Pages

Wednesday, December 22, 2010

Jom Berkenalan

Salam.
KALI ni aku nak join segmen Cikgu Akim lak. Tujuan dan motif segmen ni tak lain dan tak bukan ialah untuk berkenalan dan merapatkan silaturrahim (walau secare virtual) sesame blogger. Aku puji usahe Cikgu Akim dan juge member-member blogger lain yang ade inisiatif ke arah usahe yang murni ini. Cewwah!! Macam 'baguih dok ada' ajek aku ni.. Ngeeee...

Ok, Cikgu Akim de menyediakan 7 soklan untuk dijawab (rase macam jadi student balik le pulok.. tapi takpe.. da name pon segmen berkenalan kan..)

S1 - Apakah status anda?
J1 - Aku masih dara! Hahahaha... tak buleh blah betui jawapan tu kan? Macam nak promot filem Ahmad Idham ajek... Ermm.. aku ni masih single and available :)

S2 - Ceritekan tentang diri anda
J2 - Nak cite dari mane ek? Ok, aku anak Perak jati tapi da hampir 6 tahun membanting tulang 4 kerat kat utan batu KL ni. Aku kakitangan awam di salah satu kementerian yang 'popla' di Malaysia ni. Keje aku? Skang ni da macam caca merba keje aku. Ko sebut jek aku buat.. Jadi PA, jadi kerani, jadi tukang angkat tipon, tukang cari fail, tukang potostat, tukang minit surat, tukang jawab memo, tukang wat surat, tukang anto repot, tukang tu, tukang ni dan segala macam jenis tukang aku buat. Hahahaha.. tapi keje hakiki aku ialah melukis. Kalo projek urgent, jangan sesekali ganggu aku.. Bile aku diganggu, aku kureng fokus.. Bile aku kureng fokus, tak semena-mena aku akan jadi incredible hulk!!

S3 - Ceritekan tentang blog anda
J3 - Blog aku ni tak le menarik sangat. Aku bese menulis ape saje yang aku terpikir. Kalo nak kate caca merba pon ok gak isi blog aku ni cumenye blog aku takde tutorial dan tips berblogging sebab aku memang bute IT. Hahahaha... skali lagi stetmen poyo dari aku. Hah satu lagi.. kekadang kalo de mende yang best aku suke kongsi dengan hangpa.

S4 - Apa pandangan anda tentang dunia blog?
J4 - Dunie blog ni sebenonye menarik. Menarik dari segi positif nye kite buleh mengaut dan mendapatkan ilmu pengetahuan dari pembacaan pengalaman orang lain.. perkongsian ilmu dari orang lain dan dapat berkenalan dengan lebih ramai manusie di planet bumi ni. Tapi ade gak manusie yang menyalahgune kan blog ni sebagai tempat mengadu domba, menjatuhkan orang lain, memburuk-burukkan orang lain dan pelbagai lagi pe'el negatif yang sungguh tidak bagus untuk hati dan perasaan.

S5 - Nasihat anda kepade rakan-rakan yang baru nak wat blog
J5 - Nasihat.. ermmm aku ni tak le reti nak menasihat kat orang lain. Kena lak aku ni spesis orang baru gak dalam dunie blog ni.. Ngeee... Nak nasihat mende ek? Ermmm.. berblogging terus.. jangan cepat putus ase.. (<-- buleh accept ke 'nasihat' nie?)

S6 - Nyatakan keunikan yang terdapat pade blog anda
J6 - Aduyai.. ni lagi payah nak jawab nih.. Err.. err... aku dengan rase rendah dirinye nak ngaku yang blog aku ni tak le unik. Yang sedang-sedang aja... (macam lagu pulak dah!). Tapi aku akui yang setiap blog pasti ade keunikan yang tersendiri. Mungkin persepsi dan pandangan orang lain berbeza dan berlainan dari pandangan tuan empunye blog tu sendiri.

S7 - Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
J7 - Selagi hayat dikandung badan.. (<-- again, another poyo statement). Ngeee.. Insya Allah selagi aku masih bernafas dan diberi keizinan olehNya untuk aku terus berblogging, akan ku teruskan perjuangan ni hingge ke titisan darah yang terakhir.. Tambahan; selagi aku tak jemu. Impian aku dalam dunie blog ni ialah supaye aku dapat duduk same rendah dan berdiri same tinggi dengan blogger-blogger terkenal yang lain, insya Allah.

Orait, untuk ni aku kene tag 4 orang so aku nak tag Faztee Danisha, Gel, Shima dan sesape yang sedang skodeng blog aku ni.

Last but not least, sesape yang berminat nak joint silakan klik kat sini ye... Tima kaseyyyy :)
Penjejak Mimpi
- ntah nape kengkawan aku tu da kureng rajin nak update blog dowang. :(

0 comments: