Pages

Sunday, May 31, 2015

"Dia ingat kita tak mampu ke?"

ISNIN lepas aku dan kawan seperjalananku ke Sogo lepas balik kerja. Teringin nak makan sesuatu yang sedap dan agak mahal. Keputusan dibuat untuk ke Manhattan Fish Market. Erk! mahalkah makan di sana? Hehe..

Kami sampai di restoran tersebut dan terus mencari tempat duduk. Orang tak berapa ramai so kami buat keputusan untuk duduk di meja yang selalu (selalu?) kami duduk kalau singgah makan di sini. 

Tangan dilambai untuk memanggil waiter/waitress selepas dah buat keputusan untuk memesan jenis-jenis makanan dan minuman yang diinginkan. Ada diskaun untuk beberapa jenis menu so kami buat keputusan untuk mengorder dory fish and chips 2 set, tortilla chips 1 set, banana fish fingers 1 set dan aiskrim apentah 1 set. Minuman pula aku pilih black coffee dan kawan aku memilih espresso. Yang set dory fish and chips tu ada diskaun dari harga RM18 lebih (kalau tak silap) jadi RM6.90, tortilla chips dan banana fish tu harga asal tak ingat tapi lepas diskaun jadi RM3.90 setiap satu.

Tak lama kemudian, waiter yang bernama S****** datang. Muka yang pernah melayan kami sebelum ni. So aku dengan yakin mula memesan order..

AKU: "OK dik, kami nak pesan dory fish and chips ni 2 set.. lepas tu yang tortilla ni dengan yang banana fish ni 1 set" (sambil tunjuk kat menu).

WAITER: "Eh kak, mana boleh macam tu. Kalau macam tu haiiii... bangkrap la kami!"

AKU: .......

AKU: "Okay, kalau macam tu cuba bagitau macam mana? Bukan ada diskaun ke?"

WAITER: "Memang ada diskaun."

AKU: "Habis tu?  Tak boleh order ke yang ni?" (sambil tunjuk kat menu part side dishes)

WAITER: "Akak, kalau akak nak order yang ni (sambil tunjuk gambar banana fish kat menu) 10 ke.. 100 ke.. boleh je.. tapi setiap satu ni dengan harga RM3.90. Bukan semua ni dengan 1 harga.."

AKU: "Ler.. betul la apa yang kami order ni, kan?" (aku cakap sambil pandang kawan aku. Minah ni pulak bukan nak menambah apa-apa yang patut. Duk mengangguk je..)

AKU: "Kami tau setiap satu ni dengan harga RM3.90. bla.. bla.. bla...

Lepas mamat tu berlalu kawan aku tu baru nak bersuara: "hei, dia ingat kita tak mampu ke?". Aku pula menambah: "apa, dia ingat kita ni bodoh tak faham ke? Ingat kita pilih makanan ada diskaun ingat kita takde duit?". bla.. bla.. bla...

Bila dia datang hantar makanan.. serius kami tak pandang muka dia pun. Ada dia cakap pada kawan aku tu: "minum espresso ni 3 hari tak tidur" konon nak cover kesilapan dia sebelum tu dengan cuba berbual tapi serius kami buat dek aje.

Lepas makan, bayar dan kami terus berlalu dari situ. Lepas ni kalau datang lagi makan kat situ dan dia yang datang ambil order.. memang aku nak cakap: "i tak nak u yang ambil order. Tolong panggil waiter lain..". Nampak macam berlagak? Aku customer kan? Aku ada duit, kan? So ada apa hal?

Ini makanan aku; Dory Fish & Chips. Sedap... :)
Dory Fish & Chips, Tortilla Chips, aiskrim dan Banana Fish Fingers. Snap dulu pic sebelum makan.. :)
Penjejak Mimpi: Rindu dengan Mid Valley.. :(

Monday, May 25, 2015

Tak Sabarnya..

SERIUS.. aku memang tak sabar untuk menyelesaikan projek mahkamah ni. Memang betul-betul tak sabar. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa aku tempuh sepanjang proses design projek ini. Tender aja projek ni, insya Allah aku nak bercuti panjang. Nak release tension..

Apapun aku sendiri kena kuatkan semangat untuk menyudahkan designnya.. (sabar cik PM.. sabar... sikit jer lagi.. sikit jer lagi.. lepas tu kau boleh me'merdeka'kan diri kau..)

Penjejak Mimpi: Bagai menanti buah yang tak jatuh.. :(