Pages

Wednesday, July 31, 2013

The Apprentice Asia - Finale... Tonite!

SEKARANG.. di channel 701 AXN Astro sedang berlangsung rancangan The Apprentice Asia finale. Tinggal 2 calon aja sekarang ni iaitu Jonathan Yabut dari Filipina dan Andrea Loh dari Singapura. Siapa agaknya yang berjaya menjadi perantis Mr. Tony Fernandes?

Penjejak Mimpi: Aku teka Jonathan tu... haha..

Monday, July 29, 2013

'Kipas Susah Mati' Zizan..

Songlap dari Google Image
AKU sebenarnya bukanlah 'kipas susah mati' (die hard fan) si Zizan ni. Ala.. partner si Johan Raja Lawak tu. Tapi aku kenal seseorang yang memang minat gila-gila kat Zizan. Nama Zizan sentiasa meniti di bibir mungilnya. Kejap-kejap "Jijan..". Kejap-kejap "Jijan..". Hmmm.. apalah nak jadi dengan dia.. 

Nak kenal siapa yang aku maksudkan? Tadaaaa...

"Hai.. Nama saya Nur Iris Qalesya. Nama manja saya Rara ataupun Adik. Sayalah peminat Jijan yang Andak saya ceritakan kat atas tu."
"Saya sedang cari gambar Jijan dalam tab andak saya. Hmm.. mana Jijan nih?" Time godek-godek tab aku tu tiba-tiba keluar statement berani mati dia: "Adik shuka Jijan" sambil tersengih-sengih. Alahai Rara Andak..

Gambar ni aku snap on the way nak ke stesen komuter Rawang. Asyik-asyik nak tengok gambar 'embah' (datuk dalam bahasa Jawa) dalam purse aku tu. Rambut dia macam tak bersikat kan? Dalam perjalanan tu asyik sebut nama "Jijan". "Keta Jijan la.." "Jijan itulah.." "Jijan inilah.."

Entah apa yang dibeleknya aku pun tak pasti. Tangan dan mulutnya tak berhenti-henti buat 'kerja'.

Sebenarnya start malam Sabtu aku bermalam di rumah adik aku di Bukit Beruntung, Rawang. Saja nak berbuka puasa dengan dia dan family. Sesambil tu boleh jumpa dengan Rara adik beradik. Sempatlah main "millionaire' dengan abang dan kakaknya. Haha.. saja melayan anak buah.. :) Malam tadi kami bergerak ke Sepang untuk berbuka puasa dengan mak dan family kakak aku di Sepang. Dia ke sana saja nak melawat anak sulungnya; Ekin.

Pagi tadi minta dioarang send aku ke stesen komuter Rawang. Sampai aja.. Rara bersuara: "Adik nak ikut Andak" sambil mendepangkan tangannya minta didukung. Hmm.. ni yang buat Andak lemah nih...:(

Penjejak Mimpi: "Ni apa ni?" soalan Rara untuk setiap benda yang dia tak tahu. Letih Andak nak menjawab Rara oi...

Monday, July 22, 2013

Saya Budak Baru Belajar..

Imej ni disonglap dari Google Image
SEDIKIT perkongsian. Diambil dengan izin dari blog INI.

Imam as-Syafie menerusi rangkap syairnya kepada seluruh penuntut ilmu. "Wahai saudaraku, sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan 6 syarat. Aku akan memberitahukannya kepadamu dengan jelas iaitu:

1. Mempunyai kecerdikan

2. Berminat

3. Bersungguh-sungguh

4. Mempunyai perbelanjaan

5. Hubungan baik guru dan murid

6. Tempoh masa yang panjang"

Start minggu lepas aku mula 'berkongsi ilmu' dengan seorang student praktikal di unit BPR D1. Sebenarnya dia dah mula banyak tanya itu dan ini since aku sibuk berpencak silat dengan projek pangsapuri. Jawapan aku ialah: "simpan dulu soalan-soalan ko sebab sekarang ni saya sibuk. Bila projek dah tender dan saya free sikit, ko boleh tanya apa saja. Mana yang saya tahu, saya jawablah..". Haha.. aku tak kejam kan? So bila aku dah free (free sikit la.. hehe) barulah aku boleh menunaikan janji pada dia.

What? Cik PM mengajar budak praktikal? Ai.. hebat sangatkah kau sampai ada hati nak ajar orang lain? Kau pun banyak yang tak tahu berangan nak ajar orang? Podacit! Belajar dulu.. kasi penuh dulu ilmu di dada tu baru kau boleh mengajar orang lain! 

Aku sedar dan tahu ilmu di dada aku ni pun tak lah penuh lagi. Banyak benda aku tak tahu. Tapi sebenarnya apabila aku mulai berkongsi ilmu dengan dia; secara tak langsung aku akan kembali ingat apa-apa yang aku lupa sebelum ini. Dan bila ada soalan atau perkara yang dia tanya tapi aku tak tahu jawapannya, kami akan cari jawapan sama-sama. Mana-mana yang aku tak tahu, aku mengaku yang aku tak tahu. Nak tunjuk pandai dan memandai-mandai bukan cara aku. Setakat ini segalanya berjalan dengan lancar. Moga sesi perkongsian ilmu ini memberi kebaikan pada kami. Amin.. :)

Dalam proses menuntut ilmu ni aku ingat beberapa perkara;

1. Kalau kena marah atau kena gelak sebab tanya soalan bodoh --> redha aja lah..

2. Tak tahu --> tanya. Jangan harap orang lain akan beritahu sebab dia tak tahu apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu. Bukan soal kedekut ilmu atau nak pandai sorang-sorang. Dulu pun kita pergi ke sekolah cari cikgu kan? Bukan cikgu yang cari murid.

3. Jangan tunjuk pandai dan jangan memandai-mandai. Tak salah mengaku yang kita tak tahu daripada cakap berdegar-degar tapi tong kosong. 

4. Kena usaha dan kerja keras untuk berjaya. Tak ada benda yang senang-senang datang bergolek. 

Penjejak Mimpi: Dah start mengantuk. Jom tidur untuk mulai memintal untaian mimpi-mimpi indah.. :)

Friday, July 19, 2013

Genap 8 Tahun :)

PADA tarikh hari ini; 19hb Julai 2013 bermakna genap 8 tahun aku bergelar penjawat awam di JKR. Hmm.. macam tak percaya pun ada.. *tapi tak lah sampai nak mencubit pipi sendiri!*. Pejam celik.. pejam celik.. dah 8 tahun..

Yang pastinya aku masih di sini; BPR D1. Dari nama unit UPR D (Kerja Bangunan Am).. lepas tu BPR D1. Selepas tu BPR D1 berpecah dua dan diwujudkan BPR D2. Tak sampai 2 tahun (kot) berpecah 2 dan diwujudkan pula unit BPR Projek Khas. Tapi aku? Masih di sini.. setia bersama BPR D1... cewwah!!

8 tahun.. big bos sekarang ialah big bos kedua.. Bawah big bos lama dekat-dekat 6 tahun. Bos kecik lak.. dekat-dekat 6-7 orang.. Tapi aku? Masih di sini...

Bukan tak nak berhijrah ke tempat lain. Bukan sedikit kawan-kawan yang satu batch dengan aku berpindah untuk menabur bakti di negeri sendiri tapi entahlah.. mungkin aku belum bersedia kot? *ko nak bersedia apa cik PM?*

Aku selalu berharap dan berdoa walau di mana pun aku ditugaskan, aku sentiasa menjadi pekerja yang benar-benar 'berguna' untuk unit dan organisasi (skala kecil) dan untuk negara (skala besar tu...). In shaa Allah..

Penjejak Mimpi: Kalau anak tu.. dah darjah 2 kalau umur 8 tahun... :)

Wednesday, July 17, 2013

Atas Dasar Apa?

ATAS dasar apa kita perlu menghormati seseorang?

Pangkat?

Usia?

Kekayaan?

Ilmu?

Agama?

Pengalaman?

Akhlak?

Tingkahlaku?

Atas dasar apa?

Tepuk dada tanyalah iman...

Penjejak Mimpi: Aku hormat pada orang yang hormat orang lain.

Friday, July 12, 2013

Bila Dah Ramadhan.. Bila Dekat Raya..

BILA dah ramadhan:

Topik pagi:
Kau sempat sahur tak tadi? Jam berapa bla.. bla.. tak sempat bla.. bla..

Topik tengahari:
Nak masak apa ya karang? Kalau beli bla.. bla.. macam hampeh je bla.. bla.. balik penat.. bla.. bla.. bla.. bla..

Topik petang sikit:
Janganlah jem macam semalam. Semalam kau tau bla.. bla.. jem.. bla.. bla.. sampai rumah... bla.. bla.. solat tarawih bla.. bla..


Bila dekat raya:

Topik pagi/tengahari/petang:
Tahun ni berapa pasang baju.. bla.. bla.. tempah.. kuih.. beli.. bla.. bla.. balik kampung.. cuti raya.. bla.. bla... duit raya... bla.. bla..

Topik yang sama.. bicara yang sama.. tiap-tiap tahun.. :)

Penjejak Mimpi: Dah faham dah..... :)

Thursday, July 11, 2013

Laptop Aku Buat Magik!

DAH dua hari aku kat kampung. Perghh!! memang nikmat lah. Tak perlu fikir apa-apa. Relaxkan kepala.. tenangkan fikiran.. Hehe.. Aku pun tak pernah bercuti lebih dari sehari selain untuk hari raya. Ni kes nak balas dendam lah ni.. Nak release tension dan kebetulan bulan puasa. Apa lagi? Apply cutilah teman.. :)

Sebenarnya ada banyak benda aku nak tulis tapi disebabkan laptop aku demam sebelum ni dan nak type panjang-panjang guna tab rasa malas pula. Dan sekarang aku guna laptop untuk menaip entri. Dah ok laptop aku ni. Sihat sendiri. Semalam bawak jumpa doktor laptop tengok-tengok dah sihat. Kalau tak terbang RM400++ untuk tukar motherboard dia. Tapi netbook aku memang demam. Sekarang ni kena tahan wad di klinik. Doktor cakap kos repair untuk netbook dalam RM200++. Takpelah.. janji sihat netbook tu. Tapi ingat lepas tu nak let go aje. Ada sesiapa nak beli netbook 2nd hand? Haha..

Aku hampir nak beli laptop baru gara-gara laptop aku yang demam. Lepas tu pulak geng bas sekolah aku cerita dia belikan untuk anak dia laptop touch screen harga dalam RM1600++ brand HP. Mana tak teruja aku ni? Dah la aku ni pantang dengar benda-benda pasal gadjet ni!! *cik PM memang mudah terpengaruh!! Haha* Tapi nasib baik niat tu tak kesampaian. Hehe..

Berbalik kisah laptop aku ni kan; sebelum ni aku ada tulis kat SINI so lepas kejadian tragis tu aku pun pinjam lah laptop ofis dalam dua minggu untuk menyudahkan projek pangsapuri yang 'berhantu' tu. Since kejadian tu aku memang tak kisahkan laptop ni. Maksudnya takde lah aku nak try on ke.. bawak ke ofis tunjuk kat kawan-kawan yang pandai IT ke.. Plan aku lepas settle semua baru aku nak kisahkan pasal laptop. Thats why balik kampung aku bawak laptop dan netbook aku untuk hantar repair. Nak hantar repair kat Low Yatt atau Asus Centre aku memang takde masa. Hari Sabtu dan Ahad buat apa? Mesti ada orang tanya kan? Sabtu Ahad hari aku berehat, ok?

Apapun, alhamdulillah sebab laptop aku ni bijak buat magik.. sihat sendiri.. ok sendiri.. (walau tadi keluar jugak blue screen!).

p/s Lepas install Mozilla baru boleh menulis entri. Tadi guna IE macam hampeh aje! Asyik keluar mesej: "Error on page". Err.. aku prefer guna Mozilla lagi sebenarnya..

Penjejak Mimpi: Sayang juga kalau nak let go laptop ni. Masih nampak baru walau dah guna bertahun-tahun. Banyak jasa laptop ni kat aku.. :)

Wednesday, July 10, 2013

Itupun Nak Tanya..

PAGI ni aku bertolak balik ke kampung menaiki tren ETS. Sampai awal di KL Sentral sebab nak bank-in duit tabung unit. Tiket jam 10.05am tapi sebelum jam 9am aku dah sampai. Bersemangat nak balik nampak? Ngeeee...

Dekat-dekat jam 9.30am aku baru terfikir betul ke platform di Gate A ni laluan tren ets aku tu? So dengan muka nerd aku terus ke kaunter tiket KTMB dan bertanya. Dah dapat jawapan so aku terus ke Gate B. Ek ele.. sebelah aja dengan kedai buku Nile's Book yang selalu aku singgah sebelum-sebelum ni.

Dalam hati aku berkata: "Ek ele.. itupun nak tanya. Macam tak biasa naik ETS je aku ni..".
Jawapan nak cover kesengalan diri sendiri: "Sebelum ni naik dari Ipoh ja. Bukan dari KL Sentral. So tak perasan exit dari gate mana.." *poyo*

Penjejak Mimpi: Macam tu lah jadinya kalau otak ni fikir macam-macam.. :(