Pages

Sunday, October 28, 2012

Beraya di Hari Raya

HARI raya hari tu aku keluar dengan Rose. Dia saja turun Ipoh nak bawak anak angkat maknya; Yati meronda-ronda bandaraya Ipoh. Bersama-sama mereka ialah Ain (anak Rose) dan Nisha (anak abang dia). Tapi kami melencong ke rumah Lin di Gopeng untuk beraya. Tak lama kami kat sana sebab dah petang.

So terus nak balik tapi tengah jalan tu menyinggah pulak ke rumah kak Ani. Kak Ani ni pun member lama kami masa keje kilang dulu. Tapi skang dia dah berhenti dan jaga cucunya aja.

Sampai depan rumah dia.. kami berpelukan erat. Perghh!! lama seyh tak jumpa dia. Since 14-15 tahun dulu. Aku berhenti dulu dari dia. Sebelum tu aku tanya dia: "ingat lagi ke sapa ni?". Dan dia jawab: "ala.. kenal..". Hmmm... nasib baik kenal.. :)

Sebelum naik ke rumah dia keluar lak soalan beracun dia yang pertama. Jawapan aku macam biasa; jawapan tipikal. Hehehehe.. Lepas tu minum-minum jap dan sembang lah apa-apa yang patut. Tak lama juga kami kat sana. Dalam 15 minit. Bila nak masuk kereta tu, dia tanya pulak soalan beracun kedua sambil menepuk-nepuk bahu dan memeluk badan aku yang 'mongel' ni. Hehehehe... 

Lepas tu plan nak menyinggah ke rumah adik angkat aku di Simpang Pulai tapi dia takda di rumah. Sedih aku.. Frust giler. Dengan dia pun lama giler aku tak jumpa. Last aku jumpa masa aku teaching dulu kat Ipoh. Lepas tu tak jumpa terus. Dah berapa agaknya anak dia?

Sebelum Rose hantar aku ke rumah, kami makan dulu. Dalam sembang-sembang tu kami berangan nak bercuti ke Krabi pulak. Dah kebetulan Yati tu asal dari Thailand so bolehlah kami ber"sawade kap.." nanti. Yati pulak balas: "nanti bila-bila nak datang bagitau la..". So bolehla.. Ehem ehem...

Penjejak Mimpi: Dah mula berangan-angan nih... :)

Soalan Beracun

SOALAN beracun 1: "Bila lagi ko nak berdua ni?"

Soalan beracun 2: "Ko tak exercise ke?" 

Penjejak Mimpi: .............

Friday, October 26, 2012

Sehari Sebelum Bercuti

NI kisah semalam. Di ofis, tinggal aku dengan beberapa orang aja yang tak bercuti. Bosannya humang aii!! Memang tak boleh nak cakap la.. Mood nak buat kerja tak berapa nak ada tapi kerja tetap jalan. Aku sempat buat cross-checking aset di semua ruang kerja dan bilik jurutera. Bermula hujung Oktober ni ada cross-checking aset di peringkat cawangan kami. Bersendirian aja aku buat semua tu. Senang sikit bila orang tak ada. Tak lah aku rasa seolah-olah mengganggu dowang nak buat kerja. Eceh!!

Lepas tu emel pada EO pasal pas keselamatan pulak. Lepas tu tengok sikit-sikit drawing. Bukan apa.. selagi tak disemak.. tak dicheck aku jadi tak keruan. Rasa macam tak betul aja apa yang dibuat. Rendah kan daya keyakinan aku nih? Padahal kerja dah lama dah tapi masih tak yakin dengan apa yang dibuat. Kalau ex-IB tau aku masih macam ni sah-sah dia membebel: "U ni tak confident.. tu lah masalahnya.. pot.. pet.. pot.. pet.." Huhuhuhu

Sempat lagi tanya pada otai kat unit sebelah pasal calculation untuk kabel jenis fire rated. Macam mana nak tengok 'Iz' (current carrying capacity) dan perkara yang bersangkutan. Aku dah tanya dia kelmarin tapi ada lagi yang aku tak puas hati soal calculation so tanya lagi kat dia. Dah tak tahu kan.. kena lah belajar.. Takkan nak tunggu disuap aje? Oh no.. no.. no.. I'm not that type.. Tak maju lah kalau semuanya tunggu ditunjuk dan disuap.. Eceh sekali lagi!

Balik macam biasa keluar jam 4.40pm. Aku plan nak naik cab aja. Keluar aja di South Court Mid Valley tu... Pergghh!! ramai betul orang yang beratur menunggu cab. Tengok jam baru nak pukul 5pm. "Takpe.. takpe.. sempat lagi nih.." hatiku berkata-kata. Yelah.. tiket bas jam 7.30pm. 

Aku sampai di Puduraya dekat-dekat 5.30pm - 5.45pm. Hmm.. bosan jugak sensorang ni. Kalau dapat makan musti tak bosan, kan? (<-- statement 'si pemakan'). Dah bosan surf internet.. dah bosan tengok gelagat orang.. aku kol anak buah aku si Pencinta Agung lak. Saja nak menghabiskan kredit  <-- bajet kredit banyak la tu... Dah confirm azan, aku minum membatalkan puasa. Lepak lagi.. lepas tu baru cari makanan untuk dimakan dalam bas.

Dalam bas.. hujan agak lebat. Aku ingat tak nak tidur. Entah kenapa rasa takut jugak kalau tidur dalam bas time hujan. Mana lah tau tetiba accident ke.. memanglah malang tak berbau.. Tapi kan.. dah nama pun kaki tidur memang tak boleh nak buat apa dah.. Akhirnya aku terlena dengan nyenyaknya jugak dalam bas tu! Memang aku tak sedar diri bhai... Yelah.. nama pun tidur.. sah-sah tak sedar diri kan? Appa da.. Tapi aku ada lah tersedar jugak 2-3 kali sepanjang perjalanan tu. Akhir sekali aku sedar time bas sampai di tol Simpang Pulai. Lepas tu tak tidur dah. Tengok jam dekat pukul 12am lebih.

Turun tu tengok cab takda. Ahh.. sudah!! Cane nak balik ni? Aku malas nak kol akak time nih. Musti dia dah tidur. Tapi ternyata Allah sentiasa ada so tak lama kemudian ada satu cab dan terus aku naik cab tersebut. Tambang? Memang mahal kalau nak banding dengan tiket bas KL-Ipoh tapi aku dah biasa. Kalau siang caj cab dari Medan Gopeng ke rumah mak ialah RM15 dan malam ialah RM20. Biasanya kalau balik siang aku akan ambik bas aja dari Medan Gopeng ke Medan Kidd lepas tu ambik bas ke rumah. Memang kena naik 2 bas tapi takpelah.. bersusah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian.. <-- relevan tak? Ke irrelevant?

Sampai di rumah makan dulu.. sembang-sembang dengan mak kejap.. tak lama lepas tu adik aku sefamily sampai. Orang pertama yang aku nak serbu ialah Rara tapi si kenit tu tidur lak. Tersedar kejap meragam lak. Asyik duk berdukung kat ayah dia.. anak kecil... sentiasa dimanja.. disayangi... dikasihi.. :)

Ahhh... tak tahan mata aku ni.. nak tidur lah. Lagipun kenit tak mau dengan aku.. Dah sembang dengan mak.. dah sembang dengan adik.. so nak buat apa lagi? Tidur lagi baik menyambung untaian-untaian mimpi yang terputus sebelum tu..........

Nota: Member cakap aku ni 'si pemakan". Salah tu.. mana ada... Tak betul la... :))

Penjejak Mimpi: Aset? Ahhh!! serabut seyh!!

Sunday, October 21, 2012

Konvensyen KIK 2012

PADA Khamis lepas; 18hb Oktober Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat JKR. Konvensyen ini dirasmikan oleh Datuk Himmat Singh KSU kementerian.

Aku tak terlibat sebagai peserta. Aku hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja bersama 2 orang lagi member se-ofis. Ada lagi lah wakil dari unit lain sebagai pemerhati. Ermm.. kami ni bertindak sebagai pemerhati sekaligus sebagai penyokong (pom-pom girls?) untuk wakil Cawangan Kejuruteraan Elektrik.

Ada 7 kumpulan yang bertanding dalam konvensyen kali ini iaitu 3 dari wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan 4 wakil dari JKR. Dan untuk kategori terbahagi kepada 2 iaitu Teknikal dan Pengurusan.

Wakil cawangan kami iaitu Kumpulan B-Staree bertanding untuk kategori Teknikal dengan tajuk projek Easy Schematic Programme (ESCAPE). Kumpulan lain yang bertanding untuk kategori teknikal ialah:

1. Kumpulan Warga BS dari JKR Daerah Kerian dengan tajuk projek "Papan Tanda Amaran WD.23 dan RM.4 Yang Rosak Lewat Diganti".

2. Kumpulan Reflective dari JKR Daerah Bentong dengan tajuk projek "Kerosakan Flexible Post di Persimpangan Jalan Meningkat".

3. Kumpulan Galaksi dari LLM dengan tajuk projek "Kesukaran Melaksanakan Kerja Pembaikan Tayar Pancit dan Bateri Kepada Kenderaaan Ringan Oleh Pasukan Peronda Lebuhraya".

Kumpulan yang bertanding untuk kategori pengurusan pulak ialah
1. Kumpulan Skynet dari LLM dengan tajuk projek "Kesukaran Mengenalpasti dan Mengawal Dokumen Digital Terperingkat".

2. Kumpulan Sukses dari LLM dengan tajuk projek "Kekerapan Berlaku Kesilapan dalam Pengiraan Caj Bayaran Lewat".

3. Kumpulan Q'Bestari dari JKR Negeri Terengganu dengan tajuk projek "Penyediaaan Perubahan Kerja (Variation of Price) Bahan-bahan Binaan Kerja Sivil dalam Kontrak Kerja Yang Sistematik".

Tujuan kami sebagai pemerhati tu ialah untuk belajar apa-apa yang patut sebab unit kami (dan semua unit, ok?) juga ada kumpulan KIK dan mungkin peringkat cawangan akan buat konvensyen juga tapi tak tahu bila. Pada aku kumpulan KIK ni memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu dari semua ahli. Payah tu nak minta komitmen dari orang lain. Bukan senang beb... :)

Perasmian penutup oleh YBhg. Puan Sri Dato' Zaiton Mhad Ali; TKSU (Operasi) kementerian. (Errrr.. Dato' Zaiton ni yang kasik sijil kat aku time majlis Anugerah Cemerlang beberapa tahun yang lalu). Konvensyen ni habis jam 4pm.

Penjejak Mimpi: Nak minta orang lain bagi komitmen tapi diri sendiri pun tidak berkomitmen. Abeh camno?  Huhuhuhu..

Wednesday, October 17, 2012

Rasaku II - Makan Beramai-Ramai

SEMALAM unit aku buat makan-makan lagi. (Ishk!! asyik makan aje unit kami ni kan?) Kali ni ada sorang 'dermawan' yang sponsor makan tengahari. Untuk makan pagi pun macam tu jugak. Kami buat makan pagi dan makan beramai-ramai. Dan minggu lepas, pun unit kami ada buat makan-makan juga untuk menyambut harijadi mereka yang menyambutnya dalam bulan Julai, Ogos dan September. Ishk! ishk! ishk!! memang sah unit kami ni kuat makan.. kan? kan? kan?

Tapi aku berpegang kuat pada pendapat aku sendiri iaitu dengan cara makan beramai-ramai ini dapat merapatkan tali persaudaraan dan persahabatan sesama kita. Tak kisah la apa yang dimakan.. apa yang dijamu tapi dengan cara itulah sebenarnya ikatan itu terjalin. Kita tak perlu menjamu orang lain dengan makanan yang mewah-mewah.. tak perlu ada ayam golek 4-5 ekor.. tak perlu ada kambing bakar seekor.. (siapa yang suka makan kambing tu ok lah.. Ngeee..). Cukup kalau orang A bawak karipap (emmm... my favorite nih!) RM2.. orang B bawak cucur badak RM2.. orang C bawak bihun.. orang D bawak nasi goreng.. bla.. bla.. bla.. Sikit sama sikit.. Banyak sama banyak.. Semua orang dapat merasa walau pun sikit.

Sama juga kalau pergi makan di mana-mana samada di kantin atau restoran atau dimana-mana tempat makan. Bila makan beramai-ramai.. selera tu semakin bertambah dan ikatan tu semakin terjalin.

Jom breakfast sama? :)

Penjejak Mimpi: Aku memang kuat makan. Hehehehehe


Monday, October 15, 2012

Trip ke Pulau Pangkor: Hari Terakhir

INI entri aku yang terakhir pasal trip kami ke Pangkor. 

Pagi tu macam biasa kami jalan-jalan dulu kat tepi pantai lepas pekena brekafast. Err.. nama pun bercuti ke pantai so apa lagi yang nak dibuat selain berjalan ke pantai kan? Kami breakfast kat tempat semalam tapi aku makan kueytiow goreng plus ayam goreng dan order minuman fevret iaitu teh panas.

Pagi tu kami tak mandi laut pun. Air pasang so kami hanya berehat-rehat aja di situ. Aktiviti aku ialah merakam bunyi ombak guna kamera aku tu. Ada juga sorang dua pelancong yang berani dan mandi walau ombak kuat juga time tu.

Kami check-out awal. Dalam jam 11am kami keluar untuk kali terakhir menyusuri tepian pantai dan menyinggah kedai-kedai di sepanjang jalan disitu. Tapi aku dah malas nak usya lagi sebab aku dah berhabis banyak untuk beli sourvenir. Bukan berkira tapi belanja berhemah... uwek!! hipokrit giler Cik PM nih!

Dekat-dekat jam 11am lebih Abang Lee call Rose. Dia dah on the way fetch kami untuk ronda-ronda satu pulau. So bila Abang Lee sampai, kami naik van dan bermulalah ekspedisi kami meronda ke satu pulau. Abang Lee bawak kami ke Galeri Pangkor yang menempatkan artifak dan dokumen berkaitan Pulau Pangkor.. lepas tu bawak kami ke kilang makanan laut macam sotong, ikan bilis dan udang kering. Kat situ aku berhabis banyak le jugak. Ye lah.. bukan selalu ke sana kan.. Uhuk uhuk...

Lepas tu menyinggah ke tokong apa ntah namanya tapi kami tak masuk pun ke dalam. Bergambar kat luar aja.. Tengok ikan besar kat luar tu.. pastu bergambar kat mini Great Wall of China lepas tu balik. Tak kuasa lama-lama kat situ. 

Then kami ke Kota Belanda. Kat situ ada juga kedai sourvenir dan t-shirt. Tapi kami tak beli apa pun. Malas nak berangkut macam-macam lagi. Banyak bergambar aja disitu lepas tu terus bergerak ke Jeti Pangkor. Di sana, sekejap aja kami duduk sebab feri ke Jeti Marina Island dah pun sampai. Sesiapa yang nak ke Jeti Lumut.. berjinggut la tunggu. Beratur punyalah panjang menunggu feri yang tak kunjung tiba. Sampai di Jeti Marina Island tu, kami bergerak untuk lunch di Pekan Lumut dan lepas tu cari tiket bas untuk balik ke Ipoh. 

Sepanjang perjalanan tu hanya aku sorang aja yang membuta. Lin maintain berjaga sampai ke Medan Gopeng. Memula kami bersembang aja dalam bas tu tapi lama kelamaan mata aku ni dah tak mampu bertahan so aku tidur terus. Tak tahan aku der.. 

Sampai lewat di Ipoh. Hujan dan dengar jugak driver tu cakap ada polis buat road block sampai dua kali. Sampai kat Medan Gopeng dekat-dekat jam 7pm. Tunggu kakak aku fetch sedangkan Lin dah lama turun di Jalan Bendahara. Kat situ senang dia ambik bas ke Gopeng.

Well, personally aku rasa puas sangat-sangat dapat release tension di Pangkor. Kalau ada peluang, memang aku akan ke sana sekali lagi. Err.. sebenarnya kami dah berjanji untuk ke sana lagi maybe tahun depan. Kenapa tak mahu ke tempat lain? Entah la.. aku rasa tempat ni memang amat mendamaikan. So sesiapa yang serabut tu bolehlah berkunjung ke Pulau Pangkor. Pasti tak serabut lagi. 

Nota: Orang Perak kan mesra-mesra belaka? Ehem ehem.. :)

Penjejak Mimpi: Nak pergi lagi tapi dah takmo ronda-ronda satu pulau lagi. Datang tu just untuk relax.. 


Air pasang.. ombak kuat menghempas pantai..
Pintalan buih yang memutih
Hanya anak Daddy je yang boleh makan dan minum di sini. Hehe..
Sila jaga kebersihan pantai. Sayangi pantai kita..
Kedai ni lah tempat kami menjamu selera. Pekena nasi ayam.. nasi goreng cina dan nasi goreng kampung.  Harga ok.. layanan ok.. yang penting tisu ada. Hahahaha
Budget Beach Resort; tempat kami menginap 3 hari 2 malam. Puas hati la lepak sini. Harga tak lah mahal. Standard la harganya dengan resort-resort yang lain.
Kami sewa bot disini. So silalah sewa bot, jet ski dan banana boat beramai-ramai guna servis Laguna Watersport ni. Err... aku takde syer pun. Saja nak promot. Tolong orang kampung. Hahahaha
Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Jalur gemilang tetap ada di mana-mana.. Sayangi negara anda!
Aksi poyo. Tengah pikir budget yang telah 'burst'. Huhuhuhu
Mini Great Wall of China dari jauh..
Banyaknya ikan..
Seekor Teenage Mutant Ninja Turtle yang telah disumpah menjadi batu. Kecian dia..
Aku dan Lin bergambar di Kota Belanda.
Muka berkerut menahan panahan mentari..
Cik PM, sling bag dan air oren.. :)
Dapat juga kami bergambar berempat. Jenuh gak nak menunggu orang untuk minta snap gambar kami. Last-last minta bantuan satu couple tu. Nasib baik dowang sudi.
Aku dan Rose
Cerita Belanda di Perak. Nak tau detail sila semak buku sejarah sekolah menengah. Takpun Google aja..
Jeti Marina Island dari jauh. Masa ni kami dah sampai dari Pangkor.
Inilah dia Nur Ain Zulaikha nye. Comel tak?
Tiket feri. Time nak balik guard kat jeti akan check tiket pastu dia akan koyakkan tiket tu.


Saturday, October 13, 2012

Trip ke Pulau Pangkor: Hari Kedua

HARI kedua kami di Pangkor dimulai dengan aktiviti mencari makanan untuk breakfast. Kami keluar awal pagi. Time ni orang tak berapa ramai lagi. Pagi lagi kan.. Jalan punya jalan ada kedai makan so kami buat keputusan untuk lepak di situ aje. Di situ (tak ingat apa nama kedai tu) aku makan nasi lemak dan pekena teh panas. Ada pelbagai pilihan makanan selain makanan gorengan yang lain macam keropok lekor, goreng pisang, ketam ball dan lain-lain. Dah kenyang barulah boleh berjalan-jalan di tepi pantai sambil mendengar suara ombak menghempas pantai. Pagi tu air pasang so aktiviti mandi tidak berlaku. 

Aku sebenarnya lebih suka lepak aja di pantai tu. Damai.. tenang.. dan nyaman. Tidak ada gangguan luar. Aku langsung tak fikir pasal drawing.. pasal kerja.. pasal projek 'tut' yang nak kena tender.. pasal nak kena minit surat projek.. nak minit surat dalaman... Jangankan fikir.. ingat pun tidak. Izinkan aku berehat sepuas-puasnya di sini.. :) 

Lepas puas lepak sampai ke tengah hari.. rasa lapar balik so kami cari kedai makan lagi. Hehehe.. terus terang aku cakap kat korang.. kami kat sini memang makan jek kejenya.. especially aku lah.. Mana yang rasa aku nak makan aku beli aja. Yelah.. hati senang lah katakan.. Ngeh ngeh ngeh... Petang tu, kami buat keputusan untuk naik bot untuk ke Coral Island.

Info: Kat sini memang berlambak servis bot untuk bawak pelancong melawat sekitar pulau-pulau berhampiran selain aktiviti snorkeling dan bermandi-mandian. Bot kecik sewa RM40 dan bot besar RM70. Kalau nak snorkeling, sewa peralatan snorkeling tu RM5 untuk seorang. Sewa banana boat aku tak tau sebab kami tak tanya. Dowang ajak aku naik banana boat tu tapi aku takmo. Ohh!! baru aku tau aku ni 'chicken' jugak rupanya.. huhuhuhu. Padahal pakai jek life jacket. Sewa jet ski pun aku tak tahu. Sori...

So memandangkan aku ni agak 'chicken' so tiada aktiviti snorkeling. Dan memandangkan aku 'chicken' jugak makanya kami sewa bot besar aje padahal untuk 4 orang boleh aje sewa bot kecik. Alasan? Tak yah tahu lah alasannya. Hehehehehe. Penakut punya pasal sampai aku cakap kat dowang: "ala.. korang bayar jek RM10 sorang kat aku. Selebihnya biar aku yang bayar". Tapi lepas tu ada la pulak kata-kata dari dowang: "lepas ni janji yea.. kita datang sini lagi mesti ada snorkeling dan naik bot kecik..". Gulp!! Jawapan aku (dengan nada paksa dalam rela): "hmm.. ok la.. ok la.. lepas ni kita datang sini kita snorkeling.." Huhuhuhu lagi..

So lepas tu kami naik bot dan dibawa ke Coral Island untuk bermandi-mandian. Berapa lama pun nak mandi dan berendam kat situ, terpulanglah. Nak berendam sampai kecut pun takda sape yang larang. Kalau dah puas berendam dan main air, contact orang bot tu dan dia akan datang ambil.

Di sana, ada jugak la 'gerai' makan. Nak kata gerai.. agak besar tapi nak kata restoran macam tak layak digelar restoran. Lantaklah.. Kat situ ada jual air dan makanan ringan cam burger dan lain-lain. Aku tak pasti apa lagi yang dijual sebab motif kami di sana untuk mandi dan bukan untuk makan so kami takde rasa pun nak jenguk kat situ. Lagipun.. kami takda 'selera' tengok orang yang sediakan burger tu.. Sorang badan penuh dengan tattoo.. dia tak pakai baju ok? So sah-sah la nampak tattoo dia! Yang sorang lagi tu lagi lah.. sama gak tak pakai baju.. tapi... ahh!! Malas la nak cerita tapi tu lah.. masih ada lagi orang yang ada 'hati' dan 'selera' beli kat situ. Memang la bukan pakai duit aku pun orang tu beli tapi agak-agakla nak cari makanan pun.

Kami lepak di sana dalam 2 jam jugak rasanya. Sambil berendam tu cari jugak batu karang yang cantik-cantik untuk akuarium si Ain tu. Hmmm.. cakap pasal Ain.. budak tu tak padan umur 6 tahun tapi mulut.. pot pet.. pot pet.. macam mak nenek. Dengan aku dia tak berapa ngam sangat sebab aku selalu cakap gini kat dia: "Ishk hang ni Ain.. mulut pot pet pot pet macam mak nenek. Asyik duk 'hingarq' aja..". Keh keh keh.. 

Balik dan mandi lepas tu keluar balik untuk makan malam pulak. Kami makan di kedai makan yang sama untuk tengah hari iaitu di Kedai Mak Loong. Harga murah dan makanan sedap. Layanan ok. Yang penting tisu ada. Hahahahaha..

Macam biasa.. kat bawah tu gambar kami untuk hari kedua di sana. Enjoice.. :)

Inilah Nur Ain Zulaikha sedang main buaian
Nur Ain Zulaikha.. nama yang sedap secomel orangnya..
Dari jauh...
Ombak yang memutih...
Ombak menghempas pantai
Salah satu bot yang terdampar...
Malaysia negaraku.. Perak negeriku.. I love Perak!!
Berehat dan merehatkan minda sambil berposing..
Bersiap-siap nak naik bot
Sling bag kesayangan dibungkus dengan plastik. Tapi maintain di'sling'kan di badan..
Atas bot..
Batu bentuk ikan paus..
Apa ntah nama tempat ni. Tak ingat..  Ngeeee
Ikan muncul untuk makan roti
Batu bentuk buaya sambil mata terpejam..
Sebelum mendarat di Coral Island..
Lin.. Ain (anak dara Rose) dan Rose
Sedang berendam..
Gaya sorang 'chicken' dalam bentuk manusia. Hehehehe
Penjejak Mimpi: Korang tau tak kita akan cepat lapar kalau main air?

Trip ke Pulau Pangkor: Hari Pertama

DAH basi pun kisah aku ke Pulau Pangkor nih. Tapi tak kisahlah.. dah basi ke.. busuk ke.. dah bau kepam ke aku tak kira. Aku nak tulis jugak. Ok.. aku mulakan.. Ehem ehem.. testing suara.. cubaan.. 1.. 2.. 3... 3... 2... 1...

Sebenarnya aku plan nak bercuti ni lama dah.. beberapa bulan yang lalu tapi paham-paham ajalah.. aku ni kalau nak cuti insya Allah takda masalah untuk dapat approval dari bos tapi aku sendiri rasa tak best bercuti sedangkan kerja di ofis berlambak untuk disettlekan. So bila dah settle (belum tender pun lagi projek tu) barulah rasa happy untuk bercuti. Tak gitu?

Aku ke Pangkor pada 5hb Oktober (Jumaat) yang lalu dan balik pada 7hb (Ahad). Maknanya 3 hari 2 malam lah. Lupa nak bagitau.. aku makan angin ke sana dengan Lin, Rose dan Ain; anak dara Rose. Lin dan Rose ni member time kami bergelar 'minah kilang' berbelas tahun yang lalu. Ala-ala re-union gitu.. Kami tak pernah lost contact since masing-masing berhenti kerja kat kilang tu. Jumpa memang jarang sesangat la tapi sms dan contact by phone tu selalulah jugak.

Aku dan Lin naik bas dari Medan Gopeng dan Rose fetch kami kat Stesen Bas Manjung. Sebenarnya tiket kami tu sampai ke Stesen Bas Lumut tapi Rose suruh kami turun kat Stesen Bas Manjung so kami ikut ajalah. Lagipun dia expert area sana. Made in Manjung lah katakan.. Hehehehe.. Sampai aja kami di sana, rupanya dia dah menunggu dengan anak dia si Ain. Lunch dulu dan terus bergerak ke Jeti Marina  Island dengan menaiki kereta Rose.

Di jeti, tiket naik feri ke Pulau Pangkor ialah RM10. Budak kecik kalau tak silap aku kena RM5.

Info: Tiket feri sebenarnya ialah RM15 untuk orang dewasa. Sesiapa yang ada 
membership card, dapat lah dengan harga RM10. Memandangkan Rose ada membership card (sebab dia selalu berulang alik ke Pangkor) so dapatlah kami dengan potongan harga which is dengan kad tersebut sampai 20 orang boleh dapat harga diskaun. Sesiapa yang IC nya beralamat di Pangkor a.k.a anak jati Pangkor, harga tiket ialah RM6. Tiket tu valid untuk pergi dan balik so jangan pandai-pandai buang tiket tu ke laut pulak lepas sampai kat Jeti Pangkor tu.

Para pelancong ada dua option untuk ke Pangkor dengan menaiki feri samada bertolak dari Jeti Lumut ataupun Jeti Marina Island. Masa perjalanan dari Jeti Lumut ke Pangkor ialah 40 minit manakala dari Jeti Marina Island ke Pangkor hanya 10 minit. Menurut kata 'tourist guide' tak bertauliah kami iaitu Rose di Jeti Lumut orang terlalu ramai; bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk menaiki feri. Lepas tu aku pun jawab lah: "Biasalah orang Malaysia ni.. sume menda nak berebut! Entah apa yang nak dikejar pun tak tau!!"

So sampai di Jeti Pangkor terus aja Rose mencari Abang Lee; driver van teksi.  Abang Lee ni kenalan Rose kat situ. Minah tu selalu ke Pangkor so no wonder la dia boleh kenal dengan brother ni. Dengan bantuan Abang Lee ni lah kami dapat booking resort (kalau boleh dipanggil resort la). Mula-mula Rose cakap dia booking Suria Resort tapi at last Budget Beach Resort. Hah!! budget? Dalam kepala aku ni mulalah fikir macam-macam. Mesti ntah apa-apa resort tu. Dah nama pun Budget Beach Resort kan? <-- sisi jahat aku. So dari jeti tu kami bergerak menaiki van yang berwarna merah jambu (dah macam naik tren KTM koc merah jambu pulak! Hehe) ke tempat penginapan kami.

Info: Charter satu van dari jeti ke penginapan ialah RM15. 

So sampai di resort terus check-in. Bayar terus untuk 2 malam. Ingatkan ada potongan harga untuk government staff tapi rupanya yilek! Mula-mula ingatkan minah kat kaunter tu Melayu so aku pun tanyalah pasal special price untuk staf gomen tapi minah ni duk pakat geleng memanjang. Last-last dia bersuara.. ler... Filipino rupanya.. Cis!! So terpaksalah 'i sound silly when i speak in Malay, you see..' dengan minah tu. Bla.. bla.. bla.. dia call bos dia.. bla.. bla.. bla.. takda pun special price untuk government staff. Huhuhuhu.. Well, nama ja Budget Beach Resort tapi harga sama macam resort lain iaitu RM120 untuk semalam. RM120 tu untuk three pax. Kemudahan macam biasa; bilik ada air-cond.. hot shower.. cable tv.. free wi-fi.. kemudahan sewa kereta dan motor dan yang paling best ialah hanya 2 minit untuk ke pantai. Best kan?

Lepas solat kami keluar untuk menikmati udara dan pemandangan pantai. Lepas tu mandi laut. Err.. main kat tepi-tepi aja..

Memang berbeza segalanya sejak kali terakhir kami ke Pangkor 16 tahun yang lalu. Kedai makan banyak.. kedai jual sourvenir pun berlambak. Ahhh!!! dah panjang aku menulis nih. Korang layan je lah gambar kat bawah tu. Enjoice.. :)

Penjejak Mimpi: Memang terbaek!!

Welcome to Pulau Pangkor..
Time ni baru sampai kat Jeti Marina Island. Muka penat..(entah apa yang dipenatkan tu..)
Jadual feri. Kami naik pukul 3pm punya trip..
Jangan rapat.. jangan rapat...
Bergaya atas feri bersama sling bag kesayangan. Ekekekeke
Dah sampai pun akhirnya ke Pangkor. Dah cantik pun jeti nih..
Lyana Villa.. tempat kami melepak 16 tahun yang lalu. Lama kan? Sebenarnya kami cuba booking kat sini tapi dah penuh. Sedih rasanya... Ingat boleh mengimbas kenangan silam..:(
Deretan basikal untuk disewa. Basikal zaman dolu-dolu tapi dijaga dengan elok. Tengok basikal ni aku teringat basikal arwah atuk aku tuh. Hahahaha.. Sewanya ialah RM15 sehari. Sebenarnya teringin nak bergambar konon-konon naik basikal nih tapi segan punya pasal langsung tak bergambar. Padahal brader tuan basikal tu kasik aje..
Sebenarnya ini adalah basikal roda tiga yang menjual lempeng pisang dan pulut udang (time siang) dan jagung bakar (time malam). Harga jagung bakar ialah RM2.50 setongkol. Besar-besar jagungnya. Berbaloi lah dengan harganya. Aku tak kisah pasal harga janji sedap. Kalau bayar mahal tapi tak sedap memang aku marah! Penjualnya ialah orang yang sama yang menyediakan basikal-basikal zaman dolu-dolu (yang kat atas tu la..) untuk disewa.
Cik PM bergaya dengan selipar baru yang berharga RM10. Dowang tanya "kenapa tak bawak selipar siap-siap dari rumah? Kan dah kena beli baru?" Aku jawab: "Ahh!! tak kuasa aku nak bawak. Beli aje kan senang?"
Tengah cari port baik untuk lepak.. Usya-usya keliling..
Aku dan Lin. Ntah apa yang dibelek dek minah tu aku pun tak pasti..
Aku, Lin dan Rose.. Menikmati ais-krim sampai terpejam-pejam mata aku. Mula-mula aku cakap kat dowang: "Aku nanti nak makan ais-krim sambil menyusuri pantai" tapi dowang bantainya gelak kat aku. Kelakar kot pada dowang.. Tapi akhirnya aku berjaya juga menghasut dowang menikmati ais-krim tapi tak menyusuri pantai pun. Kami hanya duduk-duduk aje. Tukang tangkap gambar ialah Nur Ain Zulaikha (anak Rose).
Lagi muka aku dan Lin
Ni gambar dowang sedang berendam. Time ni aku dah naik.
Tengah teman si Ain bergayut kat tali tepi pantai.
Lagi pic aku dengan Ain
Mentari petang...
Aku suka pic nie..
Aku dan mentari petang..
Pic ni pun aku suka juge..