Pages

Thursday, March 31, 2011

Ini Bukan Blog Gay

TADI skodeng jap Encik Nuffnang. Klik kat 'analitik' dan pastu klik kat 'kata kekunci' lak. Ni yang aku dapat..Ello... ni bukan blog gay atau blog mencari pasangan sejenis ye. Aku ni pompuan normal.
Sebenonye aku rajin gak check kate kunci yang slalu orang gune untuk masuk ke blog aku ni tapi kali ni rase cam lucu ade.. klaka pon ade..

Entah ape yang dipikirkan dek orang tu ye? Hai... dunie... dunie...
Penjejak Mimpi: Sengal ubi di ari Khamis.. :)

Kawan Baik

ARTIKEL dari emel. Aku simpan stok emel yang bertahun-tahun punye. Sayang nak buang.. Artikel yang best untuk dikongsi dengan korang (aku rase best).Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!! Amin Yarabbil Alamin.


Penjejak Mimpi: Memang bahagie bile kite de sorang kawan baik yang baik.. :)

Reen's Diary Giveaway Lahh!

TADA!!! Ni ade lagi giveaway untuk dijoin. Aku tau time skodeng blog kak Ati. Sementare aku 'kureng' bizi ni, aku nak try. Mane tau kot-kot masih ade 'aura besday' (walaupon da lame belatednyer) di ujung bulan Mac ni ke.. Cepat-cepat kalo nak join. Esok due datenye.
So aku nak tag
qaseh johanna, Faztee Danisha dan bittersweet.

Details? Skodeng kat sini.

Penjejak Mimpi: Ramai giler orang kat Mekdi tadi... :)

Berubah

BERUBAH ke arah mane? Yang lebih baik ke atau sebaliknye? Kite musti berubah. Kite tak buleh statik kat satu mende je tanpa pikir betul atau salah ape yang kite buat tu. Kalo dulu kite banyak tersasar dari 'orbit' dan skang ni masenye untuk kite pulang ke pangkal jalan.

Kite tak maksum. Kite akan slalu melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi kite kene berubah kalo tau ape yang kite buat slame ni silap dan salah.

Tak cukup dengan mengaku kesilapan dan kesalahan tu tapi perlu mengubahnye menjadi satu yang bukan lagi silap dan bukan lagi salah.

Kite musti berubah ke arah yang lebih baik. Sabda Nabi: "Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka."

So yang mane satu pilihan anda? Tepuk dada tanye selera..

Penjejak Mimpi: Kene pikir positif slalu. Baik untuk kesihatan juge.. :)

Wednesday, March 30, 2011

Akibat Berajakan Nafsu - Part 2

INI pula kisah seorang lelaki yang sangat rindukan kekasih hatinya. Kerana cinta yang mendalam dan rasa cintanya yang mendalam dan rasa kasihnya yang tidak berbelah bahagi, dia jatuh sakit.

Dia berada dalam dunia yang asing kerana sakitnya. Kemudian seseorang menawarkan untuk menemukan dia dengan kekasih hatinya. Sejurus mendengar perkhabaran tersebut, beliau berasa sungguh gembira, malah penyakit yang dideritainya sembuh.

Dengan sabar dia menunggu, namun oleh kerana sesuatu hal, kekasihnya tidak dapat meneruskan perjalanan dan kembali ke kampung halaman dengan perasaan kebencian yang meluap-luap.

Lelaki tadi berangan-angan bahawa kekasihnya akan datang dan menemuinya untuk melepaskan rasa rindu dendam yang tidak tertahan. Dia begitu yakin akan bersama kekasih hatinya itu dan memulakan kehidupan bersama.

Mendengar perkhabaran kekasih hatinya yang tidak mahu bertemu, maka sakitnya datang kembali malah kian parah. Dia mula berputus asa untuk meneruskan kehidupan tanpa kekasih yang dirindui. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia. Saat kematian beliau berkata: "Wahai kedamaian, wahai kenikmatan, wahai pengubat lara, datanglah kamu untuk mengubat hatiku berkat rahmat Yang Maha Mencipta dan Maha Agung!"

Kemudian dikatakan kepadanya: "Wahai sipolan, katakan tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t, maka takutlah kamu kepada Allah s.w.t." Sehingga dia menemui ajal, dia tidak mengucapkan kalimah syahadah.

Ketika tetangganya melalui rumahnya, kedengaran jeritan yang sangat menyakitkan. Akhirnya dia meninggal dunia dengan pengakhiran yang sangat buruk (su'al khatimah).

p/s Part 1 sile tekan kat sini.

(Sumber teks dari Majalah Solusi Isu 28)

Penjejak Mimpi: Mencari mati yang sempurne...

Habib Nak Bagi FM Kat Acik-Acik Sume!

ADE giveaway terbaru le pulok. Wah! skang ni da macam satu kegilaan (gile yang tak gile. Kire cam normal la tu) pulak dengan FM atau name penuhnye fridge magnet. Samada sebagai koleksi atau cenderahati untuk orang lain.

Aku kureng sket tapi kalo dapat tu, sah-sah tak menolak punye. Da rejeki le katekan. So ade
giveaway terbaru yang dianjurkan oleh blogger Zura Habib. Kalo mau joint, skodeng cepat sebab due date die ari ni. Cepat-cepat. Jangan ketinggalan untuk memeriahkan suasana.. :)

Penjejak Mimpi: Pektis jari jemariku ini..

Analogi Sebatang Pokok

BELAJARLAH daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.

Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan juga haiwan.

Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.

Mari kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

(Sumber teks dari Majalah Solusi isu 28. Gambar dari Google)

Penjejak Mimpi: Start untuk bersabar sentiasa dan berlapang dada... :)

Hari Berblogwalking Sedunia

ARI ni seboleh mungkin aku nak berblogwaking dan kalo terdesak terpakse berblog'jogging' ke sume bloglist yang ade dalam senarai aku. Tapi samada aku drop komen ke atau tak, depends pade entri :)

Da lame aku tak merayap jauh-jauh. Lately mase tu takde sangat.. kondisi aku pon tak bape bagus.. dengan brodben yang cam hampeh.. tu sume faktor penyumbang pade sikap malas aku untuk berblogwalking kat umah. Kalo kat opis lak, memang bizi giler.. Grrrr...

Tapi ari ni insya Allah. Aku da stenbai 2 entri untuk auto publish. Sementare tu buleh le aku menjelajah sesambil mencari idea lain.

Tak bizi? Hui, sape kate aku tak bizi? Bizi tapi pepandai la nak idop. Kalo 8 jam duk asik merenung PC wat keje, aku memang tak mampu la. Sesekali kene le refresh bijik mate ni dengan berblogging (<-- alasan untuk menghalalkan tindakan?)

Korang jangan ikut care aku ni ye. Aku da cakap dari dulu lagi aku memang suke curi tulang malah tulang-tulang yang aku curi tu pon da bikin sup. Korang kene fokus keje tau! 8 jam kat opis jangan asik nak berblogging. Bos kasi keje, bereskan. Janngan malas dan bertangguh.

Aku memang camni. Ade mase sket pasti akan berblogging dan berblogwalking. Dah-dah.. aku nak stat ekspedisi menjelajah ke blog kengkawan lain (sementare ade mase sket ni)

p/s selamat bekerja.. :)

Penjejak Mimpi: Ade keje, aku buat la. Apepon, keje musti didahulukan. Berblogging ni sampingan ajek time opis hour.

Tuesday, March 29, 2011

Cuci Mata di Pagi Hari

PAGI ni baru sempat nak aplod gambar-gambar yang sempat aku snap mase gi Cameron Highland ari tu. Untuk info, aku gune kamera dslr abang ipar aku. Hehehehe.. Merase gak aku gune kamera die. Memang best la gune kamera tu. Pe lagi cik PM? Bile nak sambar satu? (<-- ati yang nakal sedang berkate-kate. Tanduk da tumbuh sket atas kepale tu..)

p/s Aku tak pandai dan takde ilmu pasal fotografi so sesape yang teror dalam bidang fotografi jangan gelak lak bile tengok gambar yang aku snap ni. (<-- kene ngaku tak pandai kalo betui-betui tak pandai. Jangan nak memandai-mandai)




Penjejak Mimpi: Kasik segar sket mate tu bile tengok bunga-bungaan.. :)

Monday, March 28, 2011

Kempunan Aku :(

NI bukan kisah kempunan nak makan ikan tembakul. Ni kisah kempunan nak masuk bangunan Parlimen.

Jumaat lepas unit kami buat site visit ke bangunan Parlimen untuk pojek naiktaraf kat situ. Tapi memandangkan aku tak bape sihat ari tu, aku amik MC. Huhuhuhu.. Melepas aku nak masuk ke bangunan yang penuh dengan sejarahnye tu.

Siang tadi kat opis member duk sibuk 'perangat' aku. Duk kate "rugi tak gi Parlimen ari tu". Aku balas la "nape lak? Best sangat ke?". Die jawab "bukan senang nak masuk situ le. Security ketat tu..".

Aku jawab lak "ye ke? Ala, lepas ni musti nak pegi lagi kan?" (<-- dalam ati nak jugak pegi tu). Member aku balas "eh, mustilah. Nak kene pegi lagi skali la".

Ati aku terus berbunge-bunge. Ngeee.. Mustile nak pegi. Nak gak merase masuk ke bangunan dimane akta dan undang-undang diluluskan. Nak gak tengok cemane tempat YB-YB bertegang urat dan bertikam lidah menegakkan benang yang basah, kering ataupon lembab. Nak gak usya cane keadaan bangunan dewan rakyat dan dewan negara bersidang.

Tapi bile ek?

Penjejak Mimpi: Tu yang best masuk unit BPR D1 tu... :)

Akibat Berajakan Nafsu - Part 1

JADIKAN kisah sepertimana yang diceritakan oleh Sufyan al-Thawri sebagai iktibar:
Suatu ketika di Mesir terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada Allah s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke menara untuk mengumandangkan azan.

Di bawah menara tersebut terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama Kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja lelaki tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lalu turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.

Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya: "Apa yang kau mahukan hingga datang ke rumahku?"

Jawab lelaki itu: "Aku inginkan kamu." "Kenapa kau suka kepadaku?" "Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh cinta kepadamu." "Aku tidak boleh bersama denganmu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin itu akan berlaku," balas gadis itu.

"Tidak, aku tidak peduli. Aku ingin menikah denganmu". "Tetapi aku seorang Kristian dan kau seorang Islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkanku untuk menikah denganmu." "Jika demikian, aku rela memeluk agamamu." "Baiklah, jika itu kemahuanmu aku bersedia untuk menikah denganmu."
Akhirnya lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malang, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya. Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan pilihannya. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi. (Sumber teks dari Majalah Solusi Isu 28. Sumber imej dari Google)
Penjejak Mimpi:
Ke syurgakah atau dihumban ke neraka kite nanti???

Sunday, March 27, 2011

Cerita Basi: Hari Khamis Yang Spoil

DAH hampir 3 ari aku tak apdet blog. Bukan malas cume kurang rajin. De beza tu. Tambahan lak dengan keadaan aku yang agak tak stabil mental dan fizikal ni. Last aku apdet ialah ari Khamis. Time tu badan aku da macam terawang-awang sebab badan panas nak demam. Ni pon macam rase tak best juge.. :(

Ade odit Khamis tu tapi alhamdulillah aku tak dipanggil mengadap auditor. Fail pengurusan pon tak diodit langsung. Entah kenape. Tapi at least aku da get ready. Petang ade short discussion untuk pojek Parlimen. Pojek naiktaraf kat Parlimen sedia ade. Aku tak berminat nak reveal pasal tu sebab ini soal keje. Cume nampak macam tak berape payah untuk design tapi belum cube belum tau. Then esoknye ade site visit di sane (Parlimen) untuk kenal pasti beberape perkare untuk diterjemahkan ke bentuk lukisan. Aku 'terpakse' naik kete big bos sebab dowang yang lain naik motor. Aku yang 'malu-malu ayam' ni angguk ajek bile big bos ajak naik kete die. Bese la, aku kan memang dilahirkan pemalu? (<-- stetmen brani mati. Sile vomit pade sape yang tak dapat trime hakikat ini. Bese, kebenaran memang payah untuk ditelan, kan?) :)

Tapi mase tu badan aku da stat panas. Ape yang diterangkan oleh big bos masuk tinge kiri kuar tinge kanan (sebab aku duk belah kanan die). Aku memang tak pay attention langsung. Bla bla bla.. Aku cume tunggu jam 4.30pm ajek untuk balik. Lambatnye.. Tapi sempat minum petang lagi. Aduss!! pecah lubang. Bukan curi tulang tapi itu hanye cubaan untuk menghilangkan dahage ye.. :)

Tepat 4.30pm, aku ketuk punch card dan bergegas turun lif. Sampai kat lobi, aduyai.. access card tertinggal. Naik balik ke opis. Macam orang bodoh jek aku rase. Komuter 4.40pm sah-sah da lepas. Tunggu komuter 5.10pm dan saing balik dengan Gel (bace: Girl). Sembang punye sembang, tingat payung lak tertinggal kat opis. Aduyai!! Ntah ape yang aku ingat.. :(

Turun di stesen Sentul Timur, terase nak makan nasi kerabu. Singgah jap kat gerai sorang brader tu. Depan aku de sorang minah tengah pilih ayam. Tetibe terbau losyen macam aku punye. So aku cakap dalam ati "minah ni pon gune losyen same cam aku ke?". Da beli, terus balik umah. Depan pintu, seluk hand bag nak cari kunci umah. Dapat kunci umah yang bersalut dengan losyen tangan Victoria Secret aku! Aduyai skali lagi!! Rupenye losyen tumpah dalam hand bag! Abeh semerbak bau hand bag aku tu!

Adehhh! Ape le punye naseb aku ari tu.. Segale-galenye macam hampeh! Dari pagi membawe ke petang sumenye tak kena! Oh ari Khamis yang betui-betui bawak spoil!!

Penjejak Mimpi: Aku da stat demam balik ni. Demam malam...

Thursday, March 24, 2011

Lessons In Life




You cannot judge a tree, or a person, by only one season,
and the essence of who they are and the pleasure, joy and love that come
from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.
If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring,
the beauty of your summer, and fulfillment of your fall.
Moral: Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
Don't judge life by one difficult season/time
Penjejak Mimpi:
Masih mencari kebaikan orang lain disebalik keburukan dan kejelikannye.. :)

Sarkastik: Pagi-Pagi Dah Bikin Panas!

AKU memang marah pagi tadi dan skang ni. Tapi skang ni da kurang la. Aku malas nak marah-marah dah. Lantakla ape orang nak buat kat aku ni. Aku da cakap skali sebelum ni dan takmo cakap lagi mende yang same dan pade orang yang same.
Cume aku berdoa agar aku sentiase dapat bersabar dan berlapang dada untuk menerime sume dugaan-dugaan yang kecik ni. Dan muge Allah sentiase melindungi aku dari mereka yang berniat nak menjatuhkan aku dan yang berniat nak menjejaskan reputasi dan name baik aku.
Tambahan: Aku memang staf yang tidak baik di mate bos. Aku suke melawan kate bos. Abeh, kalo mende tak betul nak suh aku telan gak ke? Memang aku suke melawan. Aku akui. Tapi aku tau sape aku. Cane keje aku. Tuhan tau dan kenal sape aku dan cane aku wat keje. Tu da cukup..
Penjejak Mimpi: Kekadang tu tak paham ape yang dowang nak sebenonye?

Wednesday, March 23, 2011

Bangku Kosong: Sayangi Bumi Kita!

SELALU kite dengar 'sayangi ibu dan bapa'.. tak pon 'sayangi keluarga anda'.. tapi kali ni 'sayangi bumi kita' lak. Hehehehe.. Segmen ni dianjurkan oleh blogger Bangku Kosong. Sesape nak join segmen Sayangi Bumi Kita ni buleh ajek tapi kene cepat sebab tarikh tutup die ialah ari ni detik 12 malam (perghh! macam tajuk filem lame lak).
Segmen ni kirenye cam usaha simbolik menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar. Nak join kene jawab 3 soklan. Tak banyak.. sket ajek..

Jom kite tengok pe soklannye:

S1: Cadangkan usaha lain selain tutup lampu sejam bagi tujuan simbolik menyokong pemuliharaan alam sekitar & bumi
J1: Haramkan terus penggunaan beg plastik. Skang ni ari Sabtu je kan? Buat ari-ari. Tak buleh gune beg plastik. Kene gune paper beg ajek. Takpon beg recycle tu kene bawak sentiase. Kalo tak buleh mansuhkan penggunaan beg plastik skaligus, stakat 1-2 benda atau barangan yang kecik, tak yah gune beg plastik. Ko angkut ajek. Kalo nak gune beg plastik gak, jangan suh bayar 20sen tapi kene bayar RM1.
S2: Pendapat anda mengapa bumi perlu dipelihara

J2: Ye la, bumi ni kan warisan untuk anak-anak dan cucu cicit kite. Kalo tak dipelihara, ko tak kesian ke kat orang-orang di zaman akan datang? Skang ni pon pencemaran dimane-mane ajek. Kalo kite tak jage dari skang, ape yang kite warisi skang (bumi yang tak selamat dan tercemar) akan terus diwarisi dan pencemaran akan bertambah dan bumi akan menjadi semakin tak selamat.
Lagipon bumi ni bukan hak milik kekal kite. Kan pinjaman dari Allah semate-mate. Bukan ke kalo ikut prinsip logik akal, kene jage elok-elok barang yang kite pinjam dari orang lain? So ko brani lagi nak membuat onar di muke bumi ni wahai manusie durjane? (<-- ceh!! Emo tetibe!)

S3: Apa anda dah buat untuk tunjukkan bahawa anda seorang yang cintakan alam sekitar

J3: Kalo gi beli barang tu, kalo stakat 1-2 benda tu aku memang tak minte beg plastik. Sebab aku ade beg aku sendiri. Tapi kalo berlambak tu, takkan aku nak sumbat sume dalam beg aku tu kan? Rabak la beg aku tu. Jenuh lak aku nak ngutip mende-mende tu.. :)
Selain tu, seboleh mungkin aku kurangkan penggunaan kertas baru (contoh A4 paper). Aku prefer gune recycle paper kalo nak wat notes atau sekadar nak conteng-conteng. Kalo nak print pon, aku lebih suke gune recycle paper. Jimat pon jimat. Kurang-kurang dalam beberape tahun aku amalkan (dan orang lain juge), mungkin sebatang pokok da tak payah ditebang. Kan ini akan menambahbaik ekosistem kite?

Aku harap kite sume dapat bergabung tenage dan mengembleng usahe dalam menjage dan memelihara bumi kite. Aku buat part aku dan ko wat part ko. Adil kan? Sayangi bumi kite. Sian die bile manusie tak jage die dengan baik.. :)

Penjejak Mimpi: Earth hour akan dijalankan pade ari Sabtu 26hb Mac 2011 dari jam 8.30pm sampai 9.30pm. Bersame2 kite bergelap sejam demi kebaikan jangke mase panjang. Yeahh!

Pesan Mereka..

AKU slalu ingat 3 pesanan yang berharge time wat keje.
i. Pesanan 1: "Kalo keje, jangan main dan kalo main jangan main-main".
ii. Pesanan 2: "Kalo kite wat keje dan tak dapat balasan di dunie ni, insya Allah kite akan dapat balasan di dunie yang satu lagi".
iii. Pesanan 3: "Kalo kite masuk keje lambat, orang akan tahu cemane care keje kite".
Insya Allah 3 pesanan tu akan aku ingat sampai mati.
Penjejak Mimpi:
Buat baik dibalas baik..

Dah Bersedia?

ARI ni stat odit SPK. Alhamdulillah fail pojek yang aku apdet tu tak kene odit. Pojek lain. Tapi aku kene gak stenbai untuk bersoal jawab dengan auditor untuk fail pengurusan.
Lucu kan? Aku ni orang teknikal tapi berhempas pulas handle fail pengurusan unit. Da lame aku pegang soal-soal pengurusan unit ni. Kire stat aku masuk keje la. Erm, agak-agak kalo aku takde samada takde kat dunie ni atau kat unit ni, sape yang sanggup wat keje cam aku ni ye?
Ape pon, aku tengah berdebar-debar menanti kedatangan audior (padehal tiap-tiap kali odit muke aku la yang mengadap auditor pasal fail pengurusan ni).
Sape auditornye ek? Jeng jeng jeng.. aku tau dan kenal sesangat sape. Tapi kene le profesional. Time keje, kene serius dan straight. Komited pade tugas. Time lain, buleh bertepuk tampar dan bergurau senda. Tak betui Puan auditor?
(Picture as usual songlap from Mr Google)
Penjejak Mimpi:
Banyak belajar dari kesilapan dan kekhilafan mase lalu...

Kamera DSLR

Tak dapat beli, dapat usya gambar pon jadi la.. :(
(Thanx to Mr Google)
MASE on the way nak ke opis tadi, kat ruang legar Mid Valley dowang tengah set-up booth untuk jualan dan promosi kamera. Lantas membuatkan rase nak 'membazir'kan duit tu ke arah membeli kamera baru kembali membuak-buak. Adehhh...
Mase gi Cameron Highland ari tu, aku da try dslr abang ipar aku. Perghh!! best siot. Memang cantik la gambar die. Anak sedare aku lak (Shahril) duk cakap "beli la andak.. duit andak kan manyak?". Ape, die ingat andak die ni cop duit ke ape?
Tapi aku memang teruje la dengan kamera ni. Huhuhuhu.. Kalo tanye 'penasihat kewangan' aku, memang sah-sah die tak bagi. Membazir. Lagipon kamera sedia ade tu nak campak kemane? Dah la time aku beli tu rege die riban jugak. :(
Hmmm... rasenye kene tunggu kamera aku tu rosak dulu baru senang ati nak beli yang baru. Err.. ade sesape yang buleh tolong kasik jahanam kamera aku tu? Ngeeee
Penjejak Mimpi:
Aku bukan keje kat Mid Valley tapi opis aku kat Mid Valley. Paham tak?

Tuesday, March 22, 2011

Air Wuduk untuk Ayah

DIRIWAYATKAN daripada al-Ma'mun, dia berkata: "Aku belum pernah melihat orang yang lebih berbakti kepada ayahnya selain Fadhl bin Yahya al-Barmaki. Dia begitu berbakti untuk ayahnya sehinggakan ayahnya tidak pernah berwuduk kecuali dengan air suam."
Ketika mereka berdua dimasukkan ke dalam penjara, petugas penjara melarang mereka memasukkan kayu bakar walaupun malam hawa tersangat dingin. Maka Fadhl pun mengambil botol yang ada di dalam penjara. Setelah ayahnya tidur, diisi botol itu dengan air dan didekatkan ke lampu supaya air di dalam botol menjadi suam. Dia terus memegang botol hingga pagi.
(Sumber teks asal: Majalah Solusi Isu 29)
Penjejak Mimpi: Tetibe rase rindu kat abah.. :(

Ringkas

AKU cume nak tulis ringkas ajek iaitu "politik di Malaysia ni semakin menJIJIKkan dan meMUALkan!!!!!"
Penjejak Mimpi:
Kebenaran pasti akan terbukti satu ari nanti, insya Allah.

Giveaway Izdiharshoppe

SAMPAI opis terus bukak blog dan ade komen baru untuk entri ni. Owh, aku ditag oleh blogger cempakakuning untuk menjoinkan diri dalam giveaway terbaru (erk! baru ke?).
Giveaway yang dianjurkan oleh blogger
eT ni adalah untuk memperkenalkan blogshoppe baru iaitu izdiharshoppe.
Err.. aku nak tag sape ek? Jap nak check list.... Ok, aku tag
LLK, Faztee Danisha, Mawar Puteh, Pencinta Agung, Sissyira, Ann dan Noa.
So ape lagi? Jom reramai kite terjah. Adiah pon not bad jugak.. :)

p/s Hangpa jangan lupe lak letak aku sebagai referral hangpa no... :)

Penjejak Mimpi:
Prektis jari jemari nih..

Monday, March 21, 2011

Giveaway: SSC Lucky Follower Mac 2011

ARGGHHH!!! Nyawa da ujung tanduk da nih!! Cepat sebelum terlambat! Bertuah atau tak, belakang kire beb. Janji mencube walau mase da hampir tamat! Cepat sementare stok masih ade. Mari beramai-ramai memeriahkan suasane dan menyokong tuan tanah ni dalam giveaway die; Giveaway SSC Lucky Follower Mac 2011 nih.
Cepat sebelum terlambat. Time tutup segmen ni ialah jam 10pm. Ade mase lagi 42 minit dari sekarang.. :)
Penjejak Mimpi: Bertuah ke aku ni?


Wakaf Quran Beramai-Ramai

NI entri dari blog Ben Ashaari. Aku copy bulat-bulat tanpa membuat sebarang perubahan. Muge mendapat sokongan dan kerjasame dari sume, amin.
" terlebih dahulu nak cakap Assalamualikum kat abg ben..
Saya teruskan dengan niat saya aje bole x abg ben..hehe.. gini, ayah saya ada buat project wakaf quran di mana kita mencari sesiapa sahaja yang sudi mewakaf al-quran.
Al-quran disediakan dan para pewakaf bole contact ayah saya kalau berminat nak buat wakaf ni.
Quran-quran yang dah diwakaf ni akan dihantar di negara-negara islam contohnya macam indonesia, acheh, pnom penh, vietnam dan beberapa negara lain.
Termasuk jugak kat malaysia. quran ni ayah saya akan hantar kat sekolah-sekolah agama, maahad-maahad tahfiz, pondok2 dan tuk org2 miskin kat malaysia dan luar.
Jadi, saya nak mintak tolong abang ben mempromote blog ayah saya ni dan meramaikan lagi org2 yg sudi buat wakaf ni. ni blog ayah saya : http://wakafquran.blogspot.com/
Terima kasih banyak2 ye abg ben. abg ben punye penangan lain sikit. so harap diorang dapat membantu la. kalau dapat bantu sebarkan pun takpe. time kasih banyak2.. maaf ye ganggu abg ben.. "
So ape lagi kengkawan? Pade sesape yang mampu tu, moh kite beramal dan mencari ganjaran dariNya..
Penjejak Mimpi:
Hanya kepade Allah kite berserah dan memohon pertolongan.. :)

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

(JUST nak gitau time apdet entri ni aku dengar lagu Sedetik Lebih oleh Anuar Zain. OST filem ni. Nak dapat feel lebih) (<-- stetmen poyo dari Cik PM).
Filem ni mengisahkan pengembaraan Merong Mahawangsa (Stephen-Hughes Rahman) yang menjadi pengawal pade putera negare Rom dalam perjalanan untuk kawen dengan puteri China. Perkahwinan tu diaturkan untuk merapatkan hubungan empayar Timur dan Barat.

Dalam usaha tu, berlaku serangan dari puak lanun Geruda yang diketuai oleh Taji (Wan Hanafi Su) dan Kemawas (Khir Rahman). Lanun ni menculik puteri China tu pulak.

So berjayekah Merong Mahawangsa dalam menyelamatkan puteri dan merapatkan hubungan kedue-due empayar tersebut? Selamatke hero ni? Jadi ke kawen dowang ni?

Nak tau, gi serbu panggung wayang berhampiran kat umah hangpa. Nak bace sinopsis lengkap sebelum tengok wayang? Serbu
sini dulu dan kalo nak tau sejarah melayu kisah ni, serbu kat sini pulak.
Komen aku: Teknik CGI (Computer Generated Images) memang best. Aku suke. Jalan cite tu.. bulehla.. (aku hampir terlelap pon ade. Jangan lupe, aku kaki tido. Hahahaha). De gak lawak sket-sket (orang lain gelak, aku tak. Sebab aku tak rase klaka. Mungkin tahap lawak tu tak mampu nak 'trigger' urat gelak aku suh ketawe). Penuh aksi dan kalo markah 10 tu aku kasik 9. Nak release tensen dan menyokong usaha dan bakat 3 adik badik ni, gi lah tengok. Sokong filem Malaysia.
(Picture credit to Mr Google)

Penjejak Mimpi:
Sempat tengok Datuk Nicol Ann David main squash semalam. First time tengok sampai abeh. Muge dapat kejar impian untuk kejuaraan kali ke-7.

Telekung dan Surau

SEMALAM (Sabtu) aku gi Berjaya Times Square dengan anak buah; Ekin untuk layan movie. Target nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam English The Malay Chronicles: Bloodlines.
Sampai di Times Square, terus beli tiket. Dapat kui 4.30pm punye. Okla, sempat solat zuhur dulu. So lepas tu cari surau di Level 7. Aku few times da solat disini. So semalam memang orang ramai giler. Dengan surau yang sempit tu. Naseb baik aku da stenbai telekung sendiri.
To tell the truth, aku memang tak selesa giler gune telekung gunasama ni. Da la dengan bau die.. dengan keadaan telekung tu sendiri. Sori, aku tak sanggup nak lalui keadaan tu. :( So takpe lah kalo beg aku berat sket dengan telekung. Takpe.. mak rela nyah.. Awww..
Kalo solat di situ kan, sebenonye aku muskil beberape perkare:
1) Cleaner kat situ agaknye cuci bape kali sume telekung kat situ? Tak selera betui nak gune!!
2) Kenape tak buat setiap tingkat 1 surau? Tak le orang pack bile nak solat. Ni untuk sume tingkat kat Times Square tu, hanye kat Level 7 ade surau pompuan (sempit giler) dan Level 8 untuk lelaki.
3) Patutnye da buat 1 rules/norm/act dimane untuk building yang sekian-sekian luas kaki perseginye atau tingkatnye, tetapkan surau di setiap tingkat atau keluasan surau tu ditetapkan selaras dengan keluasan bangunan tu. Ala, takkan tak buleh kot? Sedangkan kalo nak supply bekalan, TNB reti lak request bilik nak besar sekian-sekian.. pastu nak depan building ajek.. Takmo tersorok-sorok.. Takpon time submit drawing, kite pandai lak nak request dari arkitek nak bilik MSB luasnye sekian-sekian.. takmo bersebelahan dengan bilik mekanikal.. nanti leaking la.. itu la.. ini la.. Tapi kenape tang ni kite leh terlepas pandang?
4) Pihak berwajib kene amik serius soal ni. Setahu aku (sori kalo aku silap) sebelum sesebuah bangunan tu didirikan, beberape prosedur perlu dibuat start dari mase design hingge ke peringkat construction. Dan pastinye klien akan berurusan dengan pihak atau agensi kerajaan terlibat. Ha, mase tu lah pihak atau agensi ni kene tengok betui-betui keperluan yang patut ade dan musti ade. Kate Malaysia ni negara Islam? Penduduk sini bukan majoritinye Islam ke?
5) Nak berhibur tu buleh.. Nak bershopping pon buleh tapi janganla ingat sume orang yang datang ke shopping complex ni tak bersolat atau duk ingat duniawi ajek.
Aku tau takde sape yang akan amik tindakan bile bace entri aku ni. It's ok cume aku berharap cadangan aku ni akan direalisasikan satu ari nanti. Insya Allah.
Penjejak Mimpi: Surau KL Sentral ok. Mungkin sebab situ bukan shopping complex.. :(

Friday, March 18, 2011

Yeay! Beres Semua

ALHAMDULILLAH berkat kesungguhan, ketekunan, kerajinan dan 'kesemangatan' yang membuak-buak aku da berjaye menghabiskan proses apdet fail yang berkenaan. Yeay!! Sume 16 fail telah slamat aku apdetkan isi perutnye termasuk 6 fail pojek LHDN Bangi dan JMG Kuantan.
LHDN Bangi dan JMG Kuantan termasuk dalam list untuk odit SPK yang dijadualkan minggu depan (lepas berkali-kali ditunde). Itu pon alhamdulillah aku da apdet so aku konfiden seandainye pojek ni kena odit minggu depan. Mane-mane yang aku muskil, aku dah pon dapat jawapannye. Alhamdulillah :)
Style aku dalam wat keje ni senang jek; kalo tak tau jangan memalu tanye. Jangan nak wat pandai atau memandai-mandai. Kalo memule orang pikir ko bodo pon tadah ajek la tinge tu. Telan ajek la kate-kate berbisa tu! Ko nak dapat ilmu kan? So ko kene prepare jek kalo kene sindir, perli, kutuk atau kene maki skalipon (<-- kalo ade). Tapi stakat ni aku tak penah kene pon malah 1 yang aku tanye, 5 ilmu yang aku dapat. Yang penting jangan malu nak bertanye dan berbahase bile bertanye. So orang yang ditanye dengan senang ati jawab setiap soklan kite.
Ade paham kengkawan sume?
Penjejak Mimpi:
Budi bahase amalan kite ye tuan puan.. :)

Kamu Bahagia Tak Sekarang?


ITU soklan yang ditanye pade kami di satu petang yang tenang, damai dengan ditemani bunyi-bunyi burung berkicauan riang dan disertai bunyi air sungai yang mengalir. Hahahaha.. macam ayat dalam buku cite fairy tale ajek.
Memang itu soklan yang ditanye tapi bunyi-bunyi yang aku tulis tu hanye imajinasi dan fantasi aku. Just nak menimbulkan side effect yang best. Ahakz..

Petang tu kami ditanye "Kamu bahagie tak dengan keje kamu skang? Sape yang rase tak bahagie?" Jawapan kami? 'Wuih!! Kami bahagie.. Kami sonok dengan keje kami skang."

Persoalan sebenar ialah betui ke ape yang diucap kat lidah same dengan pasan masing-masing? Betui ke kite bahagie di tempat keje sedangkan ape yang terbuku di hati hanye rase tak puas ati dengan orang A, marah dengan orang B, fedap dengan orang C, meluat dengan orang D dan pelbagai lagi rase yang bercampur baur terhadap orang lain?

To tell the truth, aku rase bahagie dengan keje aku skang walau sesekali kebahagiaan aku tu diragut dan direntap oleh beberapa perkare yang tak best; yang ade ketikenye buat aku bersedih dan berjauh ati tapi life goes on. Takde gunenye kite meratap pilu hanye disebabkan rase diri kite dilayan secare tak adil (mungkin). Manusie tak pernah berlaku adil pade manusie yang lain. Itu hakikat. Kene ingat sampai mati. Cume ape yang penting, cari kesalahan sendiri dan jangan sesekali menuding jari pade orang lain (<-- ni nasihat pade aku sendiri)

Kalo bukan kite yang setelkan keje kite sendiri, nak harapkan sape? Jangan sesekali berharap akan ade orang lain yang membantu kite menyelesaikan tanggungjawab dan amanah yang orang lain da beri kat kite (<-- again, this advice for me)

Setelkan keje kite sampai abeh, bereskan keje kite, bekerja dengan tekun dan amanah, jage reputasi dan integriti, dedikasi musti ade, dahulukan yang mane prioriti, bersungguh-sungguh dan yang paling penting ikhlas bekerja kerane Allah dan insya allah ade balasan yang baik untuk kite.

Tambahan: Jage tepi kain sendiri atau dalam bahase omputihnye 'mind you own business'.

(Picture as usual taken from Mr Google)

Penjejak Mimpi: Benarlah kate bijak pandai; kebahagiaan tu tak perlu dicari tapi dicipta.. :)

Thursday, March 17, 2011

FM Giveaway's Bebeh!

SEBELUM beradu aku nak join satu giveaway ni. Tau mase skodeng blog ex-studen aku satu ketike dulu; Faztee Danisha. Walaupon aku bukan pengumpul FM tegar tapi saje sonok-sonok nak meramaikan kenalan dan memeriahkan giveaway ni skaligus memberi sokongan moral kat tuan tanah ni.
Hangpa nak tau lebih lanjut? Tekan
sini untuk detail.
Penjejak Mimpi:
Dalam kepale ni da tersenarai keje-keje yang musti disetelkan esok. Argghhh!!

Keutamaan Cinta Kerana Allah

DARIPADA Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: "Orang yang bercinta kerana Allah akan berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.""
Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:
'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaKu berhak untuk orang yang saling tolong menolong keranaKu dan cintaKu berhak untuk orang yang saling berkunjung keranaKu." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."
(Riwayat Ahmad)
(Sumber teks: Majalah Solusi Isu 29)
Penjejak Mimpi: Masih mencari cinte.. :)

Sarkastik: Jom Kita Main Kira-Kira

TAJUK entri cam hape jek.. Ko ingat ko cekgu ilmu hisab ke nak ajar orang lain suh mengire? Atau ko rase ilmu hisab ko tu da hebat tahap dewa sampai nak ajak orang lain main kire-kire dengan ko, cik PM?
Bukan. Aku bukan cekgu ilmu hisab. Malah aku tak suke subjek ilmu hisab. Ingat lagi dulu mase study, aku penah dapat pesanan 'See Me!' dari lecturer 'kesayangan' yang mengajar ilmu hisab. Dari sijil membawak ke peringkat diploma, pesanan tu aku dapat. Dan aku dengan rela hati jumpe dowang. Nah! hebat kan ilmu hisab aku sampai dapat 'pesanan ikhlas' dari lecturer. Ngeee..
Kali ni aku nak ajar korang perkare atau perbuatan yang ade hubung kait dengan perkataan 'KIRE' iaitu berKIRE. Korang tau tak ape maksud berkire? Tau kan? Aku yakin korang sume bijak pandai so aku tak nak berpanjang lebar maksud berkire ni.
Pade aku la kan, kalo sesame kengkawan tak yah la nak berkire sangat kene lak soal keje. Kurang lebih pon pe salahnye. Tak luak pon. Ni tak, tang keje berkire bagai nak rak. Tang makan, takde lak nak berkire! Pelik kan?
Abeh, ko tu tak berkire ke cik PM? Bagus soklan tu. Aku pon berkire juge. Malah sangat-sangat berkire. Teruk kan pangai aku? Memang teruk. Cik PM memang sorang yang berperangai teruk. Cik PM juge sorang yang terlalu berkire soal keje. Memang! Aku akui yang itu.
Tapi aku nak tanye jugak kat korang, kalo aku wat keje aku.. pastu aku wat keje orang lain.. then orang lain tu wat ape lak? Makan gaji bute je ke? Bile public kate staf gomen makan gaji bute, ko tau lak nak melenting. Nak marah tapi hakikatnye?
Err.. sebenonye aku pon tak tau pe motif aku tulis entri ni. Cume aku rase kelmarin memang aku rase sangat marah, sangat rase tak selesa, sangat menyampah, sangat benci dengan kitaran dan perjalanan keje kat opis ni. Seriously i feel mad with that stupid situation. Kesabaran aku da sampai ke limit. Tunggu mase nak meletup ajek!
Tapi stat pagi semalam, aku da tekadkan azam dan beriltizam untuk tidak berkire lagi. Eh! nape tetibe lak ko buleh berubah ni cik PM? Ko mimpi ngeri yek malam kelmarin? Bukan. Aku tak bermimpi ngeri malah da lame aku tak bermimpi. Sebab aku adelah Penjejak Mimpi (<-- poyo).
Aku cume nak kembali pade diri aku yang asal. Sebelum ni aku tak berkire sangat soal keje. Ok. Aku tipu. Ade gak skali skala aku berkire tapi tak terlalu berkire. So skang ni aku nak jadi macam tu balik; takmo berkire sangat. Sebab aku da letih. Da penat nak berkire. Walaupon aku rase sikap berkire aku tu hanye sebulan due jek aku amalkan tapi penat dan letih tu amat terase.
"Pade sume 'bos-bos kesayangan' saye, ade keje? Buleh la letak atas meja saye ni. Meja saye skang ni sangat 'kosong'. Tray saye tu pon 'kosong' menanti surat-surat dan memo-memo untuk diamik tindakan. Pigeon hole kat depan tu pon 'kosong' juge. Ade lagi tak keje-keje remeh untuk saye? Ade lagi keje-keje lain yang bos takmo kasik kat orang lain, bos buleh kasi saye. Saye dengan rela ati terime. Saye sungguh 'free'. Orang lain sungguh 'bizi' dan sibuk. Kan bos?
Saye tau bos sungguh adil dan saksama. Erk! bos, saye tak berkire ye. Saye takmo makan gaji bute. Seboleh mungkin saye mau pastikan rejeki yang masuk dalam perut dan jadi darah daging ni adalah dari sumber yang halal. Saye tau bos memang adil. Bos tengok orang lain sume 'bizi' sedangkan saye 'free' so sebab tu bos kasi saye keje, kan? Time kasih bos sebab tak bagi saye peluang langsung untuk makan gaji bute. Nanti gaji tak berkat.."
Penjejak Mimpi:
Aku memang staf yang suke curi tulang, suke makan gaji bute dan aku suuuuuungguuuuh banyak mase 'free'.

Wednesday, March 16, 2011

Alhamdulillah.. Lega Aku Rasa

PETANG jam 3pm tadi ade taklimat tentang pindaan borang-borang SPK. So ade le borang-borang yang tak buleh digune pakai dan gune borang yang baru. SPK maksudnye Sistem Pengurusan Kualiti. Err, untuk makluman cawangan kami ni memang teramat-amat komited dalam mengaplikasikan SPK ni. So pendedahan dan enforcement sentiase dilakukan dalam memastikan kualiti dalam ape saje tindakan yang membabitkan soal keje. Ok. Stop kisah SPK. Bored.. :(
Lepas tu, meleret-leret le ke kisah 'rumahtangge' kami. Aku takmo le reveal ape kisahnye. Ye la, name pon hal rumahtangge kan, mane leh cite kat orang luar. Cumenye tadi aku berpeluang melepaskan ape yang terbungkam dan terpendam dalam dada aku ni walau tak sepenuhnye. Dowang yang lain pon ade la meluahkan ape yang dowang nak luahkan.. nak cakapkan. Dan skang, terpulang pade orang yang bertanye bagaimane dan ape carenye die nak menyampaikan pade pihak yang berkenaan.
Apa yang pasti walaupon aku punch lewat tadi untuk balik tapi aku rase macam seketul batu yang berat; yang terlalu lame menghempap atas kepale aku ni da takde. Da ilang. Aku memang rase lega yang amat sangat. At least aku da cakap ape yang patut. Pade pihak yang berkenaan, ambik lah tindakan yang sewajarnye. Kalo tak, sediakan ajek jawapan untuk dipersembahkan pade al-Khalik bile tibe masenye nanti..
Penjejak Mimpi:
Bukan senang nak jadi pemimpin hatta nak memimpin diri sendiri pon payah..

Tuesday, March 15, 2011

Ben Ashaari: Blogger Ikut Negeri Kelahiran

DA lame tak join segmen Ben nih. Bizi memanjang. Tapi ari ni terase nak join lak. So untuk korang yang tingin nak join, sile skodeng kat sini untuk detail. :)
Aku asal dari Perak Darul Ridzuan. Mak cakap time dalam perut die kami kat Kuala Kubu, Selangor. Tapi bile sampai mase aku menjengah ke dunie yang penuh dengan hipokrit dan tipu daya ni, kami da pindah kat Ipoh. Aku dibesarkan dalam persekitaran di berek polis. Ler.. da abah polis kan.. Dari blok C tingkat 4, pindah ke blok B tingkat 2 pastu pindah lak ke Blok I tingkat 1. Masuk ke sekolah menengah, kami pindah lak ke Tambun, Ulu Kinta.

Dalam erti kate yang lain, aku memang anak bandar. Bangge ke jadi anak bandar? Tak.. aku bese ajek. Malah aku jeles dengan kengkawan yang lahir kat kampung; yang dapat merasai suasane asli, indah, damai dan tenang. Tapi ade lagi ke kampung camtu di zaman skang?

Dan skang, aku da hampir 6 tahun di hutan batu ni. Membanting tulang 4 kerat seawal jam 7.30am demi sesuap nasi. Huhuhuhu...

Bertugas sebagai errr... cukuplah kalo aku katekan aku ni adelah tempat terbaik untuk di'muntah'kan dan dilambakkan kebanyakan keje-keje yang orang lain tak buleh buat atau takmo buat atau tak diberi peluang untuk buat. Keje bese.. sebab aku pon orang bese.. insan bese..

Tapi alhamdulillah dengan sebab 'muntahan' dan lambakan keje-keje tu lah aku jadi macam ni. Alhamdulillah syukur pademu ya Allah.. :)

There's a few blogs yang menjadi kegemaran aku untuk blogwalking. Kire cam sehari tu musti jengah walaupon tak drop komen. Antarenye ialah
Titian Nurani, A Drop of Water in The Sea, SisSyira dan beberape blog lain.
Blog yang aku kureng suke jenguk? Blog yang ade muzik (pasal tu aku suke 'mute'kan sound), yang berat time loading dan blog yang ade wijet yang mengganggu pembacaan aku; shoutmix besar gedabak tengah-tengah skrin. Err.. sori ek pade sesape yang terase. Blog aku ni pon pe kurangnye kan? :(

Impian aku? Aku cume harap dengan berblog ni dapat memberi kepuasan pade aku dan menjadi medium terbaik untuk kite sume bersatu, membina ukhuwwah dan berkongsi ilmu pengetahuan, insya Allah.

Penjejak Mimpi:
Ipoh mali tatak sombong woo.. :)

Kejohanan Boling

PADA 12hb Mac (Sabtu) yang lepas, pihak AKSI Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan kejohanan boling AKSI Piala Ir. Dr. Hj. Mohd Johari Md Ariff Dan Piala Ir. Hjh. Azura Mahayudin. Perlawanan telah diadekan di Plaza 63, Salak Selatan Kuala Lumpur. Bermula jam 12.30pm dan berakhir lebih kurang jam 3.00pm.
Dan aku ehem.. ehem.. telah mewakili unit aku (BPR D1) dengan 2 orang lagi member (Shima dan Kak Norehan). Tu untuk grup pompuan. Untuk grup lelaki lak kami ade Hafizan, Sham, Yusri dan Adi. Lupe lak. Tahun lepas aku main gak boling tapi sebagai 'pemain import' untuk grup BPR D2. (Ayat.. macam terer jek!)
Pertandingan ni asing mengikut gender; lelaki nak merebut piala Dr. Johari (Dr. Joe) dan pompuan lak nak merebut (naseb bek tak sampai tarik-tarik rambut sebab nak merebut!) piala Ir. Hajjah Azura. Ngeeee..
Seperti bese, aku dengan rase rendah dirinye nak gitau yang unit kami bukanlah pemenang untuk 2-2 kategori; lelaki dan pompuan. Unit kami dapat tempat yang sedang-sedang ajek. Hehehehe.. untuk grup lelaki kami dapat tempat ke 10 daripade 13 dan untuk grup pompuan lak kami dapat tempat yang jeng jeng jeng... tempat paling last. Uhuk uhuk uhuk.. tempat tercorot!
Dalam 8 grup pompuan yang bertanding, kami cop tempat last! Terer tak kami?
Pemenang untuk kategori lelaki ialah:
i. BPR B (Johan)
ii. UPSE (Naib Johan)
iii. BPR C (Ketige)
Pemenang kategori wanita lak:
i. UIPT (Johan)
ii. USPM - Team 1 (Naib Johan)
iii. BPR C (Ketige)
Jatuhan pin terbanyak (individu lelaki)
i. Abdullah (BPR D2) - 521
Jatuhan pin terbanyak (individu wanita)
i. Sharinah (BPR C) - 439
Jatuhan pin terendah (individu lelaki)
i. Wan Mohd Khairil (BPR D2) - 269
Jatuhan pin terendah (individu wanita)
i. Nahziatul Shima (BPR D1) - 163
Eh, korang cari name aku ek? Ne ade name aku kat situ. Hehehehe
Err.. kami ade alasan la kenape kami kalah. So kat bawah ni aku dengan idong kembangnye nak gitau alasan nape kami kalah ari Sabtu lepas:
i. Kami ne ade pektis macam grup lain. Grup kami sume rajin-rajin; tak suke curi tulang so takde mase nak gi pektis time opis hour (macam le grup lain pektis time keje!)
ii. Kami saje jek wat kalah. Nak bagi can grup lain menang dulu. Nanti-nanti kami lak menang. Tunggu sume kebangkitan kami; heroin-heroin BPR D1!! Yeah!!
iii. Kami bukan grup yang suke menunjuk-nunjuk. Biar la orang lain nak kate kami tak terer. Takpe.. Tapi kami tau yang kami memang terer. Sebenonye kalo setakat Shalin Zulkifli dan geng-geng die tu, kami memang buleh 'pukul' la. Saje je takmo tunjuk eksen.
iv. Kami ingat slalu pesan ni; tuhan marah kite menunjuk-menunjuk. So salah ke kami ikut pesanan tu? Tak salah kan?
Haa.. tu aje alasan yang mampu aku bagi mewakili grup BPR D1 (yang pompuannye la).
So kat bawah ni sedikit gambar pade ari tu yang sempat aku snap. Gambar grup lelaki takde dalam kamera aku. Tambahan lak kami main kat tingkat 4 dan dowang kat tingkat 3. Ade pon dalam kamera lagi satu. Malas aku nak godek-godek kamera tu... :)
Johan kategori wanita; UIPT diketuai oleh Puan Noraini Ibrahim. Tahniah ye geng-geng UIPT

PM dengan 'terorist' wanita; Sharinah a.k.a Sherry

Naib johan kategori wanita; USPM (Team 1) diketuai oleh Puan Ir. Sabariah Hussein

'Terorist' lelaki; Abdullah a.k.a Pak Lah. Bravo! "Sifu, sile beri tunjuk ajar.."

Tempat ketige kategori lelaki; BPR C. Zamri dengan KJE Ir. Jahini

Khairil; paling tercorot jatuhan pin (kategori lelaki) tengah amik adiah spesel dari KJE Ir. Jahini

Ambuih!! KJE Haji Baihaki; senyum lebar bile BPR B berjaye mengekalkan kejuaraan kali kedua

Johan kategori lelaki; BPR B. Hadi tengah amik adiah dari KJE Ir. Jahini


Erk!! PM sedang bergambar dengan bola bernombor 10. Bergaye dengan t-shirt yang disponsor oleh sorang dermawan unit BPR D1


Muke-muke pemain boling BPR D1 yang pegang prinsip "kasi le can orang lain menang. Kite tak yah tunjuk terer. Bese-bese ajek. Yang penting smangat kesukanan..". Hahahahaha

Penjejak Mimpi: Time kasih pade dermawan-dermawan BPR D1 yang telah sponsor t-shirt, air mineral Dr Sukida dan air tin. Muge Allah berkati dan merahmati kehidupan anda sefamily. Amin.

BBC Flashnews

"JAPAN government confirms radiation leak at Fukushima nuclear plant. Asian countries should take necessary precautions. Remain indoor first 24 hours, close doors and windows. Swab neck with betadine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions, radiations may hit phil starting 4pm today. If it rains later or tomorrow, please don't go out. If you are outside, please be sure that you have rain protectors. Please forward to your loved ones".
Ni sms ex-colleague aku; Mr Lam send malam tadi (15hb Mac 2011; jam 12.44am). Aku da membute dah time tu. Pepagi check enset, de lak sms ni.
So kalo nak kopi pes, dipersilekan. Untuk kebaikan bersame, insya Allah. Aku tak marah :)
Penjejak Mimpi: Precautions better than cure.. (pepagi 'skiping' London la pulek)

Sunday, March 13, 2011

Hutang Dua Minggu Lepas (Pameran Stem)

Sori, ni cite basi. Time cite ni masih panas, aku takde mood nak cite dan takde mood nak godek kamera aku tu. Skang de mase so aku cube langsaikan utang aku. Lost ape yang aku tulis ni? Sile skodeng kat sini untuk refresh memori.. :)
Aku memang suke dan hepi giler bile at the end dapat juge ke Pameran Stem di Muzium Negara. Sebab? Kat situ ade jualan stem. Da lame nak tambah koleksi sedia ade (walau koleksi sedia ade tak abeh susun lagi). Ngeeee...
Lepas beli tiket, terus kami (aku dan Ekin; anak buah aku) masuk ke tempat jualan stem. Aku perasan ade 3 meja yang jual stem-stem untuk koleksi. Terus kami ke tempat pertame; sorang pakcik.
Aku memang rambang mate tengok stem bebanyak ni. Luar negeri dan local stem terlalu banyak untuk dipilih. So aku terus cari stem-stem yang takde dalam koleksi dengan dibantu oleh Ekin. Sesambil tu kami berbual dengan pakcik penjual stem tu. Name die Mohd Ali. Banyak perbualan kami berkisar pasal stem.
Die memang pengumpul stem dari dulu lagi dan menjadi ahli persatuan pengumpul stem peringkat antarabangse. Sesambil pilih tu die tanye beberape soklan pasal stem. Contoh negeri ape kat stemnye tertulis 'Magyar Posta' dan lenlain. Ade gak ilmu aku dapat dari die iaitu stem ni ade 2 jenis; 'used stamp dan mint stamp'. Used stamp tu ialah stem yang da digune dan ade cop dari pejabat pos dan 'mint stamp' tu ialah stem baru dan belum ade cop. Dan lenlain ilmu lagi tentang stem.

So aku stat pilih stem lame-lame local punye. Da puas pilih, aku pilih oversea stamp pulak. Lupe nak gitau stem local agak mahal rege die. Dari RM2 hingge ke RM100 lebih. Mahal siot. Tapi da hobi kan? Yang agak mahal tu aku tak beli la walau bajet aku dalam RM400. Gile kan?
Lepas tu aku nak pilih stem oversea lak. Perghh!! Selambak depan kami stem oversea. Dalam peket kecik-kecik. Range rege dalam 50sen - RM3. Aku da rambang mate ni. Aku nak yang tu.. Nak yang ni jugak! Yang ni cantik. Yang tu aku takde.. Huwaaa.. Manyak nyer... Tolong!! Aku suke yang ni juge.. Cane ni?
Pilih jugak la sambil mulut aku tak abeh-abeh nyembang dengan Ekin dan Pak Ali. Pilih punye pilih.. sambil Ekin jadi 'mamarazzi' tangkap gambar tetibe Pak Ali kate "ok, pe kate pakcik jual sume stem ni kat anak dengan harge RM100? Anak amik le sume (sambil die tunjuk kat 'bukitan' stem depan kami tu).
Aku terkejut beruk. Eh biar betui pakcik ni.. Tak rase rugi ker die? Manyak tu? Paling kurang lebih RM300 nilai stem kat depan kami ni. Aku tanye balik kat die "Eh! biar betul pakcik? Manyak ni. Tak rase rugi ke?" Die jawab "Ape nak ruginye. Takpe lah. Kasi can anak-anak mude cam anak ni ade hobi gini. Biar anak ajek yang sambung hobi pakcik ni".
Aku da hepi campur tak percaye. Pastu aku tanye die tak sayang ke jual stem koleksi die ni? Nape die tak bagi kat anak die jek suruh sambung legasi dan minat die? Pakcik Ali jawab die takde anak dan die nak kasi orang mude yang lain (macam aku la tu.. mude ke aku ni?) sambung hobi dan minat die.
Ekin buleh lak kua stetmen "Ala pakcik, saye rela kerat jari ni. Die musti tak tolak punye. Die ni gile stem". "Ceh, anak buah aku ni.." ati aku berkate lak.
Lepas tanye berkali-kali (untuk kompom) akhirnye aku pon stuju beli sume stem (dalam peket-peket kecik tu) dengan rege RM100 ajek. Termasuk dengan stem local yang aku da pilih sebelum ni dengan nilai sume RM200.
Aku memang hepi giler! Siyes! Aku rase tu satu urus niage yang betui-betui menguntungkan buat aku si pengumpul stem. Lalalalalalala.. Ye lah, dekat Amcorp Mall mane buleh dapat urus niage camni? Dekat penjual stem sebelah Pak Ali tu pon rasenye tak dapat. Alhamdulillah. TQ pakcik. Ermm.. aku rase pakcik tu bernurah ati sebab die tengok aku smangat tak ingat mase pilih stem tu gamaknyer.. :)
Lepas urus niage tu, aku dan Ekin baru ke ruangan pameran stem tu. Dengan idong yang kembang dan smangat yang berkobar-kobar, kami terus berjalan-jalan dan menangkap gambar di ruang dalam pameran tu. Lame gak la. Da puas, baru kami balik bertolak ke Jusco Taman Maluri. Ari tu ialah 'ari merayap anak beranak'. Hehehehehe..


PM bersame 'pakcik berpayung'. Ade sesape nak pinjam payung pakcik ni?
Stem terpanjang di Malaysia


Antare stem-stem yang terdapat dalam pameran

Lagi stem-stem lame..



Mak sedare dan anak sedare

Bergambar dengan zodiak arnab. Kebetulan PM pon zodiak arnab..


Bergambar dengan stem keluaran design komuter

Ekin tengah korek lubang idong si Ipin

Lagi gambar anak sedare aku

Raje segale hobi.. Hobi segale raje..

RM200 bertukar tangan
Wajah penjual dan pembeli stem yang hepi giler
Tengah punggah stem masuk ke plastik besar
Bukitan stem bernilai RM100. Dalam sampul putih tu stem local dan sedikit stem oversea. Nilainye RM117 tapi pakcik Ali amik RM100 ajek. Total RM200
Tengah tunjuk deretan 'stamp of 4' keluaran US
Ekin bergaye depan stem :)
Si pengumpul stem tegar sedang rambang matenye :)
Tengah sibuk pilih stem mane yang takde dalam koleksi..

p/s Sorry guys, kronologi gambar tak betui. Malas nak edit lagik.

Penjejak Mimpi: Tak abeh lagi punggah stem.. :(