Pages

Showing posts with label Hadis Kudsi. Show all posts
Showing posts with label Hadis Kudsi. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Puasa Hak Prerogatif Allah

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untukKu dan Aku yang memberi ganjarannya."' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(Sumber teks: Majalah Solusi Isu 34)

Penjejak Mimpi: Muge amalan kite sume mendapat ganjaran dariNye, amin.

Wednesday, June 8, 2011

Sentiasalah Bertaubat dan Beristighfar

DARIPADA Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hambaKu selagi mane ia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir).'"

Penjejak Mimpi: Kene slalu ingat kat tuhan kalo nak tuhan slalu ingat kat kite.. :)

Monday, April 18, 2011

Hadis Kudsi 8: Naungan Allah

DARIPADA Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Allah berfirman pada hari kiamat: "Dimanakah orang yang bercinta kerana keagunganKu pada hari ini? Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu pada hari yang tiada naungan kecuali naunganKu." (Riwayat Muslim)

(Sumber teks asal: Majalah Solusi Isu 30)

Penjejak Mimpi: Mane le nak cari manusie spesis gitu?

Thursday, March 17, 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah

DARIPADA Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: "Orang yang bercinta kerana Allah akan berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.""
Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:
'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaKu berhak untuk orang yang saling tolong menolong keranaKu dan cintaKu berhak untuk orang yang saling berkunjung keranaKu." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."
(Riwayat Ahmad)
(Sumber teks: Majalah Solusi Isu 29)
Penjejak Mimpi: Masih mencari cinte.. :)

Sunday, February 20, 2011

Hadis Kudsi 6: Tanda Cinta Allah Kepada Hamba

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, "Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia." Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia." Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia."
(Riwayat Al Bukhari No 3037)
Sumber: Majalah Solusi Isu 20)
Penjejak Mimpi: Cane lak nak tunjuk cinte kite pade Allah?

Tuesday, January 4, 2011

Hadis Kudsi 5: Beristighfarlah..

DARIPADA Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Iblis berkata kepada tuhannya: 'Demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.' Allah menjawab: 'Demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu"
Sumber: Majalah Solusi Isu 27

Wednesday, December 1, 2010

Hadis Kudsi 4: Keutamaan Mukmin

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bernaksud: "Allah berfirman, 'Seorang Mukmin disisi-Ku menempati kedudukan segala kebajikan. Ia memuji-Ku padahal Aku mencabut nyawanya dari antara rusuknya.'"
(Riwayat Ahmad, hadis hasan)
Sumber: Solusi Isu 26

Sunday, October 3, 2010

Hadis Kudsi 3 - Keutamaan Berdoa

DARIPADA Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, ' Sesiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepadaKu maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
(Riwayat al-Bukhari no. 1094, Muslim no. 1808, Abu Daud no. 1317 dan lain-lain)

Saturday, August 14, 2010

Hadis Kudsi 2: Jangan Sombong

ABU Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Allah s.w.t berfirman: 'kemuliaan ialah serbanKu dan kesombongan ialah sarungKu. Sesiapa yang menandingiKu dalam kedua-dua sifat itu nescaya Aku akan melemparkannya kedalam neraka'".
(Riwayat Abu Daud, no 4092)

Sunday, July 4, 2010

Hadis Kudsi 1: Pagar Syurga dan Neraka

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibrail: "Pergilah, lalu lihatlah syurga itu." Malaikat pun pergi dan melihat kepadanya. Kemudian ia datang dan berkata: "Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu, tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya." Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan. Dan Allah berfirman: "Wahai Jibrail, pergilah dan lihatlah kepadanya." Ia pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian ia datang dan berkata: "Wahai tuhanku, demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang memasukinya." Nabi melanjutkan: "Ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman: "Pergilah dan lihatlah kepadanya, kemudian datang seraya berkata: "Wahai tuhanku, demi keperkasaanMu, tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya." Lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman: "Wahai malaikat, pergilah lalu lihatlah kepadanya." Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata: "Wahai tuhanku, demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ahmad)