Pages

Showing posts with label Bile Aku Mule Bersuare. Show all posts
Showing posts with label Bile Aku Mule Bersuare. Show all posts

Sunday, October 13, 2019

"Susah nak jawab nanti.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Perbualan diantara seorang Jejaka Kacak (JK) dan Gadis Manis (GM) di salah sebuah pejabat di ibu kota.

GM: " Bla.. bla.. bla.."

JK: "Bla.. bla.. bla.." 

GM: "Eh, bukan ko ada ada apply nak sambung degree ke?"

JK: "Ya tapi ....... (tak berapa jelas jawapan dia..)

GM: "Wah.. nanti ada degree bolehla ko jadi engineer.."

JK: "Eh, saya tak nak jadi engineer. Cukup dengan jawatan sekarang.." 

GM: "Ler.. rugilah ko. Penat je ambil degree.."

JK: "Tak nak saya. Susah nak berjawab nanti.. Lagipun tak semestinya ada degree kena jadi engineer. Bla..bla.. bla.."

Pang!! Tiba-tiba pipiku yang gebu dan montok ni terasa seolah-olah ditampar. Tertanya-tanya adakah aku mampu untuk berjawab di dunia yang satu lagi tu? Cukup lengkapkah aku tunaikan setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas selama ini? Adakah aku betul-betul menjalankan kerja aku sebaik mungkin atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja?

Benar.. bila mengingtkan semua tu terasa gerun juga aku. Takut tak terjawab bila sampai masanya. Kita ni walau apapun jawatan kita.. walau apapun pangkat kita.. tetap akan disoal bagaimanakah kita melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita? Sebagai ketua akan ditanya adakah kita bertindak adil pada anak-anak buah kita.. pada staf kita.. sebagai staf adakah kita cukup melunaskan hak ketua kita? Sebagai ketua adakah kita cukup melunaskan hak staf dan anak buah kita? Bila diingat-ingat semua tu.. memang menakutkan.

Penjejak Mimpi: Teringat bicara aku dengan ex-big bos aku satu ketika dulu. Katanya "kita buat kerja ni kena ikhlas. Kalo ko tak dapat ganjaran sekarang, ko akan dapat ganjaran di dunia satu lagi..".

Sunday, September 22, 2019

Bila bercakap dan berbicara..

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Boleh dikatakan kita sentiasa bercakap dan berbicara. Samada berbicara dengan orang lain ataupun berbicara pada diri sendiri (bermonolog). Dan apabila kita bercakap dan berbicara, ada tatacara dan etikanya.

Ada adabnya apabila kita bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita.. ada etikanya bila kita berbicara dengan seseorang bergelar ketua di tempat kerja.. ada tatacaranya untuk bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah daripada kita.. hatta ada caranya apabila kita berbicara dengan orang yang lebih muda dari kita. Tone suara, lenggok bahasa dan penggunaan ayat memainkan peranan dalam setiap perbualan dan bicara.

Di pejabat contohnya.. ada keadaan di mana kita berurusan dengan pelbagai peringkat umur dan pangkat. Mungkin dia ialah ketua kita tapi pada masa yang sama usianya lebih muda dari kita.. atau kita berurusan dengan seseorang yang jawatannya lebih rendah dari kita dan pada masa yang sama usianya lebih sedikit dari kita... Atau pengalaman kita lebih berbanding orang lain dan orang lain pula muda daripada kita? Ataupun lebih sedikit dari kita. Bagaimana kita bereaksi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu?

Adakah kerana kita adalah ketua atau punyai pangkat yang tinggi maka setiap kata-kata kita adalah betul dan benar? Atau adakah kerana lebih usianya daripada orang lain maka kita sentiasa betul dan benar? Atau kita punyai pengalaman yang lebih berbanding orang lain maka kita adalah betul dan benar?

Pada aku, setiap daripada keadaan itu ada cara dan etikanya. Contohnya apabila kita berbicara dengan ketua yang jelas usianya jauh lebih muda dari kita. Adab apabila berhadapan dan berbicara dengan seorang ketua harus diikuti. Begitu juga ada etikanya apabila seorang bergelar ketua apabila berbicara dengan staf yang usianya lebih sedikit dari usianya sendiri. Apatah lagi apabila berhadapan dengan seseorang bergelar ketua dan usianya lebih dari kita.. 

Perkataan 'hormat' mungkin lebih sesuai untuk semua keadaan dan situasi di atas. Kita mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain atas sebab usia.. atas sebab pengalaman dan atas sebab jawatan dan pangkat.

Kita akan lebih dihormati apabila kita sama-sama menjaga adab dan etika apabila bercakap dan berbicara dengan orang lain. 

Penjejak Mimpi: Kalau aku sedang bercakap dan tiba-tiba orang potong cakap aku... aku diam terus. Kalau ada benda nak tanya pun, aku biasanya takkan tanya. Itulah aku..

Thursday, March 28, 2019

"Kalau jalan tengok bawah ye.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.
"Kalau jalan tengok bawah ye.."
Peringatan dari seorang ofismet atau lebih tepat lagi dari salah seorang bos ketika kami berbicara di dalam aplikasi whatsapp baru-baru ini.
Hehe.. Peringatan yang baik gara-gara aku yang terlalu cuai/clumsy/cemerkap ketika melangkah. 
Tahun ni aja dah 2 kali aku hampir terjatuh
Tahun lepas terjatuh.. 
Tu dia... Sampai mc. Huhu.. 
Sebab? 
Kerana melangkah/jalan tak pandang ke bawah.
Kalau diingat kejadian-kejadian itu, sedikit lucu. 
Tapi aku suka kaitkan apa yang berlaku itu dengan kehidupan kita.
Orang tua-tua ada berpesan "bila melangkah, jangan asyik pandang ke atas. Sekali sekala kena pandang ke bawah juga".
Maksud tersirat yang aku maksudkan ialah kita hidup di dunia ini yang selalu diperumpamakan seperti roda.
Dalam kita melayari hidup, nasib setiap daripada kita tidak sama. 
Ada ketikanya kita di atas.. Ada ketikanya kita di bawah. 
Jika hari ini kita senang, mewah, berkuasa.. jangan lupa orang yang serba kekurangan dalam semua segi. 
Jika kita berkuasa, jangan sesekali menganiaya orang yang lemah. 
Kita hidup ini bukan menongkat langit. 
Kita tidak akan selamanya di atas. 
Bila sampai masanya kita akan ke bawah juga. 
Samada dengan cara terhormat atau cara yang paling hina. 
Pilihan di tangan kita.
Tak salah kalau kita sekali sekala 'menunduk' memandang ke bawah.
Penjejak Mimpi: Bersyukur bila sentiasa dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Alhamdulillah..

Friday, March 8, 2019

Permudahkan Urusan Orang Lain

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Sejak tahun lepas aku sibuk dengan lukisan perubahan rekabentuk untuk projek 'Y' di Negeri Sembilan. Disamping kerja-kerja hakiki dan bukan hakiki yang lain. Alhamdulillah akhirnya proses penyediaan lukisan perubahan rekabentuk yang pertama sudahpun di peringkat akhir. Hanya menunggu tandatangan dua boss lagi sebelum boleh dibuat edaran.

Proses penyediaan lukisan tersebut mengambil masa agak lama dengan mengambil kira kesibukan aku dengan kerja-kerja lain. Terluah juga rasa jemunya aku di hadapan IB dengan proses yang agak lama tapi jawapannya: "takpe.. kita susah sikit.. kita mudahkan urusan orang lain.. inshaa Allah tuhan akan permudahkan urusan kita nanti". Ya.. dan itu yang aku pegang. Sekadar memotivasikan diri sendiri juga.

Proses ini juga menyebabkan aku selalu berhubung melalui telefon atau whatsapp dengan rakan sejawatan yang menjaga tapak projek 'Y' ini. Apabila selalu berbual dan bertanya hal-hal berkaitan projek, sedikit sebanyak aku dapat juga menyelami perasaan mereka yang bertugas di tapak. Memang tak dinafikan agak sulit juga kalau bertugas di tapak. Mental kena kuat. Kalau aku? Mungkin mentalku dah lama koyak.

Kadang-kadang orang yang membuat design.. tak ambil kira masalah yang mungkin akan timbul di tapak. Dalam erti kata yang lain design 'syok sendiri'. Bila dah selalu berjumpa dan berbicara.. baru tahu betapa susahnya tugas mereka. Kena fikir bagaimana kalau kita berada di tempat mereka?

Cerita pokoknya di sini ialah; apabila orang lain perlukan pertolongan kita, seboleh mungkin cuba bantu mana yang termampu. Inshaa Allah jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Mungkin bukan dia yang bantu balik.. Mungkin orang lain. 

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba teringat ungkapan ini "jika tak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi lalat".

Wednesday, February 27, 2019

"Eh.. pernah tak kau rasa sunyi?"


ASSALAMUALAIKUM wbt.

"Eh.. pernah tak kau rasa sunyi?"

Itulah soalan yang diajukan oleh seorang teman baik kepadaku sewaktu kami berbicara di dalam whatsapp baru-baru ini. Sebenarnya macam susah nak jawab.. sebab rasa itu terlalu subjektif. Kalau ikut kepada keadaan aku sekarang.. memang aku sunyi.. sangat sunyi tapi mungkin boleh aku jawab; "ini pilihan aku. Aku yang pilih jalan ini so aku kena terima baik dan buruknya pilihan aku ni". (jawapan klise. Tapi ini aku jawab di dalam hati sahaja. Haha..)

Kemudian dia melanjutkan bicaranya lagi:
Dia: "Aku tak seronok la.."
Aku: "Apa yang buat kau rasa tak seronok?"
Dia: "Masalahnya itulah.. tak tahu. Itu yang kadang-kadang aku kata kat diri sendiri aku ni semua ada tapi apa lagi yang kurangnya?"
Aku: "Kau dapat jawapan tak?"
Dia: "Tak"
Aku: "Kalau kau tanya samada aku sunyi atau tidak.. memang aku sunyi tapi kalau kau tanya samada aku seronok atau tidak.. jawapan aku ialah aku seronok.. Atau dalam erti kata yang lain aku happy dan bahagia.."
Itu sebahagian perbualan whatsapp antara aku dan dia. 

Tapi sebenarnya apa yang membuatkan kita rasa bahagia dan seronok? Apa yang memberi kebahagiaan kepada kita? Rasa bahagia aku mungkin tidak memberi kebahagiaan pada orang lain. Sebab cara kita memandang sesuatu perkara itu tidak sama.. perspektif kita berbeza.. penerimaan dan pemahaman kita berkenaan sesuatu perkara juga berbeza.

Buatlah apa sahaja yang memberi rasa bahagia itu kepada diri kita.. dengan cara kita.. bukan terikut-ikut dengan orang lain. Pada aku rasa bahagia itu sebenarnya datang dari dalam diri kita. Hanya kita yang tahu, mampu menerima dan mencipta kebahagiaan kita sendiri. Bak kata orang bijak pandai: "kebahagiaan itu tak perlu dicari tapi perlu dicipta.."

Maka ciptalah kebahagiaan kita dengan cara dan acuan mengikut cara kita. Elakkan dari membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Kehendak dan keperluan kita berbeza. Jadilah diri kita sendiri. Cipta rasa bahagia itu sendiri. Tak perlu menjadi orang lain untuk bahagia.

Aku doakan kita semua akan menjumpai kebahagiaan yang dicari dan semoga kita akan berbahagia selalu, inshaa Allah.

Penjejak Mimpi: Punca kepada kebahagiaan aku kecil-kecil aja tapi insha Allah impaknya mampu membuatkan aku menyanyi girang.. lalalala.. lalalala.. lalalalala...

Sunday, February 24, 2019

"Tolong" dan "Terima Kasih"

ASSALAMUALAIKUM wbt.

"Tolong" dan "terima kasih". atau "please" and "thank you". Pada aku itulah dua perkataan yang punyai sentuhan magisnya yang tersendiri. Biasanya perkataan "tolong" kita ungkapkan apabila kita memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain dan ungkapan "terima kasih" biasa kita ucapkan usai menerima bantuan.

Tetapi sekerap manakah perkataan-perkataan tersebut kita ungkap atau kita dengar dari orang lain? Pernahkah kita ucap "tolong" apabila perlukan bantuan orang lain? Dan ucap "terima kasih" selepas seseorang bantu kita? 

Pada aku.. tak berat pun untuk kita ungkap kedua-dua perkataan tu. Pada aku.. itu salah satu cara untuk tunjuk kita menghargai bantuan seseorang.. pada aku itu salah satu cara kita menghormati seseorang.. pada aku orang yang membantu kita tu.. tak harap apa-apa pun tapi sekurang-kurangnya ucapan "terima kasih" itu menggembirakan dia dan dia tahu bantuannya dihargai..

Selepas ini, berlatihlah untuk selalu mengungkapkan perkataan "tolong" dan "terima kasih". Tak jatuh standard kita malah akan membuatkan diri lebih dihormati orang lain, Inshaa Allah.

Penjejak Mimpi: Terima kasih sebab sudi membaca coretan saya.. :)

Thursday, January 12, 2017

Sepagi di Dalam LRT

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Dalam lrt menuju ke office. Dapat duduk bila lrt berhenti menurunkan penumpang di Stesen Hang Tuah. Kemudian datang ibu dan anak duduk berhadapan aku. Anak mungkin baru masuk darjah 1.

Si anak ramah bercakap manakala si ibu hanya mengangguk dan sesekali memberi respon. Aku yang busy body ni cuba curi-curi dengar perbualan mereka..

"Adam sayang mummy.."
"Mummy.. Adam tak nak guna pas Adam. Adam nak guna pas mummy boleh tak?"
"Nanti Adam nak makan laksa. Boleh tak mummy?"
"Adam sayang mummy.." bla.. bla.. bla..

2-3 kali si anak bernama Adam mengucapkan betapa sayangnya dia pada si ibu sambil memeluk lengan ibu. Bila sesekali pandangan kami bertemu, aku tersenyum memandang muka polos si anak...

Aku terfikir.. anak kecil tanpa segan silu menunjukkan rasa di khalayak.. tapi kita yang dewasa ni.. nak mengucapkan rasa sayang pada mak kita.. rasa malu.. rasa pelik.. jauh sekali nak memeluk sambil mengucap kata-kata "saya sayang mak".. rasa macam janggal..

Penjejak Mimpi: Tak biasa..

Tuesday, July 15, 2014

Bagi Aku Masa..

SEJAK kebelakangan ni aku selalu out-station. Tempat paling jauh aku pergi ialah Kuching, Sarawak. Travel sorang-sorang. Baru-baru ni aku ke JB. Pun sorang-sorang jugak. Takut ke nak kesana kemari tu?  Alhamdulillah yang tu tak berapa kalau nak dibandingkan bila kena attend meeting. Benda tu paling aku lemah. Bukan aku takut nak bercakap depan orang ramai (pengalaman dulu-dulu banyak membantu).. inshaa Allah yang tu aku ok cuma aku tak tahu apa nak dicakapkan atau apa yang nak dijawab bila ada soalan diajukan. Biasalah.. pengalaman aku kan tak banyak lagi? *alasan lah tu..*

Out-station tu.. out-station lah.. kerja di ofis pun kena settle juga. Sah-sah takde orang lain yang akan settlekan untuk aku, kan? Hmmm... aku akui sejak dah naik gred ni.. kerja aku dah bertambah. Yang sedia ada pun aku tak terkejar.. ini pulak dengan pertambahan tugas selari dengan pangkat yang naik tu.. *bukan naik pangkat tapi penambahbaikan gred*.

Aku pernah bagitau second big boss pasal betapa aku dah tak terkejar dengan lambakan tugas yang di'hempap' ke atas batu jemala aku ni. Dan jawapan dia: "nak atau tidak awak kena jugak..". OMG!! "Allo encek.. itu bukan jawapan yang ai harap, wokey?" tapi tu aku cakap dalam hati aja. Respon aku lepas jawapan dia ialah: "i tahu. Tapi bagi i masa untuk sesuaikan diri dengan semua ni". 

Ya.. tolong bagi masa untuk aku adapt semua 'benda-benda' baru tu. Aku pun sedar dan tahu prestasi aku dah mulai menurun. Banyak silly-silly mistake yang tak sepatutnya aku buat; aku buat. Well.. time ni rasa malu jugak lah bila ditegur tapi tadah je lah telinga ni. Apa, tak malu ke mengaku salah sendiri? Ala.. dah memang salah, mengaku ajalah. Hanya kita yang tahu samada prestasi kita in a good shape atau dah merudum. Dah nama pun manusia.. ada ketikanya kita ok.. ada masanya kita tak ok..  mak ai!! 'cliche' nya jawapan untuk selamatkan diri.. kan?

Inshaa Allah... lepas ni aku akan dapat sesuaikan diri dengan pertambahan tugas baru. Inshaa Allah.. aku dah bersedia!

P/s Bak kata second big boss aku tu: "semua orang ada mengalami pengalaman pertama macam awak lalui".  So kau nak jawab apa lagi Cik PM?

Penjejak Mimpi: Muka ketat tapi dalam hati ada taman! Lalala... lalala... lalala...

Thursday, November 21, 2013

Salah Siapa?


APA kata anda?

Penjejak Mimpi: Memang payah nak cari tandas awam yang bersih..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, November 9, 2013

Kisah Penambahbaikan Skim dan Kita

Pekeliling penambahbaikan skim untuk 81 jawatan penjawat awam telahpun keluar. Maka kita pun sibuklah bercakap pasal pekeliling.. pasal kenaikan gaji.. kenaikan pangkat.. kemungkinan akan dipindahkan.. menghitung bayaran back-dated gaji.. itu.. ini.. tapi tak terluah langsung ayat-ayat seperti: "oh.. lepas ini semangat kita pun kena naik juga".. atau "lepas ini kita kena lebih komited pada tugas kita".. bla.. bla.. bla..

Plan kita lepas apa yang tertulis dalam pekeliling itu benar-benar menjadi realiti nanti macam mana? Adakah kita dah bersedia untuk menerima 'beban' yang bakal bertambah sejajar dengan pangkat yang baru? Atau kita tak rasa apa-apa? Kita hanya rasa seronok saja? Siapa yang tak seronok bila pangkat naik.. gaji naik.. semua orang seronok tapi di sebalik keseronokan itu sebenarnya terselit tanggungjawab yang lebih daripada apa yang kita tanggung sekarang.

Bukan tak boleh seronok.. seronok lah semahu mungkin.. tapi pada masa yang sama bersedialah untuk menerima tanggungjawab yang lebih sejajar dengan kenaikan pangkat dan gaji. Janganlah nama saja gaji dah naik.. tapi tanggungjawab? Hampehhhhhhh...

Jika perkara penambahbaikan skim ini menjadi realiti; maka inilah masa yang terbaik untuk kita mengubah sikap, pandangan dan perspektif kita terhadap kerja. Menjadi turning point untuk kita membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.

Kepada semua yang terlibat dalam proses penambahbaikan skim, lepas ini kita kena buktikan yang kita memang layak dengan cara:

i. berubah menjadi pekerja yang benar-benar komited dan dedikasi kepada kerja

ii. menjadi pekerja yang produktif

iii. menjadi aset kepada organisasi dan bukannya liabiliti

iv. keberadaan kita kepada organisasi adalah amat diperlukan kerana skil dan kemampuan kita

v. kita 'berguna' kepada organisasi dan bukan sekadar menjadi watak tempelan atau watak tambahan kepada organisasi.

Penjejak Mimpi: Ingatan untuk diri sendiri juga.. :)

Friday, November 8, 2013

Adakah Aku Kena Cari 'Keju' Lain?

AKHIRNYA tamat juga aku habiskan membaca buku "Who Moved My Cheese" tu. Aku habiskan pagi tadi.. dalam lrt STAR. Hehe..

Sedikit petikan dalam buku tersebut:

"Empat watak rekaan dalam cerita ini adalah dua ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry dan dua orang manusia kerdil yang bernama Hem dan Haw. Watak-watak ini adalah simbol bagi bahagian-bahagian mudah dan kompleks dalam diri kita; tidak mengira usia, jantina, bangsa ataupun warganegara.

Kadang-kadang kita bertindak seperti:
i. Sniff - yang dapat menghidu perubahan awal. Ataupun
ii. Scurry - yang pantas bertindak. Ataupun
iii. Hem - yang menafikan dan menolak perubahan kerana takut perubahan menjadikan keadaan lebih buruk. Ataupun
iv. Haw - yang belajar menyesuaikan diri apabila melihat perubahan dapat menjadikan keadaan lebih baik."

Hmmm... lepas baca buku tu.. aku terfikir sesuatu.. adakah aku ini punyai watak seperti Sniff? Atau Scurry? Atau Hem? Atau mungkin Haw?

Sejujurnya.. aku ni macam Hem; yang menafikan dan menolak perubahan kerana takut perubahan menjadikan keadaan lebih buruk. Adakah aku terlalu selesa dengan 'keju' aku selama ini? Mengambil kata-kata dari bos aku sebelum ini: "kalau terlalu selesa pun tak bagus juga". Betulkah aku terlalu selesa dengan 'keju' yang aku ada sekarang? Perlu atau tidak aku cuba untuk mencari 'keju' lain?

Kalau nak kata aku takut pada perubahan.. tindakan aku menolak untuk berada di unit *tut* dah cukup membuktikan yang aku mahu pada perubahan.. dan mahu keluar dari zon selesa aku. (Macam mana tahap selesa tu.. hanya aku aja yang tahu). Ke tak cukup lagi?

Mungkin dah sampai masanya untuk aku mencari 'keju' lain tapi dah bersediakah aku?

Penjejak Mimpi: Suka makan keju tabur atas pizza.. :)

Saturday, November 2, 2013

Hanya Keranamu Dara..

SITUASI dalam koc merah jambu..

Sepasang merpati sejoli masuk ke koc merah jambu laluan Sg Gadut. Si teruna mahu bergerak ke koc sebelah (bukan koc wanita) tapi si dara memanggil sambil berkata: "takpe" sambil tersenyum. Lantas si teruna terus saja duduk di sebelah si dara.

Hmm.. sedangkan lautan api sanggup ku renangi.. apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan renungan dan jelingan tajam penumpang wanita lain.. apatah lagi dengan stiker: "koc untuk wanita sahaja". Demi kasih ku turutkan juga.. hanya keranamu Dara..

Penjejak Mimpi: Geleng kepala saja..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, October 10, 2013

Mencari Rakan Lama.. Dan Aku Sedikit Berbangga..

DUA hari lepas check akaun emel gmail yang dah berkurun tak bertengok. Ada 300 lebih emel yang tak berbaca. Kemudian aku tertarik dengan tajuk emel: "Mencari rakan lama - Ir Rudy" pada tarikh 3hb Oktober dari Encik S*********  so cepat-cepatlah aku buka emel tu....

Assalamualaikum , 

Saudari ,
Saya ada terbaca laman blog saudari, dimana telah memuatkan satu artikal daripada Ir Rudy Amir.
Daripada itu , ini menunjukan saudari mengenali beliau.

Dengan itu , Saya mohon jasa saudari untuk forwad email address saya kpd beliau  ,dengan harapan beliau sudi menghubungi saya .

Untuk makluman saudari ,saya ni merupakan roomate dia ketika UTM jln semarak dahulu.Dah lama dah  terpisah ...yer le  sejak 1991.

saya boleh dihubungi di ***@tm.com.my

Akhir kalam , dengan ucapan  terima kasih jua , semoga Allah memberi ganjaran atas usaha ini ,dalam pejuangan  menghubungkan Silatulrahim .Insha Allah.

Selepas itu aku menerima emel kedua dari dia; hari yang sama..
Assalamualaikum, 

tak mengapa saudari ,, saya menemui email address beliau di portal pantas .

Mohon maaf  atas kekalutan ini.

Teruskan Penjuangan mu - penjejakmimpi.

menulis di blog .

salam ceria drp saya.

 Akhirnya aku membalas emel tersebut selepas 5 hari. Huhu..

Assalamualaikum wbh.
Pertamanya maafi sy kerana terlalu lewat membalas email saudara. Kesibukan dengan tugas membuatkan sy jarang check akaun emel ni. Hari ini baru sy ada peluang untuk check emel dan seterusnya membaca emel dari pihak saudara ini.
Sy berasa sedikit gembira dan berbangga kerana melalui blog picisan sy itu sedikit sebanyak menjadi tali penghubung kepada persahabatan yang pernah terjalin di antara saudara dan Ir. Rudy. Alhamdulillah kerana walaupun tanpa bantuan sy akhirnya dapat juga saudara berhubung dengan beliau. Terus terang Ir Rudy antara salah seorang engineer yang sy kagumi (dari jauh aja sebab dia pastilah tidak mengenali sy langsung. mungkin muka sy dia pernah tengok tapi tak kenal nama... Haha..)
Apapun, terima kasih sudi membaca blog "Bicara Seorang Aku" dan sy mengalu-alukan sebarang komen membina dari saudara.
Sekian, terima kasih.
Penjejak Mimpi: Perasaan yang bercampur baur.. :)

Monday, September 30, 2013

Huh! Hangat-Hangat Tahi Ayam Saja!!

PETANG tadi bukan main marah kau ya.. terus keluarkan tab konon-konon nak tulis entri meluahkan rasa marah dan bengang yang terbungkam di dalam dada..

Taip punya taip... ha.. dah siap pun entrinya. Baca balik kalau-kalau ada salah eja.. kalau-kalau ayat entah apa-apa.. tapi makin lama baca.. ada benarnya... makin rasa entah apa-apa.. 

Hmmm... rasa bengang dan marah semakin mereda.. akhirnya terus entri itu didelete saja. Bimbang nanti ada hati yang terluka.. "Ahh!! asyik aku saja yang terkena.. bagaimana pula dengan mereka? Adakah apa yang mereka fikir dan yang aku fikir sama?"

Ala.. relaxlah.. takkan itupun kau terasa? Takpalah.. kau sabar aja. Semua itu kan hanyalah cubaan dan dugaan yang sekelumit saja? Takkan dengan ujian sekecil itu kau sudah merintih dan berduka? Bagaimana pula kalau ada dugaan yang lebih besar melanda?

Penjejak Mimpi: Aku memang hangat-hangat tahi ayam saja. So what?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, August 24, 2013

I Am Me


Penjejak Mimpi: Yup. Really not interested to impress anybody...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 17, 2013

Atas Dasar Apa?

ATAS dasar apa kita perlu menghormati seseorang?

Pangkat?

Usia?

Kekayaan?

Ilmu?

Agama?

Pengalaman?

Akhlak?

Tingkahlaku?

Atas dasar apa?

Tepuk dada tanyalah iman...

Penjejak Mimpi: Aku hormat pada orang yang hormat orang lain.

Friday, July 12, 2013

Bila Dah Ramadhan.. Bila Dekat Raya..

BILA dah ramadhan:

Topik pagi:
Kau sempat sahur tak tadi? Jam berapa bla.. bla.. tak sempat bla.. bla..

Topik tengahari:
Nak masak apa ya karang? Kalau beli bla.. bla.. macam hampeh je bla.. bla.. balik penat.. bla.. bla.. bla.. bla..

Topik petang sikit:
Janganlah jem macam semalam. Semalam kau tau bla.. bla.. jem.. bla.. bla.. sampai rumah... bla.. bla.. solat tarawih bla.. bla..


Bila dekat raya:

Topik pagi/tengahari/petang:
Tahun ni berapa pasang baju.. bla.. bla.. tempah.. kuih.. beli.. bla.. bla.. balik kampung.. cuti raya.. bla.. bla... duit raya... bla.. bla..

Topik yang sama.. bicara yang sama.. tiap-tiap tahun.. :)

Penjejak Mimpi: Dah faham dah..... :)

Saturday, June 29, 2013

Siapa Yang Buta Kayu Ni??

"....BLA.. bla.. bla.. koc merah jambu adalah untuk penumpang wanita. Kepada penumpang wanita sila maklumkan kepada penumpang lelaki yang memasuki koc merah jambu.. bla.. bla.. bla..". Macam tu lah lebih kurang pengumuman oleh pemandu komuter time aku balik petang tadi.

Tiba-tiba terdengar satu 'suara sumbang' yang berkata: "I don't speak malay. Habis kalau suami isteri tu takkan nak  berpisah pulak? Buta kayu!!". Aku yang berdiri kat sebelah rasa macam nak cakap: "bang, siapa yang buta kayu?? Bukan awak ke yang buta dan bukan awak ke yang kayu?" tapi malas nak cakap apa-apa.. Dah terpampang stiker merah jambu siap terlukis gambar perempuan berskirt lagi tapi masih tergamak cakap orang lain buta kayu? Dah terang-terang diri sendiri salah masih tergamak kata orang lain buta kayu?

Penjejak Mimpi: Kesian pada orang-orang yang sebegini...

Thursday, June 6, 2013

Ada Cadangan?

SOALAN dalam borang maklumbalas kursus petang tadi..
"Cadangan anda untuk sebarang penambahbaikan kursus ini?"
Aku tulis..
1. Kalau perlu sediakan 1-2 orang untuk membantu instructor
2. Pastikan semua PC lengkap dengan software-software berkenaan kursus untuk mengelakkan masa terbuang begitu sahaja disebabkan perlu install software yang diperlukan.

Hmmm.. aku ni bukanlah suka sangat nak komplen itu dan ini tapi kalau disebabkan kecuaian pihak lain dalam melaksanakan tanggungjawab hingga menyusahkan aku manalah aku tak angin satu badan?

Macam hari ini masa attend kursus REVIT, nak kena guna software autoCad.. dalam PC aku takda software tu so aku terpaksa install dulu... dah buang masa kat situ.. grrr..

Most of the PC kat dalam Bilik Dahlia tu guna software REVIT 2013 cuma ada beberapa PC yang masih guna  REVIT 2012 termasuk PC yang aku guna. Mula-mula no problem even aku dah tanya pada instructor tu pasal REVIT 2012 ni. Dia kata takpa.. tak banyak beza dengan REVIT 2013. Ok, fine.

Tup-tup hari ni bila nak start load Autocad drawing ke dalam REVIT ni masalah bermula.. itu tak ada.. ini tak ada.. program tu tak ada.. program ini tak ada.. Bila copy few items tak boleh nak capture pula gara-gara software REVIT aku punya tahun 2012. Grrrrr lagi..

Seriously aku rasa fed-up! Aku tak marah pada instructor tu sebab bukan salah dia tapi aku marah pada pihak *tut*. Kenapa tak install semua PC dengan the latest version of REVIT ni? Kata nak memperkasa dan membentuk warga kerja yang updated dan mampu berdaya saing dengan teknologi terkini?

Aku harap ada perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan lepas Unit Kompetensi di PJD baca cadangan aku. Demi warga kerja JKR juga. In sha Allah. Jangan jadi macam 'seolah-olah mencurah air ke daun keladi sudah la.." <-- ada kaitan tak?

Penjejak Mimpi: Nanti ada kursus lagi. Bila drawing aku nak siap ha?

Wednesday, May 29, 2013

Newborn Rescued From Toilet Pipe

TERBACA di dalam surat khabar The Sun hari ini berkenaan bayi yang berusia 2 hari dapat diselamatkan selepas dipam ke dalam toilet. Kisah tragis ini terjadi di China.

Nak detail sila baca di SINI.

Penjejak Mimpi: Apa lah dosa bayi tu? Kalau tak nak hantar lah ke pusat kebajikan. Kenapa nak bunuh bayi tu? Grrrr... :(