Pages

Friday, November 30, 2012

The Game

"THE game.. they say a person either has what it takes to play or they don't. How well you play, it's up to you. There comes a moment when it's more than just a game. And you either take that step forward or turn around and walk away. I could quit but here's the thing.. i like the playing field... " :)

Penjejak Mimpi: I have to..

Thursday, November 29, 2012

.......

I try to read between the lines to find something..
But yet... negative!

Penjejak Mimpi: ....

Wednesday, November 28, 2012

Mana Handphone Saya?

Ni lah rupanya SE Experia Arc aku tu. Gambar songlap dari Google Image
HARI ini aku dan Umai lunch di Pancake House. 

Menu macam biasa tanpa melupakan classic pancake 2 keping.

Lepas bayar terus ke Speedy Video.

Nak survey harga set DVD Greys Anatomy.

Dah survey menuju ke lif untuk naik ke ofis.

Tiba-tiba terpacul soalan: "Eh, mana henfon saya ha?"

Rasa panik menyerang. Serius!!

Terus jalan cepat-cepat menuju ke restoran Pancake House.

Umai tertinggal kat belakang.

Tak kira! Janji henfon selamat.

Tempat kami makan tadi dah ada customer lain. Of course lah!

Ke kaunter.

Soalan: "Adik, ada tak sesiapa terjumpa henfon? Henfon saya tertinggal."

Soalan balik: "Akak duduk meja mana?"

Jawapan: "Meja hujung. Nombor meja tak ingat!"

Doa sangat-sangat henfon tu ada. Ya Allah.. 

Soalan: "Henfon apa?" Sambil tersenyum sikit.

Jawapan: "Sony Experia. Cover hitam". 

Masih berharap ada sinar di hujung jalan. Huhuhuhu..

Sambil bukak laci dan serahkan henfon aku.

Ya Allah!! Alhamdulillah!!

"Terima kasih banyak-banyak dik. Siapa yang jumpa?"

"Orang-orang kat depan tu lah.."

"Ok, Tolong cakap kat dia saya ucapkan terima kasih banyak-banyak".

Alhamdulillah..

Tak dapat nak imagine kalau henfon hilang. Memang tak nak imagine pun!

Henfon hilang boleh beli lain tapi info di dalam yang lebih penting! 

Henfon = nombor telefon = personal organiser = alarm clock

Pada insan yang jumpa henfon aku, muga tuhan sentiasa merahmati anda! Terima kasih.

Penjejak Mimpi: Rehatkan minda yang letih mengadap drawing sekolah.. :(

Tuesday, November 27, 2012

Network Problem

HARI ini seharian aku tak dapat buka internet. Bila try, asyik keluar error "the page cannot loading..". Angin aje aku rasa. Dah restart PC berkali-kali.. Dah cabut kabel network dan pasang balik berkali-kali tapi tetap keluar mesej  "network cable is unplugged". Mana lah tak angin satu badan aku nih?

Hmm.. yang amat menjengkelkan aku bila network problem ni ialah tak boleh nak print. Aku terpaksa tumpang print kat PC orang lain. Kan dah menyusahkan dia? Itu dah satu hal.. buang masa lagi.. Ishk.. ishk.. ishk..

Besok kalau problem jugak nampak gaya kena cari kabel network yang baru. Haishh!! time bizi tahap cipan ni macam-macam lah. Network problem lah.. nak ada cross checking lah.. nak kena hantar borang aset lah.. itu lah.. ini lah.. Grrrrr....

Penjejak Mimpi: Ada orang kata kat aku: "stress buat orang jadi kuat!". Ok! Aku stress! Tapi aku tak kuat!! So what?

Friday, November 23, 2012

Gatal Tangan

TANGAN siapalah yang gatal ni? Yang peliknya terfikir pulak dia nak buat perkara macam tu ya? Dan ada pulak masa. Sambil tunggu lrt dia buat lah kerja 'terkutuk' ni. Agak aku lah.. Apa bendanya? Ni korang tengoklah..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Siapa yang memandai tambah huruf 'L' tu sila angkat tangan!!
Penjejak Mimpi: Itulah yang dipanggil bijak tak boleh diikut... :)

Thursday, November 22, 2012

Esok Hari Jumaat. So?

SIAPA lah yang tak tahu esok hari Jumaat? Rasanya semua orang tahu. Appa da..

So apa yang istimewanya Jumaat tu? Selain dari ianya adalah penghulu segala hari, hari Jumaat juga selalu ada tazkirah kat cawangan kami. (Apa lah yang aku meraban kan nih?)

Sebenarnya esok adalah hari untuk aku submit drawing satu projek tu. Tapi lepas discuss dengan second boss dua hari lepas... mungkin extend ke minggu depan. Habis tu dah maklumat pun tak cukup so macam mana nak setel? (<-- tu adalah alasan cik PM semata-mata. Ya! cik PM suka memberi alasan!)

Ada 3 drawing aku kena sediakan. Sekeping dah siap. Sekeping lagi just tunggu nak 'make-up' untuk final touch.. (<-- macam nak mekap orang lak!) dan yang lagi sekeping tu schematic drawing.. Yang ni ... hmmm... dah sketch on paper sikit-sikit... idea tu ada dalam kepala otak ni.. cuma tak transfer dalam autoCad aje..

Second bos dah bagi idea sikit-sikit.. Lain-lain aku kena setelkan. Tapi tu lah.. lately aku memang takda mood nak buat drawing. Ntah apa-apa kan? Kat ofis aku buat la kerja. Bukan tak buat langsung. Kat rumah langsung tak sentuh drawing. Duk usung drawing tu balik umah... usung balik ke ofis tapi habuk pun tarak! Hampeh!! :(

Tapi walau apa pun... target aku esok mesti siap semua. Kalau tak 100% siap, 90% setel pun dah ok. So cik PM... caiyok! caiyok!!

Penjejak Mimpi: Jom buat kerja sampai lebam!!

Wednesday, November 21, 2012

Mutiara Kata Hari Ini #3

"IT is not only what we do, but also what we do not do, for which we are accountable". (Jean Baptisle Moliere)

Penjejak Mimpi: Entahlah...

Monday, November 19, 2012

Gasing

MASA selongkar barang dalam kotak semalam aku terjumpa dengan gasing. Gasing ni aku beli masa bercuti makan angin di Sabah satu ketika dulu. Harganya? Entah.. dah lupa. 

Sebenarnya time aku beli gasing ni aku bercadang nak bagi kat abah. Aku tau abah memang suka benda-benda macam ni tapi tu lah.. setiap kali balik kampung aku lupa nak bawak. Sampailah abah aku dah takde; gasing ni masih dalam simpanan aku.. :(

Gasing ni akan mengeluarkan bunyi seolah-olah berdesing bila dipusingkan. Lubang empat segi tu lah yang mengeluarkan bunyi. Ada caranya nak main gasing nih. Nak lilit dan putarkan gasing tu sama macam dengan main gasing jenis lain tapi samada lilit tali tu dari bawah ke atas atau dari atas ke bawah. Silap lilit gasing tu tak akan keluarkan bunyi walau ianya tetap berpusing....
Inilah rupa gasing yang aku ceritakan kat atas tu.

Sebenarnya aku ada satu perasaan yang 'kurang enak' bila tengok gasing tersebut. Ntah.. perasaan ingat kat abah aku pun ada.. Ke aku yang terlalu sentimental?

Penjejak Mimpi: Sesiapa yang masih ada abah tu; kalau korang rasa nak bercerita dengan abah korang... berceritalah.. Kalau ada rasa nak belikan sesuatu.. nak beri sesuatu kat abah korang... belikan lah.. berikan lah.. Apa ajelah korang nak buat dengan abah korang.. buatlah.. lakukan lah.. sebelum terlambat...

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

RASANYA masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 1434H untuk semua. Actually tahun baru hijrah bermula lepas maghrib semalam. Betul kan? 

Apapun, moga tahun baru ini menjadi permulaan yang baik untuk kita semua. Amin.

Penjejak Mimpi: Nak rehatkan minda..

Wednesday, November 14, 2012

Mengidam Durian Crepe?

Tengok gambar macam sedap.. Tapi betul ke sedap ha??
LATELY dalam mana-mana blog aku singgah musti ada kisah durian crepe ni. Aku pun sebenarnya rasa teruja jugak lepas baca entri LLK pasal benda alah ni. Ye lah.. sebagai 'hantu durian' aku rasa durian crepe ni musti mampu memenuhi selera hantu durian seperti aku ni. Aku rasa la kan...

Di Mid Valley tempat yang ada jual durian crepe ni antaranya ialah di Sweet Chat. 3 ketul harga dalam plus minum RM8. Tak la mahal sangat. Last week lepas balik dari attend Taklimat Bilik Mock-Up kat JKR Chan Sow Lin tu kami bertiga (aku, office-mate dan sorang member grup E) makan di Sweet Chat untuk lunch. Ingat aku nak try tapi rasa macam kenyang so kensel. Then Isnin baru-baru ni lunch dengan IB tapi tak ke Sweet Chat pun. Kami makan di restoran Belanga ja. Pun belum lagi rezeki aku nak try. Huhuhuhuhu

Actually kat Mid Valley ni ada je kiosk yang jual durian crepe ni tapi macam yang aku cakap kat IB hari tu: "ishk!! macam tak konfiden jek nak beli kat kiosk macam ni..". Entah kenapa...

Nota: Gambar kat atas macam biasa aku songlap dari Google Image.

Penjejak Mimpi: Tak kisah bayar mahal janji sedap.. :)

Monday, November 12, 2012

Mutiara Kata Hari Ini #2

"KEHIDUPAN ini penuh dengan dugaan dan pancaroba. Sekiranya dugaan menjelma, perlukah kita mengharunginya dengan penuh keluh kesah ataupun dengan hati yang redha dan sikap yang positif? Kadangkala kita terlalu ingin mengubah realiti di hadapan mata. Tetapi kita sering terlupa, sebelum mengubah realiti kita perlu mengubah perspektif kita terlebih dahulu. Kita mungkin tidak mampu mengawal perkara yang berlaku di sekeliling kita, tetapi kita mampu mengawal sikap dan tindakan kita. Ini yang membezakan kita dengan orang lain".

Penjejak Mimpi: Cakap memang senang.. Kan?

Sunday, November 11, 2012

Pameran Raja Kita

PADA Sabtu (3hb Nov) lepas aku dan anak buah (Ekin) berpeluang ke Istana Negara (lama) di Jalan Istana untuk memenuhi hasrat dan cita-cita untuk ke Pameran Raja Kita. Pameran tersebut yang bermula pada 15hb April dan berakhir pada 31hb Disember ini diadakan sempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pengenalan kepada Pameran Raja Kita:

Ianya diadakan sebagai pendekatan untuk memperkenalkan dan merapatkan lagi hubungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah dengan rakyat jelata. Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan yang mempunyai kuasa, fungsi dan ciri-ciri istimewa yang tersendiri turut dipaparkan dalam pameran ini, Semoga pameran ini dapat memberikan manfaat dan menyedarkan semua pihak agar konsep ini terus terpelihara hingga ke generasi akan datang sebagai lambang kedaulatan negara yang memayungi setiap rakyat negara ini.

Objektif Pameran:

1. Menjelaskan peranan dan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan dalam sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.

2. Memperkenalkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kepada rakyat jelata sempena perlantikan baginda pada 13 Disember 2011.

3. Memperkukuh semangat cinta akan negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. Memaparkan kepentingan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan sebagai tonggak kepada kedaulatan, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian dan pembangunan negara.

5. Mempertahan kegemilangan dan kedaulatan Institusi Yang di-Pertuan Agong yang diamalkan di negara ini.

(Sumber: Dari flyer pameran ini).

Ok, cukup kita berskema setakat ini. Sekarang time aku berkisahkan hal kami anak beranak pulak.

Kami bertolak ke sana macam biasa naik cab aja dari KL Sentral. Sebelum tu 'berjinggut' tunggu anak buah aku tu sampai dari Nilai. Dia naik ERL dari KLIA lepas parking kereta kat situ. Sementara menuggu dia sampai, aku shopping buku dulu di KL Sentral yang ada ekspo buku.

Sampai aja Ekin, kami makan dulu di RasaMas. Ekin belanja. Kali ni aku pulak 'pow' dia. Hahaha.. Asyik mak sedara aja yang kena 'pow' so sesekali biarkan anak buah pulak kena 'pow'. Barulah adil dan saksama.. itulah dinamakan 'demokrasi terpimpin'. Kan?

Perut dah kenyang so kami terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Istana Negara. Sampai di sana sekejap aja. Aku rasa tak sampai 15 minit sampai. Masuk adalah percuma tapi untuk kamera dan video dikenakan caj RM2 ke RM10.

So kat bawah ni gambar yang kami anak beranak sempat snap selama 2 jam kami kat sana. Ada gambar yang diambil guna kamera aku dan ada yang diambil guna handset aku. So enjoice..

Singgahsana pertabalan YDP Agong yang first. Simple giler!!
Tulisan "Allah Jua Berkuasa" pada salah satu darjah kebesaran
Salah satu keris kebesaran yang dipamerkan
Nobat
Cik PM bergambar kat depan singgahsana. Setakat bergambar je lah. Tak boleh ngengada nak duduk lak situ!
Kalung di-Raja
Rakyat dan raja berpisah tiada..
Antara koleksi kamera YDP Agong
Ekin bergambar di samping persalinan RP Agong
Pasport RP Agong; antara barangan yang ada dipamerkan. Orang Perak asal baginda. Ehem.. ehem..
Pemandangan di belakang laluan ke tandas. Dah la hujung lokasi tandas tu lepas tu nak kena turun tangga lak. Seram tu tak la sebab Ekin ada. Kalau tak aku tak pergi kot. Seram makcik!! (Chicken ke aku ni ha?)
Ekin bergambar di depan pintu masuk ruang pameran. Pameran ni diadakan di ruang balairong seri. Sebelum tu kena bukak kasut ye.. Tempat kasut ada disediakan di depan pintu masuk.
Chandeliar yang ada di dalam ruang pameran. Cantik kan?
Bekas watikah
Hukum Kanun Melaka. Apa mendanya? Sila google sendiri.
Hukum Kanun Laut Melaka. Detail? Macam biasa google sendiri. Kalau semua nak disuap bila nak maju?
Model Istana Negara Baru Jalan Duta. Istana baru ni aku pernah masuk sekali. Masa tu tengah construction. Aku pergi sebab ada site visit ke situ
Ehem ehem.. ni lah sultan teman; Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan RP Bainun
Ekin bergaya berlatar belakangkan gambar Sultan Trengganu. Adakah??
Aksi duduk selepas penat berdiri. Err.. sebenarnya aku sendiri tak tahu apakah speselnya meja dan kerusi ini sebab tiada sebarang info berkenaannya. Jangan marah ha.. :)
Aku duduk dia pun nak duduk. Peniru betul anak buah aku ni. Errr.. sebenarnye dia yang duduk dulu bergambar lepas tu aku. Kiranya aku la peniru aksi dia kan? Kan? Kan?
Cik PM disamping persalinan di-Raja
Pending di-Raja. Ala.. pakai kat pinggang tuh..
Singgahsana dari jauh
Keris kebesaran di-Raja
Warkah Ikrar pertabalan YDP Agong untuk kali kedua
Lafaz Ikrar pertabalan yang pertama
Tengkolok
Ar-Rohim.. Ar-Rohman..
Deretan nama-nama Allah. Perasan tak?
Al-Jabbar.. Al-Qahar.. Ar-Rozaq..
Anak beranak. Guna timer kat kamera. Setting betul-betul.. set time 10 seconds.. lepas tu berlari berdua kat depan kamera.. Lawak giler sebab kena try test berkali-kali baru menjadi. Takde orang lain nak diminta tolong..
Pakaian istiadat pertabalan. Digelar sebagai Muskat
Aku keseorangan... uhuk.. uhuk...
Inilah yang dipanggil Cop Mohor Besar Raja-Raja ye tuan-puan.. Ingatkan kecik jek rupanya besar..
Koleksi jam YDP Agong. Kalau setakat jenama jam Swatch tu tak masuk list der.. :(
Sebelum keluar tu kalau rajin daftar lah nama di dalam buku daftar pelawat. Aku tengok ramai gak pelancong asing yang datang melawat. Hmmm... korang yang bukan bergelar pelancong asing tu bila lagi? Ehem ehem...
Istana dari luar. Time ni macam mendung aje kan? Biasalah.. cuaca tak menentu sekarang. Yang jemur kain kat luar tu dah angkat ker kain? Nanti tak sempat kutip dah hujan.. (<-- nak ingatkan aje..)


Dah dah.. moh balik. Ate kome nak tido kat dalam tu ker? Ishk!! teman idok le berani weh!!
Pada sesiapa yang belum pergi tu.. aku cadangkan pergi la melawat ke sana. Bawak sekali anak-anak. Bagi pendedahan kepada dowang betapa istimewanya sistem pemerintahan negara kita ni. Betapa uniknya Malaysia. Bukan selalu pameran semacam ini diadakan.. 

Penjejak Mimpi: Suka tengok pameran.. :)

Saturday, November 10, 2012

Mutiara Kata Hari Ini #1

"BUKAN setiap hari itu baik tapi ada kebaikan pada setiap hari".

Penjejak Mimpi: Kadang-kadang tak terfikir pun..

Friday, November 9, 2012

Bila Sale?

GADIS mongel: Encik, ke Mid Valley..

Driver Cab: Ok. Kerja di Mid Valley?

Gadis mongel: Yup.

Driver Cab: Bila ada sale?

Gadis mongel: Erk? Saya kerja ofis. Gomen.

Driver cab: ..........

Nota: Asal kata Mid Valley je akan keluar pertanyaan tu. Tak pun: "Awalnye. Dah bukak ke shopping complex pagi-pagi buta ni?"

Penjejak Mimpi: Apa nak buat. Dah ofis area shooping complex so redha ajelah bila diajukan soalan macam tu..

Monday, November 5, 2012

Ekspo Buku Islam di KL Sentral

HUJUNG minggu baru-baru ini di KL Sentral ada diadakan Ekspo Buku-Buku Islam. Startnya aku tak pasti tapi berakhir pada 4hb November yang lalu. 

Pada Sabtu tu aku dah berjanji dengan anak buah aku; si Ekin untuk ke Istana Negara (lama) untuk ke Pameran Raja Kita. Kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral aja so sementara menunggu Ekin tiba dari Nilai, aku pun ambil kesempatan untuk meronda-ronda sambil meng'usya' mana buku yang best.

Mula-mula aku tengok-tengok dulu tajuk buku yang best lepas tu baru pilih. Ada diskaun 10% dan ada juga diskaun sebanyak 20%. Usya punya usya.. pilih punya pilih.. akhirnya aku telah memborong 5 buah buku termasuk 1 buku resepi (<-- sila jangan gelak ye..). Semua buku yang aku beli ada diskaun 10%.

Kalau ikutkan ada lagi buku yang aku rasa nak beli tapi memandangkan lepas tu kami nak ke tempat lain pulak so terus aja aku kenselkan niat tu. Berat woo semua buku tu. Nak 'rebeh' dah bahu aku ni ha tapi sebab ilmu takpelah.. :)

So buku-buku yang aku beli ialah:
1.  Menjejaki Jalan Takwa oleh Mohd Rizal Azman Rifin. Terbitan Mustread. Harga RM18.00
2. Chicken Soup for The Soul (Edisi Bahasa Melayu) oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen & Amy Newmark. Terbitan PTS. Harga RM27.00
3. Makanan Laut oleh Chef Sarji. Terbitan PTS. Harga RM5.50
4. Memilih untuk Bahagia oleh Nor Hayati Sapii. Terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Harga RM19.00
5. Yakjuj & Makjuj oleh Muhammad Alexander. Terbitan PTS. Harga RM31.50

Sebabkan ada diskaun sebanyak 10% so total semua ialah RM90.90. Hmmm... berbaloi kan? 

Balik dari tengok pameran tu, kami ke KL Sentral balik sebab itulah transit kami anak beranak. Hahahaha... Lepas tu turn Ekin lak memborong buku. Sementara dia memborong, aku duduk kat area orang beli tiket ETS sambil membaca buku yang baru dibeli. Semangat buku baru la katakan...

Ekin lak beli 3 buah buku yang bertajuk "Fatwa Jin & Sihir", novel jiwang karat "Yang Indah hanya Mimpi" karya Sharifah Abu Salem dan novel jiwang karat juga iaitu "Bisik-Bisik Cinta" hasil nukilan Fauziah Ashari. 

Selain tu ada juga acara lain yang diadakan masa ekspo tu macam demo masakan dan ada artis jemputan macam Irma Hasmie, Diana Amir, Sami Yusof dan Hafiz Hamidun. Ada jugak jemputan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Kami cuma sempat tengok demo masakan oleh Chef Haneliza aja. 

Lepas makan untuk kali kedua pada hari tu, kami pun berpisah dan balik ke 'sarang' masing-masing sambil memasang niat untuk menghabiskan pembacaan untuk buku-buku yang dibeli.

Nota: Baru je pinjam buku dari Puan Azira yang bertajuk "Menangani Individu Sukar" tapi nampak gaya kena hold dulu. Nak habiskan buku Chicken Soup of The Soul dulu. Ok tak?

Penjejak Mimpi: Suka membaca .. :)

Friday, November 2, 2012

Naik Gaji Maka Kualiti Kerja Patut Bertambah Baik

START semalam heboh dalam surat khabar  (termasuk dalam blog) mengenai kajian semula gaji tahunan sehingga lima peratus untuk semua penjawat awam mulai tahun hadapan.

Hmmm.. dengar tu memang lah seronok. Ye lah.. gaji naik siapa yang tak suka kan? Kena pulak pada mereka yang bergaji kecil termasuk 'aku' ni. Tapi harap-harap bila dah naik gaji tu perlulah seiring dengan prestasi dan kualiti kerja. Takkanlah gaji dah naik tapi kualiti kerja masih di takuk lama, kan?

Bila cakap pasal kerja.. ada orang yang tak suka ditegur. Bila ditegur betapa tidak berkualitinya kerja dia.. betapa dia buat kerja acuh tak acuh.. betapa dia menghasilkan kerja yang boleh dianggap seperti 'sampah' .. ada yang sentap.. marah.. mengamuk..

Ada tu pulak.. buat kerja apa yang ditunjuk saja.. apa yang diarah aja.. apa yang disuap aja. Langsung takda inisiatif untuk buat kerja lebih sikit dengan alasan "tu bukan kerja saya" tak pun "bos tak suruh pun". Dah macam robot pun ada. Kalau bos semak kerja dan bos tersalah eja contohnya... sah-sah ikut aja lah ejaan bos yang salah tu. Nak suruh tanya kat bos? Hmmm... kerat jari pun sah-sah tak mau.

Kadang-kadang orang semacam ini entah apa yang difikirnya.. adakah dia beranggapan bahawa kerja itu hanyalah sekadar sumber pendapatan.. buat aja kerja.. kualiti atau tidak.. yang tu belakang kira.. janji hujung bulan dapat gaji ataupun mereka memandang kerja itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan dengan sebaik mungkin?

Tepuk dada tanyalah selera. Apa yang pasti marilah kita sama-sama mencari keredhaanNya hatta untuk mencari rezeki sekali pun... :)

Penjejak Mimpi: Kena selalu jadi 'pembaris'..

Thursday, November 1, 2012

Lirik Lagu: Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Nota: Geng ofis hari-hari pasang lagu ni.. rasa best pulak bila dah dengar selalu..

Penjejak Mimpi: Lagu ni takda kena mengena dengan sesiapa yang pernah hadir dalam hidup aku sebelum-sebelum ni ya.. (really??)

Hari Yang Suram dan Kelam..

"PERGHHH!!! tajuk kemain lagi ko yek? Suram la.. kelam la... bukan selama ni hari-hari yang ko lalui memang suram ke? memang kelam ke?" Ececeh... ntah apa-apa ntah...

Kat ofis hari ni orang tak berapa nak ada.. ada yang pergi kursus.. ada yang bercuti.. ada yang kena attend Hari Inovasi di HQ.. ada yang kena attend seminar teknikal.. so yang tinggal hanya aku dan mereka-mereka aja.

Time sedang berbual di dalam telefon dengan sorang member tiba-tiba dia cakap: "owh.. patutlah happy.. bos takda ya.. dah lama buat kerja gini?" lepas aku gitau yang IB takda sebab bercuti. Cis! tuduhan semacam itu sungguh tidak berasas! Tapi kan.. standard la keadaan macam tu; bila kucing takda so tikus akan bermaharajalela. Tak gitu? Gitu kan? Kan? Kan?

Penjejak Mimpi: Aku letih.. aku penat.. aku rasa tak sihat.. aku mengantuk.. aku ... aku ... aku ....