Pages

Thursday, May 30, 2013

Tidak Mudah Sebenarnya..

TIDAK mudah sebenarnya apabila ada tugas-tugas 'kecil' kita melibatkan orang lain. Kena pula tugas tu pada akhirnya seolah-olah mencari salah dan silap seseorang walau pada hakikatnya itu hanyalah sebahagian daripada tugas 'kecil' kita tu. Kena pula kita hanya menjalankan arahan daripada pihak atasan. Dah nama kuli kan.. Arahan siapa lagi yang perlu diturutkan?

Memang rasa tak selesa sikit la bila berlaku perkara semacam ini. Tapi apakan dayaku? 

Penjejak Mimpi: Tuhan tahu segala-galanya... :)

Wednesday, May 29, 2013

Newborn Rescued From Toilet Pipe

TERBACA di dalam surat khabar The Sun hari ini berkenaan bayi yang berusia 2 hari dapat diselamatkan selepas dipam ke dalam toilet. Kisah tragis ini terjadi di China.

Nak detail sila baca di SINI.

Penjejak Mimpi: Apa lah dosa bayi tu? Kalau tak nak hantar lah ke pusat kebajikan. Kenapa nak bunuh bayi tu? Grrrr... :( 

Monday, May 27, 2013

Kisah Duit Syiling Dengan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

(Sumber: Diambil dari SINI dengan izin)

Penjejak Mimpi: Dah susah baru ingat Dia.. :(

Everything In Life

EVERYTHING in life is temporary. So if things are going good, enjoy it because it won't last forever.. and if things are going bad, dont worry.. it can't last forever either..

Penjejak Mimpi: That is life all about.. :)

Saturday, May 25, 2013

Pindah Belakang Hospital!

SATU hari:

SMS 1: "Hishk... anak siapalah memekak kat depan rumah aku ni... turun naik tangga.. grrrr.."

SMS 2: "Kalau tak nak bising-bising pergi pindah belakang hospital!"

SMS 1: %&÷/*$

Penjejak Mimpi: Sabar je lah... hehe..

Thursday, May 23, 2013

Berbaloi Juga.. :)

DAPAT emel dari pembaca blog Bicara Seorang Aku kisah trip ke Pulau Pangkor tahun lepas. Bertanyakan sesuatu. Apa yang boleh aku bantu tu, aku bantu lah... :)

Tak sure dia baca entri yang mana. Mungkin yang INI, atau INI, atau INI, atau INI atau yang INI yang telah membuatkan dia tergerak untuk emel aku.

Ada juga komen yang mengatakan mahu bercuti ke Pangkor lepas membaca entri-entri aku tu. Hmmm... Rasa lenguh jari ni mengetuk keyboard laptop, rasa letih otak ni berfikir nak menyusun ayat dan mengingat balik memori itu seolah-olah berbaloi bila dapat emel ataupun komen yang positif macam tu. Sekurang-kurangnya aku tahu ada juga yang sudi untuk membaca blog merapu aku ni. Hehehehe..

Dan secara tak langsung juga aku dapat memperkenalkan destinasi pelancongan di Perak.. tak gitu? Haha.. Apapun kepada Srie, muga gembira di sana.. :)

Inilah emelnya. Lepas baca emel tu terus aku contact Rose bertanyakan no telefon abang Lee sebab Rose yang kenal brader ni. Lepas dapat apa yang aku cari, terus aja aku reply emel dia. Takpa.. kita bantu sesama kita.. :)

 Penjejak Mimpi: Cuti 3 hari ni nak kemana ha???

Wednesday, May 22, 2013

Tahniah Tuan PK :)

  KANGAR, 17 Mei — Presiden Airod Sdn Bhd Tan Sri Ahmad Johan mendahului senarai 207 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis sempena ulang tahun ke-70 keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, hari ini.
Ahmad menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Turut menerima SPMP ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Senarai penerima itu diumumkan Menteri Besar Perlis Azlan Man di sini hari ini.
 
Pengarah Corporate Client Solutions, CIMB Investment Bank Bhd, Syed Mashafuddin Syed Badarudin Jamalullail, adalah penerima tunggal darjah Dato’ Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSSJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Sebanyak 10 penerima darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Mohd Zaki Abdul Wahab, Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron, Panglima 5 Briged, Brig Jen Datuk Ranjit Singh Ramday, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Omar Osman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Turut menerima DPMP ialah Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Mohd Fazli Osman, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Abdull Rashid Saad, isteri bekas Menteri Besar Perlis Datin Seri Asiah Asmuni, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Mohd Najib Abdullah dan Country Managing Partner, Ernst & Young Malaysia Level, Abdul Rauf Rashid.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) USM Prof Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal adalah penerima tunggal darjah Dato’ Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang juga membawa gelaran Datuk.

Dua menerima darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang turut membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Naib Canselor UniMAP Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Penasihat Penerbitan Pekan Ilmu Publications Dr Rahman Shaari.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya adalah penerima tunggal darjah Dato’ Bergelar yang membawa gelaran Datuk Murshid Diraja.

Sementara itu, Kolonel Logistik Markas Medan Tentera Darat, Kol Mohd Norbi Ismail, adalah penerima tunggal Setia Mahkota Perlis (SMP) manakala 13 orang menerima Seri Sirajuddin Perlis (SSP) termasuk Pengarah Perhutanan Perlis Ridzuan Salleh, Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin, dan penguambela dan peguamcara Jamil Mohamed Shafie.
 
Sebanyak 18 orang menerima Ahli Mahkota Perlis (AMP), 23 menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), tiga menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 54 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 62 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 16 menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL). — Bernama

Nota 1: Tahniah pada Tuan PK. Muga lepas ni CKE lebih cemerlang dan unggul di antara semua cawangan JKR di bawah pimpinan PK.

Nota 2: Di copy paste dengan izin oleh tuan tanahnya kat SINI. Tq yaw..

Penjejak Mimpi: Respek.. :)

Tuesday, May 21, 2013

Itu Kali Yang Terakhir, Kawan...

KADANG-kadang aku pelik dengan sikap manusia ni. Bila nak minta tolong... amboi.. lembut gigi dari gusi.. sanggup berjanji bulan dan bintang.. merayu-rayu.. Bukan sekali tapi berkali-kali..

Tapi bila time kita pula yang perlukan pertolongan, senang aja jawapannya: "saya malas la... bla.. bla.. bla..".

Nak marah pun ada.. rasa sedih pun ada.. frust pun ada dengan sikap yang begini. Tapi apakan daya. Takkan nak paksa orang pulak kan? Takpe lah.. kurang-kurang aku dah tahu true colors dia. Perkara yang aku nak minta tolong tu pun bukanlah satu hal yang besar. Cuma itulah.... terkilan dengan sikap macam tu.

Well, it's okey lah. Not a big deal actually cuma lepas ni terus terang aku cakap.. pertolongan hari tu... yang siap dengan surat... yang siap dengan tandatangan saksi.. itu pertolongan terakhir aku.

Lepas-lepas ni kalau kau ada masalah, carilah orang lain untuk bantu. Hati aku dah tawar.. :(

p/s fact of life... :(

Penjejak Mimpi: Aku memang berkira, so what? Any problem?

Monday, May 20, 2013

Bos Lelaki atau Bos Perempuan?

SIANG tadi di pejabat ada seorang kawan dari unit sebelah minta aku buat satu survey untuk course dia. Ada beberapa soalan yang ditanya dan pilihan jawapannya ialah samada bos lelaki atau bos perempuan.

Antara soalannya ialah:
i. Bos anda sekarang ialah ..........

ii. Kalau ada masalah peribadi, anda akan merujuk ..........

iii. Kalau ada masalah di tempat kerja, anda akan merujuk ..........

iv. Keputusan terbaik biasanya dibuat oleh ..........

v. Anda gembira/enjoy bekerja di bawah ..........

vi. Siapakah yang lebih teliti dalam soal kerja? ..........

vii. Yang paling baik di dalam hubungan dengan orang bawahan? ..........

Aku isi dan jawab semua soalan yang ditanya. Tapi apa jawapan aku ... itu rahsia. Yang penting aku happy.. aku enjoy bila datang kerja. Tak gitu?

Penjejak Mimpi: Tapi kalau salah dan tak betul, aku tegur jugak walaupun dia bos. Bos pun manusia juga. Kipas-kipas tak main, ok?

Saturday, May 18, 2013

Menunggu Bas Yang Tak Kunjung Tiba

TIKET bas aku jam 8.30am.

Tapi sekarang dah hampir jam 9am.

Penumpang ke Teluk Intan tiket jam 9am pun dah bertolak.

Orang Transnasional suruh bersabar.

Aku memang bersabar. Kalau tak sabar aku dah bakar Pudu Sentral ni..

Tapi aku dah mula panas.. dah mula berpeluh..

Kalau duduk dalam bas ada air-cond.. badan jadi sejuk.. tak berpeluh..

p/s Tiba-tiba teringat seorang ex-classmate dari Sabah dulu. Suka cakap macam ni dekat aku: "kita tak boleh bersentuhan, nanti berpeluh!". Sampai sekarang aku tak faham kenapa dia cakap macam tu. Ntah apa-apa dia tu.. :)

Penjejak Mimpi: Berapa lama nak tunggu nie.... :(

Thursday, May 16, 2013

Komuter Buat Hal Lagi

PENGUMUMAN dari dalam komuter lama 3 koc: "Stesen seterusnya Bandar Tasik Selatan". So makhluk-makhluk ciptaan Allah semua bersiap sedia untuk turun ke stesen komuter yang dimaksudkan.

Tada!!! Dah sampai pun ke stesen.. Jeng.. jeng.. jeng.. Hmmm... Kenapa pintu ni tak terbuka pun? Relax.. relax.. sabar...

Tik tok.. tik tok.. <-- konon bunyi jam lah tu.. seminit berlalu...

Tik tok.. tik tok.. 5 minit berlalu...

Tik tok.. tik tok.. tik tok.. tik tok.. tik tok... tik tok.. tik tok..............

Lepas lebih 10 minit berlalu... baru pintu komuter terbuka..

Yang nak keluar dari komuter.. berebut-rebut nak keluar..

Yang nak masuk ke dalam komuter.. berebut-rebut nak masuk..

Hmmm.. pintu komuter tu ada problem kot.. lepas terbuka.. langsung tak boleh tutup.. Yang tu tak pasti berapa lama pulak komuter tu 'tersadai' kat stesen..
Pic ni aku snap dari stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Ramai yang tunggu sebab pintu komuter 'jammed'
Nota: Gara-gara berebut nak keluar, ada sorang chinese guy tu sampai tergolek 'dog' kat situ. Ishk.. ishk.. apa yang ko nak kejar bang?

Penjejak Mimpi: Aku memang tak faham dengan sikap sesetengah orang kita ni yang suka berebut tak kena tempat. Ntah apa-apa ntah.. :(

Selamat Hari Guru

UNTUK semua guru-guru di Malaysia, aku ucapkan Selamat Hari Guru. 

Penjejak Mimpi: Time-time macam ni akan teringat kenangan masa mengajar dulu.. Huhu.. :(

La.. Biar Betul?

JAM 7pm lebih baru terperasan ada 1 sms dari IB. SMS dia: "Baca ni https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/14/jakim-project-upsets-nature-lovers/"

So aku pun teruslah surf untuk skodeng apa 'cerita' yang best sangat sampai IB aku tu bersemangat suruh aku baca. 

Rupa-rupanya...

PETALING JAYA: The clearing of a large expanse of forest in Bukit Seputeh has alarmed residents of the surrounding area.

Sylvan Ong, a resident of the Le Chateau Condominium, recently alerted FMT to construction activity in the area and expressed his concern for the survival of flora and fauna there. He claimed to speak for his neighbourhood.


Signboards at the site reveal that the Public Works Department is constructing facilities for a project undertaken by the Department of Islamic Development (JAKIM).

Nak detail sila terjah kat SINI.

Hmmm.. nak komen lebih-lebih pun petang esok in sha Allah baru aku tau apa sebenarnya yang berlaku so untuk sementara ni lebih baik aku diam aja.

Aku reply balik sms kat IB: "owh.. no wonder la suddenly ada mesyuarat khas. Tp kan Puan.. ada sket rasa idong kmbg la bila ada ayat ".. it's a signature project of Jakim bla.. bla.." Haha.. poyos.. Kua FMT tu.. sniff.. sniff.." Dan IB hanya menjawab: "hehe.."

Tapi aku gitau kat korang la kan.. buat projek ni memang betul-betul mencabar kesabaran.. mental.. Kalau setakat aku turun naik ke ofis member-member untuk bertanya itu dan ini.. dah jenuh.. dah puas.. Tu tak kira tanya dengan otai-otai kat unit BPR B.. BPR C.. Kalau tanya dengan otai-otai unit aku rasanya dowang pun dah bosan nak jawab soalan aku agaknya. Hehe..

Projek ni juga telah menjadikan muka aku tebal entah berapa inci sebab asyik turun ke Tingkat 8 untuk bertanya member-member kat unit ELV.. kat BPR D2.. kena perli dengan J48 unit *tut* pun ada.. tapi ada aku kisah? Mak tak kisah nyah.. janji mak dapat apa yang mak nak.. apa yang mak tak tau akhirnya mak jadi tau.. Haha..

Untuk projek ni juga aku telah berazam untuk menggali ilmu teknikal sebanyak yang mungkin dari orang-orang di sekeliling. Biarlah orang cakap aku ni 'lebih sudu dari kuah' tapi persetankan dengan cakap-cakap orang. Aku dah set yang projek ni akan jadi pemangkin untuk aku belajar dan tambah ilmu pengetahuan dalam bidang teknikal dan rekabentuk. 

Cewah!! Over la pulak Cik PM ni. Hehe.. Aku ucapkan jutaan terima kasih untuk semua yang telah banyak membantu aku untuk menyudahkan proses lukisan rekabentuk elektrikal projek ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. <-- ni ayat bajet dowang baca la konon-kononnya blog merapu aku ni. Haha..

Apapun.. muga ada keputusan yang baik untuk projek ini. "Win-win situation" kata orang putih.. Ngeeee

Penjejak Mimpi: Kadang-kadang pandangan/kata-kata negatif orang lain terhadap kita boleh membuatkan kita lebih bersemangat untuk menjadi lebih dari orang yang mengata kita tu. Kena anggap itu semua adalah cabaran. Kena buktikan kemampuan kita. So cayok! Cayok!!

Wednesday, May 15, 2013

Pembentukan Kabinet Baru

PETANG tadi diumumkan barisan menteri kabinet baru selepas PRU-13. Aku cuma nak tahu siapa menteri Kerja Raya dan apakah jawatan Ahli Parlimen Tambun iaitu Datuk Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah.

Semuanya terjawab sudah iaitu kami; warga kerja Kementerian Kerja Raya akan dapat menteri baru iaitu Datuk Fadillah Yusof dan timbalannya ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Manakala MP 'kesayangan' Tambun; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kekal dengan jawatan lama iaitu Menteri Kewangan II.

Nak tahu lebih lanjut, sila tekan SINI sebab aku tak berapa rajin nak taip senarai menteri ni.. :)

Apapun, tahniah untuk semua. Lepas ni hangpa kena kerja keras lagi. Tunjukkan kewibawaan dan dapat menjalankan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab. Kalau hangpa 'bengkok'... siaplah jawapan di dunia yang satu lagi. Ingat tu bapak-bapak menteri.. ibu-ibu menteri sekalian. Amanah tu berat!

p/s Kita semua pun bertanggungjawab untuk segala yang kita lakukan...

Penjejak Mimpi: "IB, MP Tambun pegang ministry of finance.. tu kelas A kan? Takkan KJ jek yang dapat kelas A.. Hehe..."

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu..

KETIKA kita lapar, tangan ibu yang menyuap. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagianya.

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air keseluruh badan, membersihkan segala kekotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: "sabar nak.. sabar ya sayang..".

NAMUN...

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gementar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad.. ketika jenazah ibu hendak dimandikan.. dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyiramkan jenazah ibu buat terakhir kali?

Tangan ibu.. tangan ajaib. Sentuhan ibu.. sentuhan kasih. Dapat membawa ke syurga Firdaus.

Sumber: Dapat dari Whatsapp :)

Penjejak Mimpi: Tak payah tunggu Hari Ibu untuk tunjukkan kasih sayang kita..

Jom Join Bloglist Myravea!


HARAP-harap sempat lagi untuk join.

TQ pada blogger Myravea sudi jemput. Nak join? Tekan SINI.

Penjejak Mimpi: Mata dah pedih ni.. Huhu..

Saturday, May 11, 2013

Calon PRU-13 Yang Rock!!


HEHE.. demam pilihanraya tak habis lagi weh!!

P/s Hmmm... lama jugak tak layan ais kacang..

Penjejak Mimpi: Kecewa juga dengan keputusan PRU-13 yang lalu. :(

Segmen: Blogwalking Kita-Kita





SEGMEN lagi.

Nak join? Sila ke SINI.

Tarikh tutup 15hb Mei 2013

Penjejak Mimpi: Gila bersegmen aku nih.. Haha

Segmen: Bloglist Jun - Sept 2013

BERHUJUNG minggu dengan menjoinkan diri dalam segmen. Sesiapa yang nak meramaikan kawan silalah terjah ke blog INI.

Penjejak Mimpi: Rehatkan minda di hari Sabtu.. :)

Saturday, May 4, 2013

Stesen Bas Baru..

Hari ini first time sampai stesen bas ekspress baru di Jelapang; Terminal Aman Jaya. Plan nak usya-usya kawasan sekeliling bila dah sampai tapi rupanya bas ke Medan Kidd dah ada terus aku naik. Tak kuasa nak tunggu lama-lama.

So tambang bas dari Terminal Aman Jaya ke stesen bas Medan Kidd RM2.30. Dulu tambang bas dari Terminal Medan Gopeng ke stesen bas Medan Kidd RM1.50 aja.. Naik RM0.80 :(

Dah la tiket bas ekspress dari Ipoh - KL dah naik jadi RM18.80. Dulu RM17.50 aja.. Naik RM1.30. Hmm..

Terminal baru ni aku tengok dekat dengan Mydin dan terletak di kawasan yang baru dibangunkan. Ada juga aku nampak bangunan Jabatan Audit Negara Negeri Perak.. ehem ehem..

Nanti aku usya apa yang ada dan bestnya di stesen bas ekspress Terminal Aman Jaya ni..

Penjejak Mimpi: Esok adalah hari penting untuk Malaysia...

Wednesday, May 1, 2013

10 Prinsip Hidup Luar Biasa..

SEDIKIT perkongsian. Dapat masa menghadiri program 'Reset Minda' anjuran Biro AKSI, Cawangan Kejuruteraan Elektrik pada 25hb April yang lalu. Moga bermanafaat, in sha Allah.

1. Buat keputusan samada mahu hidup biasa-biasa atau hidup luar biasa

2. Beri 100% komitmen (perbetulkan matlamat hidup serta niat)

3. Fokus (buat kerja dari mula sampai habis)

4. Maksimakan potensi diri (bakat) - add value pada orang lain

5. Cari kawan yang 'supportive' (tolong betulkan yang negatif)

6. Teruskan belajar (menuntut ilmu)

7. Mentor (better yang trough own experience)

8. Ilmu (yang membezakan orang berjaya dengan yang tidak berjaya)

9. Sistem (yang berjaya)

10. Impian dan tindakan

Nota: Credit to Ir. Rudy Amir for sharing his knowledge and experience.

Penjejak Mimpi: Memang nak kena reset minda aku nih.. huhu

Selamat Hari Pekerja 2013


Penjejak Mimpi: Rehat.. jangan tak rehat.. :)