Pages

Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Sunday, October 13, 2019

"Susah nak jawab nanti.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Perbualan diantara seorang Jejaka Kacak (JK) dan Gadis Manis (GM) di salah sebuah pejabat di ibu kota.

GM: " Bla.. bla.. bla.."

JK: "Bla.. bla.. bla.." 

GM: "Eh, bukan ko ada ada apply nak sambung degree ke?"

JK: "Ya tapi ....... (tak berapa jelas jawapan dia..)

GM: "Wah.. nanti ada degree bolehla ko jadi engineer.."

JK: "Eh, saya tak nak jadi engineer. Cukup dengan jawatan sekarang.." 

GM: "Ler.. rugilah ko. Penat je ambil degree.."

JK: "Tak nak saya. Susah nak berjawab nanti.. Lagipun tak semestinya ada degree kena jadi engineer. Bla..bla.. bla.."

Pang!! Tiba-tiba pipiku yang gebu dan montok ni terasa seolah-olah ditampar. Tertanya-tanya adakah aku mampu untuk berjawab di dunia yang satu lagi tu? Cukup lengkapkah aku tunaikan setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas selama ini? Adakah aku betul-betul menjalankan kerja aku sebaik mungkin atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja?

Benar.. bila mengingtkan semua tu terasa gerun juga aku. Takut tak terjawab bila sampai masanya. Kita ni walau apapun jawatan kita.. walau apapun pangkat kita.. tetap akan disoal bagaimanakah kita melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita? Sebagai ketua akan ditanya adakah kita bertindak adil pada anak-anak buah kita.. pada staf kita.. sebagai staf adakah kita cukup melunaskan hak ketua kita? Sebagai ketua adakah kita cukup melunaskan hak staf dan anak buah kita? Bila diingat-ingat semua tu.. memang menakutkan.

Penjejak Mimpi: Teringat bicara aku dengan ex-big bos aku satu ketika dulu. Katanya "kita buat kerja ni kena ikhlas. Kalo ko tak dapat ganjaran sekarang, ko akan dapat ganjaran di dunia satu lagi..".

Thursday, March 28, 2019

"Kalau jalan tengok bawah ye.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.
"Kalau jalan tengok bawah ye.."
Peringatan dari seorang ofismet atau lebih tepat lagi dari salah seorang bos ketika kami berbicara di dalam aplikasi whatsapp baru-baru ini.
Hehe.. Peringatan yang baik gara-gara aku yang terlalu cuai/clumsy/cemerkap ketika melangkah. 
Tahun ni aja dah 2 kali aku hampir terjatuh
Tahun lepas terjatuh.. 
Tu dia... Sampai mc. Huhu.. 
Sebab? 
Kerana melangkah/jalan tak pandang ke bawah.
Kalau diingat kejadian-kejadian itu, sedikit lucu. 
Tapi aku suka kaitkan apa yang berlaku itu dengan kehidupan kita.
Orang tua-tua ada berpesan "bila melangkah, jangan asyik pandang ke atas. Sekali sekala kena pandang ke bawah juga".
Maksud tersirat yang aku maksudkan ialah kita hidup di dunia ini yang selalu diperumpamakan seperti roda.
Dalam kita melayari hidup, nasib setiap daripada kita tidak sama. 
Ada ketikanya kita di atas.. Ada ketikanya kita di bawah. 
Jika hari ini kita senang, mewah, berkuasa.. jangan lupa orang yang serba kekurangan dalam semua segi. 
Jika kita berkuasa, jangan sesekali menganiaya orang yang lemah. 
Kita hidup ini bukan menongkat langit. 
Kita tidak akan selamanya di atas. 
Bila sampai masanya kita akan ke bawah juga. 
Samada dengan cara terhormat atau cara yang paling hina. 
Pilihan di tangan kita.
Tak salah kalau kita sekali sekala 'menunduk' memandang ke bawah.
Penjejak Mimpi: Bersyukur bila sentiasa dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Alhamdulillah..

Friday, March 8, 2019

Permudahkan Urusan Orang Lain

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Sejak tahun lepas aku sibuk dengan lukisan perubahan rekabentuk untuk projek 'Y' di Negeri Sembilan. Disamping kerja-kerja hakiki dan bukan hakiki yang lain. Alhamdulillah akhirnya proses penyediaan lukisan perubahan rekabentuk yang pertama sudahpun di peringkat akhir. Hanya menunggu tandatangan dua boss lagi sebelum boleh dibuat edaran.

Proses penyediaan lukisan tersebut mengambil masa agak lama dengan mengambil kira kesibukan aku dengan kerja-kerja lain. Terluah juga rasa jemunya aku di hadapan IB dengan proses yang agak lama tapi jawapannya: "takpe.. kita susah sikit.. kita mudahkan urusan orang lain.. inshaa Allah tuhan akan permudahkan urusan kita nanti". Ya.. dan itu yang aku pegang. Sekadar memotivasikan diri sendiri juga.

Proses ini juga menyebabkan aku selalu berhubung melalui telefon atau whatsapp dengan rakan sejawatan yang menjaga tapak projek 'Y' ini. Apabila selalu berbual dan bertanya hal-hal berkaitan projek, sedikit sebanyak aku dapat juga menyelami perasaan mereka yang bertugas di tapak. Memang tak dinafikan agak sulit juga kalau bertugas di tapak. Mental kena kuat. Kalau aku? Mungkin mentalku dah lama koyak.

Kadang-kadang orang yang membuat design.. tak ambil kira masalah yang mungkin akan timbul di tapak. Dalam erti kata yang lain design 'syok sendiri'. Bila dah selalu berjumpa dan berbicara.. baru tahu betapa susahnya tugas mereka. Kena fikir bagaimana kalau kita berada di tempat mereka?

Cerita pokoknya di sini ialah; apabila orang lain perlukan pertolongan kita, seboleh mungkin cuba bantu mana yang termampu. Inshaa Allah jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Mungkin bukan dia yang bantu balik.. Mungkin orang lain. 

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba teringat ungkapan ini "jika tak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi lalat".

Wednesday, February 8, 2017

Faktor Usia Lah Tu..

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Berbual sambil makan tengahari dengan seorang otai. Pelbagai cerita yang dikongsi bersama. Hinggalah ke sesi meluahkan perasaan tension dan stress dengan lambakan kerja sedia ada. Termasuk dengan orang sekeliling.

Last-last dia kata: "itu sebab faktor usia. Bila dah berusia ni, cepat je kita rasa terasa hati.. tersinggung.." Gulp! Aku belum tua lagi rasanya. Cuma kurang muda ja.. Hahaha.. *gelak orang jahat*

Aku perasan sejak kebelakangan ini aku cepat terasa dengan cakap-cakap orang. Dan aku terfikir: "aku ni jenis yang dah tak boleh ditegur ke?".. atau "aku ni dah rasa serba tahu ke? rasa pandai sangat ke?" atau "ego aku yang semakin bertambah?" 

Allahu.. minta dijauhkan sikap-sikap tak elok tu. Itu semua sikap yang tak bagus samada untuk kehidupan sosial ataupun dalam proses menjalankan tugasan. Ada sebabnya orang lain menegur kita.. sebab dia sayangkan kita.. dia tak mahu kita berterusan melakukan salah dan silap.. untuk kebaikan kita juga..

Tak payah fikir panjang-panjang peningkan kepala.. serabutkan otak yang memang dah bersimpul ni. Senang cakap.. pikir positif aja. Ada kerja.. buat. Try to achieve KPI. 

Nota: Sedang berhempas pulas untuk projek 'Y'. Big boss balik umrah nak semak.. 

Penjejak Mimpi: Mencari momentum yang masih bersisa.. :(


Tuesday, October 11, 2016

Kun Faya Kun



ASSALAMUALAIKUM wbh..
Masih berkisar kisah ketika mak ditahan di dalam wad. Tapi bukan kisah mak. Kisah orang lain.

KISAH 1:

Hari pertama mak ditahan di wad 8B. Sebelah mak pesakit perempuan India. Berbual dengan penjaganya. Dia bercerita: anak buah dia tiba-tiba tak boleh berjalan. Kaki dan tangan lemah segala. Hanya mampu bersuara. Kasihan. Masih muda. Pelajar UMP, Pahang.

Hari kedua mak di hospital. Pesakit muda itu mulai bernafas menggunakan oksigen. Kata mak pesakit itu tiba-tiba serius. Dia tidak lagi bersuara. Hanya terbaring dan membisu.

Tengah hari.. pesakit itu dibawa entah kemana. ICU mungkin. Segala peralatan peribadi dan perubatan diangkut pergi. Aku tak nampak dia lepas itu dan tidak bertanya apa-apa pada nurse. Sibuk. Menguruskan mak. Lupa juga.

KISAH 2:

Petang hari yang sama. Tempat pesakit muda itu diganti dengan seorang pesakit wanita berketurunan Eropah yang berusia. Dijaga oleh sang suami berketurunan Cina yang setia menanti di sebelah. Dengan penuh rasa cinta. Penuh rasa kasih membelai dan mengulit si isteri yang terbujur kaku tidak berdaya. Kasihan.

Hampir malam. Muncul seorang anak muda. Anak lelaki tunggal pasangan ini. Bertanya di dalam bahasa Melayu dimana ayahnya tanpa pelat. Bertukar tugas menjaga si ibu dengan ayahnya.

Ada waktu-waktunya si ibu memberi tindakbalas. Mungkin dah semakin baik fikirku. 

Pagi esoknya. Sempat berbual dengan si anak. Berpesan agar terus berdoa dan berharap. Muga ibunya cepat sembuh. Si anak membalas tapi dengan wajah yang sedikit muram. Simpati.

Tengah hari. Menunggu kedatangan ETS untuk balik ke KL. Dapat tahu si ibu telah pergi. Jam 9pagi. Gagal diselamatkan. Sedih. Terkejut. Tak sangka.

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
(Al Mu'min:68) 


Takziah Simon Leong. Saya tahu awak seorang anak yang baik. Moga awak tabah hadapi kehilangan ini.

Penjejak Mimpi: Kehilangan yang amat pedih.

Tuesday, September 10, 2013

Alasan

"JANGAN cuba hidup dengan alasan.."

Penjejak Mimpi: Tersentak kejap.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, June 16, 2012

Terkesan sungguh..

SEKARANG ni tiap-tiap Jumaat cawangan aku akan mengadakan tazkirah ataupun bacaan tahlil dan yassin. Tazkirah tu pula samada Tuan Pengarah Kanan yang bagi ataupun kami akan jemput penceramah luar.

Dan semalam Cawangan Kejuruteraan Elektrik sungguh bertuah sebab dapat menjemput penceramah yang memang 'femes emes' dan terkenal 'seantero Malaya' iaitu Datuk Ustaz Daud Che Ngah. Memang sesapa yang tak joint tu rugi. Rugi yang teramat sangat.

Ok, topik semalam ialah berkenaan Israk & Mikraj tapi banyak la benda lain yang Datuk sampaikan selain kisah-kisah yang mana sebagai orang Islam kita perlu percaya akan kehebatan Al-khalik.

Aku tak nak sentuh pun kisah Israk & Mikraj tu cuma dalam banyak-banyak ungkapan dan peringatan yang beliau berikan, peringatan ini yang amat memberi kesan pada aku iaitu: "solat tu ialah ikatan hamba dengan Allah. Siapa yang tak solat; kafir. Siapa yang kafir bukan hamba Allah". Satu lagi beliau cakap: "Solat itu hamba. Tidak solat itu makhluk dan sebagai hamba kita kena patuh pada suruhan Allah".

Humang aii.. korang tak terkesan ke ha?

Penjejak Mimpi: Balik-balik muka yang sama attend tazkirah tu.. Sedih sungguh.. :(

Wednesday, April 13, 2011

Pakcik Keb Tu ...

PERBUALAN antare seorang staf gomen yang hampir lewat sampai ke opis dengan sorang pemandu teksi (keb). Bla.. bla.. bla.. bla.. bla. Tetibe..

Pakcik keb tu kate: "Skang ni orang da tak hiraukan agama. Da tak tau sifat 20, Rukun 13, sifat-sifat nabi bla bla bla.."

Pakcik keb tu kate lagi: "Dalam sifat 20 tu ade 'Basar' iaitu Allah melihat hatta dalam konkrit pon. Takde ape yang buleh lepas dari pandangan Allah walau sedetik pon".

Pakcik keb tu tanye: "Adik pandai masak? Selalu masak untuk hasben, anak-anak?". "Penah terkene tudung periuk yang panas?"

Pakcik keb tu tanye: "Adik ade buat air untuk mak atau bapak? Air milo ke?". "Tentu pernah kan? Panas tak air tu?". "Kite tak minum terus kan air tu? Tunggu sejuk dulu baru minum".

Pakcik keb tu tanye lagi: "Adik slalu kan goreng ikan? Sakit tak kalo terkena minyak panas mase goreng ikan tu?"

Pakcik keb tu cakap: "Orang pompuan ni kene jage sket. Musti mau taat pade suami".

Pakcik keb tu cakap lagi: "You should cover your self. Jage aurat kamu".

Bla.. bla.. bla... Da sampai pon opis.

Staf gomen tu lak cakap: "Time kasih pakcik untuk ilmu ari ni. Assalamualaikum".

Tu lah antare isi perbualan penting yang aku dapat dari perbualan aku dengan pakcik keb pagi ni. Err, aku tak lewat ye. Lagi 8 minit nak ke 7.30am. Sebenonye banyak lagi perbualan kami cume aku amik yang penting-penting ajek untuk dikongsikan dengan korang.

Aku memang suke bersembang. Tu aku akui. Dengan sape-sape pon buleh ajek nak diajak bersembang dan bile bersembang, aku suke pegang prinsip ni --> "jangan tengok sape yang bercakap tapi tengok ape yang die cakap". Korang paham kan maksud aku ni?

Penjejak Mimpi: Nak suh korang pikir lebih sket pepagi ni.. :)

Wednesday, March 30, 2011

Analogi Sebatang Pokok

BELAJARLAH daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.

Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan juga haiwan.

Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.

Mari kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

(Sumber teks dari Majalah Solusi isu 28. Gambar dari Google)

Penjejak Mimpi: Start untuk bersabar sentiasa dan berlapang dada... :)

Monday, October 11, 2010

Emel dan Akidah..

Salam & selamat petang..
KORANG penah tak dapat emel yang mane bile da bace tu pengirim tu suh korang fowedkan emel tu balik pade orang lain? Dengan alasan kalo korang tak fowedkan emel tu musibah akan menimpe korang? Ala-ala surat berantai yang penah femes satu ketike dulu tapi yang ni aku panggey emel berantai..
Nape tetibe aku nak timbulkan pasal emel berantai ni lak? Cegini citenye.. tadi aku de fowedkan satu emel pade few of my frens which is pade tajuk itself de word 'amanah'. Tajuk sebeno emel tu ialah "sila sebarkan... amanah". Ok, so aku bace dan terus fowedkan emel tu dengan alasan itu hanye peringatan kepade sesame islam. Then salah sorang colleague reply emel aku dan beri sedikit teguran pasal aku send emel tu seolah-olah aku percaye pade musibah yang akan menimpe kalo aku tak fowed emel tu pade orang lain. To tell the truth tersentak kejap aku! Aku admit aku tersilap sebab tak delete content emel tu yang terakhir iaitu "sila fowedkan emel ini kepade 15 orang rakan anda. Jika tidak musibah akan menimpa diri anda" (lebih kurang la..).
Aku bukan la nak menegakkan benang yang basah ke atau kering ke tapi memang aku tak pecaye sume tu. Aku percaye pade Qada' dan qadar Allah which is segale yang berlaku samada baik atau buruk telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagik. Aku masih berpegang kuat pade rukun iman yang ade enam (6) perkare tu iaitu 1) percaye kepade Allah 2) percaye kepade malaikat 3) percaye kepade kitab-kitab 4) percaye kepade nabi & rasul 5) percaye kepade qada' & qadar 6) percaye kepade hari kiamat. Lagipon ini berkaitan akidah. Ape hukumnye kalo percaye ade mende lain yang lebih berkuase dari Allah swt? Bukan leh wat main-main oii... Terpe'leot' akidah, neraka le jawabnye. Na'uzubillah minzalik..
Tapi korang musti tanye lak kalo da tau nape masih nak send emel tu? Ha... ni jawapan aku; aku percaye kengkawan aku sume bijak pandai dan dapat menilai yang mane intan, yang mane kace.. yang mane betui dan yang mane salah. Tapi bile member aku tu tegur.. aku rase sedih sket la.. Bukan sedih sebab kene tegur tapi sedih sebab dek kekhilafan aku, kengkawan aku ade yang (mungkin) terpengaruh dengan ungkapan "sila fowed bla.. bla.. bla..." dan terus fowed emel tersebut. Padehal sebabnye kecik cinonit je; sebab aku tak delete ayat "sila fowed bla.. bla.. bla.." tu.. Itu aje sebabnyer.. Aduyai... terase betape bersalahnye aku.. Huhuhuhuhu... :(
Hemm... aku tak le marah pon dengan member aku tu malah aku ucapkan time kasih sebab mengingatkan aku soal-soal macam ni. Itulah gunenye kawan.. Ingat mengingatkan sesame sendiri selaras dengan ayat-ayat dari Surah An-'Asr: "demi mase, sesungguhnye manusie itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran".
So lepas ni, pade sume kengkawan dan pengunjung blog aku ni (ade ke yang bace blog aku ni selain orang yang kenal aku ye?) dan juge pade diri aku sendirik; hati-hati bile send emel. Jangan disebabkan ghairah memfowed emel akidah kite tergelincir. Aku cadangkan kalo ade word macam yang kat atas tu, jangan lupe delete dulu sebelum fowedkan kat orang lain. Fowed dengan niat nak berkongsi ilmu (ilmu yang baik-baik ajek tau) dan ikhlas kerane Allah. Bak kate sabda Nabi saw "sebarkan ajaranku walau sepotong ayat".
p/s To Liza, tqvm. Kalo ko tak tegur tadi mungkin aku akan terus terkeluar dari 'orbit'.. :)