Pages

Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Setem Baru - Perayaan di Malaysia

Itulah 'ghopa'nya stem yang teman beli tadi...
TADI sebelum balik aku menyinggah ke pejabat pos di bawah Blok F tu untuk mencari stem keluaran terbaru. Aku pun kalau tak silap telah ketinggalan 3 keluaran stem terbaru termasuklah stem sempena lawatan diraja Prince William dan Kate Middleton tu.

So aku yang 'blur-blur ayam' nih terus ke kaunter dan melontarkan soalan. Perbualan kami adalah seperti berikut:

Aku yang blur-blur ayam: "Err.. cik. Saya ni nak beli stem keluaran terbaru dari Pos Malaysia".

Kerani Pos yang cun melecun: "Stem keluaran mana ya kak?"

Aku yang blur-blur ayam: "Ermm.. mana-mana stem keluaran terbaru. Saya sebenarnya dah banyak tertinggal stem keluaran terbaru ni.."

Kerani Pos yang cun melecun: "Ok kak. Tunggu jap. Saya tengok dulu.."

Aku yang blur-blur ayam: "Ok.."

....................

....................

....................

(Selepas beberapa minit.......)

Kerani Pos yang cun melecun: "Yang ni aja yang ada kak (sambil tunjuk stem kat atas meja dia. Aku tak perasan pun gambar apa..) Dengan first day cover sekali.."

Aku yang blur-blur ayam: "Stem yang Prince William tu dah habis ye?"

Kerani Pos yang cun melecun: "Ohh.. yang tu dah lama habis, kak. Kalau akak nak, akak kena pergi ke HQ kami. Tak pun akak jadi member Kelab Filateli. Setiap keluaran kami akan hantar.."

Aku yang blur-blur ayam: "Saya dah ambik borang tu cuma saya kena fikir dulu."

Kerani Pos yang cun melecun: "Kalau akak jadi member, akak takkan terlepas setiap keluaran.. Bla.. bla.. bla..

Aku yang blur-blur ayam: "Betul jugak tuh.." (mengiyakanlah kenyataan minah tu..)

Akhirnya dapatlah aku stem Perayaan di Malaysia bernilai RM3 kesemuanya.  Aku ingat banyaklah stemnya.. tapi alahai.. 5 keping ajek. Takpelah. Janji aku dah dapat. Yeay!!

Penjejak Mimpi: Nak kena aktifkan balik aktiviti menyusun stem-stem yang dah terlalu lama tertangguh. Berlambak wehhh!!

Wednesday, August 10, 2011

Stem Lagi

'TERBANG' lagi duit aku membeli stem yang takde dalam koleksi. Kebetulan di pejabat pos sini (Mid Valley) akan bukak meja untuk jual stem kenang-kenangan so aku tak lepas peluang untuk mengabehkan duit dengan membeli stem. Hehehehe..

Ade stem hari keputeraan Sultan Perak, stem haru pertabalan Yamtuan Negeri 9, stem kenangan piala AFF Suzuki dan stem rempah ratus.

p/s Kalo mak tau musti die akan kate "buat membazir duit ajek ko nih..."

Penjejak Mimpi: Stem Malaysia aku tak susun lagi... :(




Wednesday, June 8, 2011

Key Chain

DULU aku suke kumpul key chain. Skang pon aku suke kumpul key chain. Kengkawan yang out-station slalu belikan key chain untuk aku. Aku amik ajek sebab aku suke kumpul key chain (bape kali nak ulang?)

Dulu key chain yang ade dalam simpanan, aku akan susun di partition aku. Memang banyak dan berbaris-baris. Tak caya? Ce tengok...



Tapi disebabkan 5S aku terus merajuk dan da tanggalkan sume key chain tu. Aku bawak balik umah tanda protes! So partition aku jadi togel.

p/s Tapi skang aku da stat balik susun key chain tu. Stok key chain yang baru orang kasik. Hahahaha.


Penjejak Mimpi: Orang gomen tau pasal Tonggak 12. Aku cuma apply item no 3 dalam Tonggak 12 iaitu "keseronokan bekerja". Which means takde key chain, tak seronok. Aku tak salah kan?

Sunday, April 3, 2011

Menyusun Stem = Terapi Jiwa

CUTI due ari aku tak gi mane. Rase nak rehatkan badan ajek. Kebetulan balik keje Jumaat tu aku demam balik. Balik keje badan memang panas giler! Solat pon duduk jek sebab rase tak larat nak berdiri lelame. Alhamdulillah ari Sabtu da ok sket. Aku balun ubat yang klinik bagi minggu lepas.

So due ari ni aku hanye lepak-lepak kat dalam bilik sambil layan hi-fi yang dipasang kuat-kuat sampai jiran sebelah umah dengar. Hehehehe.. Giler ko nak pasang kuat-kuat kat apartment ni? Tak kuase aku. Aku bukak pelan-pelan la. Cukup untuk kasik bilik aku ni bergegar.

Sesambil tu aku stat wat aktiviti yang da lame tertangguh iaitu menyusun stem. Jumaat tu da beli 4 buku stem baru. So aku stat susun non-stop sampai jam 4.30am. Aku stop untuk makan & minum, mandi, solat dan tunaikan 'nature call'. Selebihnye aku kosentret susun stem.

Penat mate? Lenguh tengkuk? Sakit tangan? Memang sume ade tapi tak buleh stop sebab nanti jadi malas dan bertangguh lagi.

So aku sambung susun sampai abeh 5 buah buku stem yang aku ade. Tu pon tak abeh lagi. Stop kat negare berhuruf P iaitu Poland. Lepas Poland, Portugal lak dan seterusnye. Tapi kene beli buku baru lagik. Esok kot nak beli..

Menyusun stem adalah satu terapi jiwe untuk aku. Itu pade aku ye.. Ntah.. mungkin sebab tu da jadi hobi aku gamaknye.. :)

So kat bawah ni ade le sket koleksi stem aku. Saje je nak menunjuk kat korang. Aku tau korang tak minat nak kumpul mende-mende ni. Hobi klasik le kate kan..









Penjejak Mimpi: Time apdet ni Anuar Zain tengah nyanyi kat tv; lagu Sedetik Lebih.. :)

Sunday, March 13, 2011

Hutang Dua Minggu Lepas (Pameran Stem)

Sori, ni cite basi. Time cite ni masih panas, aku takde mood nak cite dan takde mood nak godek kamera aku tu. Skang de mase so aku cube langsaikan utang aku. Lost ape yang aku tulis ni? Sile skodeng kat sini untuk refresh memori.. :)
Aku memang suke dan hepi giler bile at the end dapat juge ke Pameran Stem di Muzium Negara. Sebab? Kat situ ade jualan stem. Da lame nak tambah koleksi sedia ade (walau koleksi sedia ade tak abeh susun lagi). Ngeeee...
Lepas beli tiket, terus kami (aku dan Ekin; anak buah aku) masuk ke tempat jualan stem. Aku perasan ade 3 meja yang jual stem-stem untuk koleksi. Terus kami ke tempat pertame; sorang pakcik.
Aku memang rambang mate tengok stem bebanyak ni. Luar negeri dan local stem terlalu banyak untuk dipilih. So aku terus cari stem-stem yang takde dalam koleksi dengan dibantu oleh Ekin. Sesambil tu kami berbual dengan pakcik penjual stem tu. Name die Mohd Ali. Banyak perbualan kami berkisar pasal stem.
Die memang pengumpul stem dari dulu lagi dan menjadi ahli persatuan pengumpul stem peringkat antarabangse. Sesambil pilih tu die tanye beberape soklan pasal stem. Contoh negeri ape kat stemnye tertulis 'Magyar Posta' dan lenlain. Ade gak ilmu aku dapat dari die iaitu stem ni ade 2 jenis; 'used stamp dan mint stamp'. Used stamp tu ialah stem yang da digune dan ade cop dari pejabat pos dan 'mint stamp' tu ialah stem baru dan belum ade cop. Dan lenlain ilmu lagi tentang stem.

So aku stat pilih stem lame-lame local punye. Da puas pilih, aku pilih oversea stamp pulak. Lupe nak gitau stem local agak mahal rege die. Dari RM2 hingge ke RM100 lebih. Mahal siot. Tapi da hobi kan? Yang agak mahal tu aku tak beli la walau bajet aku dalam RM400. Gile kan?
Lepas tu aku nak pilih stem oversea lak. Perghh!! Selambak depan kami stem oversea. Dalam peket kecik-kecik. Range rege dalam 50sen - RM3. Aku da rambang mate ni. Aku nak yang tu.. Nak yang ni jugak! Yang ni cantik. Yang tu aku takde.. Huwaaa.. Manyak nyer... Tolong!! Aku suke yang ni juge.. Cane ni?
Pilih jugak la sambil mulut aku tak abeh-abeh nyembang dengan Ekin dan Pak Ali. Pilih punye pilih.. sambil Ekin jadi 'mamarazzi' tangkap gambar tetibe Pak Ali kate "ok, pe kate pakcik jual sume stem ni kat anak dengan harge RM100? Anak amik le sume (sambil die tunjuk kat 'bukitan' stem depan kami tu).
Aku terkejut beruk. Eh biar betui pakcik ni.. Tak rase rugi ker die? Manyak tu? Paling kurang lebih RM300 nilai stem kat depan kami ni. Aku tanye balik kat die "Eh! biar betul pakcik? Manyak ni. Tak rase rugi ke?" Die jawab "Ape nak ruginye. Takpe lah. Kasi can anak-anak mude cam anak ni ade hobi gini. Biar anak ajek yang sambung hobi pakcik ni".
Aku da hepi campur tak percaye. Pastu aku tanye die tak sayang ke jual stem koleksi die ni? Nape die tak bagi kat anak die jek suruh sambung legasi dan minat die? Pakcik Ali jawab die takde anak dan die nak kasi orang mude yang lain (macam aku la tu.. mude ke aku ni?) sambung hobi dan minat die.
Ekin buleh lak kua stetmen "Ala pakcik, saye rela kerat jari ni. Die musti tak tolak punye. Die ni gile stem". "Ceh, anak buah aku ni.." ati aku berkate lak.
Lepas tanye berkali-kali (untuk kompom) akhirnye aku pon stuju beli sume stem (dalam peket-peket kecik tu) dengan rege RM100 ajek. Termasuk dengan stem local yang aku da pilih sebelum ni dengan nilai sume RM200.
Aku memang hepi giler! Siyes! Aku rase tu satu urus niage yang betui-betui menguntungkan buat aku si pengumpul stem. Lalalalalalala.. Ye lah, dekat Amcorp Mall mane buleh dapat urus niage camni? Dekat penjual stem sebelah Pak Ali tu pon rasenye tak dapat. Alhamdulillah. TQ pakcik. Ermm.. aku rase pakcik tu bernurah ati sebab die tengok aku smangat tak ingat mase pilih stem tu gamaknyer.. :)
Lepas urus niage tu, aku dan Ekin baru ke ruangan pameran stem tu. Dengan idong yang kembang dan smangat yang berkobar-kobar, kami terus berjalan-jalan dan menangkap gambar di ruang dalam pameran tu. Lame gak la. Da puas, baru kami balik bertolak ke Jusco Taman Maluri. Ari tu ialah 'ari merayap anak beranak'. Hehehehehe..


PM bersame 'pakcik berpayung'. Ade sesape nak pinjam payung pakcik ni?
Stem terpanjang di Malaysia


Antare stem-stem yang terdapat dalam pameran

Lagi stem-stem lame..



Mak sedare dan anak sedare

Bergambar dengan zodiak arnab. Kebetulan PM pon zodiak arnab..


Bergambar dengan stem keluaran design komuter

Ekin tengah korek lubang idong si Ipin

Lagi gambar anak sedare aku

Raje segale hobi.. Hobi segale raje..

RM200 bertukar tangan
Wajah penjual dan pembeli stem yang hepi giler
Tengah punggah stem masuk ke plastik besar
Bukitan stem bernilai RM100. Dalam sampul putih tu stem local dan sedikit stem oversea. Nilainye RM117 tapi pakcik Ali amik RM100 ajek. Total RM200
Tengah tunjuk deretan 'stamp of 4' keluaran US
Ekin bergaye depan stem :)
Si pengumpul stem tegar sedang rambang matenye :)
Tengah sibuk pilih stem mane yang takde dalam koleksi..

p/s Sorry guys, kronologi gambar tak betui. Malas nak edit lagik.

Penjejak Mimpi: Tak abeh lagi punggah stem.. :(

Sunday, January 9, 2011

Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia

Salam.

SEBAGAI pengumpul stem yang tak bape nak tegar ni, aku rase teruja sangat nak gi tengok pameran setem yang sedang diadekan di Muzium Negara. Pameran ni da mule pade 15hb Disember tahun lepas dan akan berakhir pade 15hb Mac 2011.

Hmm.. tak tau bile leh pegi.. Harap-harap dapat le pegi sebelum berakhir pameran ni. Kalo ikut jadual aktivitinye, memang best tapi time weekdays lagi best compare dengan wiken. Cane ni?

Untuk pengetahuan korang, dari setem kite leh blaja banyak mende. Contohnye pasal budaya, sosio-ekonomi, nilai sejarah dan lain-lain; samada dalam negeri dan luar negeri. Tu yang membuatkan aku suke mengumpul setem.. :)

Nak tau lebih lanjut pasal pameran yang sedang diadekan skang di Muzium Negara? Atau ape saja mengenai muzium ini sila lawati Jabatan Muzium Malaysia. Kalo nak tau pasal pameran setem yang aku duk sembang kat atas tu, layarilah Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia.

(Picture credit to JMM and Pos Malaysia)

p/s Sebelum ni aku sibuk cari info pasal setem dulu-dulu; sebelum merdeka tapi sebab dek bizi, langsung terhenti. Bile nak sambung ni?

Penjejak Mimpi - Tingin nak tengok setem pertame di dunie 'Penny Black' yang dikeluarkan pade tahun 1840 di Britain.. :)

Sunday, December 5, 2010

Sembang Pasal Hobi - Part 1

Salam..

AKU yakin sume orang de hobi. Tak kisah le hobi tu mahal ke murah ke janji hobi tu menenangkan jiwe kite yang serabut. Macam aku ni sebenonye banyak hobi. Antarenye aku suke kumpul key-chain dan kumpul stem. Hobi lain tu macam orang lain la jugak; dengar radio, membace dan hobi baru; berblogging. Tapi kali ni aku nak tulis pasal hobi klasik iaitu mengumpul stem.

Aku jadi pengumpul stem ni lame dah. Sejak skolah rendah lagi; ikut jejak kakak aku yang nombor tige tu. Tapi mase bebudak tu, bile susun, ape stem yang ade sume masuk dalam buku stem tuh. Tak kisah le stem yang same jenis, same rege, same negeri. Kalo de lime keping, susun sumenye. Tak kisah janji buku stem tu nampak penuh. Hehehehehe... Klaka bile ingat tu.

Then, bile kakak aku da takde, otomatik sume stem die jatuh ke tangan aku! Hahahahaha (<-- gelak orang merampas kuase). Ye la, sape yang nak jage stem die kalo bukan aku? Aku sorang jek yang buleh meneruskan 'legasi' arwah kakak aku tu. Poyonye stetmen... :)

So hobi tu aku bawak sampai le skang. Kene gelak? Kene ketawe? Kene kutuk sebab dek hobi ni? Da bese dah.. Ingat de skali tu mase arwah abah ade lagi. Aku duk susun stem-stem yang aku pesan kat sorang member lame. Tengah aku duk kusyuk susun stem tu, mak aku tanye "bape ringgit sume stem tu?" then aku jawab "RM20 lebih". Pastu mak aku jawab "huh, membazir betui ko nih. Simpan stem tu buat ape?" Naseb baik abah bela aku. Abah jawab "biar la.. da hobi die.." Yes!! ade gak orang nak defend aku! Thank you abah. And sorry mak, de orang defend cek.. Ngeee..

Ade gak orang kate hobi aku ni hobi bebudak.. hobi yang ketinggalan zaman. Macam-macam la orang kate tapi aku wat pekak je. Lagipon aku bukannye kacau orang lain. Ce korang pikir, bersalah ke aku ni bile ade stem terbaru kuar, aku just pesan jek kat old-fren aku. Die keje kat pejabat pos. Sampai mase, die pos kat aku dan aku bayar kat die termasuk kos sampul surat dan stem yang terlekat kat sampul tu? Tak pon, aku cari kat Amcorp Mall stem lame-lame tu.. takpon kalo time raye, aku dengan muke tak malunye mintak stem kat bos aku.. Hahahaha... Atau pade sesape yang dapat stem lawa-lawa tu.. Salah ke aku? Berdose ke aku? Tak kan?

Kalo dulu bile abah dapat stem dari kawan die dari Indonesia tu pon, die akan bagi kat aku sebab die tau hobi aku. So dimane salah aku tu wahai kengkawan sume? Takde kan?

Ingat dulu, mase aku kat Kedah. Time tu sorang classmate aku de stem lawa. So aku mintak la kat die. Then de sorang mamat tu (mulut die memang agak 'kelongkangan' sket tapi ati die baik) tanye kat aku "wei, hang nak watpa stem ni?". Aku jawab la "ler.. nak kumpul le.." Pastu slamber tapir jek mamat ni sound aku "huh, hang ni macam bebudak".. Ler.. mamat ni.. skati aku ler tapi aku tak balas pon kate-kate die tuh. Biarlah.. memasing punye hobi.

So kat bawah ni antare stem yang beli kat Amcorp Mall hari tuh (<-- baru le aku tau ari Sabtu dan Ahad kat sini ade macam jualan barangan antik. Sume barangan antik ade jual). Aku de niat nak tambah koleksi sedia ade walaupon balik kampung baru-baru ni mak aku skali lagi kuar kan ayat yang agak berbise untuk pengumpul stem yang tegar macam aku ni. Ayat mak aku ialah "dah la.. tak yah nak kumpul stem-stem tu lagi. Buat membazir duit ajek.." Aku balas "ala mak ni.. da hobi, nak wat cane..." Mak terus diam. Huhuhuhuhu... Mak, tolonglah paham hobi anakmu ini. Dengan stem ajek dapat release tensen anakmu ini. Dengan mengabehkan duit untuk beli stem ajek baru jiwe anakmu ini tenang.. setenang air di muare.. :)

Tetibe aku tingat sesuatu; aku tak pasti mak tau atau tak yang aku da mengabehkan RM30 hanye untuk 2 keping stem Malaysia tahun 1963 beserta sampul surat ari pertamenye. Aku suke stem tu sebab bentuk die unik; bentuk diamond. Actually aku bukan pengumpul sampul surat ari pertame ye.. Tapi apek dan nyonya kat Amcorp Mall tu telah 'menggoda' dan mengayat aku dengan kate-kate yang sungguh manis hingge aku terpedaye. Ditambah pulak dengan pujuk rayu anak sedare aku sorang tu terus aku longlai dan terus mengeluarkan RM30 dari purse dan akhirnye duit tu bertukar tangan. Aku bagi kapel tu duit dan aku dapat barang. Ala-ala sistem barter. Citt! sistem barter konon. Podahla! Lepas puas berhempas pulas mem'bargain' untuk rege sampul surat plus stem tu. Dari RM48 terus dapat RM30.

Haa.. sila lah menjamu mate ye... Ni antare yang sempat aku snap. Yang lain nanti aku upload lain; dalam entry lain. Insya Allah..

Ni stem dari Syria. Alhamdulillah dapat akhirnye aku stem dari negare ni.. :)
Ni lah stem yang aku cite kat atas tu. Stem ni sempena Persidangan Komenwel yang ke 9 yang telah diadekan di Kuching, Sarawak pade tahun 1963 (<-- aku pon tak lahir lagi time ni)

Ni le ropenye sampul surat ari pertame yang akhirnye telah bertukar tangan gare-gare sistem barter yang telah berlaku antare aku dan sorang nyonya kat Amcorp Mall...
Ni lak stem dari zaman World War II (1939-1945). Stem dari negare Jerman. Time ni makcik penjual stem tu siap bukak cite pasal Adolf Hitler lagik. Aku layan aje la.. :)

Setakat ni ajek dulu. Bebile aku sambung cite pasal hobi ni lagik. Hah, amacam? ade sesape yang same hobi bebudak macam aku ni?

Penjejak Mimpi - Kalo da suke, wang ringgit belakang kire... :)

Monday, November 29, 2010

Gumbirenye..

Salam.

KHAMIS lepas unit aku de wat sesi 5S; menyisih sume dokumen kontrak yang da abeh tamat tempohnye. For info, sume dokumen gomen kene lupus lepas 7 tahun ye puan-puan.. lepas disemak dan disahkan oleh pihak terbabit; pihak audit, pihak arkib, bla bla bla.. Kami bergotong royong me'nyetel'kan 6 kotak kesemuanye. Bese la, kalo disuruh menjahanamkan memang cepat dan pantas. :)
So mase duk bertungkus lumus mengoyak dan menyisih sume dokumen tu, aku terjumpe stem hasil bernilai RM10. Gumbirenye aku.. Lalalalalalala... Bese aku jumpe stem hasil bernilai rm1, RM2 dan RM5. Tapi kali ni yang rege RM10. So sebagai pengumpul stem tegar, stem ni otomatiknye telah membuatkan aku epi sedikit lepas puas disakat dek dowang; dak-dak opis aku. Hmm... macam-macam bebudak tu... :)

Ni le rupenye stem yang aku maksudkan..

Penjejak Mimpi - penah kene gelak sebab hobi suke kumpul stem. Tapi ade aku kisah? Hobiku hobiku jua... :)