Pages

Thursday, January 31, 2013

Loss..

WE'RE so hopeful at the beginning of things. It seems like there's only a world to be gained, not lost. They say the inability to accept a loss is a form of insanity. It's probably true. But sometimes, it's the only way to stay alive.

Penjejak Mimpi: Lost and found..

Shut Your Mouth

IT'S not easy to speak your mind. Sometimes you need to be forced to do it. Sometimes it's better to just keep things to yourself, though. Play dumb. Even when your whole body's aching to come clean. So shut your mouth. Keep the secret. And find other ways to make yourself happy..

Penjejak Mimpi: Will you please shut up?

Wednesday, January 30, 2013

Soalan Cepumas..

TAK penat ke jadi orang baik? Tak rasa letih jadi orang baik? Tak rasa dipergunakan? Tak rasa orang ambil kesempatan atas diri awak?

Tak.. Sebab saya bukan baik sangat pun. Saya hanya manusia biasa yang hanya menurut logik akal saya untuk berbuat sesuatu.

Ahhhhh!!!! Itu semua POYO aja!!!!!! Haha..

Penjejak Mimpi: Apa yang kau repekkan tu labu?

Beginning... End...

" YOU have to go back to the beginning to understand the end.. "

Penjejak Mimpi: Back to the basic.. :)

Friday, January 25, 2013

Waiter Who Refused Service to Customer Becomes Web Hero

MACAM biasa pagi-pagi sebelum memulakan kerja, aku akan baca paper online. Dan pilihan aku pagi ini ialah Yahoo News. Aku tertarik dengan berita utama yang menulis mengenai keberanian seorang pelayan (Garcia) di sebuah restoran yang menolak untuk melayan pelanggan yang kurang senang dengan tingkahlaku seorang kanak-kanak Down Syndrome.

Nak tau lebih lanjut sila klik di sini.

Penjejak Mimpi: Kalau kita di tempat Mr. Garcia tu agaknya adakah kita akan berbuat perkara yang sama?

Wednesday, January 23, 2013

Mutiara Kata Hari Ini #4

"CHIN up, put your shoulders back. Walk proud. Strut a little. Don't lick your wounds, celebrate them. The scars you bear are the sign of a competitor. Just because you didn't win doesn't mean you don't know how to roar.."

Penjejak Mimpi: When you least expect it, the world rights itself again.. :)

Monday, January 21, 2013

Diuji

" KAMU sedang diuji. Diuji akan membuatkan kamu kuat.. "

Penjejak Mimpi: Cakap pada diri sendiri.. :(

Thursday, January 17, 2013

Dia Ada Dua Je...

"DIA ada dua aja.. samada pindah atau bercuti.."... tu jawapan IB masa kami berborak-borak petang semalam. Puncanya sebab aku saja la cerita yang aku lately dapat rasa performance aku dah menurun. Semangat bekerja tu masih berkobar-kobar cuma entahla..

Sebenarnya ada juga aku bercadang minta tukar unit *tut* dengan alasan nak belajar benda baru.. ilmu baru tapi takut pulak.. bukan takut apa cuma takut aku tak boleh bekerja dengan suasana opis unit *tut* tersebut. Suasana apa biarlah rahsia.. Haha..

Kalau dengan member-member sama 'rank' aku rasa ok aja cuma bila berurusan dengan orang atas-atas tu yang buat aku fikir banyak kali. Payah aku rasa nak bekerja dengan bos yang serah bulat-bulat semua kat orang bawah ni. Tak pernah ambil tahu masalah anak buah.. yang dia tahu kerja dia bagi siap. Tak fikir macam mana staf dia bekerja. Aku paling fed-up dengan bos yang macam ni. Serius!

Satu lagi aku fed-up dengan bos yang langsung tak berkomunikasi dengan anak buah. Ada ke bos macam tu? Ada dowh.. Takkan lah dia ingat orang lain boleh baca apa yang dia fikirkan? So macam mana kerja nak siap kan? Kang memandai-mandai kata overite bos pulak.. Tapi kalau tak buat mcam tu nak buat macm mana?

Aku percaya sepenuhnya pada komunikasi antara bos dengan anak buah. Kalau tak mahu cakap directly; guna emel.. tak pun guna sms.. tak pun telefon.. payah sangat guna memo.. haha.. (<-- tu dah teruk sangat communication breakdown nya!)

Ek ele.. apa lah yang aku melalut ni... Hemmm.. kalau itu option yang aku ada; tukar unit (pindah) atau bercuti... aku prefer bercuti lah... Tapi nak ke pulau mana pulak lepas ni????

Penjejak Mimpi: Ada benarnya kata Puan Penasihat... 20%... :)

Sunday, January 13, 2013

Minyak Dagu

FILEM terbaru aku layan di panggung GSC di Berjaya Times Square. Tengok filem ni dengan anak buah aku; Ekin. Mula-mula makan dulu di KL Sentral sambil mengaplikasikan 'sistem barter' antara kami. Dia bagi perfume Gucci Floral EDP dan aku bagi duit kat dia. Boleh anggap macam sistem barter tak? Hehe..

Lepas solat baru kami ke sana. Sebenarnya takda dalam plan pun nak tengok wayang ni. Daripada merayap tak tentu hala lebih baik layan wayang, kan? Haha.. So layanlah kami dua beranak cerita yang bergenre seram ni. Tapi taklah seram sangat pada aku.

Filem ini mengisahkan Azman yang berdendam dengan Emelda selepas pertunangan mereka diputuskan disebabkan sikapnya yang panas baran. Disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman berjumpa bomoh, Wak Minarjo, pawang yang hebat dalam pembuatan minyak dagu.

Emelda memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut kata orang tuanya bahawa Johan calon suami yang lebih baik dan boleh menjamin masa depan Emelda. Selepas bertemu Wak Minarjo, Azman nekad membeli minyakdagu untuk dicalit kan ke siku Emelda.

Pada hari pernikahannya dengan Johan, Emelda tiba-tiba diserang histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Sejak itu, keadaan Emeldaterus berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon (lakonan Maimon Mutalib), ibu Emelda terus menuduh Johan menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung lalu meninggal dunia. Azman rasa bersalah lalu pergi menziarah jenazah Ainon sedangkan pantang larang terbesar Azman adalah tidak boleh berbuat demikian. 

Apa yang terjadi pada Azman? Apa kata korang tengok sendiri? Hehe..

Pelakon utama Fezrul Khan, Yana Shamsudin dan Fizo Omar. 

Hmm.. setiap perbuatan kita pasti ada balasan samada cepat dengan lambat aja. Siapa yang berbuat jahat pasti balasan yang amat pedih menanti. Yang penting, jangan jadi batu api dan ada sikap dendam dalam diri kita. Ingatlah yang tuhan itu sentiasa ada dan memerhatikan kita...

Penjejak Mimpi: Filem ni menyerlahkan sedikit penyakit orang kita; batu api.. Ishkk.. ishkk.. ishkk..

Tuesday, January 8, 2013

Muka Brutal Tapi...

"MUKA brutal tapi dalam hati ada taman".. selalu kan kita dengar ungkapan tu. Yang aku faham maksud ungkapan tu ialah seseorang yang dari luar kita tengok brutal semacam aja.. garang macam harimau.. harimau pun tak garang macam dia!! Haha..  Tapi sebenarnya dia jiwang karat.. layan blues sokmo..

Luaran mana boleh nak disamakan dengan yang dalaman. Betul tak? Habis kalau seseorang tu dari luar kita tengok macam brutal.. garang tak hengat.. dalaman dia macam mana agaknya kan? Takkan tidak ada sekelumit pun sisi lembut dalam diri dia?

Kalau dia nampak macam garang adakah kita rasa dia tak punyai perasaan sensitif,  sedih, terasa atau tersinggung atau sifat-sifat yang seangkatannya? Jangan lupa kita semua adalah manusia biasa yang punyai semua perasaan tak kira orang menilai luaran kita begitu begini..

Penjejak Mimpi: Semakin rapuh dan menipis.. :(

Monday, January 7, 2013

Bila Masuk Tahun Baru

BILA masuk tahun baru kat tv pun banyak lah siri baru.. season baru. Start malam ni ada siri Suits season baru.. siri Downton Abbey season baru..

Suits cerita berkisar kehidupan dan kerjaya sebagai peguam. Watak utama ialah Harvey Specter peguam kanan dan Mike Ross yang genius tapi tiada kelulusan dan berjaya menjadi 'associate lawyer' di salah sebuah firma guaman yang terkenal di bandaraya New York. Malam ni dah start episod pertama tapi aku ketinggalan di awal cerita sebab solat dulu beb.. Dah solat baru sedap layan hal-hal dunia nih. Haha... Nak tau lebih lanjut kisah ni sila skodeng kat sini.

Manakala Downton Abbey berkisar kehidupan aristokrat di Downton Abbey pada tahun 1940an. Heavy drama. Ahh.. korang klik je lah kat sini kalau nak tau lebih detail. Sebenarnya aku malas nak taip. Haha..

Dah-dah.. nak layan Downton Abbey nih..

Penjejak Mimpi: Adik aku tak suka layan cerita ni. Kata dia jalan ceritanya tersangatlah slow..

Wednesday, January 2, 2013

Aku Tidak Berubah Sahabatku..


BUKANKAH ada kata-kata ini: "Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak berubah-ubah meskipun zaman berubah-ubah". Tapi tertanya juga aku: "benarkah ada sahabat yang tidak berubah sejak dari mula kita kenal hingga ke saat ini?" 

Sedikit perkongsian pesanan Saidina Ali berkenaan sahabat. Moga bermanfaat.

Yang pertama, jangan sekali-kali engkau berkawan dengan orang bodoh, kerana jika dia ingin menguntungkanmu ternyata dia akan mencelakanmu. Kedua, jangan bersahabat dengan penipu kerana dia akan mendekatkanmu sesuatu yang engkau jauhi dan menjauhkan sesuatu yang engkau dekati. Ketiga, jangan bergaul dengan seorang yang kedekut kerana dia akan menahan segala yang engkau perlukan. Terakhir, jangan jadikan penderhaka sebagai rakanmu kerana dia akan menjualmu dengan harga yang sangat murah!” 

Moga kita tidak tersalah mencari sahabat dan moga kita sendiri mampu untuk menjadi sahabat kepada orang lain, insya Allah.

Penjejak Mimpi: Kawan ketawa ramai... kawan menangis?

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013

ENTRI pertama di tahun baru. 

Soalan tipikal di tahun baru: "Apa azam anda di tahun baru ini?"

Bijak pandai ada berkata orang yang tidak ada azam ialah orang yang tidak ada cita-cita.

Benarkah begitu?

Mungkin juga. 

Orang bijak pandai akan berkata: "Sekurang-kurangnya kita ada tujuan dan destinasi".

Betul ke macam tu?

Tapi orang yang hanya berazam di awal tahun tapi melupakan terus azamnya selepas itu macam mana?

Hangat-hangat tahi ayam gitu...

Atau orang yang tiba-tiba rasa azamnya terlalu susah untuk digapai lantas berputus asa..

Azam hanya tinggal azam..

Yang tu nak kira macam mana pula?

Pasti orang bijak pandai akan menjawab: "Tapi sekurang-kurangnya kita pernah ada azam untuk melakukan sesuatu.."

Nah!! Apa kata anda pula?

Penjejak Mimpi: Hari-hari buat azam baru. Boleh tak macam tu?