugak!!!

Wednesday, September 21, 2011

Makan Free Lagi

ALHAMDULILLAH.. murah rezeki kami orang-orang di Cawangan Kejuruteraan Elektrik ni, Ape taknye.. minggu ni.. minggu depan kalendar penuh dengan aktiviti 'open opis'. Actually dari minggu lepas lagi ade jamuan raye tapi aku tak joint sebab pose. Minggu ni aku tidak akan 'menghampa'kan jemputan korang sebab aku da abeh pose sunat. Yippi!!

Tadi baru jek lepas 'bergotong-royong' menghabeskan makanan yang terhidang. Err, grup A buat open opis tadi. Actually da stat jam 12pm tapi sebab dek satu level ajek so aku and the gang lambat-lambat datang. Ala, tak lari nye makanan tu kan?

Aku makan nasi ujan panas, sate (tu pon dapat secucuk ajek) dan pastu try rojak Besut. Hmmm.. first time aku makan rojak tu. Isi die simple jek.. ade mee kuning, campuran isi ayam yang dipotong kecik-kecik, tauhu, kentang dan kuih cucuq (ala-ala cucuq udang tu.. yang ade dalam pasembor slalu tu) dan kuah kacang. Sori ye, takde gambar sebab aku tak rajin nak tangkap gambar time orang reramai. Lagipon aku tak bawak enset (padehal satu level jek).

Isnin bebaru ni unit-unit kat tingkat 10 wat jamuan raye. Jumaat nanti, grup B pulak yang buat jamuan raye. Pon satu level dengan unit aku ni so datang lambat-lambat la jugak nanti.. :)

Isnin depan, jamuan raya cawangan lak. Makan besar-besaran tu... Rabu nye pulak unit-unit kat tingkat 8. Perggh!!! makan fri sesaje kami ni. Bagus jugak kan? Selain dapat makan, dapat juge merapatkan ukhuwwah sesame kite... kan? kan? kan?

Nota: Ehem ehem.. unit aku da wat jamuan raye ye.. first unit yang wat open opis tau.. Gambar? Nanti lah aku aplod..

Penjejak Mimpi: Nape orang suke makan sate ha?

Monday, September 19, 2011

Koleksi Cerita-Cerita Basi - Part 1

PERGGHH!! Lame kemain nak nunggu aku sambung entri ni ek? Kalo ikut aku maleh nak cite.. mood nak berblogging asik turun naik jek grafnye.. Hehehehehe Dalam entri ni, aku stop kat cite aku da naik bas kan? So seperti bese dalam bas aku wat aktiviti rutin iaitu tido. Start dari KL sampai ke tol Simpang Pulai aku tido ajek walau diselang selikan dengan menjawab sms kakak aku. Dia fetch aku kat Medan Gopeng dan kami terus bergerak pulang setelah berbuke pose dengan cendol dalam kete gara-gara jem.

2-3 ARI SEBELUM RAYE:

Aktiviti bese macam orang lain gak iaitu mengemas rumah, pasang langsir, mengemas kat depan umah dan lenlain lah. Pastu aku gi sepital dengan kakak aku yang sulung melawat kakak aku yang no 2. Die de kencing manis dan da beberape ari kene tahan wad. Kesian dia.. Mase sampai tu, aku macam bese salam tangan die pastu die merenung jek muke aku. Ntah nape.. maybe mencari sesuatu.. mencari sesuatu yang aku sendiri tak tahu dan tak pasti..

MALAM RAYE:

"Andak, andak tau tak cemane nak cuci akuarium?" aku yang tengah syok-syok layan astro tetibe diterjah soklan oleh anak sedare aku; Mimi. Aku tanye balik "nape?". "Hmm, Mimi tengok ikan belida mbah tu macam nak mati jek..".

Dengar jek stetmen terus aku meluru kua gi akuarium ikan tu. "Ye lah, ikan tu da nak mati. Jom cepat kite kua kan dia". Tapi sebenonye da terlewat. Ikan belida kesayangan arwah abah aku tu da mati pon.................................. (banyak titik menunjukkan kesedihan aku yang teramat sangat).

Sebenonye aku pon bersalah jugak dalam hal ni sebab tak amik berat sangat kat ikan tu. Balik skali skala pon aku cume kasi makan bile-bile mase dowang tak kasik lagi ikan tu makan. Nak cuci? Huh! ikan tu da la besar.. akuarium pon besar.. nak suh aku cuci sensorang sah-sah mau makan sampai 2 ari. Abeh camno? Nak minte tolong anak sedare aku yang lelaki 2 orang tu payah gak. Ye la, memasing ade aktivitinye.

Memang ikan tu mati sebab da sampai ajalnye. Betul tu betul tapi antara sebabnye maybe sebab akuarium tu airnye kotor sangat. Tak cukup dengan tu, bebile anak buah aku balik memacam dibubuhnye dalam akuarium tu. Da dilarang pon same gak so cane?

Sedih? Memang la sedih. Time aku ngan Mimi transfer kan bangkai ikan tu dalam baldi untuk ditanam rase sedih sangat. Teringat betape arwah abah sayang giler kat ikan die tu. Abah memang suke bela ikan.. penah bela burung.. bela ayam.. tapi skang satu-satu sume tu ilang.. Hmm, bersalahkah aku??

Bersambung lagik....

Nota: Kat atas tu ialah gambar ikan belida yang telah ditransfer ke dalam baldi.

Penjejak Mimpi: Memang aku bersalah pon.. :(

Wednesday, September 7, 2011

Koleksi Cerita-Cerita Basi - Intro

YUCKS! Tajuknye pon cukup untuk meloyakan tekak korang kan? Tapi ni bukan kisah makanan yang da basi sampai rase nak muntah tu la. Ni himpunan cite-cite menjelang raye (time nak balik kampung), time raye dan sesudah raye yang tak sempat aku kisahkan dalam blog aku ni. Bukan ape, takde mase beb nak ngadap blog time kat kampung ari tu. Ni pon tengok le tahap mane kerajinan aku nak apdet cite pasal ni.

TIME BALIK KAMPUNG:

So untuk intro entri ni aku nak cite pasal perjalanan nak balik kampung iaitu Jumaat 26 Ogos ari tu. Ari tu patutnye aku keje tapi memandangkan semangat nak keje tu da ilang so aku apply cuti untuk ari tu. Pagi-pagi lepas subuh aku tak tido dah (Err.. Aku pon da lupe samada aku tido atau tak tido terus). Nak kemas barang.. nak kemas bilik.. nak lipat kain yang membukit tu (terserlah betape rajinnye aku melipat kain, kan?)

Petang lepas solat Zuhur, aku terus bersiap-siap nak ke Puduraya. Bas aku jam 3.30pm dan aku kuar umah dalam jam 2.30pm. Memandangkan aku sampai awal, aku lepak-lepak sambil bace majalah Solusi isu terbaru; Sihat tanpa Maksiat.

Sampai ajek bas berkenaan, aku terus naik dan lepak lagi dalam bas tu. Abeh, nak aku buat ape lagik atas bas tu? Takkan nak nyanyi kot? Atau gi nyembang lak? Tak kuase aku. Silap-silap sebab dek nak nyembang, kenyang lak aku makan penampor orang sebelah. Time-time lapor ni orang jadi garang. Hehehehehe

Tetibe kat depan tu kecoh semacam ajek. Kat depan tu maksud aku ialah area driver tu la. Ramai orang. "Eh! dowang ni tak dapat cari tempat duduk lagi ker?" <-- tu ati aku berkate-kate ye.. Then antare dowang tu duk hulur goodie bags kat para penumpang sesambil mengucapkan "selamat ari raye" siap dengan cameraman bagai. Lagi ler aku muskil.

Bile da dekat.. Jeng jeng jeng... ler.. rupenye dowang tu kru My TV3 Rovers. Dowang le yang duk agihkan goodie bags kat penumpang Transnasional ni (bas lain aku tak pasti). Sampai turn aku, time dak pompuan tu hulur goodie bag tu, cameraman buleh lak cakap kat aku "senyum sket kak..". Aku yang memang dilahirkan sebagai 'gadis pemalu' (sila vomit pade sesape yang tak dapat terima kenyataan ni) memalu kucen senyumla sampai beg henpon aku terjatuh tepi kerusi. Ceh!! wat malu betui!! Grrrr...

Okey, lepas beberape minit naik lak wartawan tv9 (sorry, aku tak kenal die) yang interview penumpang kat dalam bas yang aku naik tu. Alhamdulillah bukan aku yang ditanye. Minah tu tanye sorang mamat yang duk depan aku selang sebelah dan minah yang duk blakang aku. Die tanye la ape perasaan nak balik kampung.. bla.. bla.. Lepas tu die turun dan maybe gi interview orang lain lak.

Pergh!! Sah-sah sonok giler la mamat dan minah yang diinterview tu. Ntah bile kuar tv aku pon tak tau.

So dalam goodie bag tu ade air mineral sebotol, cup cakes sebekas, sampul raye tv3 dan tv9. Pastu ade la flyer rancangan-rancangan dowang time raye nanti.

Time bas bergerak geng-geng My TV3 Rovers ni siap le melambai-lambai tangan (tande selamat jalan la tu) kat kami dan aku terperasan Aidid Marcello pon ade. Oleh sebab aku duk tepi tingkap so aku nampak clear la muke mamat tu. Cameraman pon siap fokus kat bas kami yang bergerak laju keluar dari Puduraya menuju ke destinasi..........

Bersambung.....

Penjejak Mimpi: Kalo aku yang diinterview time tu, bukan beg henpon ajek terjatuh tepi kerusi, silap-silap dengan aku-aku skali terjatuh dari kerusi. Keh keh keh