Pages

Showing posts with label Family Aku. Show all posts
Showing posts with label Family Aku. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Jadi Mangsa!!

RARA dengan patung orang utannya yang kami namakan 'O-o'. Siap dipakaikan t-shirt lagi! Alahai anak saudara Andak....

Penjejak Mimpi: Selalu rindu kat dia..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, November 2, 2013

Keluarga Busy Body


GAMBAR aku dan anak-anak buah; Ekin, Iman, Kyra dan Rara. Masa ni kami sedang tengok 1 video dalam handphone Ekin lepas makan pizza sempena birthday Kyra.

p/s macam busy body betul gaya masing-masing... kan?

Penjejak Mimpi: Rindu giler kat budak pakai baju pink tu.. Huhu

Tuesday, October 15, 2013

Bila Itik Bertemu Ayam..

BARU-baru ini aku bermalam di rumah mak saudara di Serendah. Dia ialah adik mak aku. Aku ke sana sebab nak berjumpa dengan mak. Ye lah.. dah dekat 2 bulan tak jumpa mak aku. Rindu tau. Uhuk.. uhuk..

Mak dah hampir 2 bulan juga disana; berubat. Pada sesiapa yang tak tahu kisah mak aku tu, sila skodeng kat SINI dan SINI.

Bila berjumpa tu, macam-macam lah cerita yang keluar. Dari kisah A.. lepas tu kisah B.. sambung pula ke kisah C.. bla.. bla.. bla.. Dalam pada syok-syok sembang tu, sekali sekala keluar juga bahasa 'ibunda' diorang ni. Bahasa apa? Apa lagi.. bahasa 'bengkulu' la.. Mesti ada yang tak pernah dengar kan? So sila skodeng kat SINI dan SINI untuk tahu di mana lokasi Bengkulu yang aku maksudkan.

Mak saudara aku ni nasib baiklah mampu berbicara bahasa Melayu standard jadi bila bersembang tu aku fahamlah. Tapi sekali sekala terkeluar juga bahasa Bengkulu dia tu tapi takpa.. mak aku ada disisi. Mak lah yang jadi 'translator' tak bertauliah. Hehe.. 

Apa nak buat.. nama ja aku ni berdarah campuran.. mixed.. *mixed la sangat.. berangan ala-ala Pan Asian la konon*. Hehe.. Arwah abah amat berbangga dengan darah Jawa dan Sundanya (nenek moyangnya dari sana) dan mak aku pulak nenek moyangnya berasal dari Bengkulu, Sumatera. Jadi di rumah kami bercakap bahasa Melayu standard. Sekali sekala bila abah berjumpa dengan 'gu'nya.. barulah terkeluar dialek Jawanya.. mak pula bila adik beradiknya berkumpul.. riuh dengan bicara yang aku sepatah haram tak faham. Kesian kan aku? Huhuhu.. Tapi ada lah jugak perkataan yang aku faham macam 'belan' = kerja, 'enggan' = tak nak, 'wo' = kakak, 'do' = abang, 'gale' (sebut guna e taling) = segala, 'sape' (sebut guna e taling) = siapa, 'enggan badu' = tak mahu, sudah.. dan 'dilek kudai' = tunggu sebentar.

Kalau nenek aku berziarah ke rumah.. lagilah aku jadi kalut.. dia nak ajak bersembang tapi aku sepatah haram pun tak tahu apa yang ditanya so apa nak buat? Aku mengangguk aja lah jadinya.. Hehe.. 

Memang rugi rasanya bila aku tak mampu nak berbicara bahasa ni kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan cousin tapi bukan itu pilihan aku. Kan?

Hmmm... mata dah mengantuk ni. Nanti aku sambung lagi pasal ni.

Penjejak Mimpi: Apapun, aku tetap anak Malaysia.. :)

Monday, September 9, 2013

Spidergirl..


Panjat tinggi-tinggi lagi Rara...

Penjejak Mimpi: Selalu rindu pada dia.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 29, 2013

'Kipas Susah Mati' Zizan..

Songlap dari Google Image
AKU sebenarnya bukanlah 'kipas susah mati' (die hard fan) si Zizan ni. Ala.. partner si Johan Raja Lawak tu. Tapi aku kenal seseorang yang memang minat gila-gila kat Zizan. Nama Zizan sentiasa meniti di bibir mungilnya. Kejap-kejap "Jijan..". Kejap-kejap "Jijan..". Hmmm.. apalah nak jadi dengan dia.. 

Nak kenal siapa yang aku maksudkan? Tadaaaa...

"Hai.. Nama saya Nur Iris Qalesya. Nama manja saya Rara ataupun Adik. Sayalah peminat Jijan yang Andak saya ceritakan kat atas tu."
"Saya sedang cari gambar Jijan dalam tab andak saya. Hmm.. mana Jijan nih?" Time godek-godek tab aku tu tiba-tiba keluar statement berani mati dia: "Adik shuka Jijan" sambil tersengih-sengih. Alahai Rara Andak..

Gambar ni aku snap on the way nak ke stesen komuter Rawang. Asyik-asyik nak tengok gambar 'embah' (datuk dalam bahasa Jawa) dalam purse aku tu. Rambut dia macam tak bersikat kan? Dalam perjalanan tu asyik sebut nama "Jijan". "Keta Jijan la.." "Jijan itulah.." "Jijan inilah.."

Entah apa yang dibeleknya aku pun tak pasti. Tangan dan mulutnya tak berhenti-henti buat 'kerja'.

Sebenarnya start malam Sabtu aku bermalam di rumah adik aku di Bukit Beruntung, Rawang. Saja nak berbuka puasa dengan dia dan family. Sesambil tu boleh jumpa dengan Rara adik beradik. Sempatlah main "millionaire' dengan abang dan kakaknya. Haha.. saja melayan anak buah.. :) Malam tadi kami bergerak ke Sepang untuk berbuka puasa dengan mak dan family kakak aku di Sepang. Dia ke sana saja nak melawat anak sulungnya; Ekin.

Pagi tadi minta dioarang send aku ke stesen komuter Rawang. Sampai aja.. Rara bersuara: "Adik nak ikut Andak" sambil mendepangkan tangannya minta didukung. Hmm.. ni yang buat Andak lemah nih...:(

Penjejak Mimpi: "Ni apa ni?" soalan Rara untuk setiap benda yang dia tak tahu. Letih Andak nak menjawab Rara oi...

Wednesday, December 7, 2011

Dah Setahun..

PEJAM celik.. pejam celik.. da setahun rupenye umo anak buah aku yang paling kecik tu; Nur Iris Qalesya. Semalam la genap umo die setahun. Gigi da tumbuh 8 batang tapi jalan tak bape pandai lagik. Merangkak? Laju giler. Dengan sesape yang ade makanan, sah-sah die 'himpit' punye. Tapi bodi die tak le bape mongel sangat. Ekekekekeke..

Cume yang kureng best nye si kenit ni ialah.. die takmo dengan orang lain. Asik duk melekat kat ummi die. Kalo orang lain yang dukung, nangis bagai nak rak tapi tak kua air mate pon. Huh!! sejibik cam pelakon tamil. Ngeeee

So untuk Qalesya.. selamat ari jadi. Muge menjadi anak yang menyenangkan ati ummi dan ayah. Dan muge menjadi anak yang solehah bile besar nanti.




Nota: Kenit ini mempunyai mate itam yang besar.. :)

Penjejak Mimpi: Mmuuahh!! Andak sayang kamu (kalo realiti, die musti nangis sebab tak suke dicium)...

Sunday, October 16, 2011

Catitan 2: Mak Dah Keluar Wad

PETANG Jumaat, kakak aku sms gitau mak buleh kua wad. Time tu aku kat umah dan baru lepas solat Asar. Yang jage mak mase aku takde ialah anak buah; Dianah. So aku pon kelam kabut la jugak nak ke PPUM tu.

Aku sampai lewat gak memandangkan badan aku sendiri terhoyong hayang sebab dek kureng tido (alasan!!). Sampai jek kat sane, barang-barang sume da dikemas. Cume tunggu aku ajek.

Setel sume, nurse di sane tolakkan mak dengan katil-katil sekali. Senang keje sebab tak yah nak angkat mak banyak kali kalo gune wheel chair.

Sampai kat pintu depan unit Trauma tu, kete kakak aku da menunggu. Terpakse minte bantuan pak guard dan sorang attendant untuk pindahkan mak ke dalam kete. Time pindahkan mak tu ade gak la kate-kate dari sorang nurse yang buat aku angin satu badan. Malas aku nak dengar kate-kate tu terus aku cari Dianah yang sedang dukung Ammar yang da tido.

Sampai di umah kakak aku, kami terpakse lak minte bantuan orang lain untuk angkat mak kua dari kete untuk ke wheel chair dan dari wheel chair ke katil.

Malam tu aku tido di sane ajek. Nak kate lewat tak lewat sangat kalo aku balik pon tapi mak suh aku tido temankan die so aku ok ajek....Pasal kua wad ni, actually pagi Jumaat tu lagik Dr Ellynna (doktor pompuan yang aku cite dalam entri ni) da bagi hint yang mak buleh kua wad. Tapi bile tu die tak mention. Memandangkan wad bese (wad yang sepatutnye mak masuk) tu penuh so die cadangkan mak berehat di umah ajek. Lagipon takut kalau-kalau kene jangkitan kuman pesakit lain. Just nak tunggu pakar fisio untuk tunjuk cara cane nak suh mak buat exercise kaki dan tangan mak yang lemah tu dan nak check pasal buah pinggang mak sebab setakat ni mak hanye buleh buang air kecik gune tiub.

Petang Sabtu, Lulu sefamily datang untuk melawat mak. Aku tumpang kete die untuk dropkan aku kat stesen lrt Taman Jaya. Balik tu, aku memang bantai tido ajek. Ngantuk. Tengok tv pon akhirnye tv tengok aku.

Nota 1: Apepon, aku maafkan kate-kate nurse tu. Namepon manusie..

Nota 2: Tq to Kak Ila, Umai, Lin dan Shima yang sudi melawat mak time rehat tu..

Penjejak Mimpi: Risau tapi belum sasau...

Friday, October 14, 2011

Catitan 1: Mak Ke Unit Trauma & Kecemasan

MALAM kelmarin (Selasa) kakak aku kol; gitau mak takde respon bile die panggil untuk makan malam. Mata mak terbukak tapi takde jawapan bile dipanggil. So die da call ambulan dan akan apdet sebarang berita terkini.

Lepas solat Isya, Lulu called tanyekan hal yang same. Jawapan aku "tengok dulu cane. Kalo mak masuk wad, esok aku tak gi keje".

Pagi esoknye, kakak aku gitau mak kene tahan wad di Unit Trauma & Kecemasan. Tak admit ke dalam wad yang bese-bese sebab kekurangan katil (ramai beno orang yang berpenyakit di KL ni).

So aku amik half day (kene isi borang kebenaran kua pejabat, ok?) dan terus apply cuti untuk Khamis dan Jumaat. Setel sume tepat jam 1 aku chow dari opis.

Petang, lepas setel sume aku ke PPUM dengan naik keb. Dari umah aku amik lrt STAR dan benti kat Masjid Jamek. Dari sane aku switch amik LRT Putra lak dan benti kat stesen Universiti. Dari sane aku terus amik keb.

So bermalam lah aku kat hospital temankan mak. Mak macam bese; sedar.. buleh cakap.. makan tapi tak bape nak makan.. bersembang.. buang air kecik (gune tiub).. buang air besor..

Unit Trauma & Kecemasan ni kat ground floor. Dekat dengan kedai serbaneka.. surau pon dekat.. toilet pon dekat.. so takde masalah pade aku. Kalo lapor, nak cari makanan pon kafe dekat. Cume rajin tak rajin jek nak panjat tangga kat situ. Hahahahaha

Pagi tadi, doktor Muhamad Abdul Salam (aku ingat name die, ok? Kagum tak?) duk interview aku tanyekan medical history mak. Korang nak tau nape aku buleh ingat name doktor tu? Sebab die sah-sah bukan orang Malaysia. Maybe dari belah-belah Afrika nun. Siap 'skiping' London lagik dengan aku. Dia pon ade le sket-sket cakap word melayu dengan aku sampai terkeluar word 'bongkak'. Padehal die maksudkan 'bengkak'. Aku ni buleh lak cakap kat die "Doctor, bengkak. Not bongkak!". Hahahahaha.. senyum jek doktor tu. Gile kejam aku ni duk betuikan bahase melayu die.

Pastu doktor pompuan lak datang tanye kat mak dan aku pasal medical history mak. Haa.. sori, name doktor ni aku tak tau tapi sah-sah orang Malaysia sebab die 'skiping' Melayu ngan aku. Sebenonye aku cube nak tengok name die tapi ID card die 'terpeleot' ke belakang so tak buleh bace name die.

Tengah hari, aku balik umah dan tukar shift ngan kakak aku untuk jage mak. Kebetulan die pon cuti ari ni. On the way balik badan aku ni rase melayang-layang. Dalam lrt rase semacam betui. Tu sebab tak cukup tido la. Bukan tak tido tapi korang tau la kalo jage patient kat hospital ni.. mane leh lena. Bak kate orang tido-tido ayam.. :)

Dan skang.. ketike entri ni ditaip jam da dekat kui 2 pagi tapi aku tak ngantuk lagi. Nak ngantuk cane.. siang tadi da tido puas-puas. Tapi aku kene tido gak cume tak tau bile aku leh lena. Mak da lame lena dah. Pasal tu aku buleh curi mase ngadap blog ni.. :)

Nota: Menulis di ruang legar unit Trauma & Kecemasan.

Penjejak Mimpi: Mate cam ngantuk tapi perut lapor.. :(

Wednesday, January 5, 2011

Kyra = Himawari?

Salam.
PAGI semalam Lulu sms aku. Saje duk cite pasal anak-anak die gi sekolah. Yang paling tak buleh blah tu bile bace sms die..
Lulu: "Bla.. bla.. bla... Tadi 'die' (<-- die tu merujuk kat anak die; Kyra) nak gi skul pakai lipstik pulak. Aku tengah bz dengan baby. Aku panggil die tak nak datang. Ropenye berlipstik bagai. Mengamuk aku.."
Aku: "Kecik-kecik da pandai melawa. Sebijik cam Himawari."
Yang aku nak tergelak si Kyra tu baru sekolah tadika! Ishk! ishk! ishk! Terpengaruh dengan sape, aku pon tatau. Muskil... :)
Sebelum ni aku de belikan mainan alat-alat make-up untuk die. Tapi die tetap nak main ummi die punye. Ade skali tu die duk main brush pemerah pipi. Bile ummi die tanye "nape tak pakai yang andak belikan tu?" die jawab ape tau? "takmo.. yang andak belikan tu keras!!". Huh.. pandai ko ye? Demand..
Aku tak pasti korang de layan atau tak katun Sinchan ni. Tapi kalo de kesempatan, aku akan layan. Rase klaka giler dengan perangai Sinchan tu.. Tak padan kecik tapi agak gatal.. Hehehehe.. Yang Himawari lak kecik-kecik da pandai nak melawa.. Pantang nampak lelaki ensem.. dan tak buleh tengok barang kemas mama die.. musti nak buat main.. :)

Ni la Himawari adik si Sinchan tu. Mate die bersinar sebab nampak barang kemas mak die la tu... (Picture credit to Mr Google)

Hehehehe.. sebenonye kekadang aku panggil Kyra tu Himawari gak sebab kebetulan die anak kedue dan ade abang sorang. Kan sebijik macam family Sinchan? But now tak buleh sebab da ade adik. So da tak buleh panggil Himawari dah..

Ni lah Kyra a.k.a Himawari aku tu. Jangan dicari kesan lipstik sebab ummi die da lap sebelum gi sekolah.. :)

Penjejak Mimpi - suke gak layan katun kuage Sinchan tu.. :)

Saturday, December 25, 2010

Aku, Lulu dan SMS

Salam.
SEMALAM adik aku sms. Kami memang ari-ari akan bersms. Kalo tak die yang stat, aku yang akan stat sms kat die. Saje tanye pasal anak-anak die. Ni bile ade
anak sedare baru, lagi le kerap kami bersms.
Tibe-tibe die tulis dalam sms tu "gelak lak.. dh ler pggl aku Lulu dlm blog. Lulu tu name pompuan gtl!!" Hahahaha... aku gelak besar. Mase tu aku tingat ape tau? Aku tingat filem zaman 70an dulu. Ala, filem Melayu pastu hero die Jins Shamsuddin name Jefri Zain tu. Filem ala-ala James Bond. Dalam tu ade la watak pompuan cine jahat dan agak gatal. Ahh.. penat aku describe korang bukan tau pon. Mane-mane blogger yang umo lebih kurang cam aku ni ingat la kot filem tu.. Pastu aku reply sms die "xpe. Nsb bek aku pggl ko Lulu. Kalo aku pggl ko Apple cane? Wakakaka". Die reply ape? "Gilak!"
Hehehehehe.. Name Lulu dan Apple tu bukan aku sesaje letak. Puncenye kalo tak silap dari die jugak. Bese la, aku ngan die ni kalo jumpe memang akan pot pet pot pet tak abeh-abeh. So memacam le mende yang disembangkan. Pastu die ade cite pasal kengkawan chinese die kat opis die tu. Ala, dowang ni kan kekadang de name kristian cam Catherine la.. Stephanie la.. Pastu ntah cane terkua lak name Lulu dan Apple ni. So sejak tu dalam sms memang aku panggil die Lulu. Melekat sampai skang.. Comeli gak name Lulu tu kan? :)
Penjejak Mimpi - semalam Lulu mms pictura Qalesya. Baby pakai skirt.. Pipi menten tembam cam pau..

Sunday, December 12, 2010

My Lil Qalesya

Salam.
ARI ni aku just nak uploadkan pic anak sedare aku yang baru; Nur Iris Qalesya. Semalam tak dapat tengok die sebab aku pon demam. Petang ni, insya Allah aku gi tengok die. Windu wehhh!!!

"Hai, name saye Nur Iris Qalesya Bt. Mohd Nizam..." :)

" Picture ni ummi saye yang amik.." :)

" Ishk ummi ni.. penatla saye asik nak berposing jek..."

"Posing je lah... "

"Ni pic terbaru saye. Abeh pipi saye yang gebu ni kene attack dengan nyamuk.. Ermm... nyamuk pon geram kot tengok pipi saye yang mongel ni?"
Penjejak Mimpi - seronok bermain dengan anak-anak buah... :)