![]() |
| Sekadar hiasan.. Haha |
TIME rehat aku dan IB merayap ke Aeon Big (dulu Carrefour) kat Mid Valley sebab nak mencari sesuatu. Syok-syok berjalan sambil berborak tiba-tiba kami ditahan oleh seorang mamat. Untuk memudahkan cerita, aku namakan dia sebagai Ah Chong.. (<-- klasik giler nama dia!).
Soalan pertama Ah Chong tanya pada kami: "ada epf tak?"
Kami: "takda".
Ah Chong: "Ya ke?"
Kami: "Ye lah. Kami kerja government dan pilih skim pencen".
Ah Chong: "Oh, cikgu ya?"
Kami: Berpandangan dan terus menjawab: "Ya". <-- sorry Ah Chong.. kami dah 'kencing' lu..
So startlah Ah Chong ini mempromot kad kredit bank S******* C********. Aku malas nak dengar sebab sebelum tu kami dah cakap yang kami tak mahu tapi Ah Chong ini beriya-iya sungguh menjalankan tanggungjawabnya. So aku tinggalkan saja IB aku tu dan ke kedai sebelah untuk usya-usya cover tab.
Lama lah jugak mereka berdua tu berbual. Entah apa benda aku malas nak ambil pot. Aku sempat juga cakap kat IB: "Cikgu, ambil lah. Tapi tabung tu bagi saya". Haha. Saja nak 'bakar' dia.. Puas kami berdolak dalik depan Ah Chong tu. Ayat pemanis Ah Chong: "saya tolong you.. you tolong saya. You ambil hadiah saja. Tak approve punya. Bla.. bla.."
"Hmm.. ye lah tu Ah Chong oi.. Banyak lah kau punya tolong.." <-- ni hati aku yang berkata-kata.
Last-last aku cakap kat IB: "Fikir betul-betul cikgu. Kan dah ada kad kredit?" <-- nasihat lah konon sebab aku tengok IB dah macam kena 'racun' dengan si Ah Chong.. (betul kan IB? Kan? Kan? Kan? Haha..)
Bila IB jawab: "tak mahu lah.. bla.. bla.. bla.." sambil kami berlalu pergi. Ah Chong tu dengan penuh perasaan berkata: "tolonglah cikgu.. bla.. bla.. bla.."
Dan kami? Buat bodoh aja sambil gelak sebab rasa kelakar bila tiba-tiba bertukar profesion dalam masa sehari saja..
p/s Tapi kan.. aku memang respek pada Ah Chong ni sebab dia betul-betul bersemangat sampaikan akses siap-siap ke laman web ANM untuk dapatkan slip gaji kami. Pergh!! Respek betul dengan kesungguhan dia menjalankan tugasnya.
Penjejak Mimpi: Pernah juga dipanggil "cikgu" satu ketika dulu. Setiap kali aku dipanggil dengan gelaran tu semakin aku rasa bertambah tanggungjawab..









