ASSALAMUALAIKUM wbt.
"Eh.. pernah tak kau rasa sunyi?"
Itulah soalan yang diajukan oleh seorang teman baik kepadaku sewaktu kami berbicara di dalam whatsapp baru-baru ini. Sebenarnya macam susah nak jawab.. sebab rasa itu terlalu subjektif. Kalau ikut kepada keadaan aku sekarang.. memang aku sunyi.. sangat sunyi tapi mungkin boleh aku jawab; "ini pilihan aku. Aku yang pilih jalan ini so aku kena terima baik dan buruknya pilihan aku ni". (jawapan klise. Tapi ini aku jawab di dalam hati sahaja. Haha..)
Kemudian dia melanjutkan bicaranya lagi:
Dia: "Aku tak seronok la.."
Aku: "Apa yang buat kau rasa tak seronok?"
Dia: "Masalahnya itulah.. tak tahu. Itu yang kadang-kadang aku kata kat diri sendiri aku ni semua ada tapi apa lagi yang kurangnya?"
Aku: "Kau dapat jawapan tak?"
Dia: "Tak"
Aku: "Kalau kau tanya samada aku sunyi atau tidak.. memang aku sunyi tapi kalau kau tanya samada aku seronok atau tidak.. jawapan aku ialah aku seronok.. Atau dalam erti kata yang lain aku happy dan bahagia.."
Itu sebahagian perbualan whatsapp antara aku dan dia.
Tapi sebenarnya apa yang membuatkan kita rasa bahagia dan seronok? Apa yang memberi kebahagiaan kepada kita? Rasa bahagia aku mungkin tidak memberi kebahagiaan pada orang lain. Sebab cara kita memandang sesuatu perkara itu tidak sama.. perspektif kita berbeza.. penerimaan dan pemahaman kita berkenaan sesuatu perkara juga berbeza.
Buatlah apa sahaja yang memberi rasa bahagia itu kepada diri kita.. dengan cara kita.. bukan terikut-ikut dengan orang lain. Pada aku rasa bahagia itu sebenarnya datang dari dalam diri kita. Hanya kita yang tahu, mampu menerima dan mencipta kebahagiaan kita sendiri. Bak kata orang bijak pandai: "kebahagiaan itu tak perlu dicari tapi perlu dicipta.."
Maka ciptalah kebahagiaan kita dengan cara dan acuan mengikut cara kita. Elakkan dari membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Kehendak dan keperluan kita berbeza. Jadilah diri kita sendiri. Cipta rasa bahagia itu sendiri. Tak perlu menjadi orang lain untuk bahagia.
Aku doakan kita semua akan menjumpai kebahagiaan yang dicari dan semoga kita akan berbahagia selalu, inshaa Allah.
Penjejak Mimpi: Punca kepada kebahagiaan aku kecil-kecil aja tapi insha Allah impaknya mampu membuatkan aku menyanyi girang.. lalalala.. lalalala.. lalalalala...
