Pages

Showing posts with label Review Blog. Show all posts
Showing posts with label Review Blog. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Blog Aku Di Review Lagi..

AKU sedar dan tahu betapa aku ini bukanlah seorang blogger yang 'femes emes' macam beberapa nama besar di alam blogger ni. Aku hanyalah seorang blogger picisan yang ... ahh!! Korang sendiri tahu siapa aku ini.. hanyalah seorang orang kecil yang biasa-biasa aja.. Bla.. bla.. bla... Uhuk uhuk..

Tapi apabila blog picisan ini untuk kesekian kalinya direview oleh blogger lain, tiada kata-kata terbaik untuk aku ungkapkan kepada orang yang sudi me'review' blog ini selain dari ucapan 'terima kasih'. Ye lah.. blog aku ni kan entah apa-apa... malah blog ini sendiri pernah dikutuk oleh orang lain.. Tak percaya? Sila lah percaya.. Ini bukan main-main... Ini betul-betul..

Memang aku akui bila kena kutuk tu aku rasa down kejap. Yelah.. bila dikata blog aku ni dah macam diary la.. itu lah.. bla.. bla.. Tak down ke? Tapi lama-lama tu aku fikir.. "ah!! lantaklah.. apa orang nak kata.. katalah.. ingat nak menulis ni senang ke? Ingat nak perah idea tu senang ke? Ingat nak menyusun ayat tu senang ke? Lagipun ini blog aku.. hak aku.. so aku nak menulis apa pun.. terpulang pada aku.. terserah pada aku.." Betul tak? Ehh!! dah melencong pulak cik PM nih. Haha.. Ter'excited' lak.. Haha lagi...

Okey, blog aku telah direview oleh blogger MYideakini.com sebab komen aku untuk entri dia yang bertajuk Wordless Wednesday #20 kebetulan di nombor keramat dia iaitu _282. Ahh!! cerita sampai berbuih mulut (biar betul aku ni sampai berbuih mulut tu.. Haha) pun tak guna. Pe kata korang skodeng je kat sini supaya apa yang cuba aku tulis tu sampai maksudnya. Ada faham?

Dalam review beliau ada tertulis: "Apa yang MYideakini boleh tafsirkan melalui penulisan beliau ini ialah, beliau ini adalah agak simple orangnya dan mudah untuk berbicara." Emm.. simple.. well.. for a certain things.. yes.. i'm kinda simple person.. but for other certain things.. I'm a fussy and messy person. Haha.. Mudah untuk berbicara.. entahla.. ye kot.. Haha..

Apa pun, terima kasih pada blogger MYideakini.com atas kesudian untuk review blog cik PM ni dan untuk Review Blogger Certificate tu. Ada bling-bling lagi.. Ahakz..

Penjejak Mimpi: Today i feel so happy.. :)

Wednesday, September 21, 2011

Menggamit Memori

ACTUALLY da lame aku menyedari wujudnye blog ni. Punce cane aku leh ter'terjah' tak sengaje blog ni pon aku da tak ingat.. (nak tunjuk betape lamenye la konon..).

Walaupon blog ni tak slalu di apdet tapi isi blog ni memang betui-betui menggamit memori aku sebagai anak Ipoh. Tagline die "Ipoh mali tatak sombong" tu.. pergghhh!! Klasik wehh... Ehem.. ehem... macam betui dan tepat ajek tagline tu.. Ekekekekeke.

Aku puji usaha blogger-blogger ni sebab dengan adenye blog ni, anak-anak mude skang (especially anak Ipoh sendirik) sedikit sebanyak tau sejarah bandaraya Ipoh ni.

Dan aku? Memang manyak entri dalam blog tersebut yang membuatkan aku terkenang-kenang zaman 'mude' aku dulu. Especially Super Kinta.. Bazar Bulat.. Yik Foong (atau name lain die Glory) dan lenlain.

Header kat atas tu aku cilok dari blog Super Kinta. Hah, sensenang korang terjah la blog ni.. bace.

p/s Promot blog orang kampung.. hehehehehe

Penjejak Mimpi: Da lame tak ronda Ipoh.. :(

Thursday, January 13, 2011

Tak Seperti Biasa

Salam.

DALAM ramai-ramai folower aku tu kan (walau tak ramai benor pon pengikut aku) ade sorang tu.. budak medic. Study kat Indonesia tapi die nye made in Malaysia. Hehehehe.. Namenye Dr Faizal. Kalo ikut list, die pengikut aku no 5.
Dalam blog die, banyak mengisahkan kehidupan die sebagai budak medic yang jauh di perantauan. Ade le sket-sket pasal cinte.. pasal pengalaman dan lain-lain. Tu macam perencah gak le. Macam makan jugak, kene taruk memacam baru bes. Baru sedap.. Baru ade umpph! Ok cik PM. Stop melalut.
Kenape aku suke skodeng blog die? Banyak sebab. Antarenye dari isi entri die tu aku dapat rasekan betape die betul-betul bersemangat waja.. tekun dan sangat berusahe dalam mencapai cite-cite menjadi sorang doktor. Ini sikap yang bagus untuk kite ikut ye kengkawan.. :)
Alasan lain? Kekadang perkataan yang digunekan tu agak ke'indonesia'an. Contoh? Macam perkataan "aneh". Memang le word "aneh" tu tak le aneh sangat cumenye penggunaan perkataan tu macam kureng suit dengan ayat. Pade aku la kan..
Dan penggunaan perkataan yang asalnye dari bahase Inggeris tapi telah di'indonesia'kan (atau dimelayukan?) macam word 'evaluation" yang bermaksud "penilaian" tapi telah menjadi "evaluasi". Word lain? Bace sendirik. Tepukan untuk diri aku sebab aku ade mate yang hebat dan sungguh teliti. Yay!
Lagi? Ini yang paling penting.. Sebab ape yang die tulis tu jelas sesuatu yang ikhlas dan jujur kua dari ati die. Ape yang die rase.. ape yang die pikir, itulah yang die muntahkan di dalam blognye. Siyes. Aku tak tipu.
Alasan lain? Korang skodeng sendiri. :)
Yang pasti, walau aku tak dapat nak drop sebarang komen kat blog die.. Walau aku (setakat ni) tak penah terbace komen die dalam blog picisan aku ni (mungkin die lebih suke jadi silent reader) tapi aku tetap akan menjengah ke blog die. Aku suke dengan semangat die.. Caiyok! Caiyok!
Buat Dr Faizal, study rerajin. Muge berjaye dalam exam-exam yang tak abeh-abeh tu dan bile da lulus dengan cemerlang, balik ke Malaysia dan jadilah doktor yang beretika.
(Header taken from his blog. So credit to Dr Faizal Minhat lo...)
Penjejak Mimpi
- nanti nak cari vcd Greys Anatomy season 6 lah..