Pages

Friday, August 30, 2013

Tanpa Ada Rasa Bersalah.. Hmmmm

DAH la potong queue masa nak bayar..

Lepas tu dengan muka tak bersalah minta aku 'jaga' tempat dia sebab dia nak cari barang lagi!

Tak patut betul la.. grrrrr... grrrrr...

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba aku jadi halimunan kot time dia potong queue tu?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, August 29, 2013

Makan-Makan di Bulan Syawal - Part 2

SEMALAM ada jamuan raya di peringkat Cawangan Kejuruteraan Elektrrik. Setiap unit dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akhirnya akan membentuk 4 stesen yang menghidangkan juadah raya. Grup aku bergabung dengan BPR 'A' dan BPR 'Projek Khas'. So petang Selasa tu bermulalah aktiviti mengemas dan menghias stesen masing-masing. Oleh kerana aku memang 'fail' dalam menghias-hias bagai ni so aku banyak berdiri macam tugu aja kat situ. Lagipun aku kan tak berapa sihat lagi. *alasan tu boleh terima tak?*

Stesen kami menghidangkan juadah utama iaitu nasi dagang. Ada makanan lain seperti satay (makanan wajib, dowh), lemang, rendang daging dan rendang ayam. Air pula ialah air 'sour plum'. Perghh!! sedap giler air ni. Aku yang batuk tak ok lagi ni pun asyik mengulang minum bercawan-cawan. Nasib baik takda doktor disamping. Hehe..

Pada jamuan raya hari tu, ada juga pertandingan stesen tercantik dan pakaian tercantik. Stesen kami dapat tempat kedua. Tahun lepas kami dapat juara. Huhuhu... Pemenang pakaian tercantik untuk wanita dimenangi oleh Nisha staf BPR 'E' dan pemenang lelaki pula ialah Encik Isa dari unit ICT. 

Jamuan kali ni terus terang aku tak berapa nak ada di stesen kami tu. Aku banyak merayap ke stesen orang lain. Nak kata aku duk asyik makan je tak juga. Aku hanya makan satay kat stesen sendiri lepas tu merasa laksa kat stesen 3 (BPR 'C', BPR 'E' dan Unit Akustik) dan lepas tu rojak Singapore kat stesen 1 (BPR 'B' dan BPR 'D2'). Ada la aku duk makan kuih-muih sikit-sikit. Selebihnya hanya bersembang dengan kawan-kawan. 'Partner' aku takda so aku agak malas nak menunggu kat stesen tu. *cukuplah cik PM oi. Jangan asyik nak bagi alasan lagi. Dah dasar pemalas!!*

Macam biasa.. sembang kuat pun tak guna so layan aja lah gambar yang sempat aku snap. Enjoice..

Inilah stesen kami lepas dihias bagai. Makanan menanti untuk di'ngap' aja tu.. Hehehe..
"Ishk ishk ishk.. anak siapalah tu ya.. Sihat anak mak ya.."
Model-model tidak berbayar sedang berposing dengan diapit oleh YDP Agung dan Permaisuri Agung
Mak-mak dara dan anak dara pingitan sedang berposing bagai.. :)
Salah satu stesen yang aku singgah.. Haa.. stesen ni ada laksa dan bihun sup. Laksa dia sedap ooo... *pujian dari hantu laksa..*
Aku dengan ex-housemate. Import dari Trengganu tu. Hehe.. Kebetulan dia ada meeting/kursus kat KL so dia singgah la ke CKE ni. "Nyah, bile mak buleh rase naik kete baru mung?"
Kami bertiga pernah duduk serumah satu ketika dulu. Umai ntah kemana. Penat aku mencari. Rupanya dia dah turun. Kalau tidak caption gambar ni tertulis: "Kami berempat pernah duduk serumah satu ketika dulu".

Jadual makan-makan di bulan Syawal minggu ini dan minggu depan:
i. Esok iaitu Jumaat 30hb Ogos - tiada makan-makan free. Nak makan sila ke kantin DBKL atau pun ke restoran makanan segera yang bersepah kat Mid Valley tu..

ii. Isnin 2hb Sept - Unit BPKS, Unit ICT, UKKTE & UKTK

iii. Selasa 3hb Sept - BPR 'D2', BPR 'E' dan Unit Akustik

Nota: Mentang-mentang puasa sebulan so raya pun sebulan lah ya? Ishk.. ishk.. ishk.. lepas makan bagai nak rak sila timbang berat badan anda semua ya..

Penjejak Mimpi: Teringat kata doktor hari tu pasal berat badan aku: "ada turun sikit tapi tiada signifikan". Doc, what do you mean by "no significant?"

Makan-Makan di Bulan Syawal

PADA 26hb yang lalu iaitu hari Isnin baru-baru ini, Level 9 ada buat jamuan 'open office'. Level 9 yang dimaksudkan ialah grup BPR 'A', BPR 'B', BPR 'D1' (unit aku lah tu) dan BPR 'Projek Khas'. Keempat-empat unit ini seperti tahun lepas telah bergabung untuk membuat jamuan raya dan untuk makluman, kami adalah kumpulan pertama yang membuat jamuan sempena sambutan raya selain unit BPR 'C' di Level 7.

Jamuan kami bermula pada jam 11.30am tapi macam biasa tuan rumah mesti merasmikan juadah yang tersedia. Tak gitu? Juadah kami kali ini ialah nasi kerabu, spageti, ketupat palas, ketupat nasi, rendang daging, sandwich, satay, bubur jagung, keropok, tembikai  dan air teh panas dan soda bandung. Yang bestnya ialah kesemua juadah tu kami sediakan sendiri. Takda catering-catering nya der.. Hehe..

Seronok tu memanglah seronok sebab boleh dikatakan kebanyakan tetamu yang datang akan menuju terus ke unit kami sebabnya unit kami dekat dengan pintu. Masuk-masuk ja pandang kanan terus jumpa unit BPR 'D1'. Tapi rasanya ramai yang tak muncul kali ini sebab ada yang kena pergi kursus, out-station, meeting dan lain-lain. Ni aku cakap unit lain la.. unit aku hampir semua ada.

Memula aku dengan beberapa orang 'geng bas sekolah' buat 'lawatan tapak dulu' iaitu pergi ke setiap unit dan menjamu mata dan merasa sikit makanan diorang. Ala-ala QC la pulak, kan.. rasa sikit mana yang berkenan.. lepas tu pergi unit lain.. rasa sikit.. lepas tu pergi unit satu lagi.. hiiii... buruk kan perangai kami? Haha..

Bila jamuan bermula.. semua sibuk melayan tetamu yang ada.. bila orang dah kurang sikit turn kami pula beraya. Kami beraya ke grup BPR 'B' mula-mula.. lepas tu grup BPR 'A'.. ke grup BPR 'Projek Khas' dan lepas tu terus turun ke grup BPR 'C' kat Level 7.

Lenguh dah jari jemari 'mulus'  aku ni menaip. *sila jangan vomit. Sembang kuat pun tak guna so korang layan je lah gambar yang sempat aku snap ni. Enjoice..

Silalah menjamu mata semua.. Yang bertudung bagai tu ialah nasi kerabu dan sebelahnya tu ialah bumbu untuk nasi kerabu. Hmm.. tak terfikir lak aku nak buka penutup tray masa snap gambar.. :(
Ayam goreng ada.. kuah tumis untuk nasi kerabu.. spageti (yang bertutup dengan daun pisang).. tapai pulut ada.. silalah semua... jangan malu-malu.. Haha..
Sandwich dan deretan kuih raya..
Lagi jamuan kami dari sudut yang berbeza; tembikai.. rendang daging.. ketupat...
Jejaka idaman Malaya sedang membancuh soda bandung.. "Selamat Pengantin Baru" ye John.. Haha..
Poster ni kat belakang workstation aku sebenarnya. Makin hari terasa semakin berat bahu aku dengan 'janji manismu' itu. Huhu...
Gaya seorang 'selebriti' suam-suam kuku. Diambil secara candid oleh 'mamarazzi'. Hmm.. dah tau aku ni pemalu sejak dalam perut masih lagi nak ambil gambar aku...
Time buat 'lawatan tapak' ke grup BPR B. Aku mencari air panas sebenarnya sebelum tu. Nasib baik kat grup ni ada teh O. Dapat juga 'melampias'kan rasa kepingin aku tu.. :)
Me and my IB. 2-2 mencari air. Macam kat unit sendiri takda air... Haha..
Geng bas sekolah :)
Cik PM (dengan gaya yang tak lapuk dek hujan.. tak lekang dek panas).. Puan Azira.. dan Puan Chong
Hmmm... semuanya thumbs up bagai.. Masa ni masih kat grup BPR 'B'. Geng bas sekolah bergaya ala-ala selebriti dengan Puan Fauziah (Cyah); orang kuat grup ni. Kalau takda Cyah.. hmmm.. tak jalan lah jamuan kat grup tu tau? "Err.. Cyah, jom minum-minum kat KL Sentral?" Haha..
Antara juadah grup BPR 'B'.
Pemandangan tetamu yang hadir memeriahkan suasana di unit aku
Tu dia Kak Ila.. 'ketua jamuan' BPR 'D1' sedang 'memantau' (nasib baik dia jarang giler skodeng blog merapu aku ni). Haha..
"Haa.. cedok Zura.. cedok.. jangan tak cedok kuah spageti tu.."
Tetamu dari grup BPR 'E' menyerang makanan.. :)
"Ambuih hang Kak Chaq.. abeh licin no...". Kak Chaq.. Ted.. Nisha.. Dari grup BPR 'E'
Tak tau nak ngarut apa lagi dah....
Otai unit rekabentuk; Pak Yen dan Kak Ila
Cik PM bergambar bersama geng 'Gagak Hitam' dari unit Akustik & ELV. Kelihatan Wiwi, Gel, Kak Intan dan Ecah. Aku menunggu diorang ni beraya barulah boleh aku merayap ke unit lain. Special guest lah katakan.. Hehe..

Apapun, alhamdulillah jamuan kami berlangsung dengan lancar sekali. Tidak ada rusuhan ataupun aksi tembak menembak gara-gara makanan dan minuman yang tidak mencukupi untuk tetamu. Hehe..

Penjejak Mimpi: My bestfriend tak datang pun jamuan hari tu. Sedikit sedih tapi in shaa Allah kami pasti bersua suatu hari nanti...

Tuesday, August 27, 2013

Mana Gambar Raya?

ADA member blogger tanya: "mana gambar raya?". Huhuhu... sekarang ni baru boleh menjawab soalan.

Sebenarnya masa raya tu kan takda sekeping pun gambar raya yang sempat aku snap. Sebabnya... jeng.. jeng.. jeng... masa raya tu kan... aku kan... kena gastrik! So hukumnya? Bergulunglah aku atas katil! Membuta!! Makan pun tak.. minum pun tak.. tapi duk asyik mengulang masuk toilet!

Bukan takda adik beradik aku yang snap gambar raya.. ada.. tapi tak sempat aku nak transfer barang sekeping pun dari kamera diorang. Huhuhu.,,

Tapi semalam unit aku ada buat jamuan raya. Ada snap gambar... dah transfer cuma aku belum lagi buat entri. Masih belum ada feel nak bercerita pasal jamuan semalam. Heh heh heh..

Penjejak Mimpi: Masih mood raya lagi nih..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, August 24, 2013

I Am Me


Penjejak Mimpi: Yup. Really not interested to impress anybody...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, August 19, 2013

Aik? Dah Menghilang?

BALIK petang tadi aku terkejut. Tiada langsung kelibat 'penipu-penipu' yang berkeliaran mencari mangsa di laluan ke stesen komuter Mid Valley seperti sebelum-sebelum ini. Ishk!! Takkan lah sebab entri aku sebelum ni kot? *bajet blog famous lah tu. Uwekk!! Takpa.. jangan risau.. aku tahu blog aku tak famous. Hehe..*

Dah berbulan diorang beroperasi kat situ. Member aku cakap mungkin diorang dah bertukar ke lokasi lain. H,mm.. apa-apa pun aku harap tiada lagi mngsa yang terpedaya dengan sindiket 'gores dan menang'  ni. Tolong ingatkan pada semua kaum kerabat anda; jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan sesuatu yang 'too good to be true' ni.

Penjejak Mimpi: Sedikit lega bila tak perlu melihat muka-muka yang terpedaya. Rasa simpati...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tamat Sudah: Jewel in The Palace

AKHIRNYA tamat sudah 'pengembaraan' aku untuk cerita Jewel in The Palace ini. Memang puas hati dan berbaloi. Mungkin sebab terlalu lama aku berangan nak tengok cerita yang sarat dengan pengajaran.. air mata kesedihan.. kegembiraan.. percintaan sejati.. persahabatan ikhlas dan lain-lain so bila dapat tengok tu rasa seronok tak hengat la kan..

Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini;
1. Manusia bila perasaan tamak kepada kuasa dan kekayaan menguasai, terus hilang nilai dan harga diri. Kena hindarkan sikap ini.
2. Demi manafaat dan kebaikan diri sendiri tak kisah hilang kawan.. hilang saudara janji apa yang diidamkan menjadi kenyataan. Sikap yang tidak baik.
3. Sikap hasad dengki tidak menguntungkan sesiapa.
4. Nak berjaya kena usaha bersungguh-sungguh. Bak kata bijak pandai: "yang bulat takkan datang bergolek.. yang pipih takkan datang melayang".
5. Kalau kita berbuat baik dengan orang lain, nescaya bantuan untuk kita pasti muncul bila-bila sahaja kita perlu. Allah itu maha adil.
6. Apapun yang kita buat, bersikap jujur dan ikhlas.

Ok murid-murid. Sekian sahaja subjek moral kita malam ni. Cikgu pun dah mengantuk ni. Selamat malam pada semua pembaca blog Bicara Seorang Aku.

Penjejak Mimpi: Layan dvd Dong-Yi pula lepas ni...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, August 16, 2013

Dah Dapat Mangsa!!

NAMPAKNYA 'penipu-penipu' yang berkeliaran kat laluan stesen komuter Mid Valley tadi berjaya tangkap seorang 'mangsa' tadi!

Macam mana lah boleh tertipu dengan mudah ek?

Penjejak Mimpi: Rasa macam nak jerit dan cakap: 'Jangan percaya! Diorang penipu!!!'

Published with Blogger-droid v2.0.10

Semoga Berjaya

AKU hanya berdoa agar aku mampu melemparkan kesemua 'kentang busuk' yang aku bawa sejak sekian lama nun jauh ke dalam 'lautan' dalam dan terus bersemadi ke 'dasar' untuk selama-lamanya..

Penjejak Mimpi: Aku dah letih... :(

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, August 15, 2013

Kerana Dia Kah?


DAH beberapa hari aku asyik melayan dvd cerita korea. Sekarang ni sedang dalam proses melayan cerita Jewel in The Palace. Aku tahu ini cerita dah berkurun ditayangkan di tv satu ketika dulu tapi apa nak buat.. dulu takda masa nak layan.

Set ini ada 14 keping dvd dan ada 70 episod kesemuanya. Baru habis 40 episod. Lagi 30 episod. Huhu.. lamanya nak tahu kesudahannya.

Selain cerita ini berdasarkan kisah benar.. ada sebab lain yang membuatkan aku tertarik nak menghabiskan duit membeli dvd ini. Sebab lain ialah.. ehem ehem.. sebab hero dia iaitu Jee Jin Hee yang pegang watak Tuan Min Jung Ho. Hahaha.. macam budak-budak la pulak. Ishk.. takda lah sebab hero tu. Cuma aku memang suka layan drama-drama bersiri yang memaparkan kehidupan dulu-dulu.. kehidupan istana.. tak kisah samada drama Korea ataupun cina.

Mungkin ada yang fikir membazir duit aja beli dvd sedangkan aku boleh layan online. Betul tak? Aku lebih suka macam ni. Beli dvd dan lepas tu boleh layan bila-bila masa aku suka. Kan best macam tu?

Penjejak Mimpi: Aku tak kacau orang. Janji aku gembira. Boleh kan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, August 14, 2013

Testing 1, 2, 3, 4

CUBAAN.. 1... 2... 3... 4... 4... 3... 2... 1...

Penjejak Mimpi: Tq IB. Hehehe..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, August 12, 2013

Hari Ini Hari Isnin.. Sungguh Bosan!

HARI pertama aku masuk ofis lepas bercuti sakan sempena raya. Di ofis ada 4 orang aja hari ini termasuk big bos.

Sangat bosan hari ini. Nak buat kerja pun mood kurang tapi aku tak lah goyang kaki. Aku cover kerja member minitkan surat yang masuk. Aku tak mahulah sampai big bos bersuara minta aku minitkan semua surat-surat tu. Err.. big bos kami memang cool. Tapi aku tak suka lah kalau bos sampai kena ingatkan itu.. ini... Entah.. memang peel aku kot; tak suka disuruh sesuatu yang memang kerja aku dan tak suka bos tanya soal kerja untuk kali kedua... ketiga.. dan seterusnya.. *dah tahu tak suka sila siapkan semua tugasan sebelum bos anda bertanya*.

Dan sekarang time rehat.. nak turun bawah cari makanan pun takda mood.. *dah tahap kronik*. Huhuhu..

Penjejak Mimpi: Nak makan apa ya? Perut dah la rasa tak best.. :(

It's My Ex-Husband


Hehe.. lawak pagi Isnin.. :)
Penjejak Mimpi: Mood.. oh mood... kemarilah dikau...

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

SAYA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Bicara Seorang Aku *bajet popular lah tu..*. Moga gembira bersama keluarga :)

Penjejak Mimpi: Yang gembira sakan ialah kanak-kanak...

Tuesday, August 6, 2013

Sana Ipoh.. Sini Ipoh..


Ipoh..
ENTRI kali ni saja aku pilih 3 benda yang selalu dikaitkan dengan ibu negeri kelahiranku iaitu Ipoh, Perak. Hehe.. sebenarnya kejap tadi aku tengok rancangan 'Discover Perak' kat channel TLC, Astro. Dalam rancangan tu banyak memaparkan keunikan Perak; labu sayong.. nasi vanggey.. Lost World of Tambun dan lain-lain so tiba-tiba ada idea pula nak nukilkan sesuatu dalam blog aku. Tapi aku nak cerita pasal makanan sebab aku kan suka makan? Haha..

1. Ipoh Kacang Putih - Bila kata kacang putih, jangan ada yang memandai imagine kacang yang dijual berwarna putih ya. Aku cakap sebab ada sorang member aku terlebih imagine macam tu. Haha.. Di Buntong Ipoh, ada satu tempat yang dipanggil Kampung Kacang Putih. Memang ekonomi orang kampung ini dijana dari industri kacang putih ni. Tak percaya? Sila ke Buntong.. :)

"Ipoh Kacang Putih". Famous dalam kelasnya yang tersendiri. Pernah korang terjumpa "Melaka Kacang Putih"? Atau "Alor Setar Kacang Putih?" Takda kan? Hehe..
Deretan kacang putih yang ada dijual.
 2. Ipoh White Coffee - Aku memang suka minum kopi. Kebanyakan kopi 3 in 1 yang aku beli, aku pastikan ada word Ipoh. Haha.. Kenegerian sungguh aku ni, kan?

Kopi putih biasa..
Kopi putih dengan tambahan perasa kacang hazel. Perghh!! Sedap weh!!
 3. Limau bali - Banyak ditanam di Tambun. Sebab tu kadang-kadang dipanggil Limau Tambun. Memang manis dan sedap. Elok dibeli sebagai buah tangan untuk mereka yang tak pernah makan. Aku jamin sekali cuba, pasti nak lagi. Hehe..
"Mali.. mali.. pilih.. pilih.. halega wa buleh kasi mulah lagi.."
Yang ni isi merah.. Aku tak suka.. masam!
Isi putih. Biasanya manis.. seperti aku!! Haha.. *perasan*
Nantilah bila-bila aku sambung kisah keunikan Ipoh ni. Bila tu aku tak janji. Haha..

Penjejak Mimpi: Yang pasti "Ipoh mali tatak sombong woo.."

"Cik Puan Fadli.. Timo Kaseh Yo.." :)

Ni lah rupanya Sherperd Pie buatan aku. Yang nampak coklat-coklat tu ialah intinya. Mashed potato tak cukup la pulak! So aku cover dengan cheese. Hasilnya? My pie a bit salty!! Huhu..
Entah bila entah aku tengok rancangan masakan "The Boss" (Bruce Lim) kat Astro. Dalam rancangan tu, dia tunjukkan macam mana nak buat Sherperd Pie atau kadang-kadang dipanggil Cottage Pie. Bila tengok tu macam senang ja lantas hati aku berkata: "alah, macam ni aku pun boleh buat". Tapi memandangkan aku terlalu 'rajin' so angan-angan tinggal angan-angan. Haha..

Lepas tu masa aku berblogwalking ke blog kawan-kawan, aku terbaca pula entri INI so aku kembali bersemangat nak buat. Then last week aku pun belilah barang keperluannya. Actually since last two week lagi nak buat tapi memandangkan aku ada plan LAIN, so Sabtu lepas barulah aku buat pai tu.

Sedap ke pai tu? Haha.. aku rasa okay aja. Boleh aja tekak aku ni menelannya cuma sebab aku terlalu obses pada cheese, pai aku tu jadi masin sikit lah. Sampai 2 jenis cheese aku balun; parmesan dan mozarella. "Time menabur cheese tu kau tak hengat, kan cik PM?" Takpelah.. tu kan percubaan pertama? *kata-kata memujuk hati sendiri lah tu..* "Lepas-lepas ni boleh la try lagi buat. Hehe....

Cik Puan Fadli, timo kasih la yo sebab entry ekau dah berjayo bukak ati den ni nak 'menerai' buat sherperd pie tu. Nak kenal siapa yang aku maksudkan itu? Sila jengah ke SINI

Nak resepi? Google sendirilah..

Penjejak Mimpi: Orang lain sibuk buat kuih raya..

Friday, August 2, 2013

Apa Itu Tanggungjawab?

SEKADAR perkongsian:

'Tanggung' bermaksud tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita dan terpaksa kita tanggung. Manakala 'jawab' pula bukan sekadar menjawab kepada ketua di dunia ini, namun lebih utama adalah 'jawab' kita di mahkamah Allah nanti.

Sumber: "Memilih untuk Bahagia" oleh Nor Hayati Sapii. Terbitan Galeri Ilmu SB.

Penjejak Mimpi: Dalam proses menghabiskan pembacaan untuk buku ini.

Thursday, August 1, 2013

Aku Memang Sedikit Blurr. So What?

TIME bergegas balik nak kejar train petang tadi tiba-tiba aku disapa oleh seorang minah Arab bertanyakan eskalator untuk turun. Time tu lokasi kami di 1st floor bangunan Mid Valley. Lepas aku bagitau.. dia tanya lagi. La.. rupanya dia nak cari restoran Mc Donalds. Aku mulai blurr.. kat mana ya McD? Ermmm... ermm..

Lepas aku bagitau dimana lokasi restoran McD terus aku menuju ke stesen komuter. Dalam pada tu aku gelak sorang-sorang.. Selama ni aku memang tak pernah ambil pot dimana restoran itu.. restoran ini.. kedai itu.. kedai ini.. Oppsss! Maksud aku ialah lokasinya lah samada di ground floor ke.. 1st floor ke.. lower ground floor ke.. Aku memang main redah aja.. terjah terus.. Kalau guna lif tapi tersilap floor, eskalator ada.. haha.. So kalau setakat kena perli dengan kawan-kawan pasal perkara ni aku dah lali dah... dah immune.. tapi ada aku kisah? Mak tak kisah, nyah..

Penjejak Mimpi: Hmmm.. bila orang tanya especially foreigner mulalah blurr.. appa da.. "dah berapa lama ofis di Mid Valley ni ha?"

War & Peace!

TWO soldiers were having a chat during their free time.

1st Soldier: Why did you joint the army?

2nd Soldier: I didn't have a wife and I loved war. So i joined. How about you? Why did you joint the army?

1st Soldier: I joined because I had a wife and I loved peace!

Penjejak Mimpi: Lol...