Pages

Showing posts with label Frenship. Show all posts
Showing posts with label Frenship. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

Berselisih

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Khamis tengahari semasa dalam perjalanan nak ke Pasar Tani, aku berselisih dengan seorang kawan lama. Pernah menjadi boss aku sebelum dia berpindah ke Putrajaya.

Dari jauh dia tersenyum memandang kami (aku & kak Chaq). Kami berdua bersalaman dan berlaga pipi. Mesra. Tidak sempat berbual lama kerana dia mahu ke Cyberjaya menghadiri mesyuarat.

Berselisih.. ya.. kami berselisih tengah hari itu. Kami juga pernah berselisih semasa ofis aku di Mid Valley satu ketika dulu. Tapi dalam emosi yang berbeza. Tidak mesra. Gara-gara berselisih faham satu ketika dulu. Alhamdulillah ianya tidak mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti sedia kala.

Dua watak yang sama dengan dua tempat berbeza, dua keadaan berbeza dan dua emosi yang berbeza.  Sebabnya? B.E.R.S.E.L.I.S.I.H. 

Pada aku, berkawan baik kena ada tolak ansur. Kena faham sesama sendiri. Kita tak perlu sentiasa bersama dengan kawan baik sepanjang masa.. tak perlu bermesej sentiasa.. tak perlu kerap berbual di telefon. Kita hanya perlu mendoakan yang baik-baik untuk dia.

Ada ungkapan yang menyebut "Good friends are like stars. You don't always see them, but you know they're always there ".

P/s Untuk dia, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuknya. Aamiin.

Penjejak Mimpi: Dekat tapi jauh..

Saturday, January 7, 2017

Kawan Yang Mana Pilihan Hati?

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat petang.

Ada kawan.. dia bercakap apa yang kita nak dengar. I mean something yang menggembirakan kita.

Ada kawan lain pulak.. dia bercakap apa yang kita perlu dan patut dengar. Dan benda tu mungkin buat kita rasa marah pada dia.. sentap kejap kat dia!

So kawan yang mana menjadi pilihan? Tepuk dada tanya hati..:)

#dalametsEG9307
#otwtokl
#sayatakekstrem

Penjejak Mimpi: Benda betul memang bikin sentap, der..

Friday, December 16, 2016

Berita Sedih Seorang Tomodachi

ASSALAMUALAIKUM wbh.

Rabu. Petang.
Sibuk settlekan persediaan jual tender esok.
Pesanan whatsapp masuk.
Dari Tomodachi.
Maklumkan pemergian bonda kesayangan untuk selama-lamanya. 
Terkejut. Terdiam. Tak sangka.

Reply.
Susun ayat penyejuk hati.. penenang jiwa.
Sedih. Simpati.
Moga Tomodachi tabah terima kehilangan ini.
Jiwanya pedih. Terluka.

Aku faham. Aku sedar. Aku tahu.
Dia perlu ruang. 
Dan masa.
Untuk bertenang.
Terima hakikat.
Yang mendukakan.
Yang menyedihkan.

Untuk Tomodachi: Sy doakan agar roh mak ditempatkan dikalangan org beriman serta beramal soleh, dilapangkan kuburnya, di ampunkan semua dosa-dosanya. Inshaa allah..

Penjejak Mimpi: Tidak ada yang kekal di dunia ini.

Sunday, September 29, 2013

Kawan

PILIH lah kawan yang membawa kebaikan dunia dan akhirat. Kawan yang sentiasa menyokong; bukan yang membawa rebah. Kawan yang sentiasa mengingatkan kepada perkara yang benar., perkara yang baik dan bukan kawan yang mengajak kepada perkara-perkara yang tidak baik dan buruk.

Kawan yang baik sentiasa memberi galakan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk setiap tindakan dan perkara kebaikan. Begitulah sebaliknya. Bukan bersama-sama melakukan perkara yang tidak baik dan buruk.

Penjejak Mimpi: Alhamdulillah.. aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik; yang sentiasa mengingatkan aku kepada perkara kebaikan. Tengs frens.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, February 24, 2013

Gembiranya Aku.. :)

Pejam celik pejam celik hampir seminggu aku tak update blog ni. Dah hampir bersawang pun. Dan dalam seminggu juga banyak perkara yang berlaku kat aku. Tapi macam biasalah.. tak sempat aku nak update semuanya. Alasan? Malas... ok tak? Haha..

Isnin baru-baru ni dapat juga aku bercakap dengan Aidah; adik angkat aku. Punyalah lama aku tunggu call dari dia; sejak balik dari kenduri rumah kak Ani lagi. Semalamnya (Ahad) dapat miss-call dari nombor yang tidak dikenali. Aku tak sedar pun sebab telefon tu dari pagi aku set vibrate. Aku sms tanya: "siapa?" dan lepas tu dia memperkenalkan dirinya. 

Then, Isnin aku call dia. Dapatlah kami berbual dalam 3-4 minit sebab bateri dia kong. Dapatlah juga kami bertukar-tukar cerita. Aidah ni kawan satu shift masa aku bergelar 'minah kilang' satu ketika dulu. Pada aku dia memang baik. Dan kami serasi berdua. Husband dia pun aku kenal juga; engineer kat tempat yang sama. Mereka memang sesuai bersama. Sama-sama baik. Tapi tu cerita lama.. cerita berbelas tahun yang lalu.

Tapi tu lah.. last aku jumpa dia ialah masa aku mengajar kat Ipoh dulu. Tu pun 8 tahun punya cerita. Punyalah lama tak jumpa... tak bercerita... Tapi bila dah dapat bercakap tu, hilang rasa rindu kami. Alhamdulillah..

Hmmm... bercakap sudah.. berjumpa entah bila lah.. Apa pun, insya Allah jika diizinkan pasti kami akan bersua jua melepaskan rindu..

Nota: Orang bijak pandai ada berkata: "carilah kawan yang baik kerana secara tak langsung ianya juga mencerminkan diri kita".

Penjejak Mimpi: Salah satu kebahagiaan aku ialah dikelilingi dengan mereka yang baik hati dan baik budi. Terima kasih ya Allah..

Monday, February 4, 2013

Makan Kenduri

SEMALAM aku ke Gopeng dengan Rose untuk menghadiri majlis perkahwinan anak seorang member lama kami; kak Ani. Kisah Kak Ani ni ada aku ceritakan kat sini.

Keluar rumah lebih kurang jam 10 pagi sebab plan nak singgah ke Simpang Pulai dulu; mencari adik angkat aku si Aida. Tapi memang perancangan Allah adalah yang terbaik sebabnya kami masih lagi tidak diizinkan oleh Allah untuk bertemu. Hanya mak dia aja yang ada. Dia sefamily ke Kuala Lumpur sejak kelmarin (Sabtu) dan kemungkinan besar akan balik pada keesokkan harinya iaitu hari Ahad (hari tu lah). Urusan apa tidak aku tanya. Sempat aku tinggalkan nombor telefon. Satu hari nanti Insya Allah dia akan contact aku.

Oleh kerana masih awal, kami makan dulu di satu kedai makan yang berada di laluan ke Cameron Highland. Tapi sebelum tu Rose cuba contact salah seorang lagi member lama iaitu Iffah tapi dia OT pula. Hmmm.. kecewa lagi nampaknya aku.. :(

Jam 11am lebih baru bergerak ke Gopeng. Sampai di sana, parking kereta depan rumah Ina, juga salah seorang member lama kami. Macam biasa berpeluk dan berlaga pipi kami untuk persahabatan yang berusia hampir 18 tahun. Lama kan? :)

Ke rumah kak Ani dengan family Ina dan berjumpa dengan Kak Ani. Dia nampak gembira sangat dengan kehadiran kami. Ye lah, dia 'book' kami sejak bulan Oktober tahun lepas lagi. Kak Ani kahwinkan anak dia 2 orang sekaligus. Anak lelaki dan anak bongsu perempuan bongsu dia. Makanan dihidangkan style buffet. Ada lauk yang pelbagai termasuk daging kerbau. Erk!! What? Kerbau? Huhuhu..

Lepas makan kami pun balik bergerak lepas bersalam dengan ibu pengantin. Aku cari jugak kalau-kalau ada kelibat kak Yus dan kawan-kawan lain tapi hampa. Mungkin sebab kami sampai awal. Lepas tu lepak pula di rumah Ina mengimbas kenangan silam. Dekat 2 jam juga kami di sana. Bila idea dah habis, baru kami bergerak balik. Sebelum tu singgah sekali lagi ke Simpang Pulai kalau-kalau Aida dah balik tapi masih hampa. Belum ada rezeki lagi nampaknya. Dan lepas tu terus kami bergerak balik. Rose hantar aku balik dan lepas tu dia bergerak balik ke Kuala Kangsar. 

Tamat.

p/s Gambar kat kenduri dalam kamera Rose. Tak sempat nak snap guna handphone aku sebab ibu pengantin bz giler melayan tetamu.

Penjejak Mimpi: Esok kerja. Err, nak sambung cuti boleh tak, boss?

Wednesday, January 2, 2013

Aku Tidak Berubah Sahabatku..


BUKANKAH ada kata-kata ini: "Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak berubah-ubah meskipun zaman berubah-ubah". Tapi tertanya juga aku: "benarkah ada sahabat yang tidak berubah sejak dari mula kita kenal hingga ke saat ini?" 

Sedikit perkongsian pesanan Saidina Ali berkenaan sahabat. Moga bermanfaat.

Yang pertama, jangan sekali-kali engkau berkawan dengan orang bodoh, kerana jika dia ingin menguntungkanmu ternyata dia akan mencelakanmu. Kedua, jangan bersahabat dengan penipu kerana dia akan mendekatkanmu sesuatu yang engkau jauhi dan menjauhkan sesuatu yang engkau dekati. Ketiga, jangan bergaul dengan seorang yang kedekut kerana dia akan menahan segala yang engkau perlukan. Terakhir, jangan jadikan penderhaka sebagai rakanmu kerana dia akan menjualmu dengan harga yang sangat murah!” 

Moga kita tidak tersalah mencari sahabat dan moga kita sendiri mampu untuk menjadi sahabat kepada orang lain, insya Allah.

Penjejak Mimpi: Kawan ketawa ramai... kawan menangis?

Tuesday, April 17, 2012

Pasal Sahabat


AKU pernah terbaca kata-kata ini: " Sahabat yang baik ialah sahabat yang tak berubah meskipun zaman berubah-ubah " so tolong doakan yang aku tidak akan berubah walau apa pun yang berlaku. No matter what..

Mungkin aku bukan sahabat yang baik untuk orang lain. Atau aku tak cukup baik untuk menjadi sahabat kepada orang lain?


Penjejak Mimpi:
Kenapa aku sensitif sesangat kalau cakap pasal friendship ni ha??

Tuesday, December 20, 2011

Kata Hamka

"SUPAYA engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang"..

Penjejak Mimpi: Sahabat = kawan baik = teman rapat = besfren..

Thursday, July 14, 2011

Kenangan Lama

PETANG kelmarin time aku on the way nak balik dan nak naik eskalator kat stesen STAR Bandaraya, tetibe aku dengar ade orang panggil aku. Beberape kali. Tapi name tu da lame orang tak panggil. Name yang nostalgia.. Hehehehe...

So aku pon toleh le ke kanan. Ya Allah! Lin ropenye. Kami pon berpelukan dan sempat le bertukar-tukar cite. Katenye die slalu tunggu husband die kat situ tapi nape selame ni aku tak pernah terserempak dengan die pon? Pelik jugak.

Soklan yang tak buleh blah dari dia ialah "Eh, ape akaun FB ko ha? Jenuh aku cari name ko tapi tak jumpe pon!". Aku balas "Aku mane ade FB la. Aku bute IT". Hehehehehe. Tapi kami dapat sembang kejap jek sebab lepas tu husband die sampai.

Err.. Lin ni sebenonye housemate aku mase study kat Kedah dulu. Kami berempat; aku, dia, Shida (keje kat KPKT) dan Sue (Celcom). Dia dan Shida kursus kejuruteraan awam manakala aku dan Sue kejuruteraan elektrik. Husband die tu pon aku kenal; same student macam kami satu ketike dulu.

Tingat mase kami duk serumah dulu.. Kat Kedah kan cuti Jumaat dan Sabtu so malam Jumaat tu kami berempat naik basikal (yang disewa RM15 sebulan) pegi pasar malam beli barang-barang nak masak esoknye. Shida dan Sue rajin masak. Err, aku dan Lin ni pon rajin gak. Rajin makan. Hahahahaha..

Kalo depa 2 orang tu masak kat dapur, kami berdue akan sapu bilik.. kemas rumah.. cuci lantai depan umah tu.. basuh 4 basikal tu.. pastu cuci pinggan.. Kire cam kami tak relax la. Ehem ehem..

Da setel sume tu, makan reramai. Yang paling tak buleh lupe, die suke masak sambal ikan bilis. Tapi sebab aku tak makan pedas, dia akan asingkan ikan bilis yang da goreng untuk aku. Lepas tu baru die buat untuk sambal. Tapi dowang ni kalo masak, cili giling tu ntah bape kilo dibubuhnye. Memang pedas giler sampai berair mate aku ni menahan kepedasan. Bile camtu, dowang bantai lak gelak tengok aku 'menangis' time makan. So bese aku akan stenbai air masak time nak makan tu. In case kepedasan.. :) Dowang ni bese akan asingkan lauk yang kurang pedas untuk aku. Kesian kat aku la tu. Hehehehe.

Bile minggu exam, lagi best. Ade law yang dibuat. Tengok tv sampai jam 10pm ajek. Lepas tu kene study. Time study tu, perut lapar lak. Minte budak depan (guys) tolong belikan bege dan kopi panas (sebab rase terlalu malas nak buat air). Budak depan tu ade motor so buleh la suh dowang. Lagipon kami memang baik dengan dowang. Ye la, kami kan duk jauh dari family so ade dowang tu buleh la minte tolong kalo ade 'kecemasan' ke.. (<-- suh belikan makanan tu kire kecemasan kan?). Lepas tu memasing 'terbongkang' tido kat ruang tamu. Buku kemane.. study ke mane.. Yang tinggal hanyelah dengkuran insan-insan yang keletihan 'mentelaah' pelajaran. (Alasan. Padehal kami sume memang kaki tido!)

Banyak lagi la kenangan mase aku dan Lin duk serumah dulu. Kami hepi dan mengambil berat antare satu sama lain. Yang paling penting persahabatan tu sedikit sebanyak mematangkan kami.

p/s Dunie student memang menggembirekan.. :)

Penjejak Mimpi: Alhamdulillah aku sentiase dikelilingi oleh insan-insan yang baik hati dan baik budi. Terime kasih ya Allah.. :)

Saturday, April 30, 2011

Bila Telefon Berbunyi..

ERK!! Tajuk yang tepat sepatutnye ialah 'Bile Telefon Bergetar' sebab dalam bas semalam aku wat enset aku vibrate. Hehehehehe.. Tapi tajuk tu macam tak bes so jadilah tajuknye macam yang kat atas tu..

Semalam mase on the way nak balik kampung, dalam bas aku dapat panggilan dari seseorang. Time tu aku da sedar dari tido yang lena (jangan lupe, aku sorang kaki tido). Bile cek, tertera "Besfren Yan, Kem Pelajaran". Ok, terus aku jawab panggilan tu.

Sejarah lame: Yan ialah salah sorang dari besfren aku selain Tomodachi. Penah jadi bos aku (bos kecik) kejap; dekat-dekat setahun lebih. Nice, polite and soft spoken. Lepas tu die transfer ke Putrajaya; Kementerian Pelajaran.

Kami berborak dalam 12 minit pastu benti jap sebab azan. Abeh azan tu die kol aku balik. Kami sambung borak. Time tu die kat somewhere at Jalan Pudu; cari bahan research dengan member seopis die. Pelbagai mende kami sembangkan dan bertukar-tukar cite. To tell the truth aku memang rindu giler kat die. Bayangkan last kami contact ialah last year; before die gi umrah.

Jumpe pon kalo tak silap aku time raye ataupon time die de miting kat unit ICT. Bese kalo die de miting kat Mid Valley tu, die akan singgah ke opis untuk jumpe aku.

Skang ni opis die da kat Menara PJD. Dan banyak buat research. Slalu out station. Ade gak aku tanye pasal anak tunggal die; Shira. Rupenye budak tu da darjah 1 pon. Ya Allah, da besor pon Shira ye. Penah jumpe skali dengan dak kecik ni. Mulut die; pot pet pot pet.. Hahahahaha.. Takpelah.. jadi penyeri dan penghilang duka mama die.. Auntie doakan muge Shira jadi anak yang baik dan solehah, amin.

Manyak lagi mende yang kami bualkan semalam. Frankly speaking, aku hepi giler dapat kol dari die. Dan ade manyak lagi mende aku nak tanyekan kat die tapi nantilah.. Insya Allah ade rejeki dan keizinan dariNya, kami akan ketemu lagi cume bile tu, bukan keje kami. Tu kene serahkan ke tangan al-Khalik.

p/s Yan, bile you nak open table ni? Kene open double le nampaknye. I tak sabar nak jumpe you tau.. :)

Penjejak Mimpi: Tumpang hepi bile dengar sore hepi die. Muge tiade lagi duka yang menyelubungi dirimu, sahabatku..

Monday, April 25, 2011

Ole-Ole Dari Moscow

FIRSTLY aku nak ucapkan time kasih bebanyak pade Nor Moscow sebab akhirnye ape yang aku tunggu telahpon aku dapat. Erk! dapat ape lak ni cik PM? Hmm... aku dapat key chain dan fridge magnet la kengkawan.

Aku memang gile key chain dan sebelum aku dapat key chain dari Nor, aku dapat key chain dari London, pemberian ex-dak umah aku yang menemani hubby die amik master sebelum ni.

Kali ni key chain Holland (negara Belanda/Netherland) dan fridge magnet tertulis Moscow. Nice..

Nampak gaye aku kene 'semai' hobi baru iaitu kumpul fridge magnet lak. Err.. ade sesape yang nak kasik aku FM lagik? (tak malunye aku ni..)

Pe pon, time kasih Nor. Balik Malaysia nanti jangan lupe sms ya. Insya Allah kite dapat ketemu.. :)

Penjejak Mimpi: Reply dari Nor semalam betui-betui wat aku terharu.. "It's ok. Harganya telah dibayar dengan ikatan silaturrahim antara kita :>"

Wednesday, April 20, 2011

Memilih Kawan

SOMETHING really worth to share. Muge bermanfaat. Amaran: Entri ni panjang so bersabarlah dalam proses membacenye ye.. :)

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja. Kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?


Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah s.w.t mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah s.a.w yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”


1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu. Jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna. Dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.


Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”


Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1) Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2) Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


3) Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


4) Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan dengan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu. Sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah s.w.t dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.


Dalam sebuah hadis ada diterangkan: “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”


Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”


Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat dan memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi. Bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah s.w.t untuk mencari redha-Nya.


Renung-renungkan!


(Sumber dari emel bertahun-tahun duk terperap dalam inbox aku tu)


Penjejak Mimpi:
Payah nak cari kawan baik atau sahabat skang. Yang da ade tu, jage lek lok.. :)

Sunday, April 10, 2011

Saya Sayang Semut.. Belai Sayang Semut..

ERK! Ni bukan blog Discovery Channel atau National Geography kisah semut ye. Masih lagi kisah pengalaman aku attend Kursus Personaliti Wanita Unggul tempohari.

Dalam kusus tu kami belajar 2 istilah baru iaitu "Saya Sayang Semut (SSS)" dan "Belai Sayang Semut (BSS)". Kami diajar cane nak sayang semut; tak kisah semut api, semut itam dan sume jenis dan spesis semut yang ade kat dunie ni. Hehehehehe.. Bingo! Aku tipu korang. Takkan le nak ajar cane nak sayang semut lak dalam kusus tu? Kalo gitu baik aku masuk Kelab Geografi ajek macam mase sekolah-sekolah dulu. Ngeee...

Apa itu SSS dan BSS? Ade 4 langkah dalam SSS ni iaitu (1) hulurkan tangan untuk bersalam, (2) rapatkan bahu memasing (bahu membahu), (3) lagekan pipi sesame sendiri dan (4) bisikkan ungkapan "saye sayang awak kerana Allah" sesame sendirik. Mase ungkapkan ni, terase kemesraan dengan sahabat-sahabat lain walaupon aku sendiri tak kenal sape pon dalam tu kecuali Tomodachi dan Kak Mek (<-- sape kak Mek ni nanti aku cite).

Ungkapan "saye sayang awak kerane Allah", "muge awak sentiase dalam rahmat Allah", "muge kite dimasukkan ke dalam syurga" dan lain-lain ungkapan sentiase di bibir kami dan diungkapkan time buat SSS ni. Indahnye kemesraan tu.. :)

BSS lak agak berbeza dengan SSS. Masih ade 4 langkah dalam BSS ni iaitu memule kene cari kapel dulu. Aku kebetulan duduk sebelah dengan sahabat baru iaitu kak Jamaliah; staf kementerian. Langkah (1) memasing letak tangan atas kepale kapel dan urut-urut sket, (2) turunkan tangan ke pipi die dan urut-urut pipi die, (3) pastu tangan kat bahu lak pastu picit-picit sket bahu die; nak ilangkan rase lenguh die, (4) yang ni paling best skali; kene letak tangan kat pinggang die. Lame gak benti kat situ dan terus geletek pinggang die. Hehehehehe.. kak Jamaliah tu tak sempat nak geletek aku sebab aku geletek die dulu. Keh keh keh.. fobia dengan geletek rupenye kakak tu.

Kelakar gile rasenye. Alasan kami kene buat SSS dan BSS tu hanye nak merapatkan silaturrahim sesame sahabat sebab setiap kali slot baru, kami dikehendakki duduk sebelah orang yang berbeza. So dapat kenal orang baru dan tambah sahabat baru kan?

Sampai balik ungkapan yang keluar dari mulut kami ketike buat SSS hanyelah "saye sayang awak kerane Allah". Muge rase sayang tu berkekalan hingge hujung nyawe sebab bukankah kite adalah bersaudara? Jika da dicabut rase sayang tu dari dalam diri, alangkah meruginye kite.. :(

(Gambar songlap dari Google)

Penjejak Mimpi: Best friend forever, insya Allah :)

Thursday, March 31, 2011

Kawan Baik

ARTIKEL dari emel. Aku simpan stok emel yang bertahun-tahun punye. Sayang nak buang.. Artikel yang best untuk dikongsi dengan korang (aku rase best).Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!! Amin Yarabbil Alamin.


Penjejak Mimpi: Memang bahagie bile kite de sorang kawan baik yang baik.. :)

Thursday, February 17, 2011

Just Let It Be..

ENTRI aku yg bertajuk Tomodachi: Terima Kasih Untuk Persahabatan Itu telah menyebabkan aku dihujani dengan soklan-soklan sapekah Tomodachi tu dan komen-komen yang well .......... :)
Ade yang cube meneka sapekah Tomodachi yang aku maksudkan tapi pade aku biarlah ianya begitu. Pade sape yang dapat meneka, well done dan pade sape yang tidak mampu meneka, just let it be. Betul atau tidak tekaan tu, aku tetap tak mahu menjawabnye. Macam aku kate; just let it be..
To tell the truth aku tertarik dengan komen dari blogger
Me. Katenye aku terlalu respek giler kat Tomodachi hingge merasekan bahawe tidak ade orang lain yang punyai pendapat sebaik die. Betul ke macam tu? Ni ke yang terlihat dan terpandang oleh korang juge lepas bace entri tersebut? Adekah aku yang terlalu memandang tinggi die sampai tak nampak cacat celanye die sebagai insan?
Sungguh klaka dan lucu kalo ade (aku ulang "kalo ade") yang merasekan aku beranggapan bahawe die terlalu sempurne. Tidak ade istilah sempurna untuk kite manusie biase; yang slalu dan sering melakukan kesilapan, kesalahan dan kekhilafan. Yang benar tetap benar.. Yang salah tetap salah.. Yang haq perlu ditegakkan dan yang bathil patut ditentang habis-habisan.
Falsafah Inggeris pernah berkate "ade 3 perkare yang tidak dapat digantikan walau punyai segunung emas iaitu 1) tido yang nyenyak, 2) cinte sejati dan 3) persahabatan yang mesra" so adekah jawapan itu cukup untuk menjawab persoalan yang mungkin masih berlegar-legar dalam minda korang? Atau mungkin korang perlukan jawapan yang lain?
Kebahagian tu tak perlu dicari tapi perlu dicipta dan sejujurnye aku bahagie dengan frenship kami. Sekurang-kurangnye aku tau ade orang yang dapat mengingatkan aku ketike aku lupe dan menyedarkan aku ketike aku lalai dan alpa.. Sekurang-kurangnye aku tau yang aku ade pendengar yang baik untuk setiap masalah aku.
Tak sume orang mampu menjadi pendengar yang baik. Kite sendiri kene bertindak jujur dan ikhlas dalam bersahabat jike kite mahu dilayan same seperti ape yang kite inginkan.
Mengambik sedikit reply aku dari komen Me; "dalam idop ni, aku mencari orang yang buleh diumpamekan seperti kasturi; walau buahnye tak dapat dimakan tapi cukup dan bahagie bile dapat menghidunye.. dan jauhkan aku dari orang yang bersifat seperti tukang besi; kalau tidak baju terbakar, sedikit sebanyak tetap terkene sisa2 api.."
Dan akhirnye hanye pade Allah jue tempat kite mengadu dan berserah..
Korang buleh bace entri lain
Bicara Pasal Sahabat, Bahagie dan Tanpa Sahabat Hidup Sunyi Sepi iaitu padangan dan persepsi aku pasal sahabat. Satu lagi Arti Seorang Sahabat.
p/s Sorang sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak berubah meskipon zaman berubah-ubah..
Penjejak Mimpi:
Tak sume orang buleh menjadi kawan yang mendamaikan dan menyenangkan.. Dah.. dah.. jom solat kengkawan.. :)

Tuesday, February 15, 2011

Tomodachi: Terima Kasih Untuk Persahabatan Itu

NI kisah semalam. Saje aku suke nak flashback.. :)
Akhirnye dapat juge aku lunch dengan Tomodachi. Sebelum tu die kol dan ajak terus gi jumpe kat kantin. Tapi aku suh tunggu kat opis die sebab aku nak tumpang letak beg dan terus nak kasi kek Chocolate Indulgance untuk anak-anak die. Buleh terus simpan dalam peti ais. Then baru kami decide nak gi makan.
Kat kantin bawah, buleh kate orang-orang yang bese bukak kedai da bertukar. Hanye 2 kedai yang menten orang lame iaitu kedai yang jual buku-buku agame (En Yaser) dan kak Jee. Lepas puas menjenguk dari satu kedai ke satu kedai, last-last order makan kat kedai kak Jee. Aku order kueytiow goreng plus telur goreng dan die order nasi putih ayam halia. Pastu aku gi beli air untuk kami berdue. Sampai menu, kueytiow tanpa telur goreng. Bile tanye, entah ape yang dijawab. Malas nak cakap banyak aku accept aje la. Huh! tak sedap. Potong stim betui masakan nye.. :(. Bile aku mengadu pasal kueytiow tu, die cakap "ala, duk asik ingat kueytiow yang kakak masak kan?". Erk!! die masih ingat cite aku pasal betape aku suke makan kueytiow masakan mak dan kakak aku yang sulung (Inspekter Sahab). Last-last aku tersengih cam kerang busuk.. :)
So sesambil makan tu kami bercerite panjang.. Memacam yang kami bualkan. Sampailah ke tujuan kenape aku nak jumpe die ari tu. Berbual lah kami berdue sampailah die dapat panggilan dari sorang supplier nak diskas pasal sijil. Memang die ade appointment ari tu. Asalnye pagi tapi die saje suh orang tu datang petang.
Then kami balik ke opis die dan aku amik peluang solat zuhur di surau Tingkat 2. Pinjam telekung die la.. Aku memang kalo ke HQ, memang duk pakat gune telekung die ajek. Saje nak bermanje.. Heh heh heh..
Balik dari surau, tengok-tengok dalam bilik die ade orang. Oh, supplier tu da datang so aku lepak kat ruang depan opis die. Lebih tepat depan bilik big bos die! Duk le selak ntah ape-ape majalah atas meja tu. Bace pasal aset la.. earthing la.. earth chamber la.. shopping la.. de lak kisah penari femes; si Ramli Ibrahim tu skali. Orang duk lalu lalang kat situ. Segan gile aku rase. Ngantuk pon ade.. "Lame lagi ke supplier tu nak diskas dengan akak?" Ati aku tertanye-tanye.. "Da la opis ni sunyi giler. Macam takde orang.. macam umah mayat.. (<-- stetmen brani mati padehal tak penah masuk pon umah mayat)." Huhuhuhu..
Ntah bape lame aku nunggu. Rase cam kosong ................................
Last-last supplier tu kua dan bile-bile mase ajek akak akan panggil aku masuk bilik die. Takde jugak.. Ermmm... die masih diskas dengan staf die kot. Takpe.. bawak bersabar PM... Sampai le akhirnye sorang mamat tu tanye aku "Cik nak jumpe dengan Puan **** ye?" Aku jawab "ye, saye.". "Cik buleh masuk skang. Dalam bilik die da takde orang." Mamat tu gitau. Aku balas "Ok, time kasih."
Tak lame lepas masuk bilik die, staf die gitau big bos nak diskas lak. So tinggal le aku sensorang skali lagi. Naseb bek bawak netbuk; so buleh le aku apdet blog jap. Sementare die diskas, aku dapat buat satu entri; Mesti Bace: Sejambak Bunga Cinta.
Setel die diskas, aku plan nak balik tapi kat lua cam mendung lak. Aisey.. payung tak bawak. Tomodachi pon takde payung. Hmm... terpakse le lepak kat situ lagi bile ujan mulai turun. So sementare tu, kami pon bedal chicken currypuff yang da sejuk tu. Belah 4 lagik.. Sambil makan karipap ayam, die tanye pendapat aku pasal design sijil yang akan dianugerahkan untuk mereka-mereka yang layak nanti. Pastu duk explore adobe photoshop lak sebab kunun nak edit softcopy template sijil tu tapi 2-2 macam tikus membaiki labu. Hahahaha.. Aku mane le terer pasal software ni. Jarang giler gune so memang lupe la. Sian Tomodachi sebab aku tak dapat nak tolong die. "Sorry kak.. cek tak dapat nak tolong."
Nak balik tapi die suh aku solat asar dulu so sebagai 'adik yang baik' (<-- sile vomit dengan stetmen ni) aku pon solat dulu. Lagipon takut jadi ape-ape lak on the way nanti. Kite mane tau mende nak jadi kan.. Setel sume aku pon balik. Da dekat 6.30pm pon. Tapi tak balik terus pon aku. Duk nyinggah kat Sogo dulu cari buku stem. Sempat sms ingatkan pasal kek yang disimpan dalam peti ais opis die. Mende yang aku cari takde. Frust terus balik umah.
Sebenonye aku memang apply cuti untuk jumpe die. De perkare sket yang aku rase perlu untuk minte buah fikiran die.. minte pendapat die. Nak jumpe die bukan senang. Maksud aku nak kene janji. Tak buleh sesuke ati nak terjah opis die. Orang pangkat besor-besor macam tu ler. Sampaikan aku slalu cakap kat die gini "Huh! Payah betui nak jumpe dengan orang pangkat besar ni. Kene wat appoinment. Bizi ngalahkan Perdane Menteri." Gelak jek die. Ye lah, die slalu out-station so kene le janji dulu.
Nape aku nak kene jumpe die gak? Ape, dengan orang lain tak buleh minte pandangan ke? Orang lain tak mampu bagi pandangan dan pendapat sebaik die ke?? Sile jawab Cik PM..
(Picture credit to Mr Google)
Penjejak Mimpi:
Masih terngiang-ngiang pendapat dan nasihat die pade permasalahan aku semalam. Tqvm for your advice, sis.. really appreaciate.

Monday, February 14, 2011

Nak Jumpa Tomodachi

UPDATE kejap sementare nak gi lunch dengan Tomodachi. Aku sampai lebih kurang jam 12.30pm tadi. Memule gi surau pastu kua balik. Turun gi kantin. Ingat tak ramai orang tapi rupenye ramai gak orang so macam orang sengal naik balik tingkat 2 untuk gi surau. :)
Kebetulan de sorang staf JKR pon menuju ke surau so aku tidak keseorangan le nampaknye. Da sms Tomodachi dan katenye jap-jap lagi baru turun ke kantin.
So aku tengah tunggu sms die ajek. Jangan die lupe udahler.. Nanti keras lak aku kat surau ni tunggu die. Dah le perut ni rase lapo giler....
p/s De beli chicken currypuff kat Secret Recipe di The Mall tadi tapi segan lak nak makan dalam surau ni. Macam da lari jek tujuan surau ni dibuat... :)
Penjejak Mimpi: mane Tomodachi nie???