Pages

Sunday, September 22, 2019

Bila bercakap dan berbicara..

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Boleh dikatakan kita sentiasa bercakap dan berbicara. Samada berbicara dengan orang lain ataupun berbicara pada diri sendiri (bermonolog). Dan apabila kita bercakap dan berbicara, ada tatacara dan etikanya.

Ada adabnya apabila kita bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita.. ada etikanya bila kita berbicara dengan seseorang bergelar ketua di tempat kerja.. ada tatacaranya untuk bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah daripada kita.. hatta ada caranya apabila kita berbicara dengan orang yang lebih muda dari kita. Tone suara, lenggok bahasa dan penggunaan ayat memainkan peranan dalam setiap perbualan dan bicara.

Di pejabat contohnya.. ada keadaan di mana kita berurusan dengan pelbagai peringkat umur dan pangkat. Mungkin dia ialah ketua kita tapi pada masa yang sama usianya lebih muda dari kita.. atau kita berurusan dengan seseorang yang jawatannya lebih rendah dari kita dan pada masa yang sama usianya lebih sedikit dari kita... Atau pengalaman kita lebih berbanding orang lain dan orang lain pula muda daripada kita? Ataupun lebih sedikit dari kita. Bagaimana kita bereaksi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu?

Adakah kerana kita adalah ketua atau punyai pangkat yang tinggi maka setiap kata-kata kita adalah betul dan benar? Atau adakah kerana lebih usianya daripada orang lain maka kita sentiasa betul dan benar? Atau kita punyai pengalaman yang lebih berbanding orang lain maka kita adalah betul dan benar?

Pada aku, setiap daripada keadaan itu ada cara dan etikanya. Contohnya apabila kita berbicara dengan ketua yang jelas usianya jauh lebih muda dari kita. Adab apabila berhadapan dan berbicara dengan seorang ketua harus diikuti. Begitu juga ada etikanya apabila seorang bergelar ketua apabila berbicara dengan staf yang usianya lebih sedikit dari usianya sendiri. Apatah lagi apabila berhadapan dengan seseorang bergelar ketua dan usianya lebih dari kita.. 

Perkataan 'hormat' mungkin lebih sesuai untuk semua keadaan dan situasi di atas. Kita mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain atas sebab usia.. atas sebab pengalaman dan atas sebab jawatan dan pangkat.

Kita akan lebih dihormati apabila kita sama-sama menjaga adab dan etika apabila bercakap dan berbicara dengan orang lain. 

Penjejak Mimpi: Kalau aku sedang bercakap dan tiba-tiba orang potong cakap aku... aku diam terus. Kalau ada benda nak tanya pun, aku biasanya takkan tanya. Itulah aku..