Pages

Thursday, October 31, 2013

Bila Rasa Nak Sembang..

TERPAKSA tunggu kawan pun tak kisah.. keluarkan duit sedikit untuk minum-minum pun takpa.. buang masa sedikitpun tak kisah... asalkan dapat bersembang dengan kawan..

Kronik betul aku ni... kan?

Penjejak Mimpi: Memang sedang tunggu kawan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, October 30, 2013

Senarai Tugasan

SETIAP orang yang bekerja patut ada senarai tugas yang hendak dilakukan pada hari ini atau orang putih cakap "things to do today".

Kenapa perlu ada? Pada aku perlu untuk memastikan kelancaran proses kerja dan memastikan tidak ada tugasan yang 'pending' disebabkan terlupa atau leka.

Senaraikan tugasan yang perlu anda selesaikan pada hari itu dan tetapkan target atau dateline untuk anda siapkan tugasan tersebut. Cuba buat mengikut dateline. Inshaa Allah tiada kerja anda yang tertunggak.

Penjejak Mimpi: Hari ni nak settlekan HRMIS dulu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, October 28, 2013

Disuruh vs Tidak Disuruh

PELIK aku rasa dengan sikap segelintir dari kita ni. Bila disuruh bercakap, kerat jari pun sanggup janji tak disuruh bercakap. Tapi bila tak disuruh bercakap, menyampuk tak kena tempat. Padahal perkara yang dicakapkan itu langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Kenapa tak tutup aja mulut tu dan gunakan hanya bila perlu?
p/s Keep your mouth shut! Will you?
Penjejak Mimpi: Kadang-kadang bila berhadapan dengan orang macam ni nak aja aku cakap: "am i talking to you?"
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monolog Pagi

HARI pertama dalam minggu terakhir Oktober. Mata aku hanya mampu melihat komuter ke Rawang berlalu sedangkan aku masih di dalam lrt STAR. Hmm.. padan muka aku!

Ada pengumuman kejap tadi. Tren laluan Rawang lewat. Nampaknya aku terpaksa minta initial second bos untuk punch card. Hmm..

Penjejak Mimpi: Patut aku ambil cab tadi... :-(

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, October 22, 2013

Susah Sangat Ke?

SOALAN aku di pagi hari ini:  "payah sangat ke nak ucap perkataan 'terima kasih' tu?  Berat ke ungkapan tu?" Aku rasa tak berat pun.... Just say 'thank you' pun dah ok.

Orang yang tolong kita tu.. orang yang berkhidmat untuk kita tu... sebenarnya bukanlah nak balasan apa-apa pun... diorang buat tu sebab dah jadi kerja mereka.. atas dasar tanggungjawab.. at least ucaplah 'terima kasih'... sekurang-kurangnya penat diorang berbaloi dan rasa dihargai...

Penjejak Mimpi: Tqvm selalu... lalalalala....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, October 16, 2013

If You Want Happiness..

SOMETHING really worth to share..

If you want happiness for an hour...... take a nap

If you want happiness for a day ...... go for a picnic

If you want happiness for a week ...... go on a vacation

If you want happiness for a month ...... get married

If you want happiness for a year ...... inherit wealth

If you want happiness for a lifetime ...... LEARN TO LOVE WHAT YOU DO..

Penjejak Mimpi: That's what i'm trying to do... :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, October 15, 2013

Bila Itik Bertemu Ayam..

BARU-baru ini aku bermalam di rumah mak saudara di Serendah. Dia ialah adik mak aku. Aku ke sana sebab nak berjumpa dengan mak. Ye lah.. dah dekat 2 bulan tak jumpa mak aku. Rindu tau. Uhuk.. uhuk..

Mak dah hampir 2 bulan juga disana; berubat. Pada sesiapa yang tak tahu kisah mak aku tu, sila skodeng kat SINI dan SINI.

Bila berjumpa tu, macam-macam lah cerita yang keluar. Dari kisah A.. lepas tu kisah B.. sambung pula ke kisah C.. bla.. bla.. bla.. Dalam pada syok-syok sembang tu, sekali sekala keluar juga bahasa 'ibunda' diorang ni. Bahasa apa? Apa lagi.. bahasa 'bengkulu' la.. Mesti ada yang tak pernah dengar kan? So sila skodeng kat SINI dan SINI untuk tahu di mana lokasi Bengkulu yang aku maksudkan.

Mak saudara aku ni nasib baiklah mampu berbicara bahasa Melayu standard jadi bila bersembang tu aku fahamlah. Tapi sekali sekala terkeluar juga bahasa Bengkulu dia tu tapi takpa.. mak aku ada disisi. Mak lah yang jadi 'translator' tak bertauliah. Hehe.. 

Apa nak buat.. nama ja aku ni berdarah campuran.. mixed.. *mixed la sangat.. berangan ala-ala Pan Asian la konon*. Hehe.. Arwah abah amat berbangga dengan darah Jawa dan Sundanya (nenek moyangnya dari sana) dan mak aku pulak nenek moyangnya berasal dari Bengkulu, Sumatera. Jadi di rumah kami bercakap bahasa Melayu standard. Sekali sekala bila abah berjumpa dengan 'gu'nya.. barulah terkeluar dialek Jawanya.. mak pula bila adik beradiknya berkumpul.. riuh dengan bicara yang aku sepatah haram tak faham. Kesian kan aku? Huhuhu.. Tapi ada lah jugak perkataan yang aku faham macam 'belan' = kerja, 'enggan' = tak nak, 'wo' = kakak, 'do' = abang, 'gale' (sebut guna e taling) = segala, 'sape' (sebut guna e taling) = siapa, 'enggan badu' = tak mahu, sudah.. dan 'dilek kudai' = tunggu sebentar.

Kalau nenek aku berziarah ke rumah.. lagilah aku jadi kalut.. dia nak ajak bersembang tapi aku sepatah haram pun tak tahu apa yang ditanya so apa nak buat? Aku mengangguk aja lah jadinya.. Hehe.. 

Memang rugi rasanya bila aku tak mampu nak berbicara bahasa ni kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan cousin tapi bukan itu pilihan aku. Kan?

Hmmm... mata dah mengantuk ni. Nanti aku sambung lagi pasal ni.

Penjejak Mimpi: Apapun, aku tetap anak Malaysia.. :)

Thursday, October 10, 2013

Mencari Rakan Lama.. Dan Aku Sedikit Berbangga..

DUA hari lepas check akaun emel gmail yang dah berkurun tak bertengok. Ada 300 lebih emel yang tak berbaca. Kemudian aku tertarik dengan tajuk emel: "Mencari rakan lama - Ir Rudy" pada tarikh 3hb Oktober dari Encik S*********  so cepat-cepatlah aku buka emel tu....

Assalamualaikum , 

Saudari ,
Saya ada terbaca laman blog saudari, dimana telah memuatkan satu artikal daripada Ir Rudy Amir.
Daripada itu , ini menunjukan saudari mengenali beliau.

Dengan itu , Saya mohon jasa saudari untuk forwad email address saya kpd beliau  ,dengan harapan beliau sudi menghubungi saya .

Untuk makluman saudari ,saya ni merupakan roomate dia ketika UTM jln semarak dahulu.Dah lama dah  terpisah ...yer le  sejak 1991.

saya boleh dihubungi di ***@tm.com.my

Akhir kalam , dengan ucapan  terima kasih jua , semoga Allah memberi ganjaran atas usaha ini ,dalam pejuangan  menghubungkan Silatulrahim .Insha Allah.

Selepas itu aku menerima emel kedua dari dia; hari yang sama..
Assalamualaikum, 

tak mengapa saudari ,, saya menemui email address beliau di portal pantas .

Mohon maaf  atas kekalutan ini.

Teruskan Penjuangan mu - penjejakmimpi.

menulis di blog .

salam ceria drp saya.

 Akhirnya aku membalas emel tersebut selepas 5 hari. Huhu..

Assalamualaikum wbh.
Pertamanya maafi sy kerana terlalu lewat membalas email saudara. Kesibukan dengan tugas membuatkan sy jarang check akaun emel ni. Hari ini baru sy ada peluang untuk check emel dan seterusnya membaca emel dari pihak saudara ini.
Sy berasa sedikit gembira dan berbangga kerana melalui blog picisan sy itu sedikit sebanyak menjadi tali penghubung kepada persahabatan yang pernah terjalin di antara saudara dan Ir. Rudy. Alhamdulillah kerana walaupun tanpa bantuan sy akhirnya dapat juga saudara berhubung dengan beliau. Terus terang Ir Rudy antara salah seorang engineer yang sy kagumi (dari jauh aja sebab dia pastilah tidak mengenali sy langsung. mungkin muka sy dia pernah tengok tapi tak kenal nama... Haha..)
Apapun, terima kasih sudi membaca blog "Bicara Seorang Aku" dan sy mengalu-alukan sebarang komen membina dari saudara.
Sekian, terima kasih.
Penjejak Mimpi: Perasaan yang bercampur baur.. :)

Tip Menjadi Pekerja Yang Efektif dan Efisien

SATU perkongsian:

1. Tulis senarai apa yang mahu dilakukan.

2. Meja yang kosong, kemas dan tersusun.

3. Fokus dan selesaikan satu kerja dalam satu masa.

4. Fokus pada kerja yang penting dan utama.

5. Arahan dan keputusan yang jelas lagi terperinci.

P/s whatsapp dari officemate

Penjejak Mimpi: Item no 2 hanya berlaku bila ada odit 5S. Ngeeee....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, October 8, 2013

Pihak Cik Tak Boleh Buat Apa-Apa?

BALIK tadi sementara menunggu kedatangan komuter aku berkesempatan berbual dengan salah seorang polis bantuan wanita (PBW) di stesen komuter Mid Valley. Sebenarnya aku dah lama mencari peluang untuk bertanyakan pada pihak mereka berkenaan perkara INI. So bila dah ada peluang di depan mata, terus saja aku sambar peluang tersebut. Hehe.. Perbualan kami lebih kurang macam ni lah..

Aku: "Assalamualaikum, cik.."

PBW: "Waalaikumussalam."

Aku: "Cik, saya ada satu perkara yang hendak ditanyakan pada pihak You. Macam ni.. you perasan tak kat laluan atas tu ada satu grup yang akan tahan orang yang lalu lalang, bercakap dan akan menunjukkan sesuatu pada orang tersebut?"

PBW: "Ya.. saya perasan.."

Aku: "Yang tu sindiket gores dan menang kan?"

PBW: "A'ah."

Aku: "Sebetulnya saya tertanya-tanya pihak You tak boleh berbuat apa-apa ke pada diorang? (time cakap ni hati aku sebenarnya berkata: "tak boleh ke pihak You tangkap aja diorang tu?"). Yelah.. kesian lah pada diorang yang kena tipu tu.."

PBW: "Hmm.. sebenarnya kami dah halau diorang tu dari kawasan stesen. Diorang ni akan tahan passenger yang lalu-lalang kat atas tu. Ni dah mengganggu passenger. Tapi kami boleh halau setakat kawasan stesen aja. Luar dari situ kami dah takda kuasa.."

Aku: "Itulah.. sebelum ni diorang hilang sekejap. Lepas tu muncul balik. Saya bukan apa Cik.. rasa sakit hati bila tengok ada diantara orang kita yang kena tipu. Padahal perkara ni dah banyak kali diingatkan tapi itulah.. Takkan tak tahu itu sindiket tipu?"

PBW: "Itulah pasal. Diorang ni sebenarnya kalau nampak saya lalu atau menuju ke tempat diorang, cepat-cepat diorang blah. Tapi lepas tu diorang datang balik. Tak boleh nak buat apa. Saya cuma boleh halau aja kalau diorang ada di stesen. Lainlah 'polis regular', sah-sah dah kena diorang ni. *aku rasa maksud 'polis regular' yang disebut oleh Cik PBW tu ialah polis biasa*.

Aku: "Hmm.. sindiket tu illegal kan? Kalau dapat tangkap pun lagi bagus!"

PBW: ........... (sambil senyum). *mungkin dia dapat merasai betapa geramnya aku dengan sindiket tu*.

Itulah lebih kurang perbualan aku dengan Cik Polis Bantuan tu. Tapi sebelum tu sempat lagi dia bertanya aku kerja di mana. Rupanya mak dia pun orang JKR juga tapi sekarang di Kelantan. Orang teknikal juga. Haha... what a small world? Lepas aja kami berbual, terus aja dia masuk lif untuk ke tingkat atas. Aku beranggapan dan berharap dia halau aja geng-geng penipu tu. Haishh!! menyampah betul aku tengok geng penipu tu! Grrr.. grrr....

p/s Apapun, tahniah dan terima kasih pada semua Polis Bantuan di setiap stesen komuter yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komited. Cuma kalau boleh.. tolong peka dan alert dengan insan 'kecelaruan jantina' yang dengan selamba masuk ke koc merah jambu. Kalau boleh la kan.. Hehe..

Penjejak Mimpi: Bila tengok ada yang kena 'tangkap' dengan geng penipu tu, rasa macam nak tarik tangan dia  dan nak tanya: "tak sedar ke awak kena tipu?"

Quote of The Day # 4

"IT is not only what we do.. but also what we do not do, for which we are accountable" (Jean Baptisle Moliere)

Penjejak Mimpi: ........
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, October 5, 2013

Pilih Yang Mana Satu?

KALAU diberi dua pilihan:

(i) rugi sedikit tapi hati gembira atau

(ii) tak rugi apa-apa tapi tak gembira

Hah! Mana satu pilihan korang? Aku pilih yang nombor (i). Takpa aih rugi sikit pun. Janji aku happy. Apa gunanya tak rugi tapi hati tak happy.. hati tak gembira.

Dalam apa-apa hal pun sekarang.. aku pilih untuk menggembirakan hati sendiri. Itu yang lebih penting..

Penjejak Mimpi: Kalau hatiku berduka.. siapa yang mampu merawatnya?

Thursday, October 3, 2013

She Is The Boss..

ON the way ke ofis tadi macam biasa aku berborak dengan member. Dia duk cerita pasal boss dia.. bla.. bla.. bla.. (off record la kan?). Lepas tu dia cakap: "i pun tak boleh percaya. I tak boleh nak jangka tindakan dia..". Respon aku sambil gelak: "that's why she's the boss. You can't predict anything from your boss..".  Terus member aku tu diam.

Penjejak Mimpi: Predict or unpredict... do i care?

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, October 1, 2013

Buku Baru: Agenda Politik Syiah

BELI time rehat siang tadi. Aku pada mulanya tak nak beli sebarang buku lagi memandangkan ada beberapa buah buku yang masih menanti untuk dibaca. Tapi akhirnya aku 'terbeli' juga buku yang agak menarik tajuknya iaitu 'Agenda Politik Syiah'. *Terbeli? Boleh ke guna term tu? Hehe..* 

Kan sekarang ni hangat pasal fahaman Syiah? Media massa sejak kebelakangan ini pun boleh dikatakan asyik membicarakan pasal Syiah. So aku berminat nak tahu dengan lebih mendalam perkara-perkara di sebalik fahaman ini selain ritual yang menyakitkan tubuh badan.. kaitannya dengan 10 Muharram.. kematian Hussain di Karbala.. kaitan fahaman ini dengan Saidina Ali r.a.. Imam 12.. kebencian melampau mereka kepada sahabat Nabi dan isteri baginda.. azan dan solat mereka yang berbeza.. penggunaan batu Karbala ketika sujud.. celaan dan doa mereka terhadap sahabat dan isteri baginda dan banyak lagi perkara yang terpesong dari fahaman kita iaitu ASWAJA (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Itu tak termasuk soal solat.. kahwin mutaah dan lain-lain.

Buku ni adalah hasil karya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni iaitu Pensyarah Kanan di Jabatan Teologi dan Agama-Agama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd dengan harga RM20.00.

Nota: Seorang kawan mengulang kata ustaz masa dengar ceramah di surau. Kata ustaz tu: "selain fahaman Syiah ni ada lagi satu perkara yang menakutkan iaitu orang Islam yang berfikiran sekular".

p/s Aku dah tengok sikit-sikit isi buku ni. Isinya memang agak 'heavy'. Weekend ni baru nak start baca :).

Penjejak Mimpi: Moga-moga kita semua terjaga iman dan akidah hingga kita ke akhir hayat, Amiin.