Pages

Monday, December 27, 2010

Kicap Pekat Berperisa Cicak

KANGAR: Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.
"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.
"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
Sumber: Kosmo
Penjejak Mimpi
- kembang tekak aku ni... :(

5 comments:

lianalovekhairi said...

uwekkkkk!!!geli....lain kali gunakan kicap buatan Malaysia. orang tu mesti guna kicap made in siam sebab botol kicapnya mcm pelik jek

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Ala, skang ni bukan kire buatan mane. Ikut nasib la. Yang penting kilang tu kene bersih..
Skang ni macam2. Coklat pon ade ulat... yucks!!! geli..

Scarlett O'Hara said...

Nasib baik sy tak suka kicap!
p.s tq singgah n komen kat Scarlett's Petals ye.

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Scarlett.. welcome..
sesambil bw sesambil kutip ilmu yang ade... :)

masslina79 said...

Pembaca sekelian,
Sila rujuk halaman berikut
klik sini
Untuk mendapat fakta kebenaran melalui ujikaji yang telah dijalankan.