Pages

Monday, December 30, 2013

Rindu

DIA: Rindu itu tarbiah...

Aku: Benar.. bergantung kepada siapa rindu itu ditujukan..

Dia: Cuma perlu kawal agar Allah tak cemburu..

Aku: Saya suka dengan statement itu.. :-)
Saya perlu akui.. di luar kesedaran kadang-kadang rindu pada manusia lebih dari rasa rindu kita pada Sang Pencipta..

Dia: Mengingatkan diri sendiri sebenarnya..

Aku: Tahniah sebab secara tak langsung you mengingatkan pada orang lain juga especiallynya saya.. :-)

Nota: Tarbiah = pendidikan atau pengasuhan. Diambil dari bahasa Arab.

Penjejak Mimpi: Amat terkesima..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Quote of The Day #9

"WHETHER you've found your calling, or if you're still searching, passion should be the fire that drives your life's work".

Penjejak Mimpi: Full of passion.. :)
 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 29, 2013

"Sorry for The Curry Mee"

OKEY. Sebelum cerita panjang lebar,, ada dua benda aku nak bagitau. Satu; di Ipoh ada satu tempat yang sedap jual mi kari. Dua; aku dah lama tak makan mi kari tersebut. Haha...

Semalam patutnya aku keluar dengan ex-colleagues masa teaching di kolej MLVK dulu; Mr Lam dan Mr Leong. Dah lama kami tak berjumpa dan kebetulan kami bertiga memang suka makan mi kari. Dulu masa kami bertiga attend kelas Bahasa Jepun selalu singgah pekena mi kari.

So dah berwhatsapp bagai... dah bermesej bagai.. tup-tup.....

December 28, 2013 2.54pm...
"Hi Cik Sue, 'Chairman Mao' called me at 1.30pm. He was free but I cannot make it coz my mother is not feeling well. I have to send her to see a doctor. We arrange another time. Sorry about it. Sorry for the curry mee :("

Whatsapp dari Mr Leong. Nak kata apa.. next time aja lah... :(

Nota 1: Oh ya.. sesiapa yang berkunjung ke Ipoh tu jangan lupa cari "mi kari Mat Jasak". Kena sekali.. nak lagi wehhh!!!

Nota 2: Chairman Mao ialah panggilan kami untuk Mr Lam. Ada cerita di sebalik panggilan tu.. Haha...

Penjejak Mimpi: Ada berjual lagi ke mi kari Mat Jasak tu?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, December 25, 2013

Quote of The Day #8

"DON'T be afraid to stand for what you believe in, even if that means standing alone.."

Penjejak Mimpi: Only you knows who you are...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, December 24, 2013

Janji..

"ALLAH tak pernah menjanjikan hidup ini mudah. Tapi DIA berjanji akan selalu disisi kita.."

Penjejak Mimpi: Dengan syarat tidak melupakan DIA...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, December 23, 2013

Quote of The Day #7

"CHALLENGES are what make life interesting and overcoming them is what makes life meaningful.."

Penjejak Mimpi: It really make me sick!! :(

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 22, 2013

Sembang Pasal Aset..

JAM dah pun pukul 12.54am. Aku masih belum nak tidur lagi. Err.. nak tidur tapi ada kerja sikit nak kena settle. Hai.. tak sudah-sudah dengan kerja. Korang baca pun dah naik menyampah, kan? Tak sudah-sudah dengan kerja.. macam lah dia seorang aja yang bz.. macamlah dia seorang yang kerja dalam dunia ni.. betul tak? Mungkin itu yang akan korang cakap bila baca blog merapu aku ni.. Nak buat macam mana.. dah memang aku bz. Lagipun ni kan blog aku.. so sukati aku lah nak tulis apa pun.. betul tak? 

Dalam minggu ni aja aku asyik mengadap hal-hal aset. Minta 'pelepasan' dari bos untuk settlekan hal aset selama 2 hari tapi tak siap-siap lagi. Nasib baiklah apa yang bos minta aku dah settlekan dari awal lagi so takdelah dia 'bising'. Err.. dia ada bising ker? Tak bising pun.. cumanya aku sendiri rasa tak best dan tak syok kalau bos tanya banyak kali tapi benda yang diminta tak siap. Aku kena jaga reputasi aku juga. *uwekk!! ko memang perasan bagus kan Cik PM?* . Well.. aku ni tak lah bagus mana pun tapi aku sendiri tak suka nak dengar bos 'membebel' tak tentu hala kat aku. Eh!! ada ke bos membebel kat aku? Setakat ni takde.. tapi aku membebel kat bos ada la.. Haha.. *aku kan kaki melawan cakap bos? Nasib la bos ada anak buah kaki melawan macam aku nih!*

Aku sibuk mengemaskini hal-hal berkenaan aset. Nak pindah tahun depan tapi dah start menggelabahnya. Datelinenya Rabu lepas lagi tapi macam yang aku cerita awal tadi.. semuanya tak siap. Pihak urusetia nak 3 benda je tapi dah alang-alang update.. aku update semua sekaligus! Sebab tu tak siap lagi. 

Jumaat lepas dapat emel dari urusetia.. second reminder.. siap attach lagi nama-nama unit yang tak submit apa yang diorang nak. Aku tengok semua unit rekabentuk tak submit lagi. Apa nak buat.. kami ni sibuk. Kami bukannya mengadap hal aset ni aje.. *alasan*.

Nak update ni pun kena ambil masa juga. Setiap borang tu berkait antara satu sama lain. Kalau tak tally dari segi kuantiti.. tak ke payah? Nak kena tengok harga dia lagi.. lokasi.. ahh!! cakap banyak pun tak guna. Orang yang tak tahu mungkin akan kata: "ala.. apa yang payahnya?" Cuba buat sekali tengok? Tapi tu lah.. mulut orang bukan kita boleh tutup kan? Gebang kuat pun tak guna beb.. try sekali buat baru tau..

Oklah.. nak sambung buat kerja balik. Kalau agak-agak aku stress nanti.. aku sambung mengarut kat sini lagi.

Penjejak Mimpi: Sekarang ni nak concentrate kerja aku aja. Orang lain punya hal, lantak pi lah..

Thursday, December 19, 2013

Jadilah Orang Yang Baik

KATA Sayyidina Ali bin Abi Talib: "Jadilah kamu orang yang baik. Orang yang baik bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Dan janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri."

"Kalau kau tak datang kerja sebab mc/sakit lepas tu esoknya bila kau masuk ofis ada orang tanya.. maksudnya orang rindu kat kau. Dalam erti kata lain, orang suka kat kau.." *ni aku yang kata*

Penjejak Mimpi: Kalau dalam meeting, orang sebut nama unit kita.., maknanya orang lain pun suka lah jugak kat unit kita, kan? Kan? Kan? Haha...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 15, 2013

Ambillah Waktu...

AMBILLAH waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber kesegaran.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa diberikan Allah.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Penjejak Mimpi: Mencari ruang untuk bersendirian..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, December 11, 2013

Jadi Mangsa!!

RARA dengan patung orang utannya yang kami namakan 'O-o'. Siap dipakaikan t-shirt lagi! Alahai anak saudara Andak....

Penjejak Mimpi: Selalu rindu kat dia..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, December 10, 2013

Hidup Adalah Belajar

DARI air, kita belajar ketenangan
Dari batu, kita belajar ketegaran
Dari tanah, kita belajar kehidupan
Dari kupu-kupu, kita belajar merubah diri
Dari padi, kita belajar rendah hati
Dari Allah, kita belqjar kasih sayang yang sempurna

Melihat ke atas, memperolehi semangat untuk maju
Melihat ke bawah, bersyukur atas semua yang ada

Melihat kesamping, semangat kebersamaan
Melihat ke belakang sebagai pengalaman berharga
Melihat ke dalam untuk intropeksi diri
Melihat ke depan untuk jalan lebih baik

P/s Dari we-chat.. :)

Penjejak Mimpi: Belajar ialah proses yang berterusan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 8, 2013

Ke Bagan Datoh - Part 2

AMBOI... sampai buat Part 2 nak bercerita pasal ke Bagan Datoh ni. Padahal 2 hari semalam je kat sini. Hehehe..

Ok, macam yang aku dah cerita sikit-sikit kat SINI, aku ke Bagan Datoh ni bukan suka-suka makan angin. Ada kerja sikit so bertolaklah aku ke Teluk Intan dengan bas tepat jam 8am dari Puduraya. Macam biasa dalam bas aku akan tidur tapi tak berapa lena lah.. Yelah.. nanti sampai sana nanti sembab lak muka ai ni.. tak best lah kan.. Ahak-ahak..

Sampai di Terminal Bus Teluk Intan terus aku mencari teksi yang kebetulan portnya kat situ juga. Lepas tanya tambang bergeraklah kami ke destinasi iaitu ke Wisma UMNO Bagan Datoh yang menempatkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan juga Kedai Kain 1 Malaysia.

Sampai ke KR1M terus aja aku melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di atas batu jemala patik ni (perghhh!! skema giler). Selepas aku memperkenalkan diri dan beritahu apa tujuan aku ke sana. Dengan bantuan Encik Izzat dan Cik Nabila (diorang staf kat situ), cepat aja aku settlekan apa yang patut aku settlekan. 

Dah settle tugasan rasmi.. ada masalah lain pulak.. mana aku nak cari hotel? Bas ada lalu ke kat situ? Atau teksi ke? Takkan aku nak menapak pula mencari hotel? Memang sepanjang laluan ke KR1M tu bersepah hotel tapi manalah aku nak ingat lokasi hotel-hotel tu?  

Tapi alhamdulillah.. staf-staf kat situ memang banyak membantu. Diorang akhirnya sudi bawak aku ke sebuah hotel berdekatan dengan menaiki kereta. 

Akhirnya menginaplah aku di Hotel Melintang yang hanya 5 minit berkereta dari KR1M. Berapa bintang hotel tu? Aku rasa tak berbintang lah. Semalam hanya RM60.50. Government staff jangan berangan nak dapat diskaun ya.. tak dapek ha.. 

Petang sikit aku menapak balik ke sana (KR1M tu lah) sebab nak clarify beberapa benda dan nak tangkap gambar kedai tu dari depan. Bukti beb.. Beli barangan mandian sikit dan lepas tu pekena laksa dan air kelapa soda dekat kedai makan depan KR1M. Harganya hanya RM3.50. Aku rasa murah giler!! Tapi air kelapa soda tu .... aku tak berapa suka.. :(

Balik ke hotel sempat lagi aku menyinggah beli rambutan yang dijual tepi jalan. Harga sekilo RM4. Murah.. murah.. Tak lupa juga KFC. Hehe...

So pagi tadi aku check-out awal. Lebih kurang jam 8.20am. Yelah.. aku tak pasti nak tunggu bas dekat mana.. nak tunggu teksi kat mana.. pukul berapa ada.. lambat-lambat kang tak balik KL aku.. Kes naya tu.. Lepas tanya kat receptionist, aku terus keluar dan tunggu bas yang muncul tak sampai 10 minit lepas tu.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke Terminal Bas Teluk Intan. Dapat tiket bas Transnasional jam 10am dan masa tu baru jam 9am so pekena roti telur dengan teh tarik kurang manis dulu. Akhirnya aku sampai kat KL lebih kurang jam 1pm lebih. Lunch kat Merrybrown dan ronda-ronda kat Kedai Buku 1 Malaysia yang ada di Tingkat 2, Puduraya. Lepas tu aku balik lah ke rumah.

Kesimpulannya.. lepas ni kalau ada tugasan yang menuntut aku travel sorang-sorang.. inshaa Allah aku tiada masalah. Confident level aku dah bertambah sikit. Hehe..

Katil single punya. Dengan remote tv dan air-cond.. :)
Beg merah kesayangan patik. Akan ku bawa kemana saja..
Pemandangan luar. Huh! tetiba aja kabel bersimpang siur depan tingkap. Tak menarik sungguh view nya.. :(
Melintang Hotel. Diambil dari nama Hutan Melintang; bandar kat situ. *bandar ke?*
Kartun Simpsons.. Dah lama tak layan kartun ni.. :)
Ntah apa-apa yang aku beli kat KR1M tu..

Penjejak Mimpi: Dah mengantuk..

Friday, December 6, 2013

Ke Bagan Datoh..

PERTAMA kali kesini. Haha.. nama je orang Perak tapi negeri sendiri pun tak habis pusing lagi. Ngeeeee....

Kemari atas urusan rasmi. Travel by bus from Puduraya  KL alone. Tiket pukul 8am. Dah la bertolak dari rumah jam 7.30am. Dapat cab lepas 3-4 kali tahan. Sampai Puduraya dekat-dekat 7.45am. Nasib baik tak terlepas bas.

Nak cari makanan lah.. lapar dah ni. Nanti aku sambung..

Penjejak Mimpi: Sedikit lega bila kerja kat sini dah settle.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, December 5, 2013

Quote of The Day #6

GOD gives you answers in three ways; he says yes and gives you what you want, he says no and gives you something better, or he says wait and gives you the best.

Penjejak Mimpi: Just wait for miracle...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, December 3, 2013

"Puan Rasa Saya Tak Gembira Ek?"

Sekadar hiasan. Kucing ini sesungguhnya tiada kena mengena langsung dalam entri merapu aku. Sumber: Google
SEDANG sibuk mengadap autocad tiba-tiba ada suara memanggil namaku. Selepas membalas panggilan tersebut; engineer kanan merangkap pegawai latihan unit kami bersuara: "saya rasa akak patut ke kursus ni..". Aku membalas: "kursus apa tu, Puan?". "Kursus Motivasi Keseronokan Bekerja" dia menjawab sambil ketawa. Haha.. aku pun ketawa sambil menuju ke tempat dia.

Sampai aja ke tempat dia, aku berkata: "Err.. Puan rasalah kan.. selepas apa yang Puan tengok macam mana kerja saya.. Puan rasa saya tak gembira ek?" Dan dia terus menjawab: "Hehe... saya rasa akak gembira". Haha... lepas tu berderai lagi ketawa kami.

Hmmm.. bila fikir-fikir balik... aku memang gembira dengan kerja aku sekarang.. soal stress dengan kerja.. soal kena marah.. disuruh buat tugasan yang bukan dalam skop kerja.. diberi kerja tambahan sedangkan kerja sedia ada masih belum selesai.. tu kan lumrah di alam pekerjaan? Kalau agak-agak tak sanggup nak hadapi semua tu.. hanya satu aja penyelesaiannya... BERHENTI KERJA! End of story. 

So berbalik kisah kursus tu.. senang cakap macam ni lah.. aku tak perlu lah attend kursus tu. lagipun KPI untuk hari berkursus bukan 7 hari lagi dah.. dah 12 hari.. Ekekekeke...

Penjejak Mimpi: Selalu ingat kata Aristotle: "pleasure in the job puts perfection in the work"... :)