Pages

Sunday, October 13, 2019

"Susah nak jawab nanti.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Perbualan diantara seorang Jejaka Kacak (JK) dan Gadis Manis (GM) di salah sebuah pejabat di ibu kota.

GM: " Bla.. bla.. bla.."

JK: "Bla.. bla.. bla.." 

GM: "Eh, bukan ko ada ada apply nak sambung degree ke?"

JK: "Ya tapi ....... (tak berapa jelas jawapan dia..)

GM: "Wah.. nanti ada degree bolehla ko jadi engineer.."

JK: "Eh, saya tak nak jadi engineer. Cukup dengan jawatan sekarang.." 

GM: "Ler.. rugilah ko. Penat je ambil degree.."

JK: "Tak nak saya. Susah nak berjawab nanti.. Lagipun tak semestinya ada degree kena jadi engineer. Bla..bla.. bla.."

Pang!! Tiba-tiba pipiku yang gebu dan montok ni terasa seolah-olah ditampar. Tertanya-tanya adakah aku mampu untuk berjawab di dunia yang satu lagi tu? Cukup lengkapkah aku tunaikan setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas selama ini? Adakah aku betul-betul menjalankan kerja aku sebaik mungkin atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja?

Benar.. bila mengingtkan semua tu terasa gerun juga aku. Takut tak terjawab bila sampai masanya. Kita ni walau apapun jawatan kita.. walau apapun pangkat kita.. tetap akan disoal bagaimanakah kita melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita? Sebagai ketua akan ditanya adakah kita bertindak adil pada anak-anak buah kita.. pada staf kita.. sebagai staf adakah kita cukup melunaskan hak ketua kita? Sebagai ketua adakah kita cukup melunaskan hak staf dan anak buah kita? Bila diingat-ingat semua tu.. memang menakutkan.

Penjejak Mimpi: Teringat bicara aku dengan ex-big bos aku satu ketika dulu. Katanya "kita buat kerja ni kena ikhlas. Kalo ko tak dapat ganjaran sekarang, ko akan dapat ganjaran di dunia satu lagi..".

Sunday, September 22, 2019

Bila bercakap dan berbicara..

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Boleh dikatakan kita sentiasa bercakap dan berbicara. Samada berbicara dengan orang lain ataupun berbicara pada diri sendiri (bermonolog). Dan apabila kita bercakap dan berbicara, ada tatacara dan etikanya.

Ada adabnya apabila kita bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita.. ada etikanya bila kita berbicara dengan seseorang bergelar ketua di tempat kerja.. ada tatacaranya untuk bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah daripada kita.. hatta ada caranya apabila kita berbicara dengan orang yang lebih muda dari kita. Tone suara, lenggok bahasa dan penggunaan ayat memainkan peranan dalam setiap perbualan dan bicara.

Di pejabat contohnya.. ada keadaan di mana kita berurusan dengan pelbagai peringkat umur dan pangkat. Mungkin dia ialah ketua kita tapi pada masa yang sama usianya lebih muda dari kita.. atau kita berurusan dengan seseorang yang jawatannya lebih rendah dari kita dan pada masa yang sama usianya lebih sedikit dari kita... Atau pengalaman kita lebih berbanding orang lain dan orang lain pula muda daripada kita? Ataupun lebih sedikit dari kita. Bagaimana kita bereaksi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu?

Adakah kerana kita adalah ketua atau punyai pangkat yang tinggi maka setiap kata-kata kita adalah betul dan benar? Atau adakah kerana lebih usianya daripada orang lain maka kita sentiasa betul dan benar? Atau kita punyai pengalaman yang lebih berbanding orang lain maka kita adalah betul dan benar?

Pada aku, setiap daripada keadaan itu ada cara dan etikanya. Contohnya apabila kita berbicara dengan ketua yang jelas usianya jauh lebih muda dari kita. Adab apabila berhadapan dan berbicara dengan seorang ketua harus diikuti. Begitu juga ada etikanya apabila seorang bergelar ketua apabila berbicara dengan staf yang usianya lebih sedikit dari usianya sendiri. Apatah lagi apabila berhadapan dengan seseorang bergelar ketua dan usianya lebih dari kita.. 

Perkataan 'hormat' mungkin lebih sesuai untuk semua keadaan dan situasi di atas. Kita mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain atas sebab usia.. atas sebab pengalaman dan atas sebab jawatan dan pangkat.

Kita akan lebih dihormati apabila kita sama-sama menjaga adab dan etika apabila bercakap dan berbicara dengan orang lain. 

Penjejak Mimpi: Kalau aku sedang bercakap dan tiba-tiba orang potong cakap aku... aku diam terus. Kalau ada benda nak tanya pun, aku biasanya takkan tanya. Itulah aku..

Thursday, March 28, 2019

"Kalau jalan tengok bawah ye.."

ASSALAMUALAIKUM wbt.
"Kalau jalan tengok bawah ye.."
Peringatan dari seorang ofismet atau lebih tepat lagi dari salah seorang bos ketika kami berbicara di dalam aplikasi whatsapp baru-baru ini.
Hehe.. Peringatan yang baik gara-gara aku yang terlalu cuai/clumsy/cemerkap ketika melangkah. 
Tahun ni aja dah 2 kali aku hampir terjatuh
Tahun lepas terjatuh.. 
Tu dia... Sampai mc. Huhu.. 
Sebab? 
Kerana melangkah/jalan tak pandang ke bawah.
Kalau diingat kejadian-kejadian itu, sedikit lucu. 
Tapi aku suka kaitkan apa yang berlaku itu dengan kehidupan kita.
Orang tua-tua ada berpesan "bila melangkah, jangan asyik pandang ke atas. Sekali sekala kena pandang ke bawah juga".
Maksud tersirat yang aku maksudkan ialah kita hidup di dunia ini yang selalu diperumpamakan seperti roda.
Dalam kita melayari hidup, nasib setiap daripada kita tidak sama. 
Ada ketikanya kita di atas.. Ada ketikanya kita di bawah. 
Jika hari ini kita senang, mewah, berkuasa.. jangan lupa orang yang serba kekurangan dalam semua segi. 
Jika kita berkuasa, jangan sesekali menganiaya orang yang lemah. 
Kita hidup ini bukan menongkat langit. 
Kita tidak akan selamanya di atas. 
Bila sampai masanya kita akan ke bawah juga. 
Samada dengan cara terhormat atau cara yang paling hina. 
Pilihan di tangan kita.
Tak salah kalau kita sekali sekala 'menunduk' memandang ke bawah.
Penjejak Mimpi: Bersyukur bila sentiasa dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Alhamdulillah..

Saturday, March 23, 2019

Cicipan Ringkas di Dalam ETS

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Sementara menanti ETS ke Ipoh tiba, sempat bervideo call dengan anak2 IB; kakak n abang. Cadangnya nak bervideo call dengan si comel tapi mummynya bagitahu dia tidur balik. Sedikit kecewa tapi inshaa Allah peluang tu tetap ada cuma tak tahu bila.. Kih kih kih..

Malu mereka dengan aku. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut mereka. Sekadar tersenyum malu. Manis senyuman anak-anak kecil ini. Tidak membalas setiap kata-kata aku tidak mengapa..cukup tersenyum sudah membuat hati aku gembira. Alhamdulillah.

Benarlah kata orang; dengan memandang muka anak-anak kecil bisa menghilangkan rasa resah gelisah kepada sesiapa yang memandang mereka. Ya.. Aku tidak menafikannya.. :)

Hmm.. Entah bila boleh berjumpa secara live si comel tu ya.. Geram selalu dengan pipinya yang gebu gebas tu "Itulah IB.. Selalu sangat share gambar comel.. Bikin hati saya cair selalu.. Kikiki.."

#otwtoipoh
#ets9024
#950-1230

Penjejak Mimpi: Mataku dah layu. Mana checker ni? Bila nak check tiket i?

Friday, March 8, 2019

Permudahkan Urusan Orang Lain

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Sejak tahun lepas aku sibuk dengan lukisan perubahan rekabentuk untuk projek 'Y' di Negeri Sembilan. Disamping kerja-kerja hakiki dan bukan hakiki yang lain. Alhamdulillah akhirnya proses penyediaan lukisan perubahan rekabentuk yang pertama sudahpun di peringkat akhir. Hanya menunggu tandatangan dua boss lagi sebelum boleh dibuat edaran.

Proses penyediaan lukisan tersebut mengambil masa agak lama dengan mengambil kira kesibukan aku dengan kerja-kerja lain. Terluah juga rasa jemunya aku di hadapan IB dengan proses yang agak lama tapi jawapannya: "takpe.. kita susah sikit.. kita mudahkan urusan orang lain.. inshaa Allah tuhan akan permudahkan urusan kita nanti". Ya.. dan itu yang aku pegang. Sekadar memotivasikan diri sendiri juga.

Proses ini juga menyebabkan aku selalu berhubung melalui telefon atau whatsapp dengan rakan sejawatan yang menjaga tapak projek 'Y' ini. Apabila selalu berbual dan bertanya hal-hal berkaitan projek, sedikit sebanyak aku dapat juga menyelami perasaan mereka yang bertugas di tapak. Memang tak dinafikan agak sulit juga kalau bertugas di tapak. Mental kena kuat. Kalau aku? Mungkin mentalku dah lama koyak.

Kadang-kadang orang yang membuat design.. tak ambil kira masalah yang mungkin akan timbul di tapak. Dalam erti kata yang lain design 'syok sendiri'. Bila dah selalu berjumpa dan berbicara.. baru tahu betapa susahnya tugas mereka. Kena fikir bagaimana kalau kita berada di tempat mereka?

Cerita pokoknya di sini ialah; apabila orang lain perlukan pertolongan kita, seboleh mungkin cuba bantu mana yang termampu. Inshaa Allah jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Mungkin bukan dia yang bantu balik.. Mungkin orang lain. 

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba teringat ungkapan ini "jika tak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi lalat".

Wednesday, February 27, 2019

"Eh.. pernah tak kau rasa sunyi?"


ASSALAMUALAIKUM wbt.

"Eh.. pernah tak kau rasa sunyi?"

Itulah soalan yang diajukan oleh seorang teman baik kepadaku sewaktu kami berbicara di dalam whatsapp baru-baru ini. Sebenarnya macam susah nak jawab.. sebab rasa itu terlalu subjektif. Kalau ikut kepada keadaan aku sekarang.. memang aku sunyi.. sangat sunyi tapi mungkin boleh aku jawab; "ini pilihan aku. Aku yang pilih jalan ini so aku kena terima baik dan buruknya pilihan aku ni". (jawapan klise. Tapi ini aku jawab di dalam hati sahaja. Haha..)

Kemudian dia melanjutkan bicaranya lagi:
Dia: "Aku tak seronok la.."
Aku: "Apa yang buat kau rasa tak seronok?"
Dia: "Masalahnya itulah.. tak tahu. Itu yang kadang-kadang aku kata kat diri sendiri aku ni semua ada tapi apa lagi yang kurangnya?"
Aku: "Kau dapat jawapan tak?"
Dia: "Tak"
Aku: "Kalau kau tanya samada aku sunyi atau tidak.. memang aku sunyi tapi kalau kau tanya samada aku seronok atau tidak.. jawapan aku ialah aku seronok.. Atau dalam erti kata yang lain aku happy dan bahagia.."
Itu sebahagian perbualan whatsapp antara aku dan dia. 

Tapi sebenarnya apa yang membuatkan kita rasa bahagia dan seronok? Apa yang memberi kebahagiaan kepada kita? Rasa bahagia aku mungkin tidak memberi kebahagiaan pada orang lain. Sebab cara kita memandang sesuatu perkara itu tidak sama.. perspektif kita berbeza.. penerimaan dan pemahaman kita berkenaan sesuatu perkara juga berbeza.

Buatlah apa sahaja yang memberi rasa bahagia itu kepada diri kita.. dengan cara kita.. bukan terikut-ikut dengan orang lain. Pada aku rasa bahagia itu sebenarnya datang dari dalam diri kita. Hanya kita yang tahu, mampu menerima dan mencipta kebahagiaan kita sendiri. Bak kata orang bijak pandai: "kebahagiaan itu tak perlu dicari tapi perlu dicipta.."

Maka ciptalah kebahagiaan kita dengan cara dan acuan mengikut cara kita. Elakkan dari membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Kehendak dan keperluan kita berbeza. Jadilah diri kita sendiri. Cipta rasa bahagia itu sendiri. Tak perlu menjadi orang lain untuk bahagia.

Aku doakan kita semua akan menjumpai kebahagiaan yang dicari dan semoga kita akan berbahagia selalu, inshaa Allah.

Penjejak Mimpi: Punca kepada kebahagiaan aku kecil-kecil aja tapi insha Allah impaknya mampu membuatkan aku menyanyi girang.. lalalala.. lalalala.. lalalalala...

Sunday, February 24, 2019

"Tolong" dan "Terima Kasih"

ASSALAMUALAIKUM wbt.

"Tolong" dan "terima kasih". atau "please" and "thank you". Pada aku itulah dua perkataan yang punyai sentuhan magisnya yang tersendiri. Biasanya perkataan "tolong" kita ungkapkan apabila kita memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain dan ungkapan "terima kasih" biasa kita ucapkan usai menerima bantuan.

Tetapi sekerap manakah perkataan-perkataan tersebut kita ungkap atau kita dengar dari orang lain? Pernahkah kita ucap "tolong" apabila perlukan bantuan orang lain? Dan ucap "terima kasih" selepas seseorang bantu kita? 

Pada aku.. tak berat pun untuk kita ungkap kedua-dua perkataan tu. Pada aku.. itu salah satu cara untuk tunjuk kita menghargai bantuan seseorang.. pada aku itu salah satu cara kita menghormati seseorang.. pada aku orang yang membantu kita tu.. tak harap apa-apa pun tapi sekurang-kurangnya ucapan "terima kasih" itu menggembirakan dia dan dia tahu bantuannya dihargai..

Selepas ini, berlatihlah untuk selalu mengungkapkan perkataan "tolong" dan "terima kasih". Tak jatuh standard kita malah akan membuatkan diri lebih dihormati orang lain, Inshaa Allah.

Penjejak Mimpi: Terima kasih sebab sudi membaca coretan saya.. :)

Coretan Ringkas Pembuka Bicara

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca blog Penjejak Mimpi (kalau masih ada yang sudi untuk membacanya). 

Inshaa Allah ada kesempatan bicara lain akan menyusul.

Moga ketemu di lain entri.

Penjejak Mimpi: Bertambah setahun lagi usia..